Pernah tak korang nak buat kuih raya sampai pening sebab terlalu rumit dan tak jadi akhirnya? Nak beli kuih raya dekat luar macam mahal, nak buat sendiri bahan pula tak reti. Macam mana ni?
Apa kata korang buat je kuih raya yang senang nak buat ni, namanya Almond Cluster.
Memang mudah, tak payah bakar dalam oven pun, bahan yang digunakan pun cuma dua jenis saja. Nak cuba? Boleh ikut perkongsian Muhamad Fadzul Ilahi Azhar.
Almond cluster, kuih raya paling senang nak buat
Dalam tak planning, dan tak pernah buat jualan untuk raya maka terjadi lah ALMOND CLUSTER. Alhamdullilah rezeki, bahan cuma dua saja.
Ads
Bahan:
1kg almond strip/ badam hiris- dibakar atau disangai hingga perang
1kg Beryl’s Milk Chocolate Coin – cairkan dengan kaedah double boil atau menggunakan microwave.
Cara membuat:
1. Selepas badam disangai dan coklat dicairkan biarkankan keduanta sejuk.
2. Kemudian satukan dua bahan ini dalam bekas dan sudu masuk dalam cup atau parchment paper.
Ads
3. Sejukkan dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Keluarkan dan susun dalam bekas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kedatangan Ramadan paling dinanti oleh seluruh umat Islam kerana pada bulan yang mulia ini, sudah tentu ramai individu mahu mengejar pahala beribadat.
Paling istimewa bila mana setiap malam, umat Islam dapat mengerjakan solat tarawih di surau atau pun masjid yang berdekatan. Waktu inilah kita dapat merasai ukhwah di antara umat Islam yang berpusu-pusu ke masjid untuk melakukan ibadah tarawih.
Biasanya, kita sedia maklum imam-imam di masjid diketuai oleh lelaki dewasa dan ada juga segelintir bahagian pengurusan masjid yang menjemput pelajar-pelajar tahfiz menjadi imam, mungkin untuk memberi pendedahan buat anak muda bagi memimpin dalam solat.
Imam Muda Solat Tarawih
Apa yang menariknya, seorang tahfiz yang baru berusia 13 tahun telah menjadi imam di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang. Dikenali sebagai Faris Farhan, pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Darul Hikmah Denai Alam ini menarik perhatian netizen kerana bacaannya yang merdu serta usianya yang masih muda.
Alhamdulillah, ibu bapa adik Faris mesti bangga melihat anak mereka menjadi imam di masjid seawal usia 13 tahun. Semoga remaja ini berjaya dunia dan akhirat, serta mampu memberi inspirasi buat anak muda.
Congrats Faris!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada apa yang lebih menyedihkan tatkala melihat orang tersayang pergi di depan mata. Pahit untuk ditelan namun segalanya harus redha. Rasa sedih itu pasti ada dan untuk menghilangkannya mungkin mengambil masa.
Bagi Sharifah Latif, 63 pengalaman berhadapan melihat suami dikasihi, arwah Mohamad Ramli Ibrahim, 65 dan dua cucunya, Nur Safia Hafiza Samsudin, 16, dan adiknya, Nur Sariza Hafniza, 14, terkapai-kapai sebelum lemas semalam ketika mandi di rumah Pam, Sungai Pedu, Kampung Tanjung, Padang Terap membuatkan hatinya dirundung kesedihan yang bukan sedikit.
Menurut Sharifah, sebelum kejadian lemas itu, mereka berkelah di tebing sungai berkenaan. Dua cucunya dan seorang rakan, Hanis kelihatan seronok mandi-manda.
Air sungai ketika itu tidak dalam dan sangat cetek, namun secara tiba-tiba air datang terlalu deras sebelum menghanyutkan tiga daripada mereka dan suami pula pula terjun untuk menyelamatkan mereka sebelum dia turut hanyut,” katanya.
Tiga sekeluarga ini menemui ajal di Sungai PeduOrang ramai memenuhi tebing sungai memerhatikan operasi menyelamat ini yang dilakukan oleh pihak Bomba. Gambar ihsan pembacaSharifah tidak dapat menahan tangisan selepas mayat cucu dan suaminya dinaikkan ke tebing sungai. Gambar ihsan pembaca.Dua remaja lemas dan melihat kejadian itu, datuk mangsa telah terjun untuk menyelamatkan mangsa yang terpakai-kapai sebelum tenggelam. Sedihnya, datuknya turut tenggelam. Gambar ihsan pembaca.
Mungkinkah ini yang dikatakan sebagai kepala air di mana arus sungai tiba-tiba berubah menjadi deras
Sharifah berkata, mereka datang ke rumah pam itu yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka di Kampung Tanjung, pada 1 tengah hari untuk berkelah menghabiskan cuti sempena Tahun Baharu Cina.
Katanya, dua cucunya yang menetap di Kuala Kedah itu pulang ke kampung hari ini bersama keluarga mereka sebelum mengambil keputusan untuk berkelah bersama 10 ahli keluarga.
“Sebaik ternampak dua cucu dan rakan mereka tenggelam timbul, suami terus terjun ke dalam Sungai Pedu untuk menyelamatkan mereka, tetapi terus tenggelam.
“Kami yang berada di atas tebing hanya mampu menjerit meminta tolong dan tidak mampu berbuat apa-apa melainkan melihat semua mereka terkapai-kapai,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam. Sharifah berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian serentak dua cucu dan suaminya walaupun tidak menyangka mereka akan pergi dengan terlalu cepat.
Kasih membawa ke syurga. Naluri untuk menyelamatkan cucunya yang lemas berakhir dengan kesedihan. Arwah merupakan bekas pemandu Kolej Mara Kuala Nerang. Gambar ihsan pembaca.Operasi menyelamat ini cuma mengambil masa beberapa jam oleh pihak berkuasa kerana mayat ditemui terapung di permukaan sungai.
Dalam kejadian pilu semalam, hanya Hanis berusia 16 tahun berjaya diselamatkan dan kini dirawat di Hospital Kuala Nerang.
Operasi pencarian yang dilakukan oleh pihak berkuasa berjaya menemui mayat Nur Sariza Hafniza pada jam 2.26 petang sebelum mayat Nur Safia Hafiza ditemui pada 4.40 petang yang sudah terapung manakala Mohamad Ramli ditemui 5.35 petang.
Remaja lemas sempat hantar mesej berbunyi “Hmm Panas-Panas” 17 minit sebelum kejadian
SALAH seorang mangsa lemas dalam kejadian berdekatan rumah pam Sungai Pedu, Kampung Bukit Sena, di Kuala Nerang, Kedah sempat mengemas kini status di laman ‘WhatsApp’, 17 minit sebelum tragedi yang meragut tiga nyawa itu.
Ibu saudara mangsa, Sabariah Shaari, 46, berkata anak saudaranya Nur Sariza Hafniza Samsudin, 14, sempat berkongsi gambar sungai dengan ayat ‘Hmm panas²’ pada 12.43 tengah hari tadi Khamis sebelum kejadian berlaku kira-kira 1 tengah hari.
Sabariah berkata dua beradik itu bersama ibu dan adik bongsu mereka berumur tujuh tahun yang menetap di Taman Persisir Kota, Kuala Kedah pulang ke kampung di Kampung Tanjung dekat Pedu, Isnin lepas sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.
“Mereka ada singgah di rumah saya dan saya sempat bergurau dengan mereka supaya jangan balik kampung lama sangat dan mereka jawab hanya akan pergi dua hari sahaja.
Mereka juga beritahu hendak balik kampung nak berkelah kerana kebetulan mak-mak menakan (emak saudara) semua balik masa raya ni,” katanya yang ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Nerang semalam.
Ketiga-tiga jenazah ini sudah selamat dikebumikan tengah malam tadi kira-kira jam 12. Al-Fatihah untuk kesemua mangsa ini. Moga seluruh ahli keluarganya diberi ketabahan mengharungi ujian yang amat menyedihkan ini. Sumber : HARIAN METRO & BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia belum lagi selesai dengan isu COVID-19 di mana lebih kita masih tercari-cari penawar dan vaksin pandemik maut ini.
Terkini, satu lagi virus dikesan di China di mana sejumlah remaja di sebuah universiti di Provinsi Shanxi China dilaporkan telah dijangkiti virus tersebut.
Pada petang Khamis lalu, pihak universiti telah mengeluarkan kenyataan bahawa setelah mendapatkan rawatan, keadaan pelajar telah bertambah baik dan beberapa daripada mereka telah pulih.
Universiti Kewangan dan Ekonomi Shanxi di Taiyuan mengesahkan pelajar yang dijangkiti menunjukkan gejala muntah, cirit-birit dan demam. Walau bagaimanapun, anggota kakitangan hospital universiti berkenaan enggan memberikan apa-apa maklumat tambahan berkenaan status pelajar yang dijangkiti.
“Pada masa ini, hospital kampus dipenuhi dengan pelajar yang dijangkiti dan bilik asrama lelaki telah ditutup. Pelajar lain (yang tidak dijangkiti) hadir ke kelas seperti biasa,” kata beberapa pelajar di universiti itu kepada media.
Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa ujian yang dilakukan oleh jabatan pengawasan kesihatan di bandar ini tidak menemui sebarang sumber makanan tercemar di kampus yang mungkin menjadi penyebab tularnya wabak tersebut.
Virus terbaharu yang dipanggil Norovirus dipercayai akan tersebar daripada tinja ataupun tahi orang yang dijangkiti.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, lebih daripada 30 wabak Norovirus telah dilaporkan di seluruh negara sejak September tahun ini dengan jumlah sebanyak 1,500 kes.
Tapi yang penulis musykil, kenapa semua virus baru ni bermula di China ye? Hmm….