Perkara paling susah nak decide bila keluar dengan kawan-kawan atau pasangan adalah nak pergi makan dekat mana? Kadang tu kereta dah bergerak tapi masing-masing tak tahu ke mana arah nak dituju.
Sama ada korang buntu tak tahu nak makan mana sebab banyak sangat port makan best atau mungkin juga korang betul-betul tak tahu tempat makan mana yang paling awesome.
Nah, untuk korang yang berada di sekitar Kajang, Selangor atau yang sanggup nak ke sini semata-mata untuk makan sedap, ini ada 5 tempat makan yang best danwajib korang kunjungi..
1. Itik Salai Masthar
Lokasi gulai masak lemak cili padi yang terbaik ada di sini. Food vlogger terkenal, Mark Weinn pernah datang dan makan kat sini tau. Antara makanan yang famous di kedai ni adalah daging salai masak lemak, ikan keli salai, dan itik salai. Seperti kedai makanan lain, ulam-ulaman dan lauk pauk biasa juga turut disediakan.
Waktu Operasi: 11 pagi hingga 10 malam
Alamat: Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor
Ads
2. Komasen Steamboat and Grill
Kalau korang teringin nak makan steamboat yang sedap dan harga murah, boleh datang sini. Macam biasa, ada banyak pilihan dari ayam, daging, kambing, ketam, lala, udang, dan macam-macam lagi lah. DI sini ada dua kuah untuk steamboat anda, kuah tomyam (recommended) dan kuah sup ayam. Lepas tu ada juga desert seperti aiskrim untuk dinikmati selepas kenyang makan.
Waktu Operasi: 6 petang hingga 11 malam
Alamat: Jalan Kampung Sekamat, Kampung Sungai Sekamat, 43000 Kajang, Selangor
Ads
3. Ikan Bakar Terangkat
Orang yang duduk Kajang mesti dah tahu nama tempat ni. Memang at least kena try sekali seumur hidup. Dia punya sambal dekat ikan bakar tu memang padu habis guys! Pekat, manis, dan pedas. Walaupun dah kenyang memang korang secara automatik akan tambah lagi. Macam tu la sedap makan kat kedai ni. Dan yang paling penting, seafood dia rasa fresh tau. Wajib makan sini!
Waktu Operasi: 5 petang hingga 12 pagi
Alamat: No.1, Lot 3083, Jalan Ayer Itam, Kampung Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor
Kalau korang nak makan dengan rasa yang tenang sambil buat kerja atau assignment, bolehlah datang ke kedai ni. Design kedai dia memang sangat cosy dan cantik, memang selalu jadi port lepak untuk release stress. Bukan tu je, makanan dia memang sedap gila weh, min recommend korang makan burger dia. Padu!
Waktu Operasi: 10 pagi hingga 3 petang / 4 petang hingga 10 malam
Alamat: De Centrum Mall, Jalan Ikram-Uniten, 43000 Kajang, Selangor
5. Sate Kajang Haji Samuri
Kedai makan paling legend dekat Kajang. Siapa je yang tak pernah dengar nama Satay Kajang Haji Samuri ni? Rasanya satu Malaysia kenal. Dah la sate dia saiz besar, perapan yang sedap. Memang kenyang makan kat sini. Bukan tu je, ada juga makanan lain seperti burger, nasi goreng, dan kuey teow. Tak boleh miss la makan dekat sini!
Waktu Operasi: 11 pagi hingga 12.30 pagi
Alamat: Lot 1, 2 & 3, Tingkat Bawah & Tingkat 2, Bangunan Dato’ Nazir, Jalan Kelab, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon berbakat besar, Puteri Balqis menzahirkan rasa terkesan dan sedih setiap kali mengenangkan isu perkahwinan bawah umur yang membabitkan remaja perempuan dengan lelaki berusia lebih tua.
Berkata kepada Remaja, mereka sememang mudah dipengaruhi untuk berkahwin tanpa asas kukuh malah perkahwinan itu mungkin menimpakan tekanan yang sangat berat kepada remaja terbabit.
“Ia seperti ‘bunga’ yang dipetik ketika ia belum mekar lagi. Kanak-kanak bukannya tahu apa-apa, jadi ia juga mungkin boleh jadi satu pengalaman yang traumatik sebab mereka sangat gullible (mudah terpedaya).
“Apabila fikirkan soal ini saja saya dah nak nangis. Sebab isu kanak-kanak kahwin di usia muda amat dekat di hati saya,” katanya.
Meskipun pahit untuk ditelan, kata pelakon drama hit Akulah Balqis itu, isu perkahwinan bawah umur sebenarnya sering berlaku dalam kalangan masyarakat.
“Ini suatu isu sensitif, tapi jarang diperkatakan. Kepada kamu yang terpaksa lalui pengalaman itu, saya sayang kamu semua. Kamu ada jiwa yang boleh mekar lebih hebat, kuatkan hati,” ujarnya lagi.
Terbaharu, drama lakonannya berjudul Terlanjur Cinta ditayangkan di platform Viu. Selain Aqish, drama itu turut dibintangi Syafiq Kyle, Syafie Naswip, Datin Umie Aida, Syafi Tee, Khir Rahman dan ramai lagi.
Terlanjur Cinta hasil cetusan idea Erma Fatima yang mengangkat tema pengorbanan seorang anak kepada keluarga sehingga perlu berkahwin pada usia muda.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kita mungkin tidak pernah bertemu muadzin yang suaranya amat merdu dan nyaring hingga kedengaran ke seluruh pelusuk kota Madinah iaitu Bilal bin Rabah.
Diceritakan Bilal bin Rabah merupakan orang berkulit hitam dari Habsyah (Ethiopia) yang memeluk agama Islam ketika masih menjadi budak. Dia merupakan salah satu sahabat Nabi yang dipilih untuk mengumandangkan azan pada zamannya.
Peristiwa tersebut terjadi pada tahun pertama Hijriah.
Ketika dia mula-mula memeluk agama Islam, Bilal terus-terusan disiksa setiap hari oleh majikannya dan menyuruhnya meninggalkan Islam. Kerana keengganannya, dia dia seksa oleh majikannya.
Abu Bakar menemukan Bilal bin Rabah di bawah terik matahari. Saat itu, dia sedang menerima hukuman dari majikannya bernama Umayyah di tengah padang pasir yang sangat panas dan lehernya pun diikat.
Bilal ditelentangkan menghadap matahari dan dadanya ditindih dengan batu yang sangat besar sehingga membuat nafas Bilal terasa sesak. Namun Bilal kemudian dibeli oleh Abu Bakar dan kemudian dipilih sebagai muadzin kerana dia memiliki suara yang indah.
Selain itu Bilal mempunyai suara keras sehingga dapat menjangkau jarak jauh sekalipun. Bilal menjadi muadzin pertama yang mengumandangkan azan di kota Madinah.
Namun di akhir hayat Rasulullah, Bilal tidak lagi mengalunakan azan kerana terlalu bersedih atas kewafatan Baginda. Selepas kewafatan Rasulullah, hanya dua kali Bilal mengalun azan sehingga seluruh penduduk Madinah keluar dan menangis bersamanya kerana mereka rindukan suara tersebut.
Bagi generasi hari ini, kita mungkin tidak berpeluang mendengar suara asli Bilal bin Rabah namun seorang Syekh Hisyam Atthiyary dikatakan dapat mengalunkan azan menyamai aslinya azan yang sanadnya bersambung sampai ke Muazzin Bilal bin Robah.
Alhamdulillah, memang merdu alunan azannya. Biar Bilal bin Rabah sudah tiada tetapi sanad guru ke guru akhirnya kita di masa kini dapat mendengar alunan asli Bilal bin Rabah. Betapa bertuahnya kita!
Nada asli azan Bilal bin Robah yang dikumandangakan oleh Syekh Hisyam Atthiyary yang sanadnya bersambung sampai ke Muazzin Bilal bin Robah~ Kalam Majnun ~ ? ♥️
Tuah ayam nampak di kaki, tuah pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian tentunya jatuh nampak pada jumlah undian peminat.
Tahun 2020 nampaknya menjadi milik penyanyi ‘Adlina Marie’, Haqiem Rusli apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular untuk edisi kali ini.
Anugerah itu diterima Haqiem daripada Dato’ Rosyam Nor setelah dia membawa pulang kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiomi Malaysia dan Lagu Paling Boom Popular, terlebih dahulu malam ini.
Dengan undian sebanyak 22,332,676, Haqiem menzahirnya rasa syukur kepada Allah SWT di atas rezeki ini.
“Allahuakbar. Terima kasih kepada famili saya. Mak abah yang sedang tengok (di rumah). Qiem harap mak abah berbangga dengan Qiem.
“Terima kasih kepada TV3, Berita Harian, FMC dan Qiemillio (kelab peminat) yang terus mengundi Haqiem. Terima kasih kepada sahabat-sahabat saya. Assalamualaikum.
Dengan kemenangan ini, Haqiem menerima sebuah kereta model Nissan Leaf dan sebuah trofi.