
Dalam pertandingan Miss Grand International 2021 yang lalu, wakil Indonesia berjaya berada dalam kelompok 10 terbaik. Adakah wakil untuk tahun 2022 ini mampu mengambalikan mahkota emas tersebut ke negaranya setelah Indonesia menjuarai pertandingan tersebut pada tahun 2016?
Semuanya terletak di tangan gadis berusia 20 tahun yang berasal dari Palembang ini. Andina Julie atau nama sebenarnya Andina Yulianty merupakan seorang pelajar dalam jurusan perakaunan yang juga seorang peragawati telah dipilih dalam pemilihan secara tertutup oleh pemilik Yayasan Dunia Mega Bintang, Ivan Gunawan.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan di laman Instagram Yayasan Dunia Mega Bintang menjelaskan mengenai pemilihan yang dilakukan.
Seperti yang tercatat di ruangan kapsyen, “Miss Grand Indonesia 2022 anda, Andina Julie. Selepas beberapa pertimbangan dan juga sesi temuduga tertutup bersama beberapa calon, director nasional kami, Ivan Gunawan telah memutuskan untuk memilih Andina Julie sebagai Miss Grand Indonesia yang baharu. Sesi pemahkotaan akan dilakukan pada Februari 2022.”
BACA JUGA: Ratu Cantik Malaysia Angkut ‘7 Puteri’ Ulek Mayang Di Miss Grand International 2021


Berketinggian 182cm, kecantikan yang dimiliki Andina tidak boleh disangkal. Dengan wajah asli Indonesia, dia menggamit pandangan sebagai seorang ratu cantik. Dia yang tidak menyangka terpilih mengucapkan rasa penuh syukur atas kepercayaan yang diberikan.
“Seorang gadis dari Muara Enim yang dulu tidak pernah bermimpi akan mendapat kesempatan sebesar ini, saya selamanya bersyukur. Dengan gelaran ini saya berharap mampu memberikan yang terbaik tidak hanya kepada keluarga, tim Yayasan Dunia Mega Bintang, dan Insya Allah untuk Indonesia nantinya. Bismillahirrahmanirrahim, mohon doa dan sokongan dari semua,” tulisnya di laman Instagram.

Sejarah perjalanan Indonesia di dalam pertandingan Miss Grand International cukup cemerlang. Mereka pernah menyandang gelaran juara menerusi Ariska Putri Pertiwi pada tahun 2016 dan empat kali lolos bergelar semifinalis.
Tahun ini menyaksikan Miss Grand International 2022 akan diadakan di Bali, Indonesia. Ini merupakan kali kelima pertandingan ini diadakan di luar Thailand yang merupakan tempat asal pertandingan ini diasaskan. Adakah menjadi tuan rumah memberi kelebihan kepada wakil Miss Grand Indonesia ini untuk bergelar juara? Sama-sama kita saksikan penghujung tahun nanti.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!











Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam.
Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas pun berbau wangi.
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine ke atasnya. Urut Listerine ke seluruh bahagian rambut hingga terasa sejuk. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut. Lebih jimat daripada bayar rawatan kelemumur di salon.
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut.
Sapukan sedikit Listerine ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Hebatkan!
Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah boleh gunakan tanpa was-was berus gigi anda!
Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata.
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat.






