Sejak semalam lagi, pelbagai pihak telah bersuaa setelah mendapat tahu akan penceritaan yang menyentuh sensitiviti agama dalam sebuah filem yang ditayangkan menerusi platform penstriman, Viu Malaysia.
Filem berjudul Mentega Terbang itu hakikatnya telah ditayangkan di platform tersebut sejak 19 Januari lalu. Malah seawal tahun 2021 lagi, Mentega Terbang telah ditayangkan secara tertutup oleh penerbitnya di beberapa buah acara.
Namun kandungan yang didakwa sebagai melanggar sensitiviti agama itu baru ditelaah pemerhati filem tempatan lalu mendapat perhatian warganet.
Sepanjang durasi sejam 44 minit, antara kandungan yang teruk dikecam warganet dan mendapat perhatian pempengaruh seperti Caprice pada hari ini adalah babak di mana watak gadis beragama Islam bernama Aishah berkata kepada rakan-rakan berbangsa India bahawa dia tidak kisah untuk memakan daging khinzir.
“You can’t eat Babi. It’s Haram.”
“Ala, hari tu kau makan beef okay je. Itu pun haram juga kan.”
Selain babak berkenaan, satu lagi babak yang mencetuskan kemarahan warganet adalah apabila watak bapa Aishah membenarkan anaknya itu untuk menganuti agama selain Islam.
Ads
Tutur watak ayah tersebut, “If there is any other religion that speaks to you more than Islam. If there is any other faith that speaks to you on a deep personal level. And if you feel that you want to covert; or peluk agama lain, go ahead sayang.”
Justeru apabila mendapati dialog sedemikian diluluskan untuk tayangan, ramai yang berpendapat ia tidak seharusnya berlaku kerana didakwa cuba menimbulkan provokasi dan mempromosikan pluralisme agama.
Tinjauan ke arah sinopsis filem Mentega Terbang mula mendapati huraian berikut:
Mengisahkan seorang remaja bernama Aishah, 16 tahun mengkaji kitab al-Quran, Injil, Turah, Hindu dan Buddha untuk mencari jawapan kehidupan selepas kematian.
Aishah turut digambarkan sebagai seorang remaja yang tertarik dengan kepercayaan terhadap doktrin kehidupan semula dalam agama.
Ads
Makna Pluralisme Agama
Menurut laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, pluralisme agama merujuk kepada fahaman yang menyamakan semua agama dalam erti kebenaran ada dalam semua agama, dan keselamatan (syurga) boleh dicapai menerusi mana-mana agama.
Pluralisme jelas menentang akidah masyarakat Islam kerana ia menuntut umatnya berkeyakinan teguh bahawa agama selain Islam adalah kufur. Tiada titik pertemuan antara Islam dan agama lain ataupun orang Islam dengan orang bukan Islam di akhirat kelak; seperti firman Allah SWT dalam surah al-Bayyinah ayat 6.
Umat Islam wajib percaya bahawa Islam akan membawa seseorang itu kekal di dalam syurga buat selama-lamanya manaklaa kekufuran akan membawa seseorang itu kekal abadi di dalam neraka.
Ingin Tindakan Tegas
Dalam pada itu, beberapa persatuan telahpun menuntut agar tindakan diambil terhadap pencipta filem Mentega Terbang dan hak tayangan filem tersebut di platform dalam talian.
Tegas Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) semalam, ia mendesak Kementerian Dalam Negeri untuk mengharamkan filem Mentega Terbang dan merampas filem asal.
“Jangan dibiarkan nanti diterbit melalui Netflix, nanti seluru dunia tengok anak Melayu cakap macam ini.
“Sekiranya filem ini tidak diharamkan, ia boleh mengelirukan anak-anak muda. Apatah lagi (yang) tiada latar belakang pengetahuan agama, boleh merosakkan akidah,” kata Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali dalam sebuah sidang media semalam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas pendedahan isu pemeriksaan datang bulan yang dilaporkan masih terjadi kepada pelajar perempuan di sekolah semasa bulan Ramadan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata siasatan akan dijalankan agar tradisi di sekolah ini tidak diteruskan.
‘Tradisi’ ini dikatakan berlaku bagi mengelak pelajar perempuan ponteng solat berjemaah dan berpuasa ketika bulan Ramadan.
Foto Hiasan: BH.
Kata beliau sewaktu ditemui media pada perasmian program Srikandi Muda Leadership Empowerment 2021, perbuatan yang memalukan pelajar perempuan ini tidak sepatutnya berlaku dan akan memantau sekolah yang didakwa melakukannya.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di sekolah, jadi saya pandang serius. Saya akan buat susulan dengan Kementerian Pendidikan dan MARA supaya perkara ini tidak terjadi lagi.
“Ia amat mengejutkan, tidak boleh diterima pun pada akal fikiran kita.”
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi mengenai pendedahan warganet di laman Twitter yang mendakwa pemeriksaan datang bulan ini masih dilakukan di sekolah hingga ke hari ini.
Ada pelajar yang mendakwa mereka perlu membuka pakaian dalam demi membuktikan diri mereka sememangnya uzur dan tidak boleh berpuasa.
Peminat pertandingan ratu cantik di seluruh dunia tidak sabar lagi untuk menantikan pertandingan Miss Universe Malaysia 2019 pada 8 Disember (9 Disember, pagi waktu Malaysia) ini.
Tahun ini, Miss Universe 2019 akan dianjurkan di Atlanta Georgia, Amerika Syarikat.
Namun sebelum itu, seperti kebiasaan, pihak penganjur Miss Universe Malaysia Organization memperagakan gaun rasmi dan kostum nasional yang akan disarungkan oleh wakil Malaysia pada setiap tahun.
Dan hari ini, mereka telah mengumumkan yang wakil negara, Shweta Sekhon akan memperagakan rekaan Carven Ong Couture untuk kedua-dua rekaan.
Jom lihat apakah inspirasi di sebalik rekaan tersebut.
Gaun Rasmi
Gaun berona karamel keemasan ini mewakili keindahan kawasan pantai di Malaysia. Ia bukan gaun biasa-biasa apabila turut ditata hias dengan siput sebenar (sea shells) daripada pantai yang dijahit kemas pada gaun.
Disebabkan figura Shweta yang tinggi lampai, Carven Ong telah menggunakan potongan korset dan bustier pada bahagian atas dan potongan duyung pada layah kain di bawah.
“Warnanya menggambarkan kehangatan pasir pantai dan keindahan batu karang di kawasan marin Malaysia. Saya ingin Shweta untuk merasa yakin dalam gaun yang elegan dan yakin dengan bentuk badannya.
Kata Carven sebagai pereka fesyen, “Saya mendapat ilham untuk kostum ini daripada kepelbagaian budaya Melayu, Cina dan Peranakan di Malaysia dan sudah tiba masa untuk kita promosikannya di serata dunia.
“Masyarakat Peranakan mempunyai keistimewaan campuran budaya, terutamanya pada gaya hidup, upacara perkahwinan dan makanan mereka.
“Saya tahu yang Shweta boleh carry kostum ini sebaik mungkin di pentas Miss Universe kelak, walaupun ia mempunyai aksesori kepala, bahu dan 5 ‘meja makan’ di bahagian bawah.”
Kostum ini diperbuat daripada kain songket dan batik Nyonya dalam masa 3 bulan saja. Untuk bahagian aksesori di kepala pula, ia kelihatan seperti ‘Bunga Emas’ yang melambangkan cinta dan daya feminin si pemakai.
Seperti yang Carven jelaskan, terdapat ‘meja makan’ yang menghidangkan kuih onde-onde, koci, ang ku, kuih talam, kuih lapis dan kuih sago; kesemua itu adalah sebahagian daripada bakul tradisional Nyonya.
*
Macam mana guys, love tak?
Bagi korang yang pernah terlupa mengenai rekaan gaun dan kostum nasional Malaysia pada tahun lalu, jom recap kembali.
Begitulah perumpuan yang boleh diungkapkan apabila mendengar kisah pengalaman banduan di sebalik tirai penjara di Malaysia.
Selama ini, kita hanya mendengar kisah-kisah kehidupan seorang banduan yang merasa terseksa dengan macam-macam dugaan sewaktu berada dalam tahanan. Ada yang sahih, ada juga yang diragui kebenarannya.
Namun, kisah yang satu ini sememangnya terjadi kepada salah seorang banduan Penjara Sungai Buloh.
Roger Ng (tengah) kini berada di New York setelah diekstradisi ke Amerika Syarikat pada tahun 2019.
Roger Ng bukanlah nama asing dalam laporan media Malaysia dan media antarabangsa beberapa tahun kebelakangan ini.
Beliau merupakan bekas jurubank Goldman Sachs Group Inc yang terpalit dengan kes penyelewengan berbilon Dolar daripada IMDB.
Pada April 2022, Roger disabitkan bersalah oleh juri persekutuan di Brooklyn, New York kerana melanggar undang-undang anti-rasuah serta melakukan pengubahan wang haram.
Beliau juga didakwa telah membantu bekas ketuanya, Tim Leissner menggelapkan wang dana IMDB dan merasuah pegawai untuk mendapatkan perniagaan bagi syarikat Goldman yang diwakilinya.
Memetik laporan The Edge Markets, Roger dan pasukan peguamnya kini sedang cuba menyakinkan Mahkamah New York untuk meringkankan hukuman yang akan dijatuhkan ke atas rOGER pada minggu hadapan.
Ini setelah beliau trauma menjalani hukuman penjara selama enam bulan pada tahun 2019 di Penjara Sungai Buloh sebelum diekstradisi ke Amerika Syarikat.
Menerusi surat bertarikh 26 Februari 2023 yang dikirimkan oleh Roger kepada Hakim Margo Brodie dalam usaha meringankan hukuman ke atasnya, jejaka berusia 51 tahun itu mengibaratkan pengalaman ditempatkan di dalam Penjara Sungai Buloh di Malaysia sebagai ‘neraka’.
Antara dugaan yang terpaksa dilalui Roger termasuklah tinggal di dalam sel bersama tikus, tidur di atas lantai simen dan dijangkiti malaria dan leptospirosis; sejenis penyakit bawaan air daripada air kencing tikus.
Beliau juga dalam kandungan surat tersebut mendedahkan pernah dirantai bersama 20 orang banduan lain, dimuatkan ke dalam sebuah trak yang sempit sebelum dibawa ke mahkamah. Pada satu ketika, Roger juga pernah ditahan di dalam sel bersendirian sehingga dua minggu tanpa interaksi dengan banduan lain.
Lantas, pengalaman di Penjara Sungai Buloh pada tahun 2019 itu telah memberi kesan buruk kepada kesihatan mental dan fizikalnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!