Nama Suriati Baharom mungkin tidak asing bagi peminat drama-drama bersiri Spektra sekitar era 1990-an.
Kini, pelakon itu kembali mencuri perhatian apabila anak perempuannya, Camelia, berjaya meloloskan diri sebagai salah seorang finalis Dewi Remaja 2025.
Melihat kemaraan Camelia, Suriati tidak dapat menahan rasa sebak. Baginya, perjalanan anak gadisnya itu seakan mengimbau semula kenangan zaman kegemilangannya di dunia seni dahulu.
“Saya sangat bangga dia menyambung dan mewarisi bakat saya di arena seni. Dalam keluarga, dia satu-satunya yang berminat dalam bidang lakonan.
“Bila ada seorang anak seperti ini, sayateringat zaman muda dahulu, terutama sewaktu aktif membintangi drama.
Ads
“Alhamdulillah, apa yang saya impikan Allah dengar. Terima kasih kepada Astro yang bagi peluang kepada Camelia untuk kembangkan bakat dimiliki,” kata Suriati ketika ditemui pada sidang media pengumuman Top 12 Finalis Dewi Remaja 2025.
Legasi Seni, Sokongan Penuh Mama
Berasal dari Selangor, Camelia sebenarnya bukan asing dalam dunia lakonan. Sebelum ini, dia sudah membintangi dua buah filem popular iaitu Mimaland dan Banglo 99.
Namun, peluang menyertai Dewi Remaja dianggap sebagai platform terbaik untuk mencungkil dan menggilap lagi bakat yang dimiliki.
Ads
“Sebenarnya saya mahu Dewi Remaja ini daripada lepas sekolah lagi tapi rasa diri tak cukup matang. Takut masuk main-main saja dalam industri, jadi buang masa.
“Sekarang saya dah 24 tahun, Dewi Remaja pula had umur sampai 25 tahun saja jadi macam rugi tak sertai. Saya pun dalam bidang lakonan agak lama sudah enam tahun.
“Rasa inilah masanya dan saya rasa dah cukup matang untuk sertai Dewi Remaja dan mama pun selalu sokong saya untuk sambung legasi sebagai pelakon,” jelas Camelia.
Camelia bakal berentap dengan 11 lagi finalis lain termasuklah Dheper, Nylea, Marisa, Elisa Chew, Teya, Suhaila, Ariana, Ellysa Ramlee, Sharmaine, Nelysa Kay serta Fittri.
Adakah Camelia mampu mengulangi kejayaan ibunya dalam industri hiburan dan mencipta legasi baharunya sendiri? Sama-sama kita nantikan!
Dewi Remaja 2025 akan mula bersiaran pada 10 Oktober ini, jam 10 malam di Astro Ria serta turut boleh distrim menerusi Astro GO dan sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon berkaliber, Fizo Omar dan isteri tercinta, Fazeera Nazri memilih nama Wan Umaira untuk bayi keduanya yang dilahirkan, pada tanggal 19 Mei lalu.
Perkara tersebut dikongsikan bintang berusia 37 tahun itu menerusi sebuah hantaran foto terbaharu di platform Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, penceramah bebas terkenal, Ustaz Syamsul Debat itu dilihat sedang mengendong Wan Umaira yang sedang dalam lena ketika majlis tahnik puteri kecilnya itu.
“Majlis Tahnik puteri ketiga kami, Wan Umaira binti Wan Hafizol. Terima kasih ustaz @syamsuldebatofficial menyempurnakan majlis,” kongsinya di ruangan kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi netizen buat bayinya itu selain memuji penampilan Fazeera yang ayu mengenakan hijab.
“Umaira nanti dah besar mesti pandai buat lawak. Sebab yang tahnik ini ustaz best dan buka mulut bagi ceramah sahaja lawak…” komen seorang pengguna.
“MasyaAllah, rapat dengan orang-orang soleh, mohon doa dengan orang yang soleh berilmu. Alhamdulillah, sopan ayunya bidadari awak Fizo, moga berhijrah lah cantik sangat bertudung masyaAllah,” komen pengguna lain.
Terdahulu, Fizo Omar berkongsi berita gembira atas kelahiran cahaya mata perempuan secara normal, pada jam 5.57 petang tanggal 19 Mei lalu, di sebuah pusat perubatan ibu negara.
Sekadar informasi, bekas peserta Hero Remaja dan Fazeera itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Wan Khaleeda pada 25 Jun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Betulkan penulis jika tersalah. Tetapi ada rakan korang, ahli keluarga korang ataupun korang sendiri yang menggemari bau tertentu.
Contohnya seperti bau lavendar, bau pinewood daripada gedung perabot IKEA, bau halaman muka surat buku baru atau dalam kes ini, bau minuman Starbucks panas.
Iya, aroma minuman kopi daripada stor tersebut memang mudah untuk menusuk ke hidung. Lalu membuatkan orang di sekeliling terliur ingin merasainya.
Kini, seluruh kereta boleh berbau minuman Starbucks pada setiap hari! Hanya sangkutkan saja pewangi kereta edisi terhad ini di dalam kereta.
Semalam, Starbucks Malaysia telah mengumumkan produk edisi terhad ini di akaun media sosial mereka. Ia hadir dalam dua jenis aroma berlainan iaitu teh hijau (matcha) dan coklat.
Bagi korang yang berminat, dapatkannya di cawangan Starbucks pandu lalu pada harga RM25.
Korang juga boleh membelinya pada harga RM15 jika membeli minuman bersaiz Venti.
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isteri kepada pengacara dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad, iaitu Zira Ayub, telah mencuri perhatian ramai selepas memuat naik sebuah hantaran di Instagram Story yang memperlihatkan dirinya tidak mengenakan hijab.
Menerusi hantaran tersebut, Zira dilihat sedang menikmati minuman sambil mengenakan topi hitam, namun tanpa tudung di kepalanya. Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah rambut panjang Zira yang berwarna keperangan.
Difahamkan, Zira dan Nabil kini sedang berada di luar negara, namun belum ada penjelasan lanjut mengenai sebab Zira memilih untuk tampil dengan imej tersebut.
Keputusan Zira untuk tidak bertudung ini mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya di media sosial.
Sebelum ini, Nabil meluahkan rasa syukur apabila puteri sulungnya, Naira Mikayla, sudah memilih untuk bertudung. Nabil mengakui bahawa keputusan anaknya itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan, menambah lagi kebahagiaan dalam keluarga mereka.
Sekadar info, Zira mula mengenakan tudung sekitar awal 2021 dan penampilan berhijabnya pada waktu itu mendapat pujian ramai.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Naira Mikayla, Layla Medyna, dan Mishall Imani.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Zira Ayub
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!