
Anak kepada primadona perfileman Melayu, Erra Fazira, iaitu Engku Aleesya sekali lagi mencuri perhatian apabila pada usia 16 tahun, dia berjaya menerbitkan sebuah buku kanak-kanak berbahasa Inggeris.
Detik membanggakan ini bukan sahaja menonjolkan bakat kreatif remaja tersebut, tetapi turut memperlihatkan perjalanan seorang Aleesya penulis muda yang kini melangkah lebih jauh dalam dunia kreatif. Lebih manis, kejayaan ini menyatukan ibu dan ayahnya, Erra Fazira serta Engku Emran yang tampil bersama meraikan momen istimewa itu.

Aleesya muncul di Instagram ibunya memperkenalkan karya sulungnya bertajuk Little Nina and the Virtues of Fatimah Azahra. Dalam video penuh ceria itu, Aleesya berkongsi isi buku sambil membelek helaian ilustrasi berwarna-warni, menunjukkan keterujaannya menginjak dunia penulisan pada usia muda. Perkongsian tersebut terus mendapat perhatian peminat yang mengikuti perkembangan keluarga selebriti ini dari dulu sehingga kini.
View this post on Instagram
Erra Fazira Luah Rasa Bangga Melihat Bakal Penulis Besar
Bagi Erra, melihat Aleesya semakin yakin dan berani meneroka bakat baharu merupakan satu kebanggaan besar. Dalam titipannya, Erra menyatakan kepercayaan bahawa kejayaan ini hanyalah permulaan buat anaknya, sambil mengajak orang ramai terus menyokong usaha kreatif tersebut. Wajah bangganya jelas menunjukkan betapa beliau memahami usaha dan ketekunan Aleesya sebagai seorang Aleesya penulis muda yang semakin menyerlah.
Engku Emran Kongsi Pesanan Menyentuh Hati Tentang Perjalanan Membesarkan Anak
Lebih menyentuh hati, bekas suaminya, Engku Emran, turut memuat naik kenyataan penuh emosi mengenang perjalanan membesarkan Aleesya sejak berpisah pada 2014. Menurutnya, meskipun mereka melalui fasa sukar, kedua-duanya tetap komited mengetepi perbezaan selama 11 tahun demi memastikan Aleesya membesar dengan penuh kasih sayang, perhatian dan bimbingan.

Luahannya juga membawa pesan kepada pasangan lain untuk mempertahankan perkahwinan sebaik mungkin sebelum memilih jalan berpisah, terutama apabila melibatkan anak. Sikap matang kedua-dua ibu bapa ini menjadi bukti bahawa keharmonian co-parenting memberi kesan besar terhadap perkembangan seorang remaja berbakat seperti Aleesya penulis muda.
Aleesya Bukan Sahaja Berbakat Tetapi Juga Cemerlang Akademik
Bukan sahaja memiliki bakat dalam penulisan, Aleesya juga membuktikan kecemerlangannya dalam akademik. Remaja ini memperoleh keputusan cemerlang dalam IGCSE dengan beberapa gred A+, termasuk First English Language. Kini, beliau bersedia melangkah ke peringkat A-Level, mengukuhkan lagi gelaran beauty with brain yang sering diperkatakan peminat serta warga maya.
Pencapaian ini menunjukkan bahawa perjalanan seorang Aleesya penulis muda tidak terhenti pada satu kejayaan sahaja. Sebaliknya, ia menjadi batu loncatan kepada masa depan yang lebih cerah, baik dalam dunia akademik mahupun penulisan.
Majalah Remaja mengucapkan tahniah kepada Aleesya atas kejayaan besar ini. Semoga langkah pertama ini menjadi permulaan kepada perjalanan kreatif yang lebih luas dan bermakna. Teruskan mencipta, teruskan menginspirasi dan terus mengukuhkan identiti sebagai seorang Aleesya penulis muda yang berbakat!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!














