Alhamdulillah. Allah, maha pengasih lagi maha mendengar doa hamba-hambanya.
Jika sebelum ini umat Islam tidak dapat solat jemaah secara rapat atau merapatkan saf di masjid. Walau bagaimanapun kita terpaksa akur dengan keadaan ini demi memutuskan rantaian wabak COVID-19 agar keselamatan diri masing-masing dapat dijaga.
Terkini, satu laporan memaklumkan mulai esok, Perlis membenarkan jemaah merapatkan saf ketika solat di semua masjid di negeri ini.
Ads
Bagaimanapun, kebenaran itu hanya diberikan kepada jemaah yang hadir bersama keluarga tinggal sebumbung untuk merapatkan saf sesama mereka, manakala jemaah lain masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Perkara ini juga turut dikongsikan oleh Mufti Perlis, Professor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melalui laman facebook miliknya.
Ads
Hal ini selepas Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ketetapan itu telah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah melihat kepada keperluan sedia ada dan tahap ketaatan serta kepatuhan tinggi seluruh rakyat terhadap SOP ditetapkan kerajaan.
Rata-rata warganet meluahkan rasa syukur terutamanya rakyat negeri Perlis atas perkhabaran ini.
Ads
Harapnya bulan Ramadan tahun ini dapat la kita ramai-ramai memeriahkan masjid dan surau diseluruh negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam situasi pandemik seperti sekarang ini, ramai yang terjejas kerana mungkin ada yang telah diberhentikan kerja atau terpaksa dipotong gaji. Hal ini sesuatu yang amat memeritkan lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak.
Jika sebelum ini kita pernah mendengar tentang si ibu atau bapa yang tidak mampu membelikan kek di hari lahir anak mereka, situasi ini sebenarnya memang benar-benar berlaku dalam masyarakat kita.
Bagi pemilik kedai kek yang dikenali sebagai Bakeries Baker, mereka turut berkongsi kisah benar yang berlaku apabila pelanggannya hanya mampu membayar RM5.30 untuk sebiji kek.
Jom kita baca perbualan yang telah dikongsi oleh kedai kek ini.
Customer: Salam sis, saya nak tanya, ada tak kek yang paling murah untuk birthday?
Saya: Kek yang paling murah RM30 sis. Boleh makan 4-6 orang.
Customer: Ouhh, kalau cupcake berapa ya? Saya nak 1 saja sebab anak saya ni nak sangat makan kek sis. Tapi maklum lah, waktu sekarang ni duit sentiasa tak cukup.🤭🤭 Suamipula baru lepas kena buang kerja. Yang anak saya ni pulak asyik sebut kek je. Nak beli bahan semua mahal-mahal. Boleh ke buatkan saya 1 je cupcake. Untuk anak 😅
Saya: Dalam rumah ade berapa org sis?
Customer: Ade 4 orang je.
Saya: Ok sis, saya buatkan kek birthday ya.. Cukup kalau nak makan 1 family tu. Kalau tak habis, boleh simpan. Nanti anak-anak boleh makan lagi.
Kek dah siap, customer tanya, berapa harga sis, dan saya kata, bagi je berapa yang mampu bayar. Customer pun bagi rm5.30 + RM5 duit runner. Dari situlah terciptanya kek rm5.30.. 😍😍 Harga asalnya RM30.
Disebabkan oleh situasi ini, pemilik kedai kek tersebut terfikir untuk memberikan kek yang berharga RM30 dengan harga hanya RM5.30 bagi pelanggan yang tidak berkemampuan.
Jadi sekiranya korang tidak berkemampuan untuk meraikan sambutan hari lahir anak-anak atau keluarga, bolehlah hubungi kedai kek berkenaan okay? Tapi jangan pula korang menipu cakap tak mampu kalau diri tu mampu. Ingat, tak baik menipu tau. Hiks!
Semoga pemilik kedai kek itu juga dimurahkan rezekinya kerana memberi individu yang tidak berkemampuan merasa untuk meraikan hari lahir.
Saban tahun, para wanita diseluruh dunia pastinya akan mengintai ruang dan peluang bagi mereka melebarkan sayap dan ‘terbang’ ke peringkat yang lebih tinggi.
Jika sebelum ini, wanita cantik menempah kejayaan di lapangan yang lasak dan diberi tanggungjawab mengemudi pemanduan tinggi di awangan!
Terkini, wanita sekali lagi ‘master’ dalam salah satu dunia yang dimanopoli kaum lelaki iaitu bidang automotif.
Ini kisah mengenai seorang wanita kelahiran Australia yang dikenali sebagai Alex Hirschi. Hirschi sebelum itu telah mencuba pelbagai pekerjaan, namun semuanya tidak memuaskan. Pun begitu, empunya diri yang mendapat gelaran Supercar Blondie enggan berputus asa.
Minat Terhadap Kereta
Minatnya terhadap kereta membuatkan beliau menyewa sebuah Bugatti dan memuat naik ulasan berkenaan kereta tersebut menerusi laman sosial. Siapa sangka, video tersebut meraih perhatian ramai. Rata-ratanya melahirkan rasa kagum dan memuji kreativitinya.
Hari ini Hirschi menjadi satu-satunya wanita yang dicari oleh pengeluar kereta mewah seperti Bugatti dan Ferarri bagi mempromosikan model terbaharu syarikat mereka.
Kritikan Kerana Seorang Wanita
Ketika mengisahkan bagaimana permulaan beliau berjinak-jinak dalam bidang automotif, wanita berkenaan berkata, pada mulanya beliau terpaksa mengeluarkan wang sendiri.
Beliau juga tidak lari daripada kritikan dan statusnya sebagai seorang wanita membuatkan banyak syarikat kereta menolak cadangan bekerjasama dengannya.
Pun demikian, isteri kepada jurufoto dan mantan pegawai bank itu terus mengorak langkah. Beliau antara lain menghasilkan satu video seminggu dan ia dilakukan selama 52 minggu berturut-turut.
Hasil usahanya, Hirschi yang pernah bekerja sebagai penyampai radio dan pengacara untuk Dubai Eye 103.8 mempunyai 6.5 juta pelanggan YouTube manakala pengikut Facebooknya mencecah 39 juta.
Menurut beberapa media antarabangsa, beliau merupakan salah seorang pengulas kereta wanita paling popular di dunia dan telah memandu lebih 500 supercar.
Dalam pada itu, menurut South China Morning Post, berdasarkan tinjauan pada tahun 2020, laman web perbandingan perkhidmatan kewangan British GoCompare, Hirschi dianggarkan mampu memperoleh AS$1.4 juta setahun daripada siaran media sosial yang mendapat tajaan.
Sehingga tahun 2021, nilai bersih Supercar Blondie miliknya dianggarkan berjumlah AS$17 juta. Tahun lalu, Hirschi memberitahu majalah GQ Britain bahawa dirinya amat menyukai kereta elektrik.
Semangat yang ditunjukkan wanita ini perlu dijadikan contoh. Pedulikan kata-kata orang lain dan terus maju ke hadapan. Hebatkan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Kebaikan seseorang itu tetap akan disebut dan menjadi kenangan biarpun dia sudah meninggal dunia.
Khabar mengenai seorang usahawan muda, Mohd Kosim atau popular dikenali sebagai Adam Burger Boy telah dilaporkan meninggal dunia baru-baru ini. Berita sedih itu telah disampaikan sendiri oleh sahabatnya Muhammad Jeffrey menerusi satu hantaran di dalam grup Facebook Warga Kota Damansara.
“Dengan dukacitanya saya ingin maklumkan bahawa sahabat seperjuangan saya, Mohd Kosim atau Adam Burger Boy telah kembali ke rahmatullah. Saya memohon kepada semua sahabat-sahabat untuk sedekahkan Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, Amin,” ujarnya.
Jenama Burger Boy bukanlah asing bagi kalangan penduduk di kawasan Kota Damansara. Gerai burgernya sangat popular dek keramahan yang ditampilkan dan juga pelbagai menu sedap yang disediakan. Tambahan pula, allahyarham Adam sangat suka membantu peniaga kecil yang lain.
Memetik salah satu komen yang ditinggalkan oleh seorang pengguna Facebook, “Orang yang banyak menaikkan semangat dan membantu peniaga-peniaga kecil dan online di Kota Damansara. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman.”
Allahyarham Adam juga seorang yang sangat pemurah, sewaktu rakyat Malaysia dilanda pandemik Covid-19 dan terkesan dek PKP, ramai yang kehilangan kerja dan kehilangan mata pencarian. Mengambil inisiatif untuk membantu mereka yang kesusahan, dia menawarkan burger percuma kepada mereka yang memerlukan.
Ujarnya di laman Facebook, “Kepada mereka yang tidak mempunyai wang untuk membeli makanan ketika PKP, sila datang ke gerai Burger Boy dan makan sehingga anda kenyang. Datang dan beritahu kami apa yang anda perlukan.”
Kehilangan insan ini pasti dirasai bagi mereka yang gemar membeli burger di gerainya. Menurut maklumat di laman Facebooknya, Allahyarham Adam berasal dari Pasir Puteh, Kelantan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!