Sejak ‘membuat hal’ sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dek konsep video muzik lagu raya di luar kotak, usahawan kosmetik dan produk kecantikan, Datuk Seri Aliff Syukri dilihat lebih gemar menghalakan fokus kepada bidang perniagaan.
Selain kemunculan sekali-sekala menerusi sesi Instagram Story, tidak banyak kontroversi yang dicetuskan beliau selama beberapa bulan kebelakangan ini.
Begitupun, beliau nampaknya sekali lagi menjadi tumpuan warganet pada hari ini.
Ia setelah beliau memuat naik satu hantaran video iklan baru yang digambarkan dengan perbuatan berbaur lucah.
Ads
Iklan yang difahamkan ingin mempromosikan produk tudung terbaru milik isterinya, Datin Nur Shahida Mohd Rashid itu menampilkan pasangan itu di atas katil.
Namun, bukan lokasi ia dirakam yang menjadi persoalan warganet. Apa yang kurang disenangi orang ramai adalah apabila gerak-geri Aliff dalam video tersebut menyerupai perbuatan onani yang tidak sesuai untuk tontonan umum terutamanya kanak-kanak di bawah umur.
Ibarat sudah dapat menjangkakan dirinya bakal terjerumus dalam satu lagi kontroversi negatif, Aliff menerusi ruangan kapsyen sedari awal menulis, “Tolong jangan fikir yang bukan-bukan tengok sampai habis.”
Aliff rupa-rupanya sedang bermain alat muzik ukelele di bawah cadar katil; namun gambaran yang bermain di minda penonton langsung tiada kaitan dengan motif sebenar iklan tersebut dirakam iaitu untuk mempromosikan produk tudung.
Tidak terkecuali mengecam Aliff di ruangan komen ialah ibu Aliff sendiri, bonda Rozita Ibrahim yang memarahi usahawan tersebut.
Ads
“Bongok sangat iklan kau.. apalah kau ni Kri (Aliff) oii,” catatnya.
Haih, macam-macam ya Datuk! ‘Terlebih kreatif’ betul dalam strategi pemasarannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum membeli apa-apa produk kecantikan di pasaran, eloklah terlebih dahulu sekiranya korang menyemak bahan apa yang telah digunakan dalam produk tersebut.
Walaupun dilaporkan sudah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), namun ianya belum menjamin kesahihan yang dinyatakan oleh pihak pengeluar.
Menurut posting seorang pengguna Twitter, dia ada share beberapa produk kosmetik yang mempunyai racun berjadual.
Serius la…korang ada tak pakai produk yang disenaraikan ni?
Tapi apa itu Racun Berjadual?
Menurut Myhealth, racun berjadual ialah bahan farmaseutikal seperti ubat untuk selsema dan batuk, antibiotik dan lain-lain lagi. Ia dikelaskan kepada beberapa kategori dan kebanyakan bahan farmaseutikal ini hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperolehi daripada ahli farmasi dengan doktor. So, racun berjadual tidak boleh dibenarkan dalam produk kosmatik.
Faham tak? Haha. Mesti bertambah pening.
Malah, rata-rata warganet juga ada berkongsi pengalaman mengunakan produk local yang mempunyai racun berjadual ini.
.
.
Kesimpulannya, jangan mudah terpedaya dengan segala produk yang ada dipasaran sekarang. Korang boleh semak status pendaftaran terlebih dulu melalui website npra.moh.gov.my atau boleh menghubungi bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.
Jangan disebabkan nak cantik dan sihat cepat, korang main sebat saja segala produk yang diiklankan. Lebih baik jika dapatkan dahulu nasihat daripada doktor.
Sumber : Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pelakon yang membawa watak Gellert Grindelwald, Johnny Depp diminta untuk berundur oleh Warner Bros untuk membawa watak itu di dalam Fantastic Beasts 3 gara-gara beliau tewas dalam kes saman fitnah tabloid The Sun mengenai artikel yang mendakwa bahawa dirinya seorang kaki pukul.
Kredit foto: nocookie.net
Depp sudah menyelesaikan sehari penggambaran filem spin off Harry Potter itu di London pada 20 September dan dilaporkan akan tetap menerima gaji penuh daripada Warner Bros walaupun tidak lagi terbabit dalam filem tersebut.
Kini, Deadline melaporkan bahawa bintang Hannibal, Mads Mikkelsen telah dipilih secara rasmi oleh Warner Bros untuk mengambil alih peranan antagonis utama dalam filem Fantastic Beasts 3 itu.
Kredit foto: Nordisk Film
Sebelum ini, pengarah David Yates telah pun mengeluarkan senarai nama-nama pelakon yang berpotensi menggantikan Depp, namun Mads Mikkelsen menjadi pilihan utamanya.
Fantastic Beasts 3 menyaksikan pemenang Oscar Eddie Redmayne kembali sebagai Newt Scamander, bersama-sama Katherine Waterston sebagai Tina Goldstein, Dan Fogler sebagai Jacob Kowalski, Alison Sudol sebagai Queenie Goldstein, Ezra Miller sebagai Credence, Jude Law sebagai Albus Dumbledore, dan Jessica Williams sebagai Profesor Eulalie Hicks.
Filem ini kini sedang menjalani penggambaran di United Kingdom dan dijadualkan akan ditayangkan pada musim panas tahun 2022.
Kalau korang perasan sebelum ni Plus Malaysia Berhad (PLUS) pernah menyediakan kemudahan hotel di R&R tetapi disebabkan tidak mendapat sambutan, hotel tersebut telah pun ditutup.
Namun begitu, kini pihak PLUS sekali lagi bercadang untuk membina kapsul tidur bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan berehat dan melepaskan penat. Sesuai sangatlah kalau tiba musim perayaan, mesti jalan penuh sesak yang bakal membuatkan kita letih serta mengantuk.
“Dahulu PLUS pernah membuka hotel di sepanjang lebuh raya tetapi terpaksa menutupnya kerana tidak mendapat sambutan dan kita dapati pemandu mahukan tempat tidur hanya untuk ‘quick nap’ dan tidak memerlukan hotel seharian,” jelas Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.
Kami sangat bersetuju dengan inisiatif yang ingin dibuat kerana dengan menyediakan kapsul seperti ini mungkin juga memudahkan untuk mereka yang bergerak seorang. Harganya tentu sekali jauh lebih mudah dan berpatutan.
Walau bagaimanapun, perkongsian yang telah di buat oleh Amirul Ahmad di page Backpackers Buddies Malaysia (BBM) mendapat perhatian netizen dan mereka menyarankan sekiranya projek ini benar-benar terjadi, harga kapsul yang ditawarkan biarlah yang berpatutan.
Ubah dulu mentaliti
Semoga inisiatif ini memberi manfaat kepada seluruh pengguna jalan raya PLUS. Setiap kemudahan yang diberikan haruslah diguna dengan sebaik mungkin. Apa-apa pun pilihan tetap di tangan korang.