Sehingga ke hari ini, penganjuran festival Bon Odori yang dijadualkan berlangsung pada 16 Julai 2022 di Shah Alam, Selangor dan di Pulau Pinang masih mencetuskan perdebatan di antara dua pihak.
Di satu pihak, ada yang menyokong agar Bon Odori diteruskan memandangkan misinya selama ini adalah untuk memperkenalkan budaya Jepun kepada rakyat Malaysia. Namun di satu pihak yang lain, festival itu didakwa melibatkan unsur-unsur ritual keagamaan Buddha.
Lalu, nasib festival Bon Odori pada bulan Julai ini masih samar-samar nampaknya.
Ads
Baru-baru ini, Presiden Persatuan Alumni Bekas Pelajar Malaysia ke Jepun di bawah program Dasar Pandang ke Timur atau ALEPS iaitu Zulfiqar Zainuddin berkata, Bon Odori hanyalah salah satu daripada cara untuk Malaysia merapatkan hubungan dengan negara matahari terbit itu iaitu dengan keraian kebudayaan serta kesenian.
Sepanjang lebih 30 tahun Bon Odori dianjurkan di Malaysia, ia telahpun menerima sambutan menggalakkan dan memberi peluang kepada masyarakat di sini mendalami serba sedikit budaya masyarakat Jepun termasuklah makanan, pakaian, permainan dan kesenian.
Namun bagi Dewan Ulamak parti PAS pula, ia menegaskan agar umat Islam tidak menyertai Bon Odori kerana enggan sesiapa terjerumus kepada perkara yang boleh membawa kepada pelanggaran akidah berdasarkan maslahah awam. Lalu menurut Ketua Dewan Ulamak PAS iaitu Datuk Ahmad Yahya, alasan kebudayaan Jepun tidak mencukupi merit untuk dipertimbangkan bersama.
Ads
*
Pada minggu lalu, perdebatan mengenai Bon Odori ini telahpun mendapat perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tidak menyekat penganjuran festival Bon Odori mahupun menghalang mana-mana individu daripada menyertainya.
Setelah titah perintah itu dikeluarkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Idris Ahmad berkata beliau enggan memberi sebarang komen dan enggan memanjangkan perdebatan mengenai penganjuran Bon Odori di Selangor sewaktu ditemui media di sebuah majlis pada hari Sabtu.
Hhm, agaknya festival pada tahun ini akan terus dianjurkan ataupun tidak?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sehari dua ini di saat melihat dataran Masjidil Haram ditutup seketika untuk pembersihan bagi membasmi wabak Covit-19, hati kita pasti terasa sayu. Agak jarang dataran ditutup, tiada yang berebut-rebut mencium Hajar Aswad, berdoa di Multazam yang mustajab doanya, bersolat di Makam Nabi Ibrahim, berdoa di Pancuran Emas, solat di Hijr Ismail.
Pergilah ke ceruk dunia mana pun, London, Switzerland dan mana-mana namun bagi yang pernah dipanggil Allah taala ke Makkah dan Madinah, pasti di hati dan bibir kita menyebut betapa rindunya kita untuk ke sana. Rindu untuk beribadah.
Sama ada sedar atau tidak, di sebalik isu Covit-19 yang memaksa Kerajaan Arab Saudi menyekat visa kemasukan bagi menunaikan Umrah sejak akhir-akhir ini dan ramai tertanya-tanya adakah ibadah Haji dapat dilaksanakan tahun ini, pasti ramai antara kita tidak menyedari bahawa sejarah mencatatkan bahawa ibadah Haji, Rukun Islam ke lima pernah tidak dilaksanakan sebanyak 40 kali dalam sejarah dunia.
Dataran Masjidil Haram ditutup beberapa jam untuk pembersihan kuman bagi membendung wabak Covit-19 baru-baru ini
REMAJA kongsikan info grafik yang dilakukan oleh page JejakImani yang berkongsi maklumat mengenai fakta sejarah harus umat Islam pelajari.
Sumber : Fb Syed Mohd Khair Aljufri
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebut saja tentang Highland Towers, apa perkara pertama yang bermain di fikiran korang? Macam-macam cerita yang kita dengar sebelum ini. Paling popular mestilah tentang bagaimana ‘keras’nya tempat tersebut.
Tragedi Highland Towers merupakan satu runtuhan blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang kira-kira 27 tahun yang lalu. Seramai 48 mangsa terkorban dan ada juga khabar angin yang mengatakan masih ramai mangsa yang tidak dijumpai. Maka, macam-macamlah kisah misteri yang diceritakan berlaku di tempat kejadian.
Malah, sebuah filem yang berjudul Highland Towers juga turut diterbitkan satu ketika dahulu sempena dengan tragedi yang berlaku.
Baru-baru ini, Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida berkata tapak kondominium Highland Towers bakal diindahkan semula untuk dijadikan sebagai tapak bersejarah, bukannya tugu peringatan seperti yang digemburkan media.
Tapak berkenaan adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa tragis yang berlaku pada tahun 1993 – genap 25 tahun lalu pada hari semalam.
Kawasan tapak yang didakwa menjadi lubuk masalah sosial itu akan diceriakan menerusi pembangunan tempat bersejarah dan dalam pada masa sama menjamin kesejahteraan penduduk di sana.
Untuk info, tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3 di pangkalan barat bukit curam yang kemudiannya ditereskan secara meluas pada awal 1980-an, keruntuhan adalah disebabkan oleh kejadian tanah runtuh selepas hujan lebat berterusan.
Pelbagai reaksi positif dan negatif daripada netizen turut dikongsi di media sosial.
Walau bagaimanapun, sama-samalah kita nantikan apakah kesudahan bagi perancangan ini. Sudah pasti pihak yang bertanggungjawab memikirkan baik buruk sebelum membuat apa-apa projek.
Pihak Disney hari ini telah menidakkan semua berita palsu dan spekulasi yang hadir daripada portal Malaysia yang melaporkan perancangan syarikat itu untuk membina taman tema Disneyland pertama Asia Tenggaa di Melaka.
Semalam, portal di Malaysia telah mengejutkan warganet dengan perkhabaran kononnya Melaka akan memiliki Disneyland menjelang tahun 2027. Ia khabarnya akan dibina di sebidang tanah di Jasin, Melaka pada keluasan 80.9 hektar.
Laporan tersebut juga memetik kata-kata Pengerusi Jawatankuasa Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang berkongsi mengenai perancangan Melaka untuk membina Disneyland dengan kos sekitara RM2 bilion (kira-kira USD602.9 juta).
Ia sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara keempat di benua Asia yang memiliki Disneyland selepas China, Jepun dan Hong Kong.
Istana Sleeping Beauty di Disneyland Hong Kong diinspirasikan daripada binaan istana Disneyland Resort pertama di California.
Bagaimanapun, perkhabaran tersebut telah ditepis oleh pihak Disney pada hari ini setelah mereka diajukan mengenai perancangan tersebut oleh wartawan Southeast Asia CNN, Heather Chen.
Menerusi satu ciapan, Chen melaporkan bahawa berita tersebut, “Tidak benar. Ia sekadar berita palsu dan spekulasi semata-mata.”
Chen juga bertindak untuk memadamkan ciapan semula (repost) yang dimuat naik olehnya daripada laporan NST yang mengatakan Disney City akan dibina di Jasin; setelah dia diminta untuk berbuat sedemikian oleh Disney.
To clarify: My tweet has now been deleted on orders of Disney. But the original clarification I made from reaching out and reporting still stands — There are no official plans for a Disney themed park in Malacca, earlier reports were purely speculative and misinformed.
Well, tidak mustahil untuk Melaka memiliki taman tema sebesar Disneyland memandangkan EXCO Melaka sememangnya ingin merealisasikan perancangan itu. Cuma, ia bukanlah taman tema Disneyland yang diharap-harapkan.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai perancangan negeri Melaka bagi memiliki taman tema bertaraf dunia dalam tempoh empat tahun dari sekarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!