Video nyanyian Ammar Ahyan, anak sulung kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, baru-baru ini berjaya mencuri perhatian penyanyi hebat, Misha Omar.
Menerusi perkongsian di Instagram, Misha memuat naik semula video tersebut sambil menitipkan ucapan terima kasih kepada remaja berusia 17 tahun itu kerana mendendangkan single terbaharunya berjudul Breakdalam sebuah majlis.
“Terima kasih Ammar Ahyan yang manis, Datuk Aliff Syukri dan seisi keluarga.
“Terima kasih juga kepada peminat-peminat Ammar yang secara tidak sengaja ingin tahu dan dengar lagu terbaharu ini. Semoga lagunya terkesan di hati,” tulis Misha.
Menurut Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Asiah Omar, dia terharu kerana Ammar menjadi sebab ramai yang mula mengenali lagu tersebut.
Ads
“Disebabkan dia suka menyanyi lagu Aunty Mitch (panggilan mesra), ramai yang mula menyedari tentang lagu ini.
Ads
“Dalam masa yang sama Ammar juga mengajak pengikut-pengikutnya berkenalan dengan muzik saya,” ujarnya.
Sekadar info, lagu Break merupakan hasil ciptaan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslow dan turut dipilih sebagai runut bunyi drama Mandul Bukan Pilihan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan tampil menegaskan buat para peserta yang bakal hadir ke uji bakat pencarian Hero Dewi Remaja 2023 agar mempersiap diri terlebih dahulu agar lebih kelihatan menarik, sebelum datang untuk menonjolkan bakat yang ada.
“Untuk pencarian Hero Dewi Remaja tahun ini kita tak nak mereka ikut kriteria yang kita (pihak produksi) beri.
“Malah, kita nak mereka hadir dengan diri mereka. Tapi, mereka datang pula, lah…” katanya ketika ditemu bual.
Rozita berkata demikian ketika ditemui Remaja pada uji bakat pencarian Hero Dewi Remaja 2023 yang berlangsung di Pulau Pinang, pada Sabtu.
Tambah bintang itu lagi, dia menegaskan agar kesemua peserta yang bakal hadir ke uji bakat sudah pun mengetahui bakat yang ada untuk persembahkan kepada para juri.
“Jadi, datanglah dengan betul-betul dah tahu bakat apa yang ada dalam diri anda, asahkan lagi dan praktis ‘kaw-kaw’, jadi barulah anda datang,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, para peserta yang hadir ke uji bakat pada kali ini bebas mengenakan sebarang pakaian dan penampilan mengikut stail peribadi.
Uji bakat akan diteruskan lagi bagi mencari bakal Hero Dewi Remaja 2023 di Kota Kinabalu, Sabah, dan Petaling Jaya Selangor.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang popular BTS, RM atau pemilik nama sebenarnya Kim Namjoon yang kini berusia 31 tahun, baru-baru ini mencuri perhatian apabila menyambut ulang tahunnya dengan cara berbeza iaitu dengan membuat sumbangan besar bernilai 200 juta Korea Won (RM700,000) kepada dua buah hospital ternama di Korea Selatan pada 12 September.
Menurut sumber daripada komuniti perubatan, RM telah menyalurkan sumbangan sebanyak 100 juta Korea Won kepada Seoul Asan Medical Center dan 100 juta Korea Won lagi kepada Korea University Medical Center sebagai dana pembangunan.
Dalam pada itu, wakil daripada Asan Medical Center memaklumkan dana tersebut akan digunakan untuk menampung kos rawatan serta pembedahan pesakit daripada golongan yang kurang berkemampuan. Sementara itu, Korea University Medical Center pula merancang menggunakan dana tersebut untuk memperbaiki persekitaran rawatan serta memperluas perkhidmatan perubatan mereka.
“Saya memutuskan untuk berdonasi kerana saya ingin menyertai dalam kegiatan yang bermakna di hari ulang tahun saya”
“Saya berharap ini dapat membantu, meskipun hanya sedikit, bagi pesakit yang sangat memerlukan perawatan tetapi sedang mengalami masalah kewangan,” katanya.
Memetik laporan media Korea Selatan, ini bukan kali pertama buat ketua kumpulan BTS, RM sebelum ini diketahui sering melakukan sumbangan amal pada setiap ulang tahunnya. Tahun lalu, beliau menyumbang 100 juta won kepada ‘Kempen Terima Kasih Pekerja Beruniform’ anjuran Kementerian Patriots dan Hal Ehwal Veteran. Pada tahun 2023 pula, sumbangan beliau disalurkan kepada Persatuan Perubatan Forensik Korea.
Selain itu, pada tahun 2021 dan 2022, pelantun lagu ‘Moonchild’ tersebut pernah menyalurkan dana kepada Overseas Korean Cultural Heritage Foundation untuk tujuan pemuliharaan serta pemulihan warisan budaya Korea di luar negara. Tindakan konsisten ini menjadikan beliau bukan sahaja ikon muzik, tetapi juga simbol pengaruh positif dalam masyarakat.
Menerusi sumbangan terbaru RM ini turut mendapat perhatian para peminat (ARMY) yang memuji kepekaan beliau terhadap isu sosial serta kepentingan memberi kembali kepada masyarakat. Malah, ramai berpendapat tindakan ini menunjukkan sisi peribadi RM yang penuh empati dan rendah hati.
Untuk perkembangan terkini, kumpulan BTS dijadualkan kembali dengan aktiviti penuh sebagai sebuah kumpulan pada musim bunga tahun 2026 selepas semua ahli selesai menjalani perkhidmatan ketenteraan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demam drama tempatan,Takdir Yang Tertulis (TY) nampaknya masih belum berakhir setelah drama tersebut berlabuh siaran di TV3 pada hari Selasa lalu. Kini, ramai yang kembali menontonnya di platform atas talian.
REMAJA berkesempatan untuk mengadakan sesi secara langsung bersama salah seorang pelakonnya, Iman Suhana yang kini popular dengan watak sebagai Rozita atau Ita ‘Ting Tong’.
Kata Iman, dia bersyukur apabila dapat kembali memasuki set pengarah Shahrulezad Mohameddin (Budak Ijat) setelah kali terakhir membintangi drama arahan pengarah tersebut, Monalisa pada tahun 2018.
“Seronoklah apabila dapat bersama-sama wajah familiar seperti Ijat dan Nazim Othman. Saya juga gembira sekali apabila dapat bergandingan untuk kali pertama dengan para pelakon lain dalam drama TYT terutamanya Mummy Didie Alias.
“Saya sudah lama melihat lakonan mantapnya selama ini dan apabila mempunyai banyak babak dengan beliau, saya rasa kerdil sangat. Tapi beliau, pelakon lain dan kru membuatkan saya merasa selesa sepanjang berada di set,” kongsi graduan jurusan persembahan teater ini.
Menyusuri kejayaan TYT yang tidak pernah gagal menduduki senarai topik trending setiap malam ia keudara, momen paling diperkatakan oleh penonton tentulah episod finale yang diadun dengan plot twist.
Menariknya, Iman semasa ditemubual mengatakan bahawa dia ‘mungkin’ sudah mengetahui mengenai perancangan pengarah TYT itu.
“Saya berada di set pada masa itu tanpa pelakon lain. Hanya ada kru saja. Biasalah dalam produksi drama, skrip sentiasa diolah, ditambah dan dihasilkan di set penggambaran. Jadi semasa mereka berbincang itu, saya terdengar juga yang Mika itu akan dijadikan anak Hakim.
“Cuma saya tidaklah mengambil serius mengenainya kerana skrip sentiasa berubah kan. Tapi mereka pernah lontarkan idea itu.”
Mengenai kejayaan Iman membawakan watak Ita ‘Ting Tong’, Iman merasakan dirinya dan karakter itu tidaklah terlalu banyak berbeza. Cuma ‘level ting-tong’ yang diinginkan oleh pengarah yang berbeza.
“Dengan kawan-kawan, biasalah kita pun jadi ‘ting tong’. Tapi untuk merealisasikan keinganan produksi, tentulah ada perbezaan yang wujud antara diri saya dan Rozita demi elemen dramatize itu.
“Kelakar juga apabila saya imbas kembali beberapa babak yang saya lakonkan untuk TYT. Terlalu ‘ting tong’ sehinggakan jurukamera pun tidak pasti sama ada saya sedang berlakon ataupun serupa orang tidak betul. (ketawa) Terutamanya semasa babak bercakap dengan suami imaginasi di meja makan,” imbas pelakon berusia 31 tahun itu.
Apapun, Remaja ucapkan tahniah buat Iman Suhana kerana berjaya menghiburkan penonton dengan berjayanya. Menyentuh mengenai projek lakonan seterusnya, tidak lama lagi, Iman akan muncul dengan satu telemovie di Astri Citra berjudul ‘6 Langkah Menghancurkan Ex Boyfriend’ arahan Syahid Johan.
Untuk menonton sesi #RemajaDengarKata penuh bersama Iman Suhana, klik video di bawah.