Sekian lama bermastautin di Montreal Kanada bersama keluarganya, pelakon terkenal era-90an serta bekas finalis pencarian Dewi Remaja kedua pada 1987/1988 iaitu Azah Aziz telahpun berkesempatan pulang ke Kuala Lumpur.
Kemunculan Azah di sini tidak keseorangan apabila dia ditemani tiga orang anak terunanya yang mewarisi rupa paras ibu bapa mereka.
Menariknya sewaktu mereka menjamu selera bersama-sama keluarga pelakon serta penyampai radio, Sharifah Shahirah di Hartamas baru-baru ini; Azah telahpun mencabar anak-anaknya itu untuk mencuba makan cili padi mentah!
Azah bersama rakan karibnya yang juga merupakan pelakon serta penyampai radio, Sharifah Shahirah.
Menerusi hantaran video di Instagram Shiera, Aaron, 23; Ryan, 16 dan Justin, 13 tidak mudah melatah apabila dicabar sebegitu rupa oleh bapa mereka, Daud Leroy Abdullah.
“Saya rasa taktik saya adalah untuk menelan terus tanpa cili ini menyentuh mulut saya,” kata salah seorang anak Azah.
Ads
Daud yang melihat anak Shiera mengigit cili padi tanpa sebarang masalah kemudian mendorong Aaron dengan berkata, “Jika dia (seorang budak perempuan) boleh lakukannya, kamu pun boleh.”
Aaron, Ryan dan Justin terus menyahut cabaran terpaksa menahan rasa pedas cili padi yang fuh.. menyengat!
Kini, mereka sekeluarga telah ke Bali Indonesia pula untuk meluangkan masa bercuti di sana.
Untuk pengetahuan, perkahwinan Azah Aziz dan suaminya yang berbangsa Inggeris, Daud berkekalan selama 27 tahun. Setelah mengikat tali perkahwinan, Azah mengikut suaminya menetap di Montreal, Kanada.
Azah Aziz juga merupakan bekas finalis pencarian Dewi Remaja 1987/1988 yang dimenangi oleh Aleeza Kassim. Turut ada bersama mereka pada edisi kedua itu ialah bekas personaliti TV3, Sharifah Shawati dan Che Puan Datin Mimi Wahedah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lumrah bagi seseorang yang semakin dikenali di laman media sosial pastinya akan muncul pelbagai jenis gangguan daripada orang yang tidak dikenali.
Gangguan itu pula boleh muncul dalam bentuk sama ada gangguan biasa yang kononnya dianggap sabagai gurauan, gangguan privasi dan paling teruk gangguan seksual.
Finalis Pencarian Dewi Remaja 2018/19, Aween atau nama sebenarnya Nik Nor Farzuwin Nik Ismail juga tidak terlepas daripada mengalami gangguan di laman media sosial. Apatah lagi dirinya akan semakin dikenali selepas memasuki pertandingan ini.
Gadis berusia 20 tahun yang berasal dari Kelantan ini berkongsi tentang perkara tersebut kepada REMAJA menerusi temu bual ringkas kami bersamanya menerusi panggilan telefon.
“Saya dahulu lebih banyak aktif di Facebook. Dan di laman media sosial tersebut saya dapat banyak private message yang bukan-bukan.
“Kebanyakannya daripada akaun Facebook fake yang tidak menggunakan nama sendiri. Tapi sekarang selepas saya berjaya menjadi Finalis Pencarian Dewi Remaja semakin banyak pula gangguan bukan sahaja di Facebook tetapi di Instagram,” jelasnya.
Jenis-jenis gangguan yang dialami oleh Aween juga datang dalam pelbagai bentuk dan lebih menakutkan ada yang berani menghantar foto-foto yang bukan-bukan serta mesej berbaur lucah kepadnya.
“Kalau di Instagram tu memang banyak sangat direct message yang ada dalam inbox tapi saya tak buka. Sebab kalau dah nampak macam bukan-bukan memang saya akan ignore sahaja.
“Setakat ini saya ambil langkah untuk tidak mempedulikan sangat dengan gangguan online seperti ini. Mungkin ada orang anggap ia tidak berapa serius tetapi bagi saya perkara ini lambat-laun perlu diketengahkan dan diberikan perhatian”.
Jelasnya lagi dia tidak mahu perkara-perkara yang tidak penting seperti ini mengganggu konsentrasinya untuk memberikan yang terbaik sepanjang pertandingan Dewi Remaja.
Pengalaman Aween bekerja sebagai seorang perunding kecantikan di Hannan Medispa Shah Alam digunakan sebaiknya untuk mempraktikkan corak dan cara berkomunkasi yang sesuai sama ada di dalam dunia sebenar atau secara talian.
Aween juga merupakan salah seorang daripada dua finalis berhijab di dalam pertandingan ini dan dia ingin membuktikan bahawa gadis sepertinya mampu menyahut cabaran melakukan pelbagai tugasan tidak kiralah sama ada yang melibatkan tugasan fizikal, mental dan juga yang meguji kekuatan jati diri.
Kepada korang yang tak tahu, Aween juga merupakan seorang pesilat yang memegang tali pinggang hitam. Jadi jangan main-main dan ganggu dia sembarangan ya! Sekali dia buka pencak silat silap haribulan boleh melintuk-riuk korang dikerjakan.
Kami di team REMAJA mengucapkan good luck and all the best kepada Aween!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Musim minggu fesyen Spring Summer 2020 hampir sampai ke kemuncak dan tahun ini, selebriti Noor Neelofa terpilih menjadi di antara fesyenista dan jemputan utama di pertunjukan fesyen mega.
Di Milan dan Paris saja, Neelofa tak berkesempatan untuk berehat setelah dia terlibat untuk menghadiri beberapa pertunjukan utama di dua buah kota fesyen itu.
Ini termasuklah pertunjukan fesyen Prada, Max Mara, Fendi, Tods, Gucci, Salvatore Ferragamo, Dior dan jenama sepatu terkenal Giuseppe Zanotti.
(Dari kiri) : Neelofa di Max Mara, Dior dan Prada.
Terbaru, Neelofa terpilih untuk sesi Instagram Takeover bersama majalah fesyen terkenal dunia, Vogue Italia.
Menerusi Instagram Story majalah tersebut, Neelofa dipaparkan dalam beberapa video ketika sedang bersiap sedia sebelum menghadiri pertunjukan fesyen Miu Miu di Paris pada malam ini.
Untuk pengetahuan, Miu Miu ialah jenama yang mempunyai talian kepada Prada. Cuma identiti dan stail kedua-dua jenama mewah ini yang membezakannya.
Menurut Miuccia Prada sendiri, proses rekaan di Miu Miu adalah berbeza dengan Prada. Miu Miu tidak sekompleks Prada dan ia adalah lebih ‘remaja’ dan spontan.
Apapun, REMAJA cukup berbangga melihat kelibat Dewi Remaja 2009/2010 itu di minggu fesyen antarabangsa sepanjang tempoh sebulan ini.
Bukan mudah untuk sampai ke tahap Neelofa yang diletakkan sebaris dengan sosialit dan fesyenista antarabangsa.
Neelofa bersama model Jasmine Sanders dan Halima Aden di pertunjukan fesyen Fendi.
Tetapi kerana itulah hanya akan ada seorang Neelofa saja. Dia telah membuktikan semangat #GirlPower itu bukanlah omong-omong kosong. Jika minat dan usaha ada, tiada apa yang mustahil.
P.S: Tak sabar nak tengok gaya Neelofa di Miu Miu nanti.
*
HEY GIRLS WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lumrah apabila menyertai sesebuah pertandingan, semua peserta ingin menjadi kegemaran ramai. Dari situlah tercetusnya semangat dan dorongan bagi seseorang itu untuk terus melakukan yang terbaik bagi setiap cabaran.
Sebaik nama Tracie Sinidol diumumkan selaku Dewi Favourite 2022, seluruh Dewan Sri Putra Bukit Jalil bergema dengan teriakan serta sorakan tanda setuju di atas kemenangannya itu.
Begitupun buat empunya badan, Tracie berkata dia tidak pun pernah terfikir untuk mengungguli kategori tersebut.
Selorohnya di sidang media sebaik pentas akhir Dewi Remaja 2022 berakhir, “Jujurnya langsung tidak expect! Saya tidak tahu pula saya ini pujaan hati semua orang.. (ketawa).
“Pada awalnya, saya menjangkakan Malle (rakan peserta juga berasal dari negeri Sabah) yang akan mendapat gelaran Dewi Favourite ini. Saya pun menggemari Malle dan mengidolakannya.
“Tapi bila disebut nama saya, gembiralah kerana ini adalah hadiah saya kepada peminat saya yang tidak putus-putus memberikan sokongan sejak awal. Pada waktu itu (sebelum mengetahui akan menjadi juara), saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya memperolehi salah satu gelaran,” katanya.
“Shaza sempat berkata kepada saya, ‘I am so proud of you and you deserve it,’ selain daripada ucapan tahniah,” kata Tracie Sinidol.
Biarpun Tracie di atas kertas popular dalam kalangan penyokong terutamanya dari negeri Sabah, gadis yang bakal menyambut hari kelahirannya pada 21 September 2022 itu tidak menjadikan itu sebagai sebab untuknya mendabik dada di pentas akhir, tempoh hari.
Mengakui tiada strategi tertentu untuk menjadi dewi kegemaran ramai, Tracie bagaimanapun percaya penyokong lebih bijak dalam menilai.
“Saya bersyukur kerana sudah berada dalam kalangan sepuluh peserta terakhir kerana itu bagi saya sudah menjadi satu pencapaian yang sangat tinggi dan hebat untuk saya. Bukan senang sebenarnya (untuk ke peringkat tersebut) kerana ada penyingkiran setiap minggu.
“Apa yang saya beri dan sampaikan selama ini adalah dari hati saya.”
“Kepada penyokong saya selama ini, saya sangat-sangat bersyukur kerana dikelilingi oleh mereka yang amat supportive dan sudi membantu saya info cara-cara mengundi dan sebagainya. Setiap repost, share, komen dan like anda amat saya hargai,” katanya yang menyemat impian untuk beraksi di peringkat antarabangsa satu hari nanti.
Gadis yang terdahulu tular kerana gelaran ‘kembar Mira Filzah’ ini juga bersyukur setelah dirinya kini boleh berdiri di atas bakat serta gelaran Dewi Remaja 2022 yang dimilikinya.
Tahniah Tracie Sinidol!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.