Terbaru, pelakon Amyza Aznan menyentuh hati orang ramai di media sosial apabila berkongsi momen penuh emosi sempena genap sebulan pemergian anaknya, Allahyarham Andre Mikhail Khairil Izhar.

Menerusi sebuah perkongsian video di Instagram miliknya, Amyza dilihat meluangkan masa menziarahi pusara arwah anaknya sambil membersihkan kawasan sekitar sebagai tanda kasih seorang ibu yang tidak pernah pudar.

Tarikh 23 Mac 2026 menjadi detik yang cukup menyentuh perasaan buat Amyza apabila ia menandakan sebulan sejak kehilangan anak tersayang akibat kanser paru-paru tahap tiga.

BACA: Anak Sulung Amyza Aznan Meninggal Dunia Selepas Setahun Bertarung Kanser Tahap Tiga

“Genap Sebulan Duhai Anak Solehku…” Amyza Aznan Setia Ziarah Pusara, Titip Doa Buat Arwah Andre

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by amyzaaznan (@amyzaaznankaaia)

Walaupun masih dalam fasa berduka, pelakon yang kini berusia 50 tahun berkenaan tetap tidak putus memanjatkan doa agar roh anaknya ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta diberikan keampunan.

“23/02/2026 – 23/03/2026, genap sebulan duhai anak solehku. Andre Mikhail Khairil Izhar. Al-Fatihah,” tulisnya.

“Allahumma firlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu (Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, berilah keselamatan kepadanya, dan ampunilah dosanya),” katanya menerusi perkongsian yang sama.

Ads

“Genap Sebulan Duhai Anak Solehku…” Amyza Aznan Setia Ziarah Pusara, Titip Doa Buat Arwah Andre “Genap Sebulan Duhai Anak Solehku…” Amyza Aznan Setia Ziarah Pusara, Titip Doa Buat Arwah Andre

Momen tersebut turut memperlihatkan pengorbanan seorang ibu yang tetap tabah, apatah lagi apabila terpaksa melalui sambutan Aidilfitri tanpa kehadiran anak buat pertama kali.

Ads

Perkongsian itu mengundang reaksi sebak dalam kalangan warga internet yang rata-ratanya turut menitipkan doa serta berkongsi pengalaman kehilangan insan tersayang.

Pada masa yang sama, Amyza dan keluarga turut diuji apabila anak keduanya, Andrian Adam, kini sedang berdepan kanser tulang dan menjalani rawatan alternatif, sekaligus mengundang simpati ramai yang mendoakan agar keluarga ini terus kuat dan tabah menghadapi ujian.

Sumber: Instagram Amyza Aznan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads