Pelakon dan penyanyi terkenal, Diana Rafar baru-baru meraih perhatian di media sosial apabila diberi penghormatan bagi memimpin bacaan syahadah dalam menyempurnakan pengislaman saudara baharu.
Menerusi perkongsian video di akaun Instagram miliknya, Diana atau nama sebenarnya Adiana binti Abdul Rafar (42) yang memakai persalinan hitam dilihat sebak membimbing bacaan dua kalimah syahadah dua orang wanita sambil jari telunjuk ditunjuk ke atas.
Wanita yang mengenakan selendang putih dan seorang lagi memakai selendang hijau itu mengikut setiap kalimat diucapkan pelakon tersebut sehingga selesai.
Kredit: Diana Rafar
Diana menerusi video yang sama meluahkan rasa syukur dengan kehadiran baru saudara-saudara Islam.
Ads
“Alhamdulillah, keluarga baru kita (umat Islam). Terima kasih wahai Rabbku memberi peluang dengan rezeki ini. Jom doakan Mariam agar tetap iman dan Islam dihatinya,” katanya.
“MashaAllah Jumaat yang berkat Allah hadirkan seorang bidadari ke rumah yang ingin memeluk Islam. SubhanaAllah Allahuakbar, doakan sahabat Islam baru kita istiqomah terus ke syurga Allah. Amin” kongsinya menerusi sebuah lagi video yang dikongsikan.
Ads
Kredit: Diana Rafar
Isteri kesayangan kepada pelakon, Zamarul Hisham itu yang dilihat mengalirkan air mata tidak ketinggalan memberikan nasihat dan pesanan kepada wanita berkenaan.
Ads
Dalam pada itu, ini bukanlah kali pertama beliau membantu pengislaman saudara baharu. Pelakon filem Susuk itu difahamkan telah membantu dua orang wanita memeluk Islam pada Julai 2022 dan Disember 2023.
Sumber: Sinar Plus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik untuk korang yang dah rindu nak pergi travel, AirAsia telah melancarkan Pas Tanpa Had baharu bagi menyokong pelancongan domestik di Malaysia.
Pas Tanpa Had AirAsia Cuti Malaysia ditawarkan dengan harga RM399 bagi semua ahli AirAsia BIG atau menerusi aplikasi mudah alih AirAsia (di bawah pautan Deals) dari 11 Jun 2020 sehingga 13 Jun 2020. Sekiranya korang membuat pembelian sekarang, korang boleh memulakan perjalanan pada bila-bila masa bermula 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara membeli dan merancang perjalanan dengan pas tanpa had ini, korang boleh rujuk kepada laman web AirAsia.
Penerbangan yang ditebus dengan Pas Tanpa Had tertakluk kepada cukai dan yuran kerajaan, perkhidmatan tambahan dan caj-caj lain yang berkenaan. Tempahan penerbangan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum waktu perlepasan, serta terdapat tempoh embargo dan terma dan syarat lain yang dikenakan.
Selamat bercuti!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain daripada drama bersiri, Korea juga terkenal dengan penghasilan filem-filem terbaik yang juga mendapat tempat di hati peminat Malaysia.
Kali ini, kami ingin senaraikan beberapa filem romantik Korea yang sweet untuk korang tonton. Hiks!
1. My Sassy Girl
Tidak pernah terfikir sekalipun oleh Gyeon woo (Cha Tae-hyun) seorang pelajar jurusan jurutera, bahawa hidupnya akan berubah setelah dia menolong seorang gadis yang sedang mabuk di stesyen kereta api. Gadis itu muntah di dalam kereta api, dan ramai menyangka Gyeon Woo teman lelaki gadis itu dan diharuskan bertanggungjawab. Kerana gadis itu, Gyeon Woo mengalami banyak masalah.
2. Pained
Mengisahkan kisah cinta antara seorang lelaki yang mempunyai kebolehan tidak dapat merasakan kesakitan dan seorang wanita yang sensitif terhadap sakit akibat hemofilia.
3. Pure Love
Pada rancangan radio secara langsung, ada surat dari 23 tahun pada masa lalu. Melalui surat itu, cinta pertama dan persahabatan di antara 5 sahabat didedahkan.
4. Love 911
Mengisahkan bomba yang kehilangan isterinya, & seorang doktor, yang tidak membuka fikirannya kepada orang lain, bertemu. Melalui satu sama lain mereka dapat menyembuhkan bekas luka yang mereka alami secara dalaman dan perlahan-lahan membuka hati mereka antara satu sama lain.
5. A Moment To Remember
Pertemuan Kim Su Jin (Son Ye Jin) dengan Choi Ceol Su (Jung Woo Sung) membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Sayangnya kisah cinta keduanya tidaklah seindah yang disangka, tidak lama selepas berkahwin, Su Jin menderita penyakit Alzheimer yang serius dan jarang berlaku.
6. Be With You
Soo-ah (Son Ye-jin), sebelum meninggal dunia membuat janji yang luar biasa kepada suaminya, Woo-jin (So Ji-sub), untuk kembali satu tahun kemudian pada hari hujan. Secara ajaib, dia menunaikan janji itu dan muncul semula di hadapan suaminya dan anaknya tetapi semua kenangannya hilang.
7. Closer To Heaven
Mengenai kisah cinta antara Jong-Woo (Kim Myung-Min) dan Ji-Soo (Ha Ji-Won). Walaupun Jong-Woo menderita penyakit saraf motor (Penyakit Lou Gehrig), dia masih positif dan ceria. Ji-Soo bekerja sebagai penyelaras di rumah pengebumian. Dia menangani kematian setiap hari dan tidak berfikir banyak mengenai penyakit Jong-woo. Pasangan itu kemudian jatuh cinta.
8. Daisy
Hye Young (Jeon Ji-hyun) merupakan seorang gadis lembut yang bekerja di kedai antik datoknya di Amsterdam. Tidak hanya itu, dia juga seorang pelukis jalanan yang membuat lukisan potret bagi para pelancong. Kehidupannya tiap-tiap hari sentiasa diselubungi tanda tanya, sebab dia sentiasa menerima kiriman bunga daisy dari pemberi yang tidak diketahui.
9. Don’t Forget Me
Seok-Won (Jung Woo-Sung) kehilangan 10 tahun dari ingatannya setelah kemalangan kereta. Dia sekarang memiliki kesulitan mengenali keluarga, rakan, malahan dirinya sendiri. Untuk beberapa sebab, dia takut untuk mengetahui tentang masa lalunya.
Ketika berkunjung ke hospital untuk mengambil ubat, dia melihat wanita duduk di depannya dan wanita tersebut mulai menangis. Wanita itu adalah Jin-Young (Kim Ha-Neul). Akhirnya, Seok-Won jatuh cinta dengan Jin-Young. Ingatan Seok-Won perlahan-lahan mulai muncul.
10. I Am Happy
Seorang lelaki (Hyun-Bin) menderita penyakit mental selepas menjalani hidup dengan seorang ibu yang menderita nyanyuk dan seorang abang yang kaki judi. Dia kini menerima rawatan, dia jatuh cinta dengan seorang jururawat (Lee Bo-Young) di hospital psikiatri.
Pada usia yang masih sangat muda, Alysa Liu sudah pun mencipta sejarah besar dalam dunia sukan. Atlet figure skating dari Amerika Syarikat itu menjadi perhatian dunia selepas memenangi dua pingat emas di Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano-Cortina 2026, sekali gus melonjakkan namanya sebagai ikon baharu generasi muda.
Bagi ramai pemerhati sukan, kemenangan tersebut bukan sekadar kejayaan biasa. Ia menandakan kemunculan seorang bintang baharu yang membawa identiti generasi muda dalam dunia sukan elit.
Namun apa yang menjadikan Alysa Liu begitu istimewa bukan hanya pencapaiannya di atas ais. Personaliti santai, gaya hidup yang jujur serta sikapnya yang tidak terlalu terikat dengan tekanan kejayaan menjadikannya figura yang sangat dekat dengan generasi Gen Z.
Kejayaan Besar Alysa Liu di Olimpik 2026
Di Olimpik Milano-Cortina 2026, Alysa Liu memenangi emas dalam acara women’s singles dan turut membantu pasukan Amerika Syarikat meraih emas dalam acara berpasukan.
Kemenangan tersebut menjadikannya atlet wanita Amerika pertama menjuarai acara individu figure skating Olimpik dalam tempoh lebih dua dekad. Kejayaan itu sekaligus meletakkan namanya antara atlet muda paling berjaya dalam sejarah sukan tersebut.
Walaupun berada di puncak kejayaan, Alysa Liu tetap mengekalkan sikap yang cukup sederhana. Selepas Olimpik berakhir, dia tidak terus menjalani jadual promosi atau jelajah media yang padat seperti kebiasaan atlet terkenal.
Sebaliknya, dia memilih pulang ke San Francisco Bay Area untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Bagi dirinya, kehidupan di luar sukan tetap penting walaupun statusnya kini sebagai juara Olimpik.
Dia juga sempat menikmati makanan kegemarannya serta berkongsi kenangan Olimpik bersama rakan-rakan yang ingin melihat pingat dan cenderamata yang dibawanya pulang dari Itali.
Personaliti Santai Yang Dekat Dengan Gen Z
Dalam satu temubual bersama majalah Teen Vogue, Alysa Liu secara terbuka mengakui bahawa dia lebih suka menghabiskan masa bersama rakan-rakan berbanding menjalani sesi latihan tambahan jika terpaksa memilih antara kedua-duanya.
Di media sosial, frasa “Alysa Liu mindset” kini menjadi trend. Ia merujuk kepada cara fikir yang menekankan keseimbangan antara kejayaan, kebahagiaan dan kehidupan peribadi.
Sebelum Olimpik Milano-Cortina 2026, akaun Instagramnya hanya mempunyai sekitar 200,000 pengikut. Namun selepas kejayaannya di Itali, jumlah itu meningkat secara mendadak kepada lebih 7 juta pengikut dalam masa hanya dua minggu.
Perjalanan Awal Alysa Liu Dalam Dunia Figure Skating
Perjalanan Alysa Liu dalam dunia figure skating sebenarnya sudah bermula sejak kecil. Dilahirkan di California pada tahun 2005 dalam keluarga imigran dari China, dia mula mencuri perhatian apabila menjadi juara kebangsaan Amerika Syarikat pada usia 13 tahun.
Kemenangan itu mencatatkan rekod sebagai juara termuda dalam sejarah kejohanan tersebut.
Pada usia 16 tahun, dia sudah beraksi di Olimpik Beijing 2022 dan memenangi gangsa di Kejohanan Dunia. Namun tidak lama selepas itu, dia mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan persaraan daripada sukan tersebut.
Keputusan tersebut dibuat kerana Alysa Liu mahu merasai kehidupan remaja yang lebih normal selepas bertahun-tahun berada dalam tekanan latihan dan pertandingan.
Sepanjang tempoh rehat itu, dia menghabiskan masa bermain video game, menonton anime, memberi tumpuan kepada pelajaran serta melakukan aktiviti luar seperti mendaki.
Walaupun pernah bersara, minat terhadap skating tidak pernah benar-benar hilang. Pada tahun 2024, Alysa Liu membuat keputusan untuk kembali ke gelanggang ais kali ini dengan pendekatan yang lebih santai dan berpaksikan minat.
Kembalinya ke arena sukan akhirnya membawa kepada detik paling manis dalam kariernya apabila berjaya meraih dua pingat emas Olimpik.
Selain pencapaiannya dalam sukan, dia juga dikenali dengan gaya peribadi yang unik. Rambut dua tona berwarna “milk tea” yang menjadi identitinya serta smiley face piercing memberi imej yang berbeza daripada kebanyakan atlet figure skating yang biasanya mengekalkan gaya klasik.
Gabungan bakat luar biasa, personaliti yang autentik dan sikap berani menjadi diri sendiri menjadikan Alysa Liu bukan sekadar seorang juara Olimpik.
Pada usia hanya 20 tahun, kisahnya kini menjadi simbol generasi muda yang percaya bahawa kejayaan tidak seharusnya mengorbankan kebahagiaan diri.
Atas sebab itu, ramai melihat Alysa Liu bukan hanya sebagai atlet hebat tetapi juga ikon baharu Gen Z yang memberi inspirasi kepada jutaan anak muda di seluruh dunia.
Sumber : VN Express International
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Good Boys Go To Heaven ialah siri terbaru daripada Astro Originals yang sarat emosi dan misteri, mengangkat kisah kehilangan kanak-kanak, trauma komuniti serta isu kesihatan mental bermula 8 Mei di Astro One dan sooka.