Apa perasaan kita bila bendera yang menjadi simbol kedaulatan sesebuah negara dibakar tanpa sebab?
Pastinya berbagai perasaan timbul kerana tanpa angin tanpa ribut, tiba-tiba bendera negara dibakar atas isu yang tidak pasti. Ya, inilah perasaan yang harus dirasai oleh semua rakyat Malaysia bila mana bendera negara kita dibakar oleh “President Pamatong” seperti yang tersiar di akaun facebook “President Pamatong Supporters” pada 19 dan 21 Januari lalu.
Ternyata tindakan di akaun tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati. Malaysia hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan membakar bendera negara ini secara terbuka di Filipina yang ditampilkan dalam sebuah video.
Dalam kenyataan BERNAMA, Wisma Putra meluahkan rasa sangat kesal atas penerbitan video kontroversi itu menerusi akaun Facebook ‘President Pamatong Supporters’ pada 19 dan 21 Januari lalu.
Ads
Elly Pamatong digambarkan sebagai mengaku pengasas ‘United States Allied Freedom Fighters of the East’ (USAFFE).
Ikutkan dari akaun FB, Pramatong ini seperti mahu menjadi Presiden Filipina seterusnya kerana beliau mengkritik Duterte yang membunuh penagih dadah di negara tersebutAtas isu apa bendera Malaysia dibakar? Adakah isu Kesultanan Sulu yang menyerang Sabah satu ketika dahulu atau ada isu lain?
“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dan menyifatkan tindakan membakar bendera Malaysia sebagai satu insiden yang serius,” kata Wisma Putra.
“Bendera merupakan simbol negara yang kudus dan harus dihormati,” katanya.
Ads
Wisma Putra berkata, perbuatan sedemikian serta komen anti-Malaysia yang dibuat oleh individu terbabit adalah jelik serta tuduhan yang dilemparkan juga tidak berasas.
Wisma Putra seterusnya menggesa kerajaan Filipina mengambil tindakan tegas terhadap Pamatong dan memastikan insiden serupa tidak berulang kerana ia mampu mencemarkan hubungan dua hala yang baik di antara Malaysia dan Filipina sekarang.
Ads
Bendera merupakan kedaulatan negara, bila orang bakar ia juga boleh membakar hati ramai rakyat Malaysia
Ya, kalau dahulu laman web Israel sampai menutup page komen mereka kepada rakyat Malaysia kerana isu Malaysia tidak membenarkan atlet para Israel memasuki negara, seharusnya kali ini kita bersatu hati mengutuk page akaun atas nama “President Pamatong Supporters ini”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gelombang kedua wabak Covid-19 menjadikan rakyat semakin cemas dengan angka meningkat setiap hari menjadikan jumlah terkini sebanyak 428 kes di Malaysia. Menurut Harian Metro, hal ini menjadikan negara kita mencatatkan kes tertinggi di Asia Tenggara bagi kes jangkitan Covid-19.
Positive diagnosis Coronavirus disease 2019 or COVID-19.
Semakin banyak syarikat yang mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyuruh pekerja bekerja dari rumah. Jumlah keseluruhan kes di serata dunia ketika ini adalah 169,577 kes manakala angka kematian dilaporkan sebanyak 6516.
Situasi Semasa Jangkitan Penyakit #COVID19 di Malaysia.
1. 7 kes positif sebelum ini telah pulih dan discaj daripada wad. Jumlah keseluruhan yang pulih sepenuhnya ialah 42 kes.
2. 190 kes baru dilaporkan pd 15 Mac 2020. Dgn ini, jumlah kumulatif kes positif ialah 428 kes. pic.twitter.com/M0t2UdcihR
Sehingga kini, sebanyak sembilan kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
” Berdasarkan siasatan awal, kebanyakkan kes baharu ini berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.” Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba
Ujar beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melakukan penyiasatan dan giat mengesan peserta perhimpunan tabligh baru-baru ini.
“Peserta perhimpunan tabligh akan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.
“Begitu juga untuk kontak rapat kes positif Covid-19, Pesakit Dalam Siasatan (PUI) yang tidak mematuhi kriteria kemasukan ke hospital, mereka perlu diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian,” katanya.
Sebelum ini, seramai 4,942 peserta menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling berjaya dikenal pasti.
Daripada jumlah itu seramai 3,069 peserta datang sendiri ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan dan saringan dengan 137 individu dirujuk ke hospital.
So, harap korang terus berjaga-jaga dan menjaga kesihatan masing-masing. Moga kita terhindar dari virus pendemik yang merbahaya ini. Kurangkan aktiviti luar dan sentiasa mencuci tangan.
Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru malam ketiga kita menyambut kedatangan Ramadan, tapi korang sudah boleh membuat perancangan untuk Raya tahun ini.
Bagi yang ada bajet lebih sikit dan berkira-kira untuk menukar atau membeli kereta sempena Raya tahun ini, Proton ada berita baik untuk korang.
Bagi setiap model kereta Proton yang terjual dan didaftarkan dari 16 hingga 31 Mei ini, pelanggan akan menerima baucar servis yang sama nilainya dengan perbezaan harga kereta semasa dan harga kereta baharu selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar.
Nak pilih Proton Saga ke Iriz, eh!
Proton Holdings Bhd berkata, ia bagi memastikan pelanggan mereka mendapat manfaat daripada perubahan tersebut.
“Proton menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
“Walaupun GST berkadar sifar hanya akan berkuat kuasa bermula 1 Jun ini, kami ingin memberi ganjaran kepada pelanggan kami serta-merta sebagai penghargaan atas sokongan mereka,” jelas Proton semalam.
So, model kereta Proton mana yang paling onz?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun tidak begitu popular seperti sukan bola sepak, namun sukan ini mempunyai peminatnya sendiri terutamanya dikalangan remaja. Kemunculan acara papan selaju dalam Olimpik tahun ini sebagai salah satu usaha menarik golongan muda menonton Olimpik dan para pemain berharap orang ramai boleh menerima sukan tersebut dalam temasya itu.
Tentu ramai yang bertanya-tanya kenapa sukan papan selaju terpilih dan bukan sukan-sukan yang lain misalnya skuasy dan boling?
Mereka yang mempertikainya mungkin tidak menyedari bahawa sukan papan selaju juga turut melibatkan kecergasan, mental dan pemulihan. Keperluan bermain papan selaju dari segi kelincahan dan kekuatan, tidak sama seperti bola sepak mahupun skuasy dan tenis.
Jadi mari kita kenal 6 ikon paling power dalam sejarah papan selaju ini.
1. Rodney Mullen
Foto Kredit : wealthypersons.com
Digelar ‘godfather’ papan selaju jalanan, Rodney Mullen dianggap salah satu pemain papan selaju terbaik dan paling berpengaruh dalam sejarah.
Dilahirkan John Rodney Mullen pada tahun 1966 di Florida, dia mula bermain papan selaju pada tahun 1974 pada usia 8 tahun dan mula bertanding tiga tahun kemudian. Dia memenangi kejuaraan papan selaju dunia pertamanya pada usia 14 tahun. Mullen mula menjadi profesional pada tahun 1980.
Menjadi antara yang terbaik dalam dunia, gaya papan selajunya yang penuh santai, menjadikan aksi luar biasa yang dilakukannya kelihatan mudah dan sederhana. Mullen sering tersenyum dan ketawa sambil mengeluarkan aksi demi aksi. Dia mempunyai gaya yang kreatif, inventif, yakin dan mudah ketika bermain dalam pertandingan.
Rodney Mullen adalah pencetus revolusi skateboard dengan aksi yang dia sendiri ciptakan, terutamanya Flat-Ground Ollie, Heelflip, Kicklip, dan 360 Flip.
2. Tony Hawk
Foto Kredit : longboardbrand.com
Siapa tak kenal dengan Tony Hawk? Berasal dari San Diego, California. Bayangkan, pada usianya baru sahaja mencecah umur 25 tahun, dia sudahpun menyertai sebanyak 103 pertandingan skateboarding bertaraf profesional dan memenangi 73 daripadanya serta meraih tempat kedua sebanyak 19 kali. Satu rekod yang sukar untuk ditandingi skater lain. Malah, Tony menjadi satu-satunya skater dunia yang mempertahankan gelaran Juara Dunia untuk 12 tahun berturut-turut. Hebat!
Memiliki pengalaman luas dalam dunia skateboarding dan memenangi pelbagai anugerah antaranya Make-A-Wish’s Favorite Male Athlete, Teen Choice Awards’ Choice Male Athlete dan Nickelodeon’s Kid’s Choice Awards’ Favorite Male Athlete, Tony hari ini terlibat dalam dunia perniagaan bernilai bilion dolar berasaskan sukan skateboard yang dicintainya.
Antaranya adalah franchais permainan video serta produk-produk sukan dengan jenama namanya sendiri seperti Birdhouse Skateboards, Hawk Clothing dan Tony Hawk Signature Series.
3. Daewon Song
Foto Kredit : Hypebeast.com
Daewon David Song (lahir pada 19 Februari 1975) adalah pemain papan selaju profesional Amerika kelahiran Korea, yang dikenali dengan kemahiran bermain papan selaju jalanan secara teknikal.
Dia adalah salah satu pemilik syarikat Almost Skateboards, bersama dengan Rodney Mullen, dan juga pemain papan selaju rasmi untuk syarikat itu bersama pemain-pemain lain yang ditaja. Song dinobatkan sebagai “Skater of the Year” pada tahun 2006 oleh majalah Thrasher, sebuah pengiktirafan yang secara meluas dianggap sebagai salah satu penghormatan paling penting dalam dunia papan selaju.
Kreativiti sahaja tidak cukup menggambarkan aksi papan selaju Daewon. Apabila anda menonton sebarang klip, atau video berkaitan Daewon, dapat dilihat Daewon bermain papan selaju dengan gaya yang berbeza dari yang lain. Kemahiran teknikal Daewon tak dinafikan tiada tandingannya dalam melakukan flip trick, grind, spin, dan late flip. Daewon pastinya merupakan antara pemain skateboard paling menarik untuk ditonton.
4. Yuto Horigome
Foto Kredit : (Photo by Martin BERNETTI / AFP) (Photo by MARTIN BERNETTI/AFP via Getty Images)
Yuto Horigome adalah pemain papan selaju profesional Jepun dan kini berada di kedudukan ke-2 dalam carta Pemain Papan Selaju Terbaik Dunia mengikuti Nyjah Huston. Tambahan lagi, Yuto dinamakan “Skater of the Year” pada 2017 dan 2018 di Japan Action Sports Awards.
Yuto Horigome terbaru turut memenangi pingat emas pertama untuk sukan Olimpik Jepun 2020 dan menewaskan atlet kegemaran ramai dari Amerika Syarikat, Nyjah Huston.
Yuto Horigome dilahirkan pada 7 Jan 1999, di Kōtō, Tokyo, Jepun. Dia dibesarkan bersama dua orang adiknya oleh ibu bapanya. Bapa Yuto mengajarnya bermain papan selaju sejak usia muda dan meningkatkan kemahiran meluncurnya di Amazing Square Murasaki Skatepark di Tokyo.
Sebuah syarikat papan selaju Jepun telah menaja Yuto Horigome sejak usia muda lagi. Sebagai seorang yang berbakat dalam sukan ini, Yuto Horigome mula memasuki pertandingan papan selaju seperti The Berrics dan Wild In The Parks, yang dianjurkan oleh Volcom, di mana dia menduduki tempat kedua. Anak kelahiran Jepun ini kemudian direkrut oleh Blind Skateboards pada tahun 2015. Selama bertahun-tahun, dia terus memenangi lebih banyak pertandingan papan selaju yang lain.
5. Paul Rodriguez
Foto Kredit : US.Hola.com
Paul Martin Rodriguez Jr, juga dikenali dengan nama panggilannya P-Rod, adalah pemain papan selaju jalanan profesional campuran Mexico-Amerika. Rodriguez telah memenangi sebanyak lapan pingat di X Games, empat daripadanya emas, dengan kemenangan di tempat pertama terakhir di Los Angeles, Amerika Syarikat pada bulan Julai 2012.
Lahir pada 31 Disember 1984. diusia enam belas tahun, Rodriguez kemudian di bawah naungan City Stars, sebuah syarikat yang diasaskan bersama oleh pemain papan selaju profesional, Kareem Campbell di Los Angeles, A.S. Rodriguez dipaparkan dalam video Transworld Skateboarding pada tahun 2002, bertajuk In Bloom. Video ini memaparkan segmen para pemain papan selaju berbakat yang ditaja yang berada di awal kerjaya masing-masing. Setelah pelancaran video tersebut, Rodriguez mula ditaja oleh Girl Skateboards dan mencapai status profesional pada bulan September 2002.
Menariknya lagi, Rodriguez merupakan salah satu pemain skateboard terawal yang didekati oleh Nike. Selepas pelancaran Nike SB P-ROD 8, Nike menyatakan Rodriguez adalah salah satu dari empat atlet Nike yang telah menghasilkan lapan model kasut khas selain Michael Jordan, Kobe Bryant dan LeBron James.
6. Nyjah Huston
Foto Kredit : www.teamusa.org/news/2021/
Membesar dalam keluarga Rastafari, Nyjah Huston bermain papan selaju dengan adik-beradiknya seawal usia empat tahun. Ini adalah aktiviti yang dipilih oleh bapanya yang juga bermain papan selaju ketika remaja. Pada tahun 2004, keluarga Huston membeli taman papan selaju di kampung halaman mereka di Davis, California, di mana Nyjah menghabiskan setiap hari meniru abang-abangnya dan menjadi prolifik dalam minat barunya.
Pada usia 11 tahun sahaja, dia bermain di X Games, yang ditaja oleh Element Skateboards dan mula menyara keluarganya. Secara ringkas, Nyjah menjadi juara keseluruhan SLS selama 5 musim dan beberapa penamat tempat pertama, 12 pingat X-Games, 5 pingat dalam Kejuaraan Papan Selaju Dunia, pemenang 5 Tampa Pro, dan beberapa kali menyertai Dew Tour, dan semua yang disebutkan hanyalah sebahagian dari kejayaannya. Sebagai tambahan, Nyjah adalah pemain papan selaju dengan bayaran tertinggi di dunia.
Pemain skateboard yang dinobatkan sebagai nombor satu di dunia ini juga menyertai Olimpik 2020 Jepun.
7. Pa’din Musa
Foto Kredit : Pinterest
Nama Pa’din sememangnya tidak perlu lagi diperkenalkan terutama buat pengikut skateboarding Malaysia dan juga di Asia. Sudah beberapa generasi cukup masak dengan nama Pa’din tidak kiralah sama ada daripada pengikut tegar sukan ekstrem ini atau juga penggemar aktiviti underground sama ada muzik atau gaya hidup.
Pa’din Musa, pemenang dua pengat emas X-Games Asia merupakan figura skateboarding yang cukup penting bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh Asia. Kejayaannya membawa nama negara telah memberikan impak yang cukup besar dalam dunia skateboarding tanah air. Dengan pengalaman selama 28 tahun, tidak hairanlah Pa’din mempunyai reputasi cukup besar.
Ketika ini atlet wanita Jepun menguasai sukan papan selaju (skateboard) yang mana pingat emas pertama diperoleh atlet berusia 13 tahun, Momiji Nishiya sekali gus dinobat pemenang termuda dalam sukan tersebut di Olimpik 2020.
Sebelum ini, Netflix juga ada menayangkan kisah inspirasi remaja perempuan dan papan selaju dengan tajuk ‘Skater Girl’ . Filem yang berjaya menghidupkan impian kanak-kanak yang hidup miskin di sebuah kampung di India.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.