Kelantan menjadi negeri tebaru dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini. Menurut Dato’ Seri Ismail Sabri selaku Menteri Kanan (Pertahanan), perintah ini dilaksanakan berikutan jumlah kes terbaharu Covid-19 yang semakin meninggi di negeri itu.
Negeri Che Siti Wan Kembang ini akan melalui fasa PKP selama dua minggu bermula 16 Januari sehingga 29 Januari 2021. Dalam perkembangan lain menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, bagi melaksanakan perintah berkenaan, sebanyak 19 sekatan jalan raya akan dilakukan di 10 sempadan antara jajahan negeri.
Ads
Rakyat perlu mematuhi PKP agar kes berjaya diturunkan. Sumber gambar: bebasnews
Bagi peniaga yang perlu merentas daerah borang kebenaran perlu diperolehi dari balai polis berdekatan dan surat tersebut tidak perlu diperbaharui setiap hari. Ini merupakan pembaharuan yang dilakukan bagi memudahkan masyarakat bergerak dan pada masa yang sama sektor ekonomi masih boleh berjalan seperti biasa.
Ads
Setakat 12 tengahhari kelmarin, Kelantan mencatatkan sebanyak 1,728 kes positif setakat ini dan terdapat 79 kes baharu dilaporkan.
Jika pelajar lain menikmati alam persekolahan dengan seribu cerita, berlainan dengan ujian diberi Allah buat dua hambanya, Iskandar Izani dan Ainun Masturah keduanya berusia 16 tahun. Dalam tempoh dua hari, kedua remaja ini dijemput Illahi akibat kanser.
Iskandar pelajar cemerlang yang mendapat 7 A dalam PT3 tahun lalu merupakan pelajar tingkatan 4 di SMK Alor Akar dan tinggal di Asrama Semai Bakti Kuantan di bawah Felda disahkan meninggal pagi tadi akibat kanser otak yang didiagnos April lalu.
Manakala Ainun Masturah dari Balok Fajar, Kuantan pula didiagnos kanser tulang sejak 2016 menemui Illahi Jumaat lalu pada 12 Julai lalu, jam enam petang dan jenazahnya sudah selamat dikebumikan pada pagi Sabtu di kampung halamannya sekaligus meninggalkan segera derita yang dialami selama ini.
Arwah Iskandar, pelajar bijak yang mendapat 7 A dalam PT3 tahun lalu dan disahkan mengidap kanser otak meninggal dunia pagi tadi selepas tiga bulan bertarung nyawa sejak didiagnos mengidap kanser otak.Ainun Masturah meninggal Jumaat lalu selepas disahkan mengidap kanser tulang pada usia cukup muda, 16 tahun.
Dalam catatan perkongsian dari Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser, Wan Shahriza turut berkongsi momen sedih ini di atas pemergian pelajar bijak ini. Malah katanya lagi segala sumbangan orang ramai bagi membantu membeli mesin untuk arwah Ainun sudah dikembalikan oleh keluarganya untuk kegunaan mereka yang derita kanser.
Namun catatan rakan-rakan arwah Iskandar yang sudah pun menyiapkan hadiah untuk arwah agar cepat sembuh dan kembali sihat nyata tidak kesampaian apabila arwah Iskandar terlebih dahulu pergi buat selama-lamanya sekaligus mengundang kesedihan yang bukan sedikit buat rakan-rakannya.
Rakan-rakan Iskandar sudah menyediakan kad ucapan Get Well soon Iskandar namun catatan ini tidak sempat dibaca arwah yang sudah meninggal pagi tadi.Penyakitnya arwah Iskandar dapat dikesan April lalu dan ternyata Allah sangat sayangkannya
Ternyata, kanser yang amat ditakuti ini sudah meragut sekian banyak nyawa dan semoga roh mereka yang sudah menemui sang pencipta diletakkan bersama di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Bacalah juga catatan peribadi Wan Shahriza di fb PERSONA untuk tatapan kita bersama.
Inalillahiwainailahirojiun.
DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali.
Ainun Masturah, telah selamat pulang ke rahmatullah sekitar jam 6 petang tadi, tidak sampai dua jam setelah dibawa pulang dari hospital.
Malam semalam, dia sempat berbisik pada ibunya,
“Ainun minta maaf, ibu. Cakap dgn abah, Ainun minta maaf.. Ainun dah tak larat..”
Saya sendiri tadi, selepas diberitahu oleh ibu Ainun, Normala, yang mereka akan membawa Ainun pulang dari hospital, sempat terlelap di atas sofa depan kaca TV.
Semoga syurga tempatmu. A Fatihah untuk arwah adik AinunRehatlah dik, Allah sangat sayangkanmu. Kesukaran bernafas antara masalah dialami oleh pesakit kanser
Dan bermimpikan Ainun.. Dalam.mimpi beberapa.minit itu, dia tidak memakaipun tiub oksigen seperti di hospital. Dia sedang duduk dan sedang mencari2 sesuatu di antara barang2 dari hospital yang berselerak di hadapannya.
“Eh, Ainun tak payah pakai tiub oksigen pun.”. Komen saya. Teringat yg Ainun sebelum ni akan tercungap2 tanpa bantuan oksigen.
“Aah tak payah. Cuma mesin oksigen kena standby jugak..”. Kata ibunya.
Sesungguhnya memang berhari2 kami cuba mencarikan mesin oksigen yg sesuai untuk Ainun kerana hospital tidak mengizinkan discaj tanpa mesin oksigen yg berfungsi baik. Hanya pagi tadi, ibunya memberitahu saya, yg Ainun sudah boleh menggunakan mesin oksigen yg kami beli tanpa menyebabkan bacaan oksigen menurun, seperti sebelum ini.
Itulah wajah Ainun yang terakhir yang saya lihat. Dalam.mimpi yg masih baharu. Seolah olah dia datang memohon permisi.
Sewaktu menziarahinya tadi, saya tidak membuka kain yg menutupi wajahnya. Takut saya tewas mengawal perasaan.
Al Fatihah Ainun Masturah. Semoga tenang dan damai selalu dalam istirahat yg abadi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas isu Neelofa hangat diperkatakan ekoran majlis pelancaran tudung Be Lofa dalam kelab malam Zouk, dunia hiburan digegarkan dengan isu Izreen Azminda iaitu isteri kedua kepada pemuzik Ude.
Dalam laporan kebanyakan akhbar, Ude Wahid memaklumkan, dia sudah tiada hati kepada isteri pertamanya, Intan Liana dan sudah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya itu semalam di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur.
Isu lancar tudung di kelab malam dapat perhatian masyarakat
Isu pasangan ini bercerai mendatangkan komen pelbagai mengenainya hari ini
Sebelum isu keduanya itu, dunia hiburan tak kalah dengan isu dadah Datuk Farid Kamil, isu putus tunang Elfira Loy dan Sufian Suhaimi dan banyak lagi kisah-kisah menarik artis yang sering mendapat perhatian masyarakat.
Di sebalik komen-komen padu ini, ternyata dunia hiburan menjadi “medan percuma” paling senang menerima cemuhan dan kecaman dari masyarakat. Tak percaya, apa saja isu mengenai artis, pasti akan mendapat tempat di hati masyarakat.
Di sebalik isu artis, ada 10 kerjaya paling stres. Laporan sebuah akhbar tahun lalu menyenaraikan 10 kerjaya paling stres di negara ini.
Baca di bawah:
Kerjaya No 1 : Anggota tentera. Tahap stres : 72.74.
No 2 : Anggota Bomba, Tahap Stres :72.68
No 3 : Juruterbang, Tahap stres : 60.54
No 4 :Pegawai Polis, Tahap stres : 51.68
No 5 ;Penyelaras acara. Tahap stres : 51.12
No 6 : Wartawan akhbar. Tahap stres :49.90
No 7 : Eksekutif Korporat, Tahap stres :48.56
No 8 :Eksekutif Perhubungan Awam (PR), Tahap stres :48.50
No 9 ; Pemandu Teksi, Tahap Stres :48.18
No 10 :Penyiar, Tahap stres :47.93
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini keputusan untuk menamatkan perkidmatan feri dari bahagian pulau dan Seberang Perai telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bermula 1 Januari 2021. Lalu, perkhidmatan feri tersebut dikatakan bakal diganti dengan bot penumpang laju.
Namun hari ini, syarikat pengusaha feri di Pulau Pinang iaitu Penang Port Sdn Bhd (PPSB) mengumumkan bahawa operasi syarikat tersebut akan diteruskan.
Keputusan ini dibuat selepas perbincangan bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Justeru kini, feri sedia ada diputuskan bakal meneruskan perkhidmatan TETAPI hanya untuk penumpang berbasikal dan bermotosikal. Bagi penumpang kenderaan empat roda pula, mereka perlu menggunakan laluan Jambatan Pulau Pinang.
Demi ‘meraikan’ berita gembira ini, mereka kini bakal menawarkan tambang percuma kepada penumpang pejalan kaki (pedestrian) yang menaiki feri selama dua minggu berturut-turut bermu;a 1 Januari sehingga 14 Januari 2020.
Sumber Foto: Awani
Walaupun gembira dengan keputusan ini, nampak ramai warganet yang sedikit gusar dengan jumlah penumpang sepanjang tempoh itu. Tambahan pula ia jatuh pada tarikh cuti sekolah, tidak mustahil ramai yang ingin mengambil kesempatan di atas promosi percuma ini untuk melancong ke Pulau Pinang.
@halijahyahaya umpamanya meminta agar orang ramai tidak berpakat menyerbu dalam tempoh itu semata-mata ingin merebut ‘barang percuma.’ Lagi pula, harga tiket feri tidaklah mahal mana.
Betul juga tu guys.
Walaupun kita mudah tertarik dengan perkataan percuma itu, namun jikalau boleh, periksalah dahulu keadaan semasa di jeti dan feri menerusi media sosial. Jika sememangnya betul ramai orang, usahlah kita risikokan keselamatan dan kesihatan diri sendiri dalam musim pandemik ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!