Percutian pelakon, Jasmine Suraya ke India baru-baru ini telah meraih perhatian ramai pihak apabila beberapa hantaran foto dan videonya di media sosial menimbulkan persoalan orang ramai berkenaan status agamanya.
Biarpun Jasmine telah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya ke India sekadar untuk melancong disebabkan ada kekosongan jadual penggambaran, masih ada pihak yang mendakwa tujuan kunjungannya ke negara tersebut adalah bagi menukar agama.
Lalu apabila Jasmine baru-baru ini ditemui oleh rakan pemberita di MStar Online, pelakon itu tidak cuba berselindung mengenai pandangannya terhadap kebebasan beragama. Baginya, bab agama adalah perkara yang sensitif dan peribadi untuk pengetahuan dirinya sahaja.
Jasmine Suraya
Untuk pengetahuan korang, Jasmine Suraya beragama Kristian namun pernah menghadiri kelas sekitar akhir tahun lalu demi menambah pengetahuan tentang agama Islam.
“Saya tahu ada ramai orang kecoh saya baru pergi India, konon-konon saya telah tukar agama. Ramai yang bertanyakan, ‘Kau ni dah tukar kepada Hindu ke?’ ataupun, ‘Apa sudah jadi mengenai mempelajari lebih mengenai Islam?’.
“Saya rasa bab agama ini adalah sesuatu yang sensitif, sesuatu yang bersifat peribadi. (Agama) juga adalah sesuatu yang saya sentiasa pelajari. Dari kecil hingga sekarang, ayah saya adalah seorang freethinker.
“Jadi bagi saya, soal agama ini saya pelajari secara peribadi dan tertutup dengan setiap satu agama yang ada,” ulasnya.
Berdiri teguh dengan pendiriannya untuk tidak mengambil kisah pandangan orang lain, Jasmine tidak terkesan dengan kata-kata orang luar terhadapnya; malah ‘terharu’ apabila mereka ambil kisah dengan apa yang terjadi pada kehidupannya di luar skop sebagai seorang pelakon.
“Saya rasa semua orang berhak untuk menyuarakan pendapat. Bab agama ini, biarlah ia sekadar pengetahuan saya sahaja.
“Mak saya okay (sekiranya satu hari kelak Jasmine berubah fikiran mengenai agama yang ingin dianuti) sebab mendiang ayah saya juga seorang freethinker.
Ads
“Kalau (ibu Jasmine) hendak paksa saya (menganuti sesuatu agama) pun tiada gunanya kerana bab agama adalah di antara saya dan Tuhan saya.
“Kalau hati kita tidak ikhlas, buat apa? Ia lebih kepada kebebasan saya untuk menganut agama apa. Asalkan bila saya sudah peluk (sesuatu agama), saya ikhlas memeluk agama itu,” simpulnya.
Kita doakan sahajalah yang baik-baik untuk Jasmine Suraya agar dia tenang dengan apa jua pilihan yang dibuat.
Lagipun, selain bagi tujuan melancong; pemergian wanita kelahiran Sarawak ini ke India juga katanya adalah bagi membentuk watak yang bakal dilakonkan olehnya tidak lama lagi untuk sebuah projek baharu.
Ads
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi mengenai pernikahan berlainan agama tanpa menukar kepercayaan pasangan yang berlaku di Surabaya, Indonesia.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang merupakan peminat muzik K-Pop, pastinya ramai masih mengingati ‘tragedi’ konsert kumpulan TWICE di Kuala Lumpur dibatalkan pada saat-saat terakhir tahun lalu.
Jadi apabila TWICE berkunjung semula ke Kuala Lumpur untuk konsert ‘Twice Light in Kuala Lumpur’ yang sedang dilangsungkan di Axiata Arena, ramai yang berharap agar isu pentas tidak menepati piawaian pada tahun lalu tidak lagi berulang kembali.
Ini susulan pembatalan acara fan meeting Kim Jaehwan di Stadium Malawati yang dibatalkan pada bulan lalu. Maka, tak hairanlah apabila ramai peminat yang gusar sesuatu yang buruk akan berlaku pada konsert TWICE petang ini.
Semasa Tzuyu, Jihyo, Sana, Momo, Nayeon, Dahyun, Jeongyeon dan Chaeyoung memperkenalkan diri masing-masing dalam Bahasa Malaysia, mereka sempat untuk memohon maaf atas apa yang terjadi pada tahun lepas.
Malangnya, Mina tidak ‘turun padang’ pada kali ini untuk menangani isu anxiety ekstrem yang masih dihadapinya.
Pakaian Konservatif
Menariknya, dua set pakaian yang disarungkan oleh TWICE amat berbeza dengan pakaian grup K-Pop perempuan lain yang pernah melakukan persembahan di Malaysia.
Tatkala ramai yang menggemari hot pants, one-piece dan short dress sepanjang konsert, TWICE memilih seluar panjang hitam untuk dipadankan dengan top hitam. Hanya penari mereka saja yang memakai seluar pendek.
Kemudian, TWICE muncul semula selepas menukar kepada dress labuh berwarna putih.
Para ONCE (nama jolokan peminat TWICE) melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang mengharukan kerana grup tersebut menghormati budaya Malaysia yang berpakaian sopan-santun.
“Ayden juga dibuli di sekolah secara emosi dan fizikal, tapi kita dah selesaikan isu tersebut dengan berjumpa keluarga, pihak sekolah dan pelaku sendiri.
“Paling sedih bila ada yang menjerit dan panggil di sekolah agama sebagai anak yatim,” katanya.
Bella dalam masa sama berharap kejadian sebegitu tidak lagi berulang serta mendoakan agar anak lelakinya itu kuat berdepan cabaran hidup.
“Saya ada pergi sekolah juga minta tolong ustazah. Insya-Allah semoga ada perubahan yang baik.
“Bukan sahaja jumpa keluarga, tapi pelaku itu sendiri saya jumpa terus cakap dengan dia, sebab yang buli dia adalah perempuan.
“Jadi saya cakap dengan Ayden dia kena kuat sikit selepas ini,” tambahnya.
Sekadar info, Ayden merupakan anak hasil perkahwinan Bella dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016. Pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Ara Adreanna.
Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila Bella dan Aliff sah bercerai pada 13 Jun 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Merentas pergunungan salji di bawah paras 30 darjah Celsius menggunakan bantuan peluncur sled anjing enam hari berturut bukan perkara mudah. Ditambah Malaysia mengalami iklim khatulistiwa iaitu hujan dan panas sepanjang tahun.
Namun ia bukan halangan bagi seorang anak muda, Muhammad Syazwan bin Mohd Khazir, 26 tahun yang juga seorang jurutera awam untuk menyertai ekspedisi Fjallraven Polar, yang bakal diadakan 9-14 April 2018 akan datang.
XPDC ini sangat lasak dan mencabar fizikal peserta
Penggembaraan sejauh 300km itu akan bermula dari Signaldalen, Norway. Perjalanan bakal diteruskan ke Paltsa, Rastojaure, Kattyvuoma, Sejujarvi dan berakhir di Vakkarajarvi, Sweden yang mana sepanjang enam hari itu, peserta akan bermalam di tanah sentiasa bersalji serta melalui laluan mencabar.
Namun sebelum impiannya itu bakal terlaksana dan membawa nama Malaysia ke peta dunia, Muhammad Syazwan memerlukan undian dari rakyat negara ini. Ayuh, undian rakyat Malaysia sangat diperlukan!
“Saya lakukan untuk Malaysia. Demi negara yang saya sayangi selain menguji ketahanan mental dan fizikal kerana saya sukakan aktiviti lasak,” katanya yang telah melakukan pendakian ke lebih 20 buah gunung. Ini termasuklah Gunung Kinabalu, Gunung Rinjani, Gunung Yong Belar, Gunung Datok, Gunung Stong, Gunung Nuang serta banyak lagi serta pernah menyertai ekspedisi berbasikal UiTM Malaysia – Thailand Internasional Cycling Tour mengayuh sejauh 413 km pada tahun 2015 yang lalu.
Syazwan aktif dalam sukan lasak sejak dulu
Menurut Syazwan yang berasal dari Klang, dia memerlukan sekurang-kurangnya 5000 undian bagi mewakili Asia/ Ocenia dan setakat ini dia baru memperoleh 1900 undian setakat petang ini. Dia memerlukan sekurangnya 3100 lagi undi untuk terpilih sebagai wakil negara Asia/ Ocenia (Malaysia/ Singapura/ Australia/ China) juga turut disenaraikan dalam kategori ini.
“Undian ini akan ditutup pada 14 Disember ini. Saya kini berada dalam kedudukan ke empat dari 93 peserta dengan undian sebanyak 1900. Memandangkan penyertaan ekspedisi ini berdasarkan kedudukan, saya sangat berharap terpiliih,” katanya memaklumkan setakat hari ini peserta berada pada kedudukan pertama sudah mendapat 3000 undian dan beliau mengharapkan jumlah undiannya melebihi peserta pertama.
Sudah mendaki lebih 20 gunung dalam dan luar negara
Dalam pada itu, anak muda ini memaklumkan, hanya peserta dari Filipina pernah terpilih mewakili Asia/ Ocenia tahun lalu dan penyertaan ini terbuka kepada seluruh dunia.
Demi Malaysia, apa kata kita bersatu hati melakukan vote untuk pemuda ini. Semangat anda sebagai warga negara amat diperlukan. Layari pautan inidemi negara yang sangat kita kasihi.
Difahamkan, pemilihan calon adalah berdasarkan jumlah undian dan kriteria setiap peserta. Jika terpilih, mereka secara automatik akan ditaja oleh Fjallraven dalam ekspedisi tersebut.
Untuk makluman, sukan lasak tajaan Fjallraven ini mula diperkenalkan pada tahun 1997. Fjallraven Kanken adalah syarikat pengeluar barangan outdoor yang begitu terkenal buat pencinta aktiviti lasak di seluruh dunia. Biar sudah lebih 20 tahun sukan ini diperkenalkan iaitu bermula pada 1997, belum ada lagi rakyat Malaysia dipilih menyertai pengembaraan lasak dan mencabar fizikal ini.
Ayuh, rakyat Malaysia, semoga nama negara ini terpahat di mata dunia di mana kita boleh melakukan apa sahaja. Malaysia Boleh.
Tonton video di bawah mengenai XPDC ini
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Niat sekadar mahu berkongsi atau ‘membuka mata’ orang ramai di media sosial sebenarnya boleh mengundang padah, terutamanya apabila melibatkan pendedahan maklumat peribadi individu lain...