Diam tak diam, dah masuk minggu akhir Pencarian Dewi Remaja dan Ahad ini menjadi malam penentuan untuk lima finalis akhir merebut takhta Dewi Remaja 18/19.
Bagi menghargai sokongan peminat yang selama ini tidak putus-putus memberi semangat kepada barisan finalis Dewi Remaja, Remaja telah pun bekerjasama dengan Astro Circle dalam Girl Power Challenge Contest pada Disember lepas.
Korang hanya perlu like FB Majalah Remaja dan Astro Circle, seterusnya tonton episod mingguan Girl Power Challenge setiap khamis di website kami untuk berikan idea paling power korang di ruangan komen FB ini.
Hadiah utama merupakan pakej percutian ke Pulau Langkawi untuk dua orang dan sepasang pas VIP ke Final Dewi Remaja, manakala harga sagu hati akan diberikan kepada dua pemenang yang masing-masing mendapat sepasang pas VIP ke Final Dewi Remaja.
Ads
Nah, pemenang sudah pun dipilih berdasarkan idea paling kreatif yang mereka kongsikan.
Pemenang hadiah utama diberikan kepada, jeng jeng jeng..
Tahun 2019 terbukti menjadi tahun hebat untuk selebriti, Noor Neelofa dalam arena fesyen tanah air dan di peringkat antarabangsa.
Terbaru, Neelofa menerusi laman Instagram miliknya berkongsi berita gembira apabila dia dapat berkolaborasi dengan pereka kasut terkenal dari luar negara iaitu Giuseppe Zanotti.
Giuseppe Zanotti merupakan pereka kasut pilihan ramai selebriti kelas-A dari Hollywood. Antara nama terkenal yang pernah menggayakan koleksi beliau termasuklah Kim Kardashian, Heidi Klum, Bella Hadid, Anne Hathaway dan ramai lagi.
Kini, tiba giliran Neelofa pula untuk menyertai senarai tersebut dan beliau bukan saja dapat memakainya guys. Neelofa akan bekerjasama untuk menghasilkan koleksi kasut tumit tinggi bernama ‘Liza’ bersama Zanotti.
2 rekaan tersebut ialah Dazzling Liza for Neelofa yang mempunyai perincian fabik baldu biru cair bersama kristal. Manakala Mirror Liza for Neelofa pula menggunakan fabrik kulit metalik berwarna silver dan rose gold.
Dazzling Liza for NeelofaMirror Liza for Neelofa
Menurut rakan media di L’Officiel yang menemuramah Zanotti, beliau menggambarkan Neelofa sebagai, “Seorang wanita moden, yakin, tidak gentar dengan stail peribadinya yang memberikan inspirasi.”
*
Bagi pihak Neelofa pula, dia menganggap kolaborasi ini sebagai impian setiap fesyenista perempuan di luar sana. “Pertama kali saya memiliki kasut Giuseppe Zanotti adalah kira-kira 10 tahun lalu. Saya berharap peminat saya akan menyukai koleksi ini dan memakainya dengan gembira.”
Koleksi ‘Liza’ ini akan dilancarkan di butik Giuseppe Zanotti Pavilion pada akhir bulan November.
*
WEB SERIES DEWI REMAJA 2019 : EPISOD 2
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cinta azali bertaut buat seorang lagi bekas finalis Dewi Remaja.
Farah Ibrahim atau nama sebenarnya, Siti Nurfarahain bt Ibrahim selamat bergelar tunangan kepada pilihan hatinya pada 7 Disember 2025.
Ketika dihubungi REMAJA, Farah yang merupakan finalis pencarian Dewi Remaja 2014/2015 memaklumkan majlis pertunangannya itu telah berlangsung di Secret Glass KLCC dan tarikhnya terpaksa dipercepatkan berbanding perancangan asal.
Farah Ibrahim.
“Atas urusan keluarga, majlis pertunanga telah dipercepatkan. Oleh itu, kami memilih untuk keep it simple and heartfelt bersama orang yang terdekat sahaja,” ujarnya.
Farah kelihatan cukup anggun mengenakan kurung moden berona merah pulasan yang direka oleh Qiszar. Solekan Farah disempurnakan oleh Eyna Sheikh, dandanan rambut pula oleh Nurul Farhaini manakala hiasan inai pada jemari mendapat sentuhan By Hanis Touch.
Memandangkan Farah dan pasangannya lebih gemar dengan persiapan majlis serba sederhana bersesuaian dengan keperibadian mereka berdua, Farah meluahkan rasa gembiranya apabila ia berjalan dengan lancar.
“Majlis kecil sahaja, soft luxe & intimate dengan dekorasi flora putih. InsyaAllah, pernikahan kami akan dilangsungkan pada tahun 2026. Maka bermulalah #TheRFChapter antara kami berdua,” katanya.
Apabila diajukan mengenai gerangan tunangannya itu, Farah berkata ‘si dia’ yang dikenali sebagai Rafie memilih untuk merahsiakan identitinya buat masa ini.
“Pasangan saya seorang yang sangat low-profile, tenang, penuh dengan sifat kepimpinan dan bertanggungjawab. Dia kelakar juga dan selalu menghormati serta sayangi keluarga saya seperti keluarganya sendiri,” kongsi Farah lagi kepada REMAJA.
Terdahulu, beberapa finalis lain daripada pencarian Dewi Remaja 2014/2015 yang selamat mendirikan rumah tangga termasuklah Raysha Rizrose, To’ Puan Syamim Farid, Balqish Maarif, Deeba Halil, Mawar Rashid, Puteri Aishah, Tya Shahid, Mimi Lana, Deja Sabri, Kate Davies, Hania Hanem dan Ely Dura.
Tahniah Farah Ibrahim!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekian lama tidak bersua muka dengan Noor Neelofa, semalam buat kali pertama selepas melahirkan cahaya mata Muhammad Bilal, dirinya dan suami, Haris Ismail telah membuka seluas-luas pintu untuk bersama-sama rakan media yang setia menyokong perkembangan kerjaya serta peribadinya selama ini.
Mereka hadir untuk berkongsi kisah mengenai perancangan mereka dalam kepompong industri seni setelah agak lama mereka tidak muncul di kaca televisyen demi memberi fokus pada kehidupan berkeluarga yang dibina bersama sejak Mac 2021.
Jika korang masih ingat, sebaik Neelofa meninggalkan program MeleTOP pada Disember 2019 dan muncul sebentar menerusi program bual bicara Next To Neelofa pada tahun 2020, peminatnya masih ternanti-nanti sekiranya Neelofa ada buah tangan baharu untuk dikongsikan.
Selama setahun dua ini, fokus utama mereka berdua jelas terarah kepada perniagaan dan keluarga. Lalu ramai berfikiran Dewi Remaja 2009/2010 itu sudah melupakan industri seni. Namun, itu semua nyata tidak benar apabila dia mendedahkan sesuatu yang istimewa bakal terhidang tidak lama lagi.
Noor Neelofa.
“Selepas berbincang dengan suami, saya akan keluar dengan program bual bicara tidak lama lagi. Ia masih dalam proses perbincangan. Nanti kita akan kongsikan selepas Hari Raya dalam sebuah sesi mengenai,” kongsi Neelofa.
Bagi Haris sebagai suami, dia sentiasa berada di sisi untuk menyokong minat dan bakat yang dimiliki oleh isterinya itu selagi ia tidak membelakangi tuntutan agama.
Kata Haris, “Kita sudahpun berbincang mengenai hal ini dengan begitu terperinci. Setiap perkara perlu seiring dengan imej agama yang dibawa; perlu berhati-hati (dengan imej tersebut) dan sebagainya. Neelofa Alhamdulillah boleh ikut, pakaian pun dia taat kepada perintah Allah SWT. Jadi, kita beri dia ruang untuknya berkarya dalam benda-benda yang dia sudah biasa.”
*
Yang pasti, fokus Neelofa dan Haris tidak akan tersasar daripada keperluan putera tercinta, Muhammad Bilal.
“Sememangnya perniagaan adalah pekerjaan utama, namun keutamaan kami yang sebenar ialah Bilal. Saya pun tidak hendak lama-lama berpisah dengannya dan serahkan kepada pembantu. Saya ingin jalankan rutin sebagai ibu lebih daripada (pekerjaan) yang lain.
“Untuk perniagaan pun, saya mudahkan proses dengan melakukannya di rumah. Jarang-jarang pergi penggambaran. Sama jugalah dengan program-program akan datang dalam industri pun, saya memilih program yang tidak akan memakan masa,” ulas Neelofa yang cantik dalam persalinan serba keemasan..
Saat ditanya sekiranya Neelofa akan melakukan comeback dalam bidang lakonan yang dahulunya menjadi bidang pertama buatnya memahat nama sebagai anak seni sebelum membina karier yang disegani dalam bidang pengacaraan, Neelofa lebih selesa menyerahkan kepada Haris untuk menjawab pertanyaan tersebut.
“Untuk lakonan, kita tidaklah kata kita tidak mahu terus terlibat langsung. Namun buat masa ini, ia bukanlah satu keutamaan. Dengan produk baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi, masa itu agak terhad. Kita fokus satu-persatu dahulu,” jelas Haris.
Kata Haris lagi yang pernah muncul dengan filem Ada Apa Dengan Dosa dan beberapa buah drama serta telefilem, dirinya juga tidak mempunyai perancangan untuk ke dunia lakonan semula buat masa ini.
Apapun, REMAJA pasti peminat Neelofa dan Haris merindui kemunculan mereka berdua di kaca televisyen setelah memberi fokus kepada kehidupan berkeluarga selama lebih setahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...