Pelakon dan pengacara jelita, Amelia Henderson tampil mengulas hubungannya yang didakwa putus ditengah jalan bersama aktor Aedy Asyraf.
Menurut Amelia, alasan sebenar disebalik pengakhiran hubungan cintanya bersama Aedy hanya diketahui oleh rakan-rakan terdekat kerana mahu menjaga privasi kehidupannya.
“Saya rasa mungkin saya tak boleh jawab soalan ini sebab ia terlalu private. Tapi saya faham sebab saya dah umumkan hubungan saya dengan Aedy kepada semua orang jadi mesti orang nak tahu kenapa.
“Bagi saya, janji orang sekeliling saya tahu kebenaran apa yang berlaku itu sudah cukup untuk saya. Sebab saya okey dengan jadikan relationship saya public dan bagi semua orang nampak pasal kisah percintaan saya.
“Sebab saya fikir hubungan ini akan kekal sehingga hujung hayat saya, tapi saya salah. Tapi tak apa sebab saya tak boleh buat apa-apa pun,” katanya.
Ads
Sementara itu apabila disoal mengenai kebarangkalian hubungan cintanya bersama Aedy berputik kembali seperti sebelum ini, Amelia menegaskan bahawa dia tidak akan kembali semula bersama.
Dalam pada itu, Amelia turut berkongsi pengajaran yang dipelajari sepanjang hubungannya bersama pelakon Project Anchor SPM itu.
“Pengajaran saya belajar dalam relationship ini macam mana kita sayang seseorang atau nak membantu seseorang dalam hidup dia kadang-kadang kita perlu lepaskan supaya seseorang tersebut boleh growth in the healthy way walaupun kita tak bersama.
“Mungkin saya akan lebih berhati-hati untuk masa yang akan datang, saya ingat saya dah cukup berhati-hati dah selama ini. Tapi semestinya dalam kehidupan ini untuk saya pun mesti akan ada cara untuk kita improve diri sendiri.
“Kalau boleh saya nak elak topik fasal ini dah sebab saya nak move on. Jadi, kami cuma nak move on dan be happy now,” ujarnya panjang.
Ads
Imbas semula pada Mac tahun lalu, Aedy membuat kejutan melamar Amelia secara terbuka menjadi kekasihnya di sebuah acara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, pada akhir Julai 2023, Amelia dan Aedy seperti memberi bayangan hubungan cinta mereka sudah putus apabila masing-masing memuat naik ciapan seperti dalam emosi kesedihan dan kecewa.
Malah, Aedy juga turut memadam foto-fotonya bersama Amelia dalam akaun Instagramnya yang sebelum ini dimuat naik sepanjang mereka berlakon dalam sebuah drama pada tahun lalu.
Terdahulu, Aedy dan Amelia dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam naskhah berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada hujung tahun 2021.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekalung tahniah diucapkan kepada Rihanna dan pasangannya A$AP Rocky, yang baru sahaja menyambut kelahiran anak kedua mereka dan secara rasmi telah bergelar ibu bapa kepada dua orang anak. Yeayyy!
Menurut sumber TMZ, kelahiran itu berlaku beberapa minggu lalu pada 3 Ogos 2023 di Los Angeles. Bayi lelaki kecil itu dialu-alukan ke dalam keluarga dan sudah diberikan nama.
Meski nama tersebut masih menjadi tanda tanya namun sumber Hollywood mendedahkan bahawa nama bayi itu bermula dengan huruf ‘R’.
Memandangkan anak pertama Rihanna bernama RZA, mungkinkah pasangan itu akan mengekalkan nama ‘R’ dalam keluarga? Ada kemungkinan perkara itu akan berlaku memandangkan ‘Rihanna’ dan ‘Rocky’ juga bermula dengan huruf yang sama.
Bagi mereka yang terlepas, Rihanna mengumumkan kehamilan itu tidak lain dan tidak bukan pada Pertunjukan Separuh Masa Super Bowl 2023, mempamerkan perutnya yang semakin membesar di penghujung persembahan ikonik tersebut.
Berita kelahiran itu sudah pun dijangka, dengan Rihanna membuat penampilan awam terakhirnya pada Jun 2023, di festival Cannes Lions untuk acara muzik dengan Spotify.
Bercakap kepada pihak media, bintang sensasi itu mengakui bahawa kehamilan kedua ini sedikit berbeza berbanding yang pertama dek kerana dia lebih mudah mual berbanding dulu.
Apa-apa pun, kami ucapkan tahniah dan ‘welcome Baby R’!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: TMZ
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masyarakat di Malaysia sememangnya gemar menonton drama Korea dan rata-rata daripada mereka terlalu obses sehinggakan ada yang sanggu belajar bahasa Korea untuk lebih mendalami ‘jiwa’ semasa menonton.
Maka, tidak hairanlah sekiranya apa sahaja yang berkaitan dengan K-Drama sering menjadi perhatian netizen.
Seorang selebriti Instagram yang dikenali sebagai Azfar Heri turut berkongsi video kononnya sedang melakonkan scene dalam K-Drama dan skripnya dicadangkan oleh followers. Gelagat spontan Azfar mendapat perhatian ramai dan video tersebut sudah hampir mencecah 900 ribu tontonan di IGTV.
Rata-rata netizen terhibur dan memberikan reaksi positif terhadap video yang telah dikongsi.
Siapa yang ‘hantu’ K-Drama mesti faham dan boleh feel dengan penyampaian si Azhar Heri ni. Betul-betul bunyi Korea walaupun bahasa yang digunakan tidaklah semuanya betul. Siapa yang tak faham rasanya mesti percaya mamat ni boleh cakap Korea. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Salah satu genre yang pastinya menjadi kegemaran ramai adalah ‘survival’ di mana penonton dapat merasakan detik cemas dan melihat sendiri bagaimana kesungguhan watak yang dibawa untuk menyelamatkan diri daripada situasi kecemasan.
Sebelum ini kecoh di media sosial tentang kisah adik Rayan yang terjatuh ke dalam lubang perigi sedalam 32 meter dan kini satu lagi berita sedih yang kita terima apabila seorang kanak-kanak Afghanistan pula dikatakan terjatuh ke dalam sebuah lubang perigi sedalam 24 meter.
Mengenangkan nasib anak-anak kecil ini, sudah tentu kita tidak dapat merasakan kesengsaraan mereka, lebih-lebih lagi di usia kecil begitu telah menerima ujian seberat ini.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa filem yang mempunyai jalan cerita kisah ‘terperangkap’ yang menarik untuk ditonton bagi mendapat gambaran bagaimana sukarnya mereka untuk menyelamatkan diri apabila terperangkap di tempat-tempat bahaya.
Berikut kami senaraikan antara filem-filem survival yang mengisahkan tentang situasi ‘terperangkap’ menarik untuk ditonton.
1. 127 Hours
Mengisahkan seorang lelaki, Aron yang mendaki sebuah canyon terpencil akhirnya terjatuh dan tangannya dihempap sebuah batu besar. Filem ini memang penuh dengan aksi-aksi suspen yang bakal membuatkan penonton tidak senang duduk. Bayangkan selama beberapa hari Aron terpaksa bertahan untuk menyelamatkan dirinya. Antara babak paling ‘hardcore’ apabila Aron terpaksa memotong sendiri tangannya menggunakan pocket knife yang tumpul.
Ha, dapat bayangkan tak?
2. The 33
Filem ini berkisarkan tentang 33 pelombong di Chile yang terperangkap dalam lombong gua sedalam 700 meter dan mereka hanya mempunyai stok makanan untuk tiga hari di ruang keselamatan serta tidak dapat menghubungi dunia luar. Masing-masing sudah mula merasakan tiada harapan untuk hidup namun keinginan mereka untuk tetap meneruskan kehidupan adalah luar biasa.
Banyak pengajaran yang boleh dipelajari menerusi filem ini antaranya adalah sifat tidak berputus asa serta yakin bahawa mereka mampu menyelamatkan diri keluar daripada lombong itu.
3. Tunnel
Sebuah filem Korea yang menceritakan tentang kisah individu yang terperangkap dalam terowong yang dinamakan sebagai terowong hado. Mempunyai panjang sekitar 1961 meter, tiba-tiba terowong itu bergegar dan runtuh. Watak utama filem ini telah tertimbun dalam ribuan tan runtuhan dan konkrit terowong yang menghimpit keretanya.
4. Aramm
Filem tamil yang mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan bernama Dhansika yang berusia 4 tahun telah terjatuh ke dalam lubang. Hal ini telah menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk kampung terhadap pihak berkuasa yang tidak dapat memberikan bantuan keselamatan kerana tanah runtuh.
Diharap korang cukup kuat untuk menonton filem-filem ini kerana pelbagai emosi cemas, sedih dan marah pastinya dirasai ketika menonton. Marilah kita sama-sama turut mendoakan agar kanak-kanak dari Afghanistan itu dapat diselamatkan dengan segera.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres versatil, Nabila Huda kini membuktikan dirinya bukan sahaja berbakat di layar perak, malah turut berjaya dalam dunia perniagaan makanan.
Rezeki berpihak kepadanya apabila produk...