
Penembak berpengalaman negara, Alia Sazana Azahari baru -baru ini bukan sahaja membidik emas malah memecahkan rekod Asia dalam acara 25 meter (m) pistol wanita pada Kejohanan Rifle/Pistol Piala Asia 2025 di Bangkok, Thailand pada Ahad.
Menerusi pusingan final di Lapang Sasar Menembak SAT, Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, sekaligus memadam rekod Asia iaitu 41 hit yang dicipta oleh penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada Kejohanan Menembak Asia 2024 di Jakarta.

Pingat perak menjadi milik penembak Korea Selatan, Lee Siyoon dengan catatan 32 hit manakala Teh Xiu Yi dari Singapura menamatkan podium selepas mencatatkan 28 hit untuk memenangi pingat gangsa.

Difahamkan, Ini adalah emas kedua Malaysia dalam kejohanan itu selepas Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin mendominasi acara 10m air pistol wanita dengan 239.3 mata, pada Khamis lepas.
Kejohanan yang bermula pada 9 Februari lalu akan berlangsung sehingga 22 Februari ini.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
London Terima Budaya Islam, Haliza Hashim Doyle Kongsi Rakyat Malaysia Di UK Sambut Malam 10 Likur Bersama

Memasuki satu dekad penganjuran program ‘Ramadan Festival 2023’ di bumi Inggeris pada tahun ini, ternyata umat Islam yang menetap di sana dapat merasai kemeriahan bulan Ramadan pada tahun ini.
Jika terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai kemeriahan dekorasi lampu yang menerangi laluan utama membeli-belah di Piccadilly Circus.
ARTIKEL BERKAITAN: Kota London Dilimpahi Lampu-Lampu Indah Persis Di ‘Mall’ Malaysia, Julung Kali Sambut Ramadan Secara Terbuka – REMAJA
Bersempena malam 10 Likur, festival tersebut sedang hangat menganjurkan program Open Iftar di 10 bandaraya UK termasuklah di Battersea Power Station di London.

Jika dahulunya, sambutan berbuka puasa secara terbuka seperti ini bukanlah sesuatu yang biasa dilakukan di sana memandangkan masyarakat Muslim UK terdiri daripada grup minoriti.
Begitupun, tahun demi tahun, UK kian mengamalkan keterbukaan dari segi kepelbagaian kaum serta kepercayaan menerusi aktiviti percuma dan terbuka kepada semua seperti Open Iftar ini.
ARTIKEL BERKAITAN: IKONIK! Jalur Gemilang Kembali Berkibar Di Battersea Power Station UK – REMAJA
Bertempat di Battersea Power Station semalam yang merupakan lokasi bersejarah buat Malaysia, personaliti berita di sana, Haliza Hashim Doyle telahpun berkongsi beberapa momen menarik sewaktu dirinya menghadiri acara Open Iftar di sana.



Menurutnya, mereka telah menjadi saksi kepada laungan Azan pertama yang pernah berkumandang dan terlibat dalam solat Maghrib secara berjemaah yang dilangsungkan untuk julung kalinya oleh Open Iftar di tapak tersebut.
“Amat-amat bersyukur dapat menyaksikan momen istimewa ini. Sukar untuk saya tidak merasa beremosi apabila mendengar Azan di persekitaran yang indah bersebelahan dengan stesen janakuasa ikonik ini,” luah Haliza sambil menggunakan tanda pagar #PartofHistory.

Turut tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menikmati momen Open Iftar itu ialah rakyat Malaysia lain yang kini telah bermastautin di UK.
BACA LAGI: Lagu Wau Bulan Berkumandang Dengan Bangganya Di Stesen Janakuasa Battersea UK – REMAJA
MasyaAllah. Diharap keharmonian persekitaran masyarakat majmuk di UK ini dapat berkekalan sehingga bila-bila.
FOTO: Instagram Haliza Hashim Doyle
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menteri Besar Negeri Sembilan Pun Pandu Lalu Di A&W Seremban

Jika di Lembah Klang, penduduknya sudah terbiasa dengan operasi pandu lalu di restroan A&W bagi layanan yang lebih mudah, pantas dan on-the-go.
Tapi buat penduduk di negeri lain, kemudahan itu kadangkala tidak ada di kawasan mereka dan segala tempahan makanan terpaksa dilakukan di kaunter. Semua itu ingin diubah secara perlahan-lahan oleh francais restoran A&W.
Baru-baru ini, ia telah meraikan pembukaan Pandu Lalu A&W di cawangan Seremban yang diberikan nafas baharu demi keselesaan penduduk Seremban.

Pembukaan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun itu dirai secara meriah memandangkan cawangan itu telahpun wujud di sana sejak tahun 1978 lagi. Dengan pembaharuan dan penggunaan konsep retro ini, ia membuatkan pengunjung lebih berselera ketika berada di sana.
Cawangan yang berhadapan dengan Tasik Seremban ini juga dijangka akan menarik ramai remaja di kawasan itu untuk mengabadikan foto serta video di hadapannya. *Hhm lagu retro apa agakanya yang bersesuaian dengan content korang nanti ya?*
Tambah menarik adalah apabila A&W Seremban juga mengumumkan bahawa mereka kini menawarkan jenama kopi terkenal, Jamaica Blue di cawangan tersebut. Sekaligus, ia menjadi cawangan pertama A&W tempatan yang digabungkan dengan jenama Jamaica Blue.


Pengunjung Pandu Lalu di sini akan ditawarkan pelbagai seleksi Kopi Jamaica Blue oleh pasukan barista A&W. Kata Menteri Besarnya, pengenalan konsep baharu ini pastinya akan menambah daya tarik Seremban sebagai bandaraya peneraju di Malaysia yang menjadi pilihan pelbagai lagi syarikat untuk mencetuskan idea baharu pada masa akan datang.
“Seremban sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanannya.
“Saya tahu ramai yang sanggup balik hari untuk datang ke sini dari seluruh pelusuk negeri hanya untuk menikmati keenakan makanan di sini. Kini A&W menambah lagi kepada kepelbagaian makanan yang ditawarkan dengan menu lagenda mereka.
“Saya ingin menyeru organisasi dan perniagaan-perniagaan lain di Seremban dan Negeri Sembilan – terutama premis makanan dan minuman untuk menggunakan strategi keusahawanan yang inovatif dan kreatif bagi menjadikan bandar dan daerah ini sebagai syurga makanan yang terkenal,” katanya sewaktu pelancaran tersebut.

Pembukaan Pandu-Lalu A&W Seremban yang dihidupkan semula ini hanyalah permulaan sebelum francais itu memperkenalkan lebih banyak idea baharu di cawangan lain. Dengar cerita, A&W mensasarkan pembukaan lebih 150 cawangan di seluruh Malaysia menjelang 2025!
Tahniah A&W dan all the best dengan misinya itu.
Foto : Ihsan A&W Malaysia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Skuad Remaja Negara Raih Dua Kejuaraan Kejohanan Badminton Antarabangsa 2025 Di Kangar

Baru-baru ini, jaguh badminton remaja negara berjaya menutup tirai Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia 2025 dengan membawa pulang dua kejuaraan pada aksi final yang berlangsung di Dewan Wawasan, Kangar, Perlis.
Menurut Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan, kejayaan pertama negara hadir menerusi beregu campuran Loh Ziheng dan Noraqilah Maisarah Ramdan, sebelum pasangan beregu wanita, Low Zi Yu dan Dania Sofea Zaidi menambah satu lagi gelaran buat skuad muda negara.
Dalam pada itu, menerusi aksi final beregu campuran sesama wakil negara, pasangan pilihan kedua Ziheng-Noraqilah Maisarah mempamerkan permainan matang dan tenang biarpun tewas set pertama 20-22 kepada gandingan Datu Anif Isaac Datu Asrah-Dania Sofea.

Walaupun begitu, mereka bangkit dengan aksi bertenaga untuk memenangi dua set berikutnya 21-15, 21-12 sekaligus menamatkan perlawanan yang berlangsung selama 54 minit dengan kemenangan.
Tak cukup dengan itu, Dania Sofea kembali ke gelanggang dalam aksi final beregu wanita bersama rakan gandingannya, Low Zi Yu dan mereka membuktikan keampuhan apabila menumpaskan beregu adik-beradik dari Thailand, Khanaphon dan Thanaphon Deearom, straight set 21-11, 21-19.
Namun, hajat Ziheng untuk menggondol gelaran kedua tidak kesampaian apabila beliau bergandingan bersama Tan Zhi Yang dalam final beregu lelaki tetapi tewas tipis di tangan wakil Indonesia, Alexius Ongkytama Subagio-Aquino Evano Keneddy Tangka dengan keputusan 21-18, 19-21, 20-22.

Sementara itu, acara perseorangan lelaki menyaksikan pemain pilihan utama dari Hong Kong, Lam Ka To tampil dominan apabila menewaskan pemain Indonesia, Radithya Bayu Wardhana 21-8, 21-9 dalam masa yang singkat.
Acara perseorangan wanita pula memperlihatkan pertarungan sengit tiga set antara pilihan utama Thailand, Tonrug Saeheng yang akhirnya berjaya menewaskan cabaran luar jangka dari pemain bukan pilihan Hong Kong, Ip Sum Yau, dengan skor 21-18, 15-21, 21-17.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

