Dari Nabawan ke pentas dunia, anak muda Sabah ini membuktikan bahawa asal-usul bukan penghalang untuk mencipta kejayaan luar biasa. Kisahnya menjadi bukti bahawa remaja Malaysia juga mampu berdiri sama tinggi di persada antarabangsa, membawa suara jutaan pelajar global.
Beliau ialah Aikal Danish Juman, 19, anak kelahiran Kampung Indah, Nabawan yang kini mencipta sejarah dengan terpilih sebagai ahli Youth Advisory Council (YAC) 2025-2026 anjuran International Baccalaureate Organisation (IBO). Lebih membanggakan, Aikal dipilih mewakili suara hampir 2 juta pelajar dunia, menjadikannya satu-satunya wakil Malaysia dalam barisan kepimpinan muda antarabangsa itu.
Dari 1,400 Permohonan, Anak Sabah Jadi Pilihan
Pemilihan Aikal bukan sesuatu yang mudah. Beliau dipilih daripada lebih 1,400 permohonan dari 92 negara, sekaligus meletakkan namanya sebaris dengan 11 pelajar cemerlang lain dari seluruh dunia. Sebagai wakil rantau Asia Pasifik, Aikal akan menyuarakan isu pendidikan, akses digital serta keperluan pelajar di pentas berprestij, termasuk di IB Global Conference 2025 yang dijadualkan berlangsung di The Hague, Belanda pada Oktober depan.
“Membesar di Nabawan, saya amat sedar jurang pendidikan yang dihadapi pelajar luar bandar. Kami perlu bekerja lebih keras untuk mendapat peluang yang mudah dimiliki pelajar di bandar besar,” katanya kepada Bernama.
Ads
Suara Jujur Dari Pedalaman
Proses pemilihan YAC sangat ketat — calon perlu menulis tiga esei dan menyediakan dua video berkaitan isu global. Namun, Aikal memilih untuk bersikap jujur, menyuarakan isu sebenar yang dialaminya sendiri sebagai pelajar pedalaman.
“Jawapan saya tidak direka untuk sedap didengar. Saya mahu mereka tahu realiti yang kami hadapi di Nabawan, Sabah, dan juga di Kolej MARA Banting,” jelasnya.
Kini, peluang ini membuka jalan untuk Aikal bekerjasama dengan Ketua Pengarah IB, Olli-Pekka Heinonen, dalam memperjuangkan akses pendidikan lebih adil, termasuk hasratnya untuk memperkenalkan program IB di Nabawan agar pelajar pedalaman tidak lagi ketinggalan.
Ads
Inspirasi Untuk Generasi Muda
Aikal turut menghargai sokongan ibu bapa, rakan baiknya Jacqueline Atat, serta pensyarah Kolej MARA Banting yang banyak membantu sepanjang perjalanan ini. Pengalaman sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar turut melatihnya menjadi pemimpin muda berwibawa.
Cita-citanya jelas – melanjutkan pengajian dalam bidang Neurosains dan menjadi pakar neurologi sambil terus memperjuangkan hak pendidikan adil buat semua.
Ads
Dari Nabawan Ke Dunia
Kejayaan Aikal Danish Juman adalah bukti bahawa anak pedalaman juga mampu berdiri di pentas dunia. Dari sebuah kampung sederhana di Nabawan, kini suaranya bergema mewakili jutaan pelajar global.
Untuk remaja Malaysia, kisah Aikal adalah inspirasi bahawa dengan semangat, usaha gigih dan keyakinan diri, tiada apa yang mustahil.
Semagaimana kita tahu, kebanyakan kawasan di Lembah Klang mengalami masalah air selama empat hari bermula hari ini. Hal ini disebabkan oleh pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).
Memandangkan sudah menjadi keperluan buat setiap keluarga untuk memiliki bekalan air yang ditapis dan bersih melalui penyediaan mesin penapis air di rumah.
Baru-baru ini, terdapat sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, pemanas air yang dibiarkan berfungsi tanpa bekalan air akan menyebabkan overheating dan boleh mengakibatkan kebakaran.
Jadi, jangan lupa tutup suis bagi mesin penapis air dirumah jika kawasan korang turut mengalami gangguan air. Yelah malang tak berbau kan.
Satu kajian secara tidak langsung mendedahkan bahawa New York dan Singapura menjadi dua bandar paling mahal untuk didiami di dunia selepas kadar inflasi global terus menunjukkan trend peningkatan.
Hal ini diambil kira berdasarkan beberapa faktor, termasuklah harga purata bahan makan di rumah seperti susu dan minyak masak, sewa, utiliti, pengangkutan awam dan kekuatan mata wang tempatan.
Gabungan dua bandar itu mengetepikan Tel Aviv yang kali ini jatuh ke ke tempat ketiga bagi bandar paling mahal untuk didiami berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Indeks Kos Hidup Seluruh Dunia.
Bandar Raya New York. Foto Via Pexels
Kajian itu secara tidak langsung mendedahkan New York buat pertama kalinya tersenarai sebagai bandar paling mahal di dunia, manakala Damsyik dan Tripoli kekal sebagai bandar termurah.
Dalam pada itu, Los Angeles dan San Francisco turut masuk dalam 10 bandar teratas paling mahal di dunia.
Moscow dan Saint Petersburg juga merekodkan peningkatan mendadak dalam kenaikan harga barangan iaitu 88 dan 70 peratus akibat perang yang berlaku di Ukraine.
Ha, korang ada simpan impian ke nak menetap di bandar-bandar yang tersenarai ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi kebanyakan keluarga di Malaysia yang sedang berkira-kira untuk menukar kepada kenderaan baharu, rata-rata difahami sedang menunggu sahaja tarikh pelancaran model Proton X90.
Sejak tahun lepas lagi, penantian tersebut berlarutan sehinggalah ke bulan Januari. Well, nampaknya korang tidak lagi perlu menunggu lebih lama apabila model SUV tujuh tempat duduk ini sudahpun dapat dilihat kelibatnya di jalan raya!
Okay, mungkin foto-foto kiriman peminat automotif Malaysia ini hanyalah menunjukkan kenderaan pandu uji Proton X90 yang masih berbalut di jalan raya. Malah, sejak pertengahan tahun 2021 lagi, beberapa prototaip Proton X90 dipercayai sudahpun diuji di sini.
Begitupun, looking at the brighter side – kelibat Proton X90 ini menandakan tarikh pelancarannya bakal tiba tidak lama lagi.
Dipercayai, jentera segmen D ini akan menemui pasaran pada tahun 2023 setelah ia terpaksa ditangguhkan kerana faktor pandemik Covid-19.
Proton X90 dicipta berdasarkan rekaan Geely Haoyue dari China yang juga dikenali di pasaran antarabangsa sebagai Geely Okavango. Di China, Geely Haoyue hadir dengan enjin 4-silinder turbo. Bagaimanapun bagi pasaran Filipina, model yang sama diperkenalkan dengan enjin tiga silinder 1.5L.
Oleh itu, untuk mengetahui model enjin bagi pasaran di Malaysia, kita sama-sama perlulah menunggu pelancarannya tidak lama lagi.
Apa yang pasti, Proton pastinya akan menawarkan harga kompetitif bagi model X90 ini memandangkan ia perlu bersaing rapat dengan beberapa model antarabangsa lain termasuklah Hyundai Santa Fe, Toyota Innova dan Nissan Serena S-Hybrid.
Buat masa ini, Proton X50 dijual pada harga RM86,300 – RM113,300 manakala Proton X70 pula dijual pada harga RM98,000 – RM128,800. Melihatkan kepada julat harga ini, besar kemungkinan ia akan dipasarkan pada harga RM130,000 – RM150,000.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.