Selama ini, imej pelakon Hollywood, pengarah dan humanitarian, Angelina Jolie cukup dikenali sebagai seorang wanita yang kuat dan rajin menghulurkan bantuan bagi mereka yang memerlukan.
Jelitawan berusia 46 tahun itu bagaimanapun tidak dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan misi bantuan banjir di Pakistan.
Dilaporkan lebih 33 juta penduduk terjejas oleh bencana banjir itu berikutan hujan lebat monsun sejak pertengahan Jun.
Ads
Angelina mengunjungi daerah Dadu di wilayah Sindh pada Selasa, dan bertemu mangsa banjir, lapor saluran televisyen Pakistan.
Untuk info, kematian akibat banjir besar ini melepasi 1,550, termasuk beratus-ratus kanak-kanak, dan kira-kira 13,000 lagi cedera.
Foto Al Jazeera
Bantuan antarabangsa berterusan tiba di Pakistan, dengan Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi antara pembekal utama barangan bantuan.
Kedua-dua negara menghantar berpuluh-puluh penerbangan bantuan sejak Ogos ketika pihak berkuasa Pakistan bertungkus-lumus menangani bencana di wilayah Sindh, Balochistan dan Khyber Pakhtunkhwa.
Sejak Isnin, dua penerbangan bantuan tiba di lapangan terbang Karachi dari Oman, satu dari Dubai dan sebuah lagi penerbangan yang diatur Unicef.
Ads
Turki dan UAE menghantar paling banyak bantuan menerusi udara selain menggunakan tren oleh Turkiye. Enam “Tren Ikhlas” Turki berlepas pada Selasa, manakala enam lagi bakal menyusul pada minggu-minggu akan datang, menurut laporan media Pakistan.
Moga lebih banyak bantuan disalurkan kepada negara Pakistan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai mengeluh sukar menyimpan wang apabila sudah berkahwin. Malah ada yang sudah punya anak dua atau tiga orang masih duduk menyewa lagi tanpa mampu membeli rumah sendiri.
Isu wang juga sering menjadi titik balah suami isteri malah ada yang sampai bercerai berai.
Pengurusan kewangan yang kurang cekap seperti membeli perkara tidak perlu antara sebab mengapa kita sering merungut kekurangan duit.
REMAJA syerkan penulisan pakar perunding kewangan, Amir Syahir mengenai teknik memperoleh wang sebanyak RM38k dalam tempoh 3 tahun, membeli dua buah rumah bernilai RM150 k setiap satu dan ada dana persaraan sebanyak RM400 k sebagai simpanan di hari tua bagi pasangan baru berkahwin.
Banyak rumah kos rendah menawarkan harga di bawah RM200 sesuai untuk pasangan baru berkahwin. Gambar hiasan
Insya Allah, jika pengurusan kewangan betul, kita mampu berbuat sama seperti orang lain.
Baca perkongsiannya.
Suami Isteri baru berkahwin boleh guna teknik ini untuk beli rumah kediaman + rumah pelaburan + simpanan persaraan RM400K.
Bagi pasangan yang sudah berkahwin, memiliki rumah sendiri adalah salah satu matlamat utama.
Pasangan suami isteri boleh miliki 2 buah rumah sendiri dalam tempoh 3 tahun. Satu untuk kediaman, satu untuk disewa. Dan juga bonus simpanan persaraan sebanyak RM400,000.
Konsep asas ialah;
Mohon pembiayaan ASBF suami isteri serentak pada tahun yang sama, iaitu RM100K. Tahun berikutnya buat lagi ASBF yang baru RM100K.
Bayaran ansuran bulanan ASBF tahun kedua guna duit gaji manakala ansuran bulanan ASBF tahun pertama guna dividen setiap tahun. Komitmen bulanan kekal RM537 sebulan.
Setiap orang hanya boleh buat maksimum pembiayaan ASBF RM200K sahaja. Selepas tiga tahun terminate semua sijil ASBF.
Setiap pasangan muda mengimpikan punya simpanan, rumah dan sebagainya sebagai jaminan di hari tua
Caranya:
Tahun Pertama
Suami & Isteri
Mohon pembiayaan ASB RM100K. Tempoh pembiayaan 30 tahun. Kadar keuntungan bank: 5.0%. Bulanan dalam RM536.82. Kita genapkan jadi RM537. Tanpa ambil takaful.
Tahun Kedua
Suami & Isteri mohon lagi ASBF RM100K. Selepas setahun, akan dapat dividen. Katakan dividen 7%. Jadi 7% X RM100K = RM7000. Dah dapat dividen, gunakan untuk buat pembiayaan ASB Suami & Isteri RM100K lagi. Bayar ansuran guna dividen ASBF tahun pertama.
Katakan profit rate bank macam tahun pertama. Bulanan RM537. Bayaran untuk setahun RM6444. Ada lagi baki RM556.
Ansuran bulanan tahun pertama bayar guna gaji. Ansuran bulanan tahun kedua bayar guna dividen ASBF tahun pertama. Jadi bulanan kekal RM537 tanpa bertambah sebarang komitmen.
Tahun Ketiga
Terminate dua sijil ASBF RM100K tahun pertama & RM100K tahun kedua selepas dapat dividen pada Januari nanti.
Jumlah kasar keseluruhan Suami & Isteri: RM18,503 + RM18,503 + RM1112 = RM38,118
Lebih kurang RM38K beb! Banyak dah tu dalam masa tiga tahun.Korang hanya perlu peruntukan lebih kurang RM537 sebulan untuk tabung keluarga ni.
Kalau korang masih bujang, okay la dalam tiga tahun ada RM18K. Kalau korang rasa tak perlu terminate dan nak guna untuk pencen, teruskan. Tak jadi masalah. Kalau mampu lagi buat terus RM200K, tiga tahun dah boleh dapat tunai banyak lagi.
Dah ada simpanan RM38K ni nak buat apa? Antaranya:
BELI DUA BUAH RUMAH (RM150K + RM150K)
RM30,000 untuk 10% downpayment.
Beli dua buah rumah; sebuah duduk sendiri dan sebuah lagi untuk disewa.
Anggaran bayaran ansuran rumah yang berharga RM150K dalam RM600. Sewakan pada harga RM850. Dapat aliran tunai positif RM250.
Bayaran untuk dua buah rumah ialah RM1,200. Hasil dari sewaan RM850. Maka, hanya perlu keluarkan RM350 duit sendiri untuk bayar ansuran dua buah rumah.
Ada lagi lebihan RM8K untuk beli perabot dan pekakas elektrik.
BELI TIGA BUAH RUMAH LELONG (RM100K+RM100K+RM100K)
Beli rumah lelong yang bawah RM100K. Rumah di lembah klang masih ada. Harga bawah RM100K tapi kadar sewa RM600-RM900. Tak caya tanya ejen rumah lelong.
DANA PERSARAAN
Guna modal RM25,920. Mohon semula ASBF 200K setiap seorang. Katakan bulanan RM1080 sebulan. Gunakan simpanan tadi untuk bayaran tahun pertama. Pada tahun kedua, guna teknik rolling dividen sehingga tamat tempoh pembiayaan. Selepas 30 tahun ada sebanyak RM400,000 sebagai dana persaraan. Langsung tak perlu bayar guna duit gaji.
LANGSAIKAN HUTANG
Jika ada terbuat hutang peribadi masa kahwin ke, hutang PTPTN ke, boleh gunakan simpanan tadi untuk bayarkan habis hutang tersebut.
REWARD DIRI SENDIRI (RM10,000)
Penat menyimpan, boleh digunakan untuk reward diri sendiri sebagai penghargaan di atas kesungguhan dan kesabaran. Ikut kehendak korang jangan sampai membazir pula.
-Bercuti
-Downpayment kereta baru
-Beli barang kemas
SHARE l TAG pasangan kesayangan korang. Moga manfaat.
Sumber : FB Amir Syahir
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apabila negara dilanda ujian pandemik wabak Covid-19, sedikit sebanyak semangat nasionalisma di kalangan rakyat Malaysia turut disemai. Ini jelas dapat dilihat apabila kita sebagai satu negara bersama-sama berdepan dengan wabak tersebut dengan penuh berdisplin dan mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Lantas apabila 2 logo patriotik diperkenalkan baru-baru ini, ramai yang berharap agar logo pada tahun ini menyampaikan mesej dan imej yang kena dengan situasi semasa.
Iyalah, isu logo dan bulan Patriotik di Malaysia ini memang selalu mencetuskan kontroversi. Hehe, bukan apa. Bukan semua orang boleh menerima suatu logo yang dicipta dan dipilih..
Guess what guys, ramai yang memuji rekaan yang diperkenalkan!
Logo pertama untuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kelak memilih tema Malaysia Prihatin. Rekaan logo ini berbentuk hati dengan elemen Jalur Gemilang dan bunga kebangsaan kita iaitu Bunga Raya.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Datuk Saifuddin Abdullah, tema Malaysia prihatin khas menunjukkan semangat rakyat Malaysia dalam memerangi ujian Covid-19.
“Prihatin juga mewakili keprihatinan kerajajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat,” jelas beliau.
Logo 50 Tahun Rukun Negara
Sementara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun melancarkan satu lagi rekaan logo. Kali ini ia adalah sempena sambutan 50 tahun Rukun Negara.
Logo yang dihasilkan dengan kerjasama BERNAMA, Jabatan penerangan dan Kumpulan Media Karangkraf itu mempunyai angka 50 sempena tahun ulag tahun manakala elemen Jalur Gemilag melambangkan prinsip yang kita sudah sedia tahu.
Paling menarik perhatian penulis adalah reka bentuk seakan tengkolok yang menunjukkan keunikan warisan dan budaya Melayu.
Sumbe foto: BERNAMA
Cantik kan?!
Psst, bercakap tentang logo, korang ingat lagi kontroversi yang pernah dihadapi semasa logo Tahun Melawat Malaysia 2020 diperkenalkan?
Sebagaimana kita tahu, konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19 telahpun berlangsung dengan penuh kemeriahan dan jayanya di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Jumaat dan Sabtu lepas.
Malah, konsert Dewa 19 di Kuala Lumpur kali ini juga meninggalkan seribu kemanisan di memori setiap peminat mereka di Malaysia!
Konsert itu boleh dikatakan serba serbi sempurna dan berjaya memberi impak luar biasa kepada yang menonton, baik dari segi vokal lima penyanyi iaitu Ahmad Dhani, Virzha, Ello, Ari Lasso dan Once Mekel, hinggalah aspek pementasan, penataan cahaya dan susunan lagu, memang kelas pertama!
Namun begitu, tular di media sosial terutamanya laman TikTok apabila seorang drummer yang dikenali sebagai Tyo Nugros ternyata hangat diperkatakan disebabkan rata-ratanya terpikat dengan kekacakannya.
Difahamkan lelaki ini sudah berusia 52 tahun, drummer ini hangat diperkatakan oleh warganet selepas tidak hanya satu malah terdapat lebih dari dua video yang memaparkan kelakuannya ketika di konsert Anniversary Tours 30 Years Of Dewa 19.
Manakala, terdapat satu momen dimana Tyo Nugros memandang ke arah skrin besar menyebabkan semakin tidak keruan peminat melihatkan kekacakannya sehingga di media sosial sejak akhir-akhir ini dihujani dengan video-videonya pula.
Perkongsian video-video itu bagaimanapun tidak sekadar diberikan ribuan tanda suka malah juga ditinggalkan ratusan reaksi yang mana wajah awet muda Tyo Nugros turut menjadi perbualan diruangan komen disamping ada juga yang tertanya-tanya rahsia drummer kumpulan tersebut.
Untuk info, Tyo atau nama asalnya Setyo Nugroho atau lebih dikenali sebagai Tyo Nugros. Dilahirkanpada 21 Disember 1970 di Jakarta, Indonesia. Beliau dikenali sebagai pemain drum kumpulan Dewa 19. Sebelum Dewa 19, Tyo merupakan pemain drum bagi kumpulan Getah
Awet muda sungguh Tyo ini….Mungkin dia banyak makan jamu agaknya…hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!