Penganjuran sesebuah majlis anugerah adalah bertujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tempatan yang selama ini giat berkarya, baik untuk kepuasan diri mahupun masyarakat.

‘Road to Oscars’ Filem Prebet Sapu Terpilih Wakili Malaysia Ke Pentas Dunia

Satu lagi kejayaan besar yang diraih oleh industri filem tempatan apabila filem ‘Prebet Sapu’ karya pengarah muda Muzammer Rahman dan dibintangi oleh Amerul Affendi serta Mei Fen Lim dipilih mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi (Oscars) ke-94 yang dijangka berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.

IKLAN

Jika di Hollywood, anugerah berprestij seperti Oscar, mempunyai objektif tersendiri dan setiap darinya mewakili satu cabang seni. Jadi pemilihan yang dibuat oleh Finas adalah berdasarkan pengarahan,penceritaan, sinematografi, lakon layar, lakonan, adunan bunyi, skor muzik, penataan seni dan suntingan filem. Ia melalui proses teliti yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem Finas terdiri daripada para penggiat industri filem tempatan bertaraf profesional dan berpengalaman.

Prebet Sapu mengisahkan kehidupan anak muda yang mencari makan di Kuala Lumpur sebagai pemandu prebet. Ia turut oleh Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron, Nadiya Nisaa, Chew Kin Wah, Jay Iswazir, Anas Ridzuan, Roslan Madun dan ramai lagi.

IKLAN

‘Road to Oscars’ Filem Prebet Sapu Terpilih Wakili Malaysia Ke Pentas Dunia

Prebet Sapu sebelum ini telah mengembara mengelilingi dunia ke beberapa festival filem antaranya Udine Far East Film Festival, Itali; Jogja-Netpac Asian Film Festival (JAFF) Indonesia; Toronto Reel Asian Film Festival, Kanada; Asian Film Festival Barcelona; Sepanyol dan Innovative International Film Festival di India.

IKLAN

Memang layak la filem ini wakili negara kita, moga filem ‘Prebet Sapu’ ini mampu mencipta sejarah seperti filem Parasite. Siapa sangka filem Korea yang berjudul Parasite mampu mencipta sejarah tersendiri di dalam anugerah paling berprestij di dunia, Oscar.

Antara filem kita yang pernah dihantar ialah Puteri Gunung Ledang, Bunohan, Lelaki Harapan Dunia dan Redha

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI