Pelakon muda kontroversi, Bella Thorne telahpun mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Benjamin Masolo.
Selebriti berusia 23 tahun itu telah mengumumkan berita gembira itu menerusi akaun Instagram-nya dengan menunjukkan cincin berpotongan pear itu yang cukup besar berserta caption berbunyi “YES”.
Setelah hampir dua tahun bersama, pasangan tersebut telah mengambil langkah untuk ke fasa seterusnya.
TBH, jika kami dirisik dengan cincin berlian sebesar ini pun, mungkin sekali kami akan terus mengatakan YES! Hehe..
Menerusi hantaran di Instagram Story Bella, dia telah memuat naik foto cincin yang dianggarkan bernilai $USD65,000 atau kira-kira RM268,00 (mengikut perkiraan pakar barangan kemas).
Batu berlian utama di bahagian tengah itu dikelilingi dengan batu berlian kecil di sekeliling manakala cincin itu sendiri diperbuat daripada emas putih.
Ads
“He knows exactly my style (Dia betul-betul mengetahui stail kegemaran saya),” catat Bella.
Siapakah Benjamin Masolo?
Bukan calang-calang lelaki yang mampu membelikan cincin pertunangan semewah ini. Justeru, kami tertanya-tanya siapakah gerangan insan bernama Benjamin ini.
Well, lelaki berusia 27 tahun berasal dari Modena, Itali dan pernah melanjutkan pelajaran di Roslyn College yang terletak di Tasmania, Australia. Pasangan ini bertemu semasa berkunjung ke festival muzik Coachella pada tahun 2019 dan sejak itu, mereka sedari telah bertemu pasangan yang perfect untuk diri masing-masing.
Baru-baru ini, Ben telah berulang-alik di antara Itali dan California demi berjumpa Bella. Namun sepanjang musim kuarantin, dia dan Bella terpaksa berpisah selama 5 bulan sebelum kembali bersatu pada bulan Julai, tahun lalu.
Ben sebenarnya merupakan seorang penyanyi Itali dan Bella sendiri sebenarnya pernah ditampilkan dalam klip video lagunya yang bertajuk ‘Finche Le Stelle Non Brillano’.
Dan tak lama lagi, Bella dan Ben bakal disatukan dalam sebuah filem pula berjudul Time Is Up.
Biarpun Ben bukanlah seorang pelakon dan dia sendiri tidak begitu pasti sama ada untuk menerima tawaran tersebut ataupun tidak, Bella berjaya menyakinkan teman lelakinya (kini tunangnya) itu untuk mencuba projek ini.
Ahli kumpulan K-pop terkenal SEVENTEEN, S.Coups atau nama sebenarnya Choi Seung Chul meneruskan misi kebajikan peribadinya dengan menyumbang sebanyak 50 juta won (lebih kurang RM180,000) bersempena ulang tahun kelahiran ke-30 pada 8 Ogos baru-baru ini.
Menurut laporan media Korea, sumbangan itu diberikan kepada organisasi kebajikan The Community Chest of Korea, yang memaklumkan bahawa S.Coups telah menyertai kelab penderma eksklusif ‘Honor Society’ sebagai ahli ke-3,710.
Dalam pada itu, dana berkenaan akan digunakan untuk menampung perbelanjaan makanan bagi kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah, khususnya dalam tempoh cuti musim panas. Selain itu, ia bertujuan untuk memastikan pertumbuhan sihat golongan kanak-kanak yang terjejas, melalui pusat komuniti kanak-kanak di seluruh Korea.
“Terima kasih kepada cinta dari para peminat, hari lahir saya sentiasa jadi istimewa setiap tahun. Saya mahu kembalikan kasih sayang yang saya terima ini kepada masyarakat. Kami menyokong pertumbuhan sihat semua kanak-kanak dan remaja,” katanya.
Sekadar info, S.Coups sememangnya dikenali sebagai individu yang aktif dalam pelbagai inisiatif kebajikan, bukan sahaja untuk kebajikan kanak-kanak tetapi juga dalam isu perlindungan haiwan.
Sebelum ini, pelantun lagu ‘MAESTRO’ dan ‘HOT’ itu juga pernah menyumbang ketika bencana alam, termasuk membantu pusat perlindungan haiwan terbiar dan pasukan penyelamat, selain menderma bagi membantu mangsa kebakaran hutan di Ulsan, Gyeongbuk dan Gyeongnam pada Mac tahun lalu.
Untuk perkembangan terkini, SEVENTEEN sedang rancak merayakan ulang tahun ke-10 mereka dalam industri muzik. Album penuh kelima mereka berjudul ‘HAPPY BURSTDAY’ yang dilancarkan pada Mei lalu telah mendominasi carta penjualan separuh tahun, manakala lagu utama ‘THUNDER’ turut berjaya meraih kedudukan pertama dalam carta Melon Top 100.
Bermula September ini, kumpulan sensasi tersebut akan memulakan jelajah dunia ‘SEVENTEEN World Tour [NEW_]’ yang akan membuka tirainya di Stadium Utama Asiad Incheon, sebelum menjelajah ke destinasi seterusnya di Hong Kong, Amerika Utara dan Jepun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hampir dua tahun isu kes cabul membabitkan pelakon versatil, Puteri Balqis, ibunya meluahkan perasaan terkilan apabila anaknya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Kata ibunya, Norashikin Mohd. Aziz, dia bersuara selepas merasakan berlaku ketidakadilan, bahkan semakin ramai melemparkan kutukan termasuk agamawan yang menganggap pendedahan dibuat sebagai membuka aib.
“Untuk apa yang terjadi, sangat tidak adil untuk kami, kes bercerai tiada pula orang kata aib, tetapi apabila kes melibatkan cabul anak saya, semua orang masuk campur ibaratnya kami buka pekung sendiri.
“Kami menderita lebih 10 tahun kerana tiada siapa-siapa, rasa sangat tidak adil dan terbela. Kes kami yang sememangnya jenayah itu tiada pula dicanangkan satu Malaysia bahkan dikatakan fitnah.
“Jangan kata apa yang yang berlaku kepada saya dan anak sebagai aib, ini jenayah,” katanya menerusi Instagram Aqish.
Selain itu, ibunya turut memaklumkan hanya mereka berada dalam hidupnya sahaja akan memahami segala situasi dialami mereka.
Bahkan, tiada apa yang dimahukan mereka selain keadilan serta layanan sama rata diberikan membabitkan kes yang menimpa dia dan anaknya.
“Orang tuduh anak saya macam-macam sampai kata dia fitnah ahli keluarga sendiri.
“Dunia dan jiwa aku sudah mati, ini bukan untuk saya tetapi untuk anak, dia adalah adalah segala-segalanya bagi aku.
“Saya ibu yang gagal pertahankan anak, saya mengaku itu. Dengan apa yang jadi, saya letakkan kesalahan atas diri saya. Cakaplah apa pun, saya hanya mahukan keadilan,” ujarnya lagi.
Terdahulu, sekitar akhir tahun 2022 pendedahan Aqish yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual ketika kecil mengejutkan banyak pihak.
Pengakuan menerusi temu bual bersama Bros Gang TV di saluran YouTube itu bukan sahaja mengejutkan tetapi mengundang pelbagai reaksi dan pandangan masyarakat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khabar baik bagi peminat K-Pop generasi kedua, penyanyi dan ahli termuda SHINee, Taemin yang terkenal dengan gerakan tarian luar biasanya telah mengumumkan Malaysia sebagai destinasi kedua persinggahannya di Asia bagi konsert jelajah dunia Ephemeral Gaze.
Difahamkan, konsert jelajah Taemin kali ini akan berlangsung pada 7 September ini di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor dan ini akan menjadi konsert solo pertama pelantun lagu IDEA di Malaysia!
Sebelum ini, Taemin pernah mengunjungi negara ini bersama anggota SHINee yang lain dalam acara Disk Awards pada tahun 2013, juga hadir sebagai tetamu istimewa untuk pertunjukan Formula One Petronas Malaysia Grand Prix pada tahun 2015.
Dalam pada itu, apa yang lagi menarik kelab rasmi peminat Taemin iaitu TAEmates yang diuruskan oleh Fromm juga dapat membeli tiket dengan lebih awal bermula 2 Ogos ini dari jam 11 pagi sehingga tengah malam. Sementara bagi jualan tiket secara umum, akan dijual bermula pada 5 Ogos, 11 pagi.
Sekadar info, Taemin telah memulakan kerjaya sebagai penyanyi melalui kumpulan SHINee sejak berusia 14 tahun. Kemudian, dia mula bergerak solo sejak tahun 2014 dengan single pertama Danger seterusnya mencuri hati para peminat dengan lagu seperti MOVE, Criminal, dan terbaru Guilty.
Taemin juga dijangka akan mempersembahkan pelbagai lagu baru dari album terbarunya yang akan dilancarkan pada Ogos ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!