Bukan mudah untuk melayakkan diri ke Universiti Oxford yang merupakan universiti terbaik di Eropah dan yang kedua di dunia. Individu yang diterimanya mestilah memiliki kelebihan dan juga karisma dalam pendidikan yang mampu menyumbang semula kepada masyarakat.
Foto Kredit : Via Astro Awani
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Tahniah Remaja ucapkan kepada pelajar cemerlang kelahiran Baram, Sarawak, Chris Deng Vinsien melakar sejarah apabila ditawarkan ke Universiti Oxford di United Kingdom (UK).
Ads
Ads
Ads
Untuk pengetahuan anda, selain sentiasa merekodkan keputusan cemerlang dalam bidang akademik, Chris juga aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti debat dan muzik.
“Berkenaan dengan persediaan menuju ke universiti tersebut, saya telah melakukan kajian berkaitan undang-undang menerusi UCAS Lab, yang mana saya membantu memberi panduan buat pelajar dalam proses permohonan mereka ke universiti di serata UK,” katanya
Seperti yang dilaporkan sumber, Chris melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mukah dan menamatkan pengajian A-Level di Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin, Selangor.
“Saya telah memasang impian untuk membantu orang-orang Sarawak. Saya percaya pencapaian ini didorong oleh orang-orang tua saya.
“Saya ingin memberi inspirasi kepada pelajar terutamanya di Sarawak bahawa latar belakang bukan batu penghalang untuk kita mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa. Semuanya boleh direalisasikan jika anda melakukan sesuatu sepenuh hati,” ceritanya lagi.
Ujarnya lagi, dia berdepan dengan cabaran menangani situasi pandemik COVID-19 yang menjejaskan pembelajarannya dan sebelum ini, berdepan dengan kekurangan pendedahan untuk menyambung pengajian di luar negara.
“Saya pernah berdepan dengan cabaran seperti kurangnya pendedahan terhadap biasiswa pengajian di luar negara dan pencapaian cemerlang dalam akademik adalah bukan sesuatu perkara yang lazim dalam komuniti saya.
“Jadi saya berfikir untuk pergi ke luar negara itu adalah sesuatu yang mustahil,” katanya.
Namun, pemikiran itu ditepis dengan usaha keras yang ternyata berbaloi buat dirinya dan keluarga.
Selain diterima ke Universiti Oxford, kongsi Chris, dia turut ditawarkan tempat di London School of Economics (LSE) dan King’s College di London.
Moga lebih ramai anak muda Malaysia yang menjadikan kejayaan Chris Deng Vinsien ini sebagai inspirasi buat mereka lebih berjaya mengejar cita-cita.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebetulan apabila berita ini keluar pada awal bulan Ramadan tahun ini? Mungkin ya, mungkin tak.
Namun apa yang pasti, Marvel telah mengumumkan perancangan mereka untuk menerbitkan superhero Muslim pertama dunia. Bukan hanya itu, dia juga berjantinakan perempuan!
Menurut Presiden Marvel Kevin Feige, filem mengenai karakter bernama Ms. Marvel atau nama sebenarnya, Kamala Khan ini masih dalam proses pembikinan.
“Ms. Marvel ialah satu lagi karakter di dalam rangkaian buku komik Marvel Cinematic Universe dan dia merupakan hero Muslim yang mendapat inspirasi daripada Captain Marvel.
“Kami mempunyai banyak idea untuk karakter ini once kami telah perkenalkan Captain Marvel (pada Mac tahun hadapan, yang dibintangi oleh Brie Larson).”
Dari kiri: Ms Marvel dan Captain Marvel.
Buat masa ini, apa yang kami tahu adalah Kamala Khan merupakan remaja berbangsa Pakistan-Amerika yang berasal dari New Jersey. Dia mengetahui dirinya memiliki kuasa untuk mengubah bentuk dan mengubati (healing factor).
Karakter Kamala Khan atau Ms Marvel dicipta oleh G.Willow Wilson dan Ian Herring sebagai seorang yang bergelut dengan persepsi masyarakat sekeliling terhadap dirinya yang bergelar Muslim-American.
Isu ini sering dihadapi dalam realiti kehidupan sekarang di kalangan remaja Muslim di sana dan harapnya, Kamala Khan dapat memberi inspirasi kepada remaja yang berdepan dengan isu yang sama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh dan personaliti media sosial, Nelysa Norazlan, menzahirkan rasa kesyukuran apabila dirinya berpeluang untuk mencium Kaabah dan Hajarul Aswad, di Masjidil Haram.
Menerusi satu perkongsian di Instastory miliknya, dia memaklumkan dirinya sama sekali tidak menyangka berpeluang sebesar itu kerana mengakui saiz fizikalnya agak kecil berbanding jemaah lain.
“Hari paling bahagia, dapat cium Kaabah, cium Hajarul Aswad (tidak dapat mengambil gambarlah sebab dah macam ‘fight’ tadi). Nak menangis rasa tuhan bagi kesempatan dalam ramai-ramai orang bergelut, saya dapat menyelit ke depan sekali.
“Letak muka betul-betul dalam Hajarul Aswad. Cium. Rasa lagi hitam Hajar Aswad itu sebab saya yang pendosa ini yang cium.
“Tetapi paling tidak sangka sebab saya ini kan kecil. Selalu orang kecil ini kena pijak sahaja tapi tadi saya bergelut sama dengan orang tinggi tinggi,” coretnya.
Dalam pada itu, gadis jelita itu turut berkongsi suami tercintanya, Muhammad Multazam Nasir, tidak berkempatan sepertinya kerana ingin menjaga pempengaruh berkenaan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
“Saya teringat mak mertua punya pesanan, kalau rasa susah, ingat baca ‘Rabbi yassir wala tu’assir’ saya bacalah sampai ke sudah. Tahu-tahu sampai kedepan. Alhamdulillah, paling pendosa ini cium, rasa hina betul diri ni.
“Kesian Azam, dialah yang tolong sebab saya nak sangat cium. Dia dahulukan saya . Saya dapat cium tapi dia tidak dapat sebab risau isterinya lemas.
“Dia duk (paling) kisah nak tarik kita sahaja. Terima kasih Suami. Semoga satu hari nanti awak dapat kesempatan juga. Saya doakan,” katanya lagi.
Sekadar informasi, pasangan dua sejoli yang baru sahaja mendirikan rumah tangga itu berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah, pada Sabtu lepas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Agak geli dan menjijikkan! Namun ini realitinya, demi ‘mengisi’ perut Geng Plastik Hitam, peniaga sanggup sorokkan nasi dan lauk-pauk dalam tandas dan mesin basuh.
Seorang peniaga yang disyaki melakukan kegiatan jual beli kepada orang tidak berpuasa dalam operasi di Tangok, Bachok, Kelantan didapati menyorokkan lauk dalam tandas dan nasi bungkus dalam mesin basuh.
Menurut laporan akhbar Berita Harian, dalam operasi cegah orang tidak berpuasa oleh Pejabat Agama Jajahan Bachok dan Majlis Daerah Bachok antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, lebih 20 bungkus nasi berlauk ayam bersama teh O ais telah dirampas.
Pegawai Agama Jajahan Bachok Suratemi Mat Yusof, berkata, pihaknya memberi amaran kepada peniaga tersebut iaitu seorang wanita berusia 40-an yang juga pemilik rumah berkenaan.
Operasi itu dilakukan hasil pemantauan pihaknya dan aduan awam yang mendapati pemilik rumah itu menjual makanan dan minuman kepada ‘geng plastik hitam’.
“Hasil operasi menemukan lebih 20 bungkus nasi yang disorok dalam mesin basuh dan ayam yang diperap dalam tandas.
“Selain itu, kita juga menemukan teh O ais yang disembunyikan dalam bilik tidur. Hasil soal siasat, pemilik rumah mengaku membungkus nasi itu sebelum pembeli menghubunginya untuk mengambil makanan itu.
“Wanita berkenaan memaklumkan dia menjual dari rumah pada Ramadan kepada individu yang tidak berpuasa,” katanya.
Dalam pada itu, pihaknya turut memberi nasihat kepada peniaga berkenaan agar tidak menjual makanan kepada individu tidak berpuasa.
Selain wanita itu berjanji tidak akan mengulangi perbuatan terbabit pada masa akan datang. Wanita itu juga akan dipanggil untuk diberi kaunseling supaya tidak menjual makanan pada waktu pagi sepanjang Ramadan ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seleps hampir setahun berkecimpung dalam dunia perniagaan, Scha Alyahya berkongsi cabaran sebenar bagi membangunkan jenama fesyen, ayaaya dari bawah menggunakan dana peribadinya.