Baru-baru ini, usahawan dan pempengaruh terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian warga internet apabila beliau dikatakan telah berjaya membeli sebuah jet peribadi hasil daripada perniagaan jeruk mangga bersama anak sulung kesayangan, Ammar Ahyan.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Tiktok milik beliau berdurasi selama 45 saat itu, Aliff dilihat teruja bersama isteri dan anak mereka ketika menaiki jet peribadi berwarna hitam yang didakwa milik mereka. 

Dalam pada itu, suasana dalam video tersebut turut menyaksikan Aliff dan Ammar melakukan lawatan ringkas di bahagian dalam jet berkenaan sambil menunjukkan fasiliti mewah yang terdapat dalam pesawat itu.

BACA: “Saya Tak Nak Kahwin Sampai Umur 45 Tahun” –Anak Aliff Syukri Pilih Fokus Belajar Dulu

“Alhamdulilah, Berkat Jual Jeruk Bersama Ammar Ahyan” Datuk Seri Aliff Syukri Kini Berjaya Miliki Jet Peribadi
Kredit foto: Tiktok Aliff Syukri

“Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat papa dan mama. Doakan yang baik-baik untuk kami, amin,” tulisnya.

Ads

“Alhamdulillah, berkat menjual jeruk bersama Ammar Ahyan kita dapat beli sebuah private jet,” luah Aliff penuh rasa syukur dalam video yang sama.

Walaupun begitu, harga sebenar jet peribadi tersebut tidak dapat dipastikan. Namun, menurut hasil carian beberapa pengikut Aliff di ruangan komen mendapati model Cessna 172 itu merupakan antara model jet persendirian paling popular dan dianggarkan mencecah sekitar RM1.6 juta untuk versi baharu.

Ads

BACA: “Berjaya Paw Abah!” – Qadejah El Zahra Berjaya Miliki Jam Tangan Cartier Idaman

BACA: “Terima Kasih Cik B, Bakal Menantu Papa” Gelagat Aliff Syukri Usik Ammar Sekali Lagi Curi Tumpuan Netizen

Ads
“Alhamdulilah, Berkat Jual Jeruk Bersama Ammar Ahyan” Datuk Seri Aliff Syukri Kini Berjaya Miliki Jet Peribadi
Kredit foto: Tiktok Aliff Syukri

Sementara itu, ini bukan kali pertama Datuk Seri Aliff Syukri mencetus kontroversi atau kekeliruan netizen. Terdahulu, beliau pernah menafikan dakwaan bahawa nombor plat Toyota Vellfire miliknya bernilai ratusan ribu ringgit. Katanya, tindakan tersebut bagi mengelakkan dirinya diburu pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Meskipun terdapat segelintir pihak yang skeptikal, gaya hidup mewah Aliff tidak pernah gagal mencetus perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat. Namun bagi beliau, ini semua adalah hasil kerja keras dan pengorbanan sebagai usahawan serta bapa yang ingin memberi inspirasi kepada anak-anaknya.

Walau apa pun, sama ada betul atau tidak pemilikan jet ini, semangat juang dan kreativiti Aliff Syukri dalam menjana pendapatan patut dicontohi. Nah! Kalau jual jeruk pun boleh beli jet, apa alasan kita lagi kan…

@papalarisofficial Alhamdulilah, akhirnya tercapai jugak hasrat papa n mama.. Doakan yang baik2 untuk kami, Amin🙏🏻 #i ♬ Anak kampung – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads