Ramai mengenali keluarga usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri, yang sering menjadi perhatian kerana gaya hidup mewah. Namun, anak sulungnya Amayan atau nama penuhnya Ammar Ahyan, membuktikan bahawa kejayaan bukan hanya diukur dengan harta, tetapi dengan ilmu dan usaha yang ikhlas.
Ilmu Adalah Aset Terbesar
Meskipun membesar dalam keluarga serba cukup, Amayan tidak pernah menjadikan status atau kemewahan sebagai tiket untuk hidup selesa. Sejak kecil, dia dididik bahawa ilmu adalah aset paling berharga.
“Abah selalu pesan, duit boleh dicari, tetapi akademik dan ilmu tidak boleh dibeli. Nasihat itulah yang mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh,” jelasnya.
Sebagai anak sulung daripada enam beradik, Amayan menggalas tanggungjawab besar untuk menjadi contoh kepada adik-adiknya. Dia mahu membanggakan keluarga dengan pencapaian akademik dan tekad untuk meneruskan legasi yang dibina oleh ayahnya.
“Abah dan mama kerja kuat siang malam. Tiada erti rehat dalam hidup mereka. Sebab itu saya mahu balas jasa mereka dengan ilmu dan kejayaan,” tambahnya.
Ads
Impian Ke United Kingdom
Kini bergelar mahasiswa di Taylor’s Universiti, Amayan menyimpan hasrat besar untuk menyambung pelajaran ke United Kingdom (UK). Baginya, melanjutkan pengajian di luar negara adalah salah satu cara untuk menambah pengalaman, membuka minda dan menjadi insan yang lebih matang.
@shahidadherbs2 Anak sulong merangkap anak pertama , dalam kandungan Mama @Ammar Ahyan . Dah besar dan jadi anak bujang Mama. Walaupun Ammar dah 17 tahun tapi mama masih je anggap di kecil lagi. Tak boleh la tengok dia dah nak masuk remaja ni. Kalau boleh taknak dia besar😂😂. Mak mak macam ni la kan, tak boleh nak terima anak nak membesar. . Alhamdulillah Ammar dah nak masuk Taylor’s Foundation Programme. Program persediaan untuk menyambung pelajaran ke luar negara selepas ini. Semoga baik baik je la untuk anak mama ni 🤲 #i♬ bunyi asal – Nur Shahida Mohd Rashid
“Doakan saya habis foundation di Taylor’s, saya dapat teruskan pengajian di UK. Walaupun berat hati untuk berjauhan dengan keluarga, saya percaya inilah cara saya menghargai pengorbanan abah dan mama. Satu hari nanti, saya mahu pulang dan raikan kejayaan bersama mereka,” katanya penuh harapan.
Mahu Ubah Persepsi Masyarakat
Bukan sekadar untuk diri dan keluarga, Amayan turut menyimpan cita-cita besar untuk membantu masyarakat. Dia mahu mengubah mentaliti sesetengah pihak yang menjadikan kemiskinan sebagai bahan jenaka.
Ads
“Saya mahu lihat masyarakat kita lebih positif. Semua orang mampu berjaya jika ada usaha. Saya mahu bantu mereka tingkatkan taraf hidup, bukan dipandang rendah,” jelasnya tegas.
Kekal Rendah Diri Walaupun Popular
Walaupun sudah dikenali di media sosial kerana status keluarganya, Amayan tetap bersikap sederhana dan merendah diri. Malah, dia mengakui masih kekok dengan dunia hiburan.
“Ia bukan dunia saya. Tapi demi abah, saya belajar juga. Banyak pengalaman yang saya dapat daripada beliau,” kongsinya.
Ads
Inspirasi Untuk Remaja
Kisah Amayan membuktikan bahawa kejayaan sebenar bukanlah tentang harta atau populariti, sebaliknya datang daripada ilmu, usaha gigih dan pengorbanan keluarga.
Buat remaja lain, Amayan adalah inspirasi bahawa walaupun dilahirkan dalam kemewahan, seseorang tetap boleh memilih untuk membina identiti sendiri dengan ilmu.
Hidangan tradisional Malaysia, nasi kerabu sekali lagi membuktikan keistimewaannya apabila berjaya mencuri perhatian penduduk di London yang cukup menggemari sajian tersebut.
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @christhechindian, seorang pencipta kandungan dikenali sebagai Chris berkongsi pengalamannya bertemu sebuah gerai kecil bernama Eat Lah yang beroperasi di sebuah taman terbuka di London.
Apa yang mengejutkan, pemilik gerai tersebut dikatakan mampu meraih pendapatan mencecah £400,000 (RM2.18 juta) setahun hanya dengan menjual nasi kerabu.
Berkongsi kisah di sebalik penubuhan Eat Lah, pemiliknya Robert Ngo memaklumkan dia mula membuka gerai itu bersama keluarga sejak tahun 2019 selepas meninggalkan kerjaya sebagai seorang arkitek.
Lelaki berbangsa Cina kelahiran Britain itu berkata, dunia perniagaan sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya memandangkan bapanya pernah memiliki sebuah restoran sebelum ini.
“Sebelum ini saya merupakan seorang arkitek selama 10 tahun dan meninggalkan kerjaya tersebut disebabkan hilang rasa minat.
“Saya mengambil keputusan membuka bisnes nasi kerabu kerana bapa saya pernah memiliki sebuah restoran sebelum ini, malah saya juga dibesarkan dalam suasana dikelilingi makanan,” katanya.
Menurut Robert, idea menjual nasi kerabu tercetus hasil cadangan isterinya, Mel, yang merupakan rakyat Malaysia berasal dari Kelantan.
Mel, kata Robert, mahu membawa ‘rasa’ tempatan ke London sebagai pengubat rindu terhadap kampung halaman. Tidak disangka, usaha tersebut mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat.
Menerusi video yang tular itu, Eat Lah dilihat hanya menggunakan kanopi seperti gerai biasa di Malaysia, namun tetap dibanjiri pelanggan. Malah, ramai pembeli yang pertama kali mencuba hidangan itu kelihatan teruja dan tertanya-tanya mengenai nasi berwarna biru tersebut.
Jelas Robert, dia mengambil masa untuk memperkenalkan nasi kerabu kepada masyarakat di London kerana hidangan itu masih asing bagi kebanyakan mereka.
“Pada awal-awal dahulu pernah hanya sebungkus sahaja nasi kerabu yang terjual.
“Sejujurnya saya ambil masa juga untuk memperkenalkan tentang makanan yang dijual kerana tidak semua orang sini (London) tahu tentang nasi berwarna biru ini. Tapi sekarang saya mampu menjual sehingga 300 kotak nasi kerabu sehari,” katanya.
Kejayaan Eat Lah tidak terhenti setakat gerai sahaja apabila Robert dan isterinya kini melangkah setapak ke hadapan dengan membuka sebuah restoran bernama Ong Lai Kopitian yang terletak di Wood Wharf.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bertempat di acara Anugerah Seni negara (ASN) 2024 pada malam ini, penyanyi dan usahawan popular tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza telahpun diberikan penghormatan bersejarah dan menerima Anugerah Khas Biduan Negara 2024.
Acara yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu juga sekaligus menyaksikan Siti, 43 secara rasminya dianugerahkan gelaran Biduanita Negara ketiga dalam sejarah industri hiburan tempatan.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar.
Selaras dengan penerimaan anugerah berkenaan, Siti mengumumkan akan melancarkan lagu baharu berjudul Sejarah pada Khamis, 14 November 2024.
Penyanyi wanita pertama Malaysia yang memegang gelaran Biduanita Negara ialah Allahyarhamah Puan Sri Saloma pada tahun 1978. Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini pula menerima penghormatan selaku Biduanita Negara kedua pada tahun 2006.
Manakala, gelaran Biduan pula pernah dianugerahkan kepada Allahyarham Tan Sri SM Salim pada tahun 2013.
Sebagai info, Anugerah Seni Negara adalah acara penghormatan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni atas sumbangan mereka dalam bidang kesenian negara dan mampu melonjakkan tokoh seni tempatan sebagai seniman bertarah dunia.
Gelaran Biduan dan Biduanita Negara pula merupakan gelaran seni di Malaysia yang hanya diberikan kepada anak seni yang banyak menyumbang jasa kepada negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa cakap rumah anak bujang serabut dan tak ada taste!
Mengubah suai rumah seakan menjadi trend pada zaman sekarang. Tidak kira dari rumah landed sehinggalah ke rumah bertingkat, pasti ada sahaja yang berkongsi idea tentang cara menghias.
Dari hiasan minimalis sehinggalah ke modern style ataupun classic style, pelbagai idea menarik pasti korang dapat hanya dengan google sahaja.
Baru-baru ini ada seorang pembaca Remaja berkongsi perubahan rumah bujang beliau sebelum dan selepas didekorasi. Menariknya Muhd Faddie atau nama sebenarnya Sufriadi Sarifi hanya mengeluarkan bajet 1k lebih dengan menggunakan barang pakai semula di Carousel,Shopee dan Kaison sahaja.
Memang cantik kemas tersusun semuanya termasuk perabot dan peralatan rumah. Ditambah deko yang tidak terlalu sarat, sesuai dengan orang bujang.
So, jom kita lihat trik dekorasi budget dari lelaki ini.
Ruang Tamu sebelum transformasi.
Dapur sebelum transformasi.
Menurut pemuda ini, dia lebih gemar mencari banyak mencari perabot dan perkakasan secara online kerana harga yang lebih murah.
“ Rumah saya jenis flat 5 tingkat, dan hanya ada dua bilik saja.So untuk mendeco rumah ni saya beli sikit-sikit termasuk mengecatnya sendiri dan menghias mengikut daya kreativiti saya. Habislah dalam RM1000++ termasuk membeli perabot dan lain-lain dekorasi yang saya beli di Carousel,Shopee dan Kaison sahaja.,” katanya.
Pemuda ini sempat berkongsi beberapa barangan yang dibeli di Shoppe antaranya :
Pemuda ini sempat memberikan tip buat semua yang bujang diluar sana
” Tip saya, kena ada disiplin untuk dapatkan rumah yang cantik dan sentiasa kemas. Barang tak perlu mahal, asalkan tahu macam mana nak mencantikkan sesuatu dah cukup.
Paling penting, kena rajin dan buang rasa malas. Ini kerana rumah juga menunjukkan keperibadian seseorang”. Akhiri beliau
Betul tu tak perlu barang mahal nak kemas dan deco rumah, yang penting kena rajin! Tapi masalahnya rajin tu yang susah nak jumpa…hehehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya terjawab! Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026bersamaan 1 Syawal 1447H.
Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Penyimpan...