Ujian hidup manusia berbeza-beza. Ada diberi kesenangan hingga tidak tahu hendak ke dapur langsung kerana ada bibik masakkan. Ada pula yang hanya tahu meminta pada mak ayah untuk membeli barang apa diminatinya walau tahu mak ayah kurang berada.

ARTIKEL BERKAITAN : 5 Tips Belajar Secara ‘Online’ Tanpa Gangguan, Ini Perkongsian Dr Amalina Bakri Yang Korang Boleh Try

Baru-baru ini nak kepada seorang pesara, Ee Hui En, 25, dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Konvokesyen Ke-16 Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Anak Pesara Konsistan Anugerah Dekan Setiap Semester, Raih Anugerah Pelajaran Diraja
Foto Via news.ump.edu.my

Pengiktirafan tersebut disampaikan oleh Pro-Canselornya, Tan Sri Dr Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor di UMP Kampus Gambang, Pahang, baru-baru ini.

Untuk info, Hui En bukan sahaja pelajar cemerlang dalam akademik dan mendapat anugerah dekan setiap semester. Bahkan, turut aktif dalam aktiviti kokurikulum, pada masa sama juga diberi kepercayaan memegang beberapa jawatan penting dalam pelbagai kelab, persatuan dan program.

Hui En merupakan Bendahari Kehormat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UMP) Sesi 2019/2020 dan Exco Akademik Perwakilan Mahasiswa Residen Kediaman 3 (PEKA-3) Sesi 2017/2018.

IKLAN

Dia juga pernah dilantik sebagai presiden program Jelajah Desa@Pos Menson dan naib presiden program ASEAN Mobility UMP Scholar@Thailand 2019.

Dia turut dilantik sebagai naib presiden bagi program UMP Dihatiku!, setiausaha bagi program Value Innovation ASEAN 4.0 Thailand-Malaysia dan juga presiden bagi program Oh Englishku!.

Anak Pesara Konsistan Anugerah Dekan Setiap Semester, Raih Anugerah Pelajaran Diraja
Foto Via news.ump.edu.my

Pembabitan aktif Hui En dalam pelbagai program ini ternyata telah membantu mengasah bakat kepimpinan yang sememangnya sudah tersemat dalam diri.

IKLAN

“Saya dapat tingkatkan kemahiran berkomunikasi, sikap bekerjasama dan mencorakkan keperibadian diri untuk menjadi seorang yang lebih berani, matang serta berkeyakinan tinggi.

“Di samping itu, latihan praktikal yang saya jalani selama enam bulan di Moreth Sdn. Bhd. telah menarik minat saya untuk meneruskan profesion dalam bidang teknologi kejuruteraan (farmaseutikal).

“Kini, saya bekerja sebagai jurutera produk baharu di syarikat yang sama dan pada bulan ketiga berkhidmat bakal ditawarkan jawatan tetap,” katanya.

IKLAN

Semoga pelajar pintar ini sentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya dalam hidupnya untuk mengubah nasib keluarga di masa depan.

Sumber : 1

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI