
Pelakon tempatan, Norman Hakim menzahirkan rasa bangga terhadap anak perempuannya, Maria Danisha yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Norman turut mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya pernah membuatkan puteri bongsunya itu berasa terpinggir atau tidak dihargai.

“Untuk anak kesayangan papa, Maria Danisha, papa mohon maaf jika pernah buat kamu rasa tidak dipedulikan. Tetapi ketahuilah, papa nampak kamu.
“Papa nampak usaha, kekuatan serta kesabaran kamu dalam memberikan yang terbaik untuk SPM 2025,” katanya.
Tambah pelakon drama Jangan Ambil Kerja Tuhan itu, Maria layak menikmati kejayaan tersebut selepas melalui pelbagai cabaran termasuk perjuangan senyap yang tidak diketahui ramai.
“Papa ingin ucapkan tahniah atas keputusan cemerlang kamu. Setiap usaha, termasuk perjuangan dalam diam, akhirnya membuahkan hasil.

“Itu bukan pencapaian kecil. Papa sangat bangga dengan kamu. Kamu tidak perlu tanggung segalanya seorang diri.
“Perasaan kamu penting, usaha kamu penting dan kamu sangat bermakna. Papa akan sentiasa ada, berdiri di sisi dan percaya pada kamu. Papa sayang kamu selamanya,” tuturnya lagi.
Sebelum ini, perkongsian Maria Danisha, 18, mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila dia dilihat seolah-olah meluahkan rasa kurang diberi perhatian meskipun berjaya dalam SPM.
Bagaimanapun, dalam hantaran berbeza, anak kepada pelakon Abby Abadi itu menjelaskan bahawa luahan tersebut tidak berkait dengan isu keluarga, sebaliknya lebih kepada perasaan peribadi yang dilaluinya sepanjang tempoh berkenaan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!



















