Setelah empat tahun bergelar mahasiswa di MultiMedia University Cyberjaya, bekas pemenang tempat keempat pencarian Dewi Remaja 2022, Alyssa Azmi berjaya menamatkan pengajiannya baru-baru ini dalam jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Kewangan (Financial Engineering).
Alyssa, 23 ketika dihubungi REMAJA berkongsikan tentang keinginannya untuk mengambil kursus berkenaan yang tidaklah begitu popular dalam kalangan penuntut universiti perempuan tempatan dan kisah di sebalik meneruskan pengajian sewaktu menyertai pencarian Dewi Remaja 2022.
Mencari Jurusan Yang Relevan Dengan Minat & Kebolehpasaran
“Jujurnya semasa di bangku sekolah, saya menyimpan niat untuk menjadi seorang peguam disebabkan kebolehan saya dalam pengucapan awam dan menyakinkan pendengar.
“Namun pada waktu itu, saya terpilih untuk mengambil jurusan kejuruteraan kimia di UiTM melalui permohonan UPU. Saya pula jika boleh enggan berjauhan dengan keluarga, lalu memilih bidang yang saya rasakan relevan dengan minat sendiri dan keperluan pasaran semasa,” ujar Alyssa.
Tambah model itu lagi, dia mendapati generasinya kurang fasih mengenai cara pengurusan kewangan. Disebabkan, “Saya minat sangat dengan duit! (ketawa)” dan meminati bidang ekonomi, Alyssa merasakan haluan yang berkait rapat dengan kewangan adalah tepat dengan dirinya.
“Ramai ahli keluarga saya yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Abang saya pula mengambil bidang perakaunan di MMU manakala kakak saya dalam bidang pengurusan perniagaan antarabangsa. Masing-masing sudah terbiasa menguruskan pekerjaan sendiri tanpa majikan, oleh itu saya pun memilih bidang kejuruteraan kewangan di MMU. Alhamdulillah, segalanya sudah selesai,” katanya.
Ads
Bergelar ‘Dewi’ Bukan Alasan Abaikan Pelajaran
Selama empat tahun bergelar pelajar di sana, Alyssa turut menceburi dunia peragaan dan dunia seni. Menerusi penglibatannya sebagai salah seorang finalis pencarian Dewi Remaja 2022, Alyssa menemui minat dan potensi yang ada padanya sebagai seorang model penggambaran kempen serta di pentas peragaan.
Rezeki Alyssa turut ‘melekat’ sebagai seorang pempengaruh dan banyak terlibat dalam kempen-kempen digital. Begitupun, semua ini dilakukannya tanpa mengenepikan pelajaran sama sekali.
“Ketika terpilih sebagai finalis Dewi Remaja selepas menyertai uji bakat di Karangkraf, saya perlu membuat keputusan sama ada ingin menginjakkan pengajian saya selama setengah semester. Memandangkan ia merupakan tahun pertama saya di peringkat sarjana muda dan ini merupakan impian saya sejak kecil, saya tak menyesali keputusan tersebut.
Ads
“Saya perlukan pengalaman Dewi Remaja 2022 yang banyak mengajar saya mengenai skil berkomunikasi dan cara membuat ‘connection’ berguna dengan pemain industri.”
“Sebagai seorang model pula (selepas tamat pencarian), saya perlu banyak berkorban. Bukan dari sudut pengajian tetapi masa dan tenaga. Ini kerana saya ingin mengejar kedua-dua cabang. Walau apapun terjadi, saya akan utamakan kelas. Jika ada job pada hujung minggu, saya akan ambil. Jika ada yang jatuh pada hari bekerja, saya perhatikan durasinya terlebih dahulu. Sebabkan minat, tak rasa penat pun,” ujarnya.
Cara Alyssa Azmi Bahagikan Masa
Alyssa turut berkongsikan tip kepada remaja-remaja yang ingin bergelar model seperti semasa belajar agar membiasakan diri menyiapkan sebarang tugasan seawal yang mungkin termasuklah untuk tugasan berkumpulan.
Ads
“Saya lagi suka jika kawan-kawan saya memulakan tugasan kami lambat kerana mereka akan berikan bahagian awal persediaan kepada saya. Saya juga akan lakukan ‘final touch up’. Tak kira sibuk bagaimanapun, saya tetap bersedia untuk menjadi ketua kumpulan! (ketawa). Dewi kan, memang suka jadi leader.”
“Know your priorities. Studies come above anything else. You are a fulltime student, part time model. Do not get that twisted,”
“Nak jadi model boleh, tetapi yang berpelajaran!”
“Lagipun, menuntut ilmu itu sebahagian daripada Fardhu Kifayah. Kejar ilmu dahulu. Jika korang tidak mahir untuk membahagikan tugasan ini, saya syorkan untuk tidak bekerja pada waktu yang sama,” titipnya.
Dalam pada itu, Alyssa kongsikan mengenai perancangannya pada tahun 2026 untuk lebih serius mengejar peluang bergelar pelakon yang dinanti-nantikan sejak menyertai Dewi Remaja.
All the best Dewi!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah lebih dua minggu membiarkan masyarakat berspekulasi pramatang mengenai status perkahwinan, pelakon cantik manis, Nynaa Harizal telah ditemui hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru untuk menfailkan permohonan penceraian daripada suaminya, Fahmi Ilyas, 29.
Sepanjang dua minggu, ura-ura pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019 itu kononnya diculik oleh ibu bapanya sendiri telah hangat diperkatakan warganet. Namun Nynaa memilih untuk berdiam diri dan sekadar memuat naik beberapa foto serta video di akaun Instagram bagi mengesahkan dirinya kini selamat di sisi keluarga tercinta.
Tindakan berdiam diri itu juga baginya adalah terbaik demi menjaga hati ramai pihak yang terlibat dalam perkahwinan mereka yang berusia kira-kira dua bulan lebih saja.
Sewaktu ditemui sebentar tadi, Nynaa telah menafikan ura-ura diculik dan dipaksa untuk mengikut ibu bapanya sewaktu berada di set penggambaran sebuah drama.
“Untuk mengatakan bahawa ibu bapa menculik dan memaksa saya adalah satu telahan yang tidak tepat.
“Sejak 2 November lalu, saya pada setiap masa berada dalam jagaan kedua ibu bapa dan ahli keluarga saya di Johor Bahru.
“Saya melalui peguam syarie menfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah mengikut Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003 pada 10 November lalu.
“Salinan diserahkan kepada suami pada keesokan harinya (11 November 2021), jam 3.16 petang,” ulasnya menerusi kenyataan selepas hadir untuk sebutan permohonan penceraian di sana, hari ini. Bagaimanapun, punca sebenar di sebalik permohonan penceraian tidak dikongsikan oleh Nynaa demi menghormati prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.
“Sementara proses Mahkamah Syariah ini berjalan dan selagi mana ia tidak menjejaskan prosiding, syaa membuka ruang untuk perbincangan dengan suami. Ini dinyatakan kepada suami melalui perbualan telefon pada 12 November lalu,” katanya lagi.
Suaminya, Fahmi Ilyas tidak berada di sana dan hanya diwakili oleh peguam.
Terdahulu, Nynaa dan Fahmi melangsungkan acara pertunangan kecil-kecilan pada 21 Ogos 2021 dan mendirikan rumah tangga seminggu kemudian pada 28 Ogos 2021. Semasa ditemuramah oleh REMAJA, Nynaa pernah berkongsi tentang perancangannya untuk mengadakan majlis resepsi pada akhir tahun ini.
Mula bergiat dalam bidang modeling seawal usia 10 tahun, minat Nyna dalam industri hiburan disokong sepenuhnya oleh ibu yang turut menjadi tulang belakangnya selama ini. Kejayaannya pada malam finale Dewi Remaja 2019 baru-baru ini dituju khas buat seluruh keluarga dan rakan-rakan dan tak lupa juga buat peminatnya yang selama ini memberi sokongan.
"Banyak pengalaman yang Nynaa belajar dalam Dewi Remaja, antaranya Nynaa dapat nasihat dan tunjuk ajar daripada selebriti hebat di Malaysia seperti ibu Fauziah Nawi yang banyak mengajar tentang seni persembahan, Mama Tini pula berkongsi tips macam mana nak pose di depan kamera dan ramai lagi individu hebat yang sempat kami bertemu dan mengorek pengalaman mereka.
Mungkin ramai yang sudah mengetahui Nynaa juga pernah berlakon dalam beberapa buah drama antaranya termasuklah Kekasih Paksa Rela, Hero Seorang Cinderella dan Isteri Untuk Disewa. Walau bagaimanapun, kerjayanya ini terbatas memandangkan dia sebelum ini bergelar seorang pelajar.
"Lakonan Nynaa sebelum ini semuanya hanya sebagai small role sahaja kerana Nynaa tidak berani nak mengambil watak penting disebabkan kekangan masa yang bertindih dengan jadual kelas,"
"Sebenarnya selepas sahaja tamat belajar, kebetulan ada casting Dewi Remaja dan Nynaa terus pergi. Kalau ikutkan nak masuk dari tahun lepas lagi tapi tak berani sebab Nynaa sedang belajar di tahun akhir jadi rasanya mungkin belum tiba masa untuk Nynaa menyertai Dewi Remaja," jelas graduan Bachelor in Accounting & Finance ini.
Pengalamannya dalam industri hiburan tanah air tidak membuatkan dirinya merasa 'hebat', sebaliknya Nynaa sendiri mengakui banyak lagi yang perlu dipelajarinya dan sudah tentu dia juga ingin meneruskan karier dengan lebih jauh.
Berjaya menempatkan diri di pada tempat ketiga di Dewi Remaja 2019, Nynaa mengakui bahawa banyak lagi yang perlu dia perbaiki di masa hadapan.
"Sebenarnya Nynaa tak sangka dapat tempat ketiga kerana Nynaa memang ada ketakutan di atas pentas dan mungkin Nynaa perlu perbaiki lagi cara berkomunikasi, insyaAllah di masa hadapan Nynaa akan menjadi individu yang lebih baik," jelasnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban tahun, ramai ternanti-nantikan kempen Raya terbaru jenama mesra muslimah, Naelofar.
Tahun 2022 tidak terkecuali apabila usahawan dan selebriti, Neelofakembali menggembirakan peminat tegar jenama tersebut setelah kempen Naelofar Raya 2022 dipertontonkan buat kali pertama pada minggu ini.
Sejak hujung minggu lalu, Lofa telahpun menarik tumpuan peminatnya dengan teka-teki siapakah bakal menggantikannya untuk paparan kempen kali ini disebabkan situasinya yang masih dalam tempoh berpantang tidak mengizinkan untuknya terlibat sama.
Rupa-rupanya, wajah terbaru Naelofar Raya tidak lain tidak bukan ialah rakan Dewi Remaja 2009/2010-nya sendiri, Izara Aishah!
Menjalin persahabatan ‘Dewi Sisterhood’ lebih 12 tahun lalu, Neelofa dan Izara yang masing-masing menempatkan diri dalam kalangan finalis Top 3 pada waktu itu masih rapat dan saling berhubung di hadapan serta belakang lensa kamera.
Menerusi kempen ini, Izara telah menggayakan koleksi hijab baharu jenama berkenaan lalu membuatkan peminat malah Neelofa sendiri untuk teruja menyaksikan semua foto-foto yang telah dirakamkan.
“MasyaAllah semua gambar cantik !!! Finally dapat juga Naelofar berwajahkan Izara for RAYA,” catat Neelofa sebelum ia dibalas Izara yang berkata, “Alhamdulillah, thank you for choosing me Kalofa.”
Rata-rata peminat tampil memuji kecantikan ibu kepada Irisa Alaia ini dalam lilitan hijab bercorak Naelofar pada kali ini. Bila lihat Izara manis menggayakannya, terus rasa nak beli kan untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini! Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya terjawab! Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026bersamaan 1 Syawal 1447H.
Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Penyimpan...