Percutian pelakon, Jasmine Suraya ke India baru-baru ini telah meraih perhatian ramai pihak apabila beberapa hantaran foto dan videonya di media sosial menimbulkan persoalan orang ramai berkenaan status agamanya.

Biarpun Jasmine telah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya ke India sekadar untuk melancong disebabkan ada kekosongan jadual penggambaran, masih ada pihak yang mendakwa tujuan kunjungannya ke negara tersebut adalah bagi menukar agama.

Lalu apabila Jasmine baru-baru ini ditemui oleh rakan pemberita di MStar Online, pelakon itu tidak cuba berselindung mengenai pandangannya terhadap kebebasan beragama. Baginya, bab agama adalah perkara yang sensitif dan peribadi untuk pengetahuan dirinya sahaja.

“Antara Saya & Tuhan Saya..” Jasmine Suraya Tak Terkesan Dakwaan Netizen Konon Sudah Tukar Agama
Jasmine Suraya

Untuk pengetahuan korang, Jasmine Suraya beragama Kristian namun pernah menghadiri kelas sekitar akhir tahun lalu demi menambah pengetahuan tentang agama Islam.

“Saya tahu ada ramai orang kecoh saya baru pergi India, konon-konon saya telah tukar agama. Ramai yang bertanyakan, ‘Kau ni dah tukar kepada Hindu ke?’ ataupun, ‘Apa sudah jadi mengenai mempelajari lebih mengenai Islam?’.

“Saya rasa bab agama ini adalah sesuatu yang sensitif, sesuatu yang bersifat peribadi. (Agama) juga adalah sesuatu yang saya sentiasa pelajari. Dari kecil hingga sekarang, ayah saya adalah seorang freethinker.

“Jadi bagi saya, soal agama ini saya pelajari secara peribadi dan tertutup dengan setiap satu agama yang ada,” ulasnya.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmine Suraya Fasih Berbahasa Melayu! Ini 4 Lagi Selebriti Berbangsa Cina Yang Mencipta Nama Dalam Dunia Hiburan

Berdiri teguh dengan pendiriannya untuk tidak mengambil kisah pandangan orang lain, Jasmine tidak terkesan dengan kata-kata orang luar terhadapnya; malah ‘terharu’ apabila mereka ambil kisah dengan apa yang terjadi pada kehidupannya di luar skop sebagai seorang pelakon.

“Antara Saya & Tuhan Saya..” Jasmine Suraya Tak Terkesan Dakwaan Netizen Konon Sudah Tukar Agama

“Saya rasa semua orang berhak untuk menyuarakan pendapat. Bab agama ini, biarlah ia sekadar pengetahuan saya sahaja.

“Mak saya okay (sekiranya satu hari kelak Jasmine berubah fikiran mengenai agama yang ingin dianuti) sebab mendiang ayah saya juga seorang freethinker.

IKLAN

“Kalau (ibu Jasmine) hendak paksa saya (menganuti sesuatu agama) pun tiada gunanya kerana bab agama adalah di antara saya dan Tuhan saya.

“Kalau hati kita tidak ikhlas, buat apa? Ia lebih kepada kebebasan saya untuk menganut agama apa. Asalkan bila saya sudah peluk (sesuatu agama), saya ikhlas memeluk agama itu,” simpulnya.

Kita doakan sahajalah yang baik-baik untuk Jasmine Suraya agar dia tenang dengan apa jua pilihan yang dibuat.

Lagipun, selain bagi tujuan melancong; pemergian wanita kelahiran Sarawak ini ke India juga katanya adalah bagi membentuk watak yang bakal dilakonkan olehnya tidak lama lagi untuk sebuah projek baharu.

IKLAN

Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi mengenai pernikahan berlainan agama tanpa menukar kepercayaan pasangan yang berlaku di Surabaya, Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Surabaya Benarkan Pernikahan Berlainan Agama Tanpa Tukar Kepercayaan – REMAJA

FOTO: Instagram Jasmine Suraya

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI