Sejak kebelakangan ini, kes Macau Scam semakin menjadi-jadi dan kini pihak SPRM telah pun menangkap beberapa orang suspek yang terlibat dalam penipuan itu.
Namun begitu, mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu Macau Scam dan kenapa ia dipanggil sedemikian?
Tidak pasti kenapa taktik penipuan ini dinamakan sebagai Macau Scam, namun terdapat dua pendapat yang menjelaskan maksud tersebut iaitu yang pertama, sindiket yang beroperasi menjalankan modus operandi ini datang dari Macau. Manakala, satu lagi pendapat mengatakan bahawa mangsa pertama kaedah penipuan ini datang dari Macau (iluminasi.com).
Kedua-dua ini tidak dapat dibuktikan secara sahih tetapi menurut Astro Awani, Macau Scam didalangi sindiket Taiwan serta China yang menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong juga tempatan.
‘Spoofing’ ialah teknik di mana pemanggil akan berkomunikasi menggunakan paltform Voice Over Internet Protocol (VoIP) bagi membolehkan pemanggil meletakkan sebarang nombor telefon untuk memperdaya pemenerima bahawa pemanggil adalah dari nombor yang tertera di skrin.
Kredit foto: onlygfx.com
Modus Operandi
Terdapat beberapa cara mereka beroperasi menjalankan kegiatan penipuan ini dan antaranya adalah seperti berikut:
1. Cabutan bertuah
Pengadu menerima panggilan telefon yang mendakwa mangsa telah memenagi pertandingan cabutan bertuah bernilai jutaan dollar dari syarikat Hong Kong dan Macau. Pemanggil kemudiannya memberikan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya pengadu mahu menuntut hadiah berkenaan.
Ads
Setelah bersetuju, pengadu dikehendaki membayar cukai dan insuran dengan cara memasukkan wang ke dalam akaun tertentu bagi menuntut hadiah tersebut. setelah transaksi selesai, pemanggil gagal dihubungi dan wang hadiah yang dijanjikan tidak diterima.
2. ‘Spoofing’ pegawai polis/agensi kerajaan
Pengadu menerima panggilan telefon daripada individu yang mengaku sebagai pegawai mahkamah dan polis serta mendakwa bahawa pengadu terlibat di dalam kegiatan haram (seperti ah long, kongsi gelap dan pengedaran dadah) dan mangsa kemudiannya diminta untuk memindahkan wang dari akaunnya ke dalam akaun tertentu, kononnya bagi mengelakan akaun mangsa dibekukan oleh pihak berkuasa.
Kredit foto: cdn.geekwire.com
3. ‘Spoofing’ pegawai bank negara atau bank komersil (kad kredit)
Mangsa menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank, dengan dakwaan bahawa mangsa gagal membuat bayaran kad kredit. Pengadu kemudiannya diarah untuk menghubungi seseorang, kononnya pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau akaun bank dibekukan. Mangsa akhirnya diperdaya untuk membuat pemindahan wang ke nombor akaun tertentu melalui e-banking atau melalui mesin deposit tunai (CDM).
4. Tipu culik dan minta wang tebusan
Mangsa menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa anak atau saudaranya diculik. Mangsa diperdaya untuk memindahkan wang tebusan ke nombor akaun pihak ketiga yang diberikan oleh pemanggil. (Terkesan juga pelbagai helah dan taktik lain yang digunakan oleh ahli-ahli sindiket untuk memperdayakan mangsa, termasuk dakwaan langgar lari dan gagal membayar hutang pinjaman bank/institusi kewangan).
Ads
Kredit foto: malaymail.com
Sekiranya korang mendapat panggilan daripada individu-individu seperti itu, apa yang patut korang lakukan?
• Sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat atau tipu helah mereka
• Jangan sesekali panik dan mengikut arahan yang diberikan oleh pemanggil, tanpa terlebih dahulu menghubungi pihak polis atau institusi kewangan terbabit
Ads
• Jangan hubungi semula nombor telefon yang korang terima, sebaliknya dapatkan nombor telefon rasmi syarikat, organisasi atau institusi terbabit untuk pengesahan lanjut
• Jangan dedahkan nombor akaun bank, nombor kad ATM atau kad kredit kepada orang yang tidak dikenali
• Layari portal rasmi BNM untuk mendapatkan maklumat dan nasihat terkini berhubung penipuan kewangan (financial fraud) seumpamanya.
Jika korang pernah menjadi mangsa penipuan seperti ini, segera buat laporan polis agar tindakan lanjut dapat diambil segera. Awasi juga ahli keluarga yang lebih tua seperti ibu bapa atau mak/ayah saudara kerana golongan seperti ini lebih mudah diperdaya.
Pelakon Korea Selatan, Lee Yi Kyung baru-baru ini mendedahkan bagaimana reaksi dramatik bapanya, seorang bekas pegawai eksekutif tertinggi di syarikat LG apabila mengetahui beliau membintangi filem bertemakan homoseksual.
Menerusi sebuah rancangan Youtube ‘ZZANBRO’, Yi Kyung yang juga dikenali sebagai ‘Oppa Gwenchana’ menjelaskan bahawa filem ‘One Night and Two Days’ itu adalah filem queer dan mengungkapkan bahawa beliau melakukan penggambaran tanpa pengetahuan bapanya.
“Itu adalah filem queer, filem tentang homoseksual. Saya pergi penggambaran diam-diam tanpa beritahu ibu bapa saya. Tapi lepas mereka jumpa dan baca skrip, ia terus menyebabkan kekecohan dalam keluarga,” katanya.
Yi Kyung yang popular menerusi drama Welcome To Waikiki dan Marry My Husband itu juga memberitahu ayahnya lebih terkejut selepas membaca sebahagian skrip yang turut menyelitkan beberapa adegan seks.
“Orang tua saya sangat terkejut dan terus menghubungi saya ketika saya tengah shooting. Ayah saya tanya ‘awak tengah shoot projek berjudul One Night and Two Days ke?’ saya terus jawab ‘ya’. Lepas itu, ayah saya terus suruh saya berhenti shooting dan minta saya balik,” jelas Yi Kyung.
“Selain itu, ayah saya juga cakap bahawa dia akan bayar pihak produksi dan minta saya balik rumah waktu itu juga,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pengacara dan tetamu jemputan ZZANBRO iaitu Shin Dong Yeop, Kwon Sang Woo, dan Hwang Woo Seul Hye langsung tidak dapat menahan ketawa disebabkan kisah lucu Yi Kyung menyebut,
“Wah! Keluarga dia terus kecoh!,” kata Dong Yeop. Pelakon Sang Woo juga menambah, “LG tak izinkan perkara itu berlaku”.
Sekadar info, bapa kepada pelakon Lee Yi Kyung, Lee Woong Bum merupakan bekas eksekutif tertinggi di salah satu syarikat berprestij di Korea Selatan iaitu LG Electronics. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif LG Innotek Co Ltd dan ketua di jabatan bateri LG Chem.
Selepas bersara dari dunia korporat pada tahun 2017, Woong Bum dilantik menjadi Presiden Universiti Yeonam pada tahun 2018 dan memegang jawatan itu sehingga 2020. Sebelum ini, Lee Yi Kyung pernah berkongsi bagaimana keluarganya menentang keputusan beliau untuk menceburi bidang lakonan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adakah ia gimik? Adakah ia disebabkan trend pasangan selebriti menyembunyikan mengenai kisah cinta mereka? Atau ia adalah cara terbaik bagi penyanyi, Ariff Bahran untuk mengumumkan bahawa dirinya kini sudah bergelar seorang suami?
Aksi Ariff yang menyarungkan cincin pada jari seorang wanita sebelum mengucup dahinya sewaktu menjayakan persembahan lagu Bicara Rasa bersama Sarah Suhairi di pentas Anugerah Drama Sangat memang – well – drama!
Sebaik sahaja Ariff, 23 mengucup dahi wanita bernama Amirah Syazwani Mohd Riszuan,27; warganet terus dibelengu tanda tanya mengenai siapakah gerangan wanita terbabit sehinggakan ada yang berpendapat ia merupakan adik kepada Ariff.
Akhirnya, pengacara cara iaitu Ain Edruce dan Nabila Huda sendiri mendedahkan bahawa wanita tersebut hakikatnya merupakan isteri Ariff!
Mereka telahpun mendirikan rumah tangga sejak 3 September 2021 dalam satu majlis akad nikah yang dilangsungkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat kerana negara masih diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada waktu tersebut.
Comel sangat apabila bio di Instagram Ariff Bahran juga telah bertukar menjadi Singer/Songwriter/Husband.
Cuma, peminat jujurnya terperanjat apabila Ariff memilih untuk merahsiakan pernikahannya itu selama tiga bulan.
Kata Ariff lagi, mereka kini sedang meancang untuk mengadakan majlis resepsi pada tahun 2022 apabila tiba waktu yang bersesuaian.
Dalam pada itu, Ariff bakal keluar dengan single berjudul Melodi Hati yang didedikasikan untuk Amirah Syazwani. Aww..
Tangkap layar YouTube TV3Malaysia
Kalau korang masih ingat, penyanyi seangkatan Ariff iaitu Haqiem Rusli yang baru mendirikan rumah tangga pada bulan lalu turut melancarkan sebuah lagu berjudul Hitam Saksi Putih khas untuk isterinya.
Mungkin sudah menjadi trend dalam kalangan selebriti tempatan pada tahun ini untuk merahsiakan perkahwinan, berdiam diri mengenai status sudah berbadan dua dan juga mencipta lagu untuk pasangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap akhir tahun, ramai yang akan menantikan Wajah Lelaki Tampan yang dikeluarkan oleh TCC Candler.
Menariknya pemegang gelaran Juara Hero Remaja 2011/2012 yang baru menjadi bapa ini tercalon dalam Wajah Lelaki Tampan 2020 , Fattah Amin menjadi satu-satunya calon mewakili Malaysia yang tersenarai dalam TC Candler’s 100 Wajah Paling Tampan 2020 ini. Wow…hebatnya!
A post shared by TC Candler (@tccandler) on Aug 31, 2020 at 1:23pm PDT
Namun, pesaing Fatah bukan calang-calang ye..Antara selebriti lain dalam senarai tersebut termasuk bintang K-Pop seperti V (BTS), Hyun Bin, Tzuyu (TWICE), Lucas (NCT), dan Suho (EXO) dan ramai lagi lah yang kacak dan popular di seluruh dunia.
Tahniah kami ucapkan untuk Fattah Amin, untuk info pada tahun 2018, bintang filem Crazy Rich Asians iaitu Henry Golding berada di tempat ke-84 manakala pelakon filem Aquaman, Jason Momoa menjuarai senarai lelaki terkacak dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dinda Anwar muncul sebagai pemenang utama All Stars Influencers Award (ASIA) 2026 selepas menewaskan 109 pempengaruh dari 20 negara sekaligus membawa pulang hadiah US$10,000 dan trofi.