
Perjalanan seorang anggota bomba berakhir tragedi apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh di kanan jalan di Lebuhraya Utara Selatan di KM 98.7 (menuju ke Utara) berhampiran Plaza Tol Sungai Petani, Kedah.
Dalam kejadian malam tadi sekitar jam 9 malam, allahyarham Mohd Nor Faisal bin Ani, 38 tahun yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Bertam (dari pasukan B) dipercayai mengantuk sehingga motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas sebelum meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Plaza Tol Sungai Petani Utara ke arah Plaza Tol Gurun.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, mangsa dipercayai mengantuk dan hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh ke kanan jalan.
"Akibat kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa berasal dari Perlis dan bekerja di Butterworth.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isteri PM Baru Singapura Dipuji Cantik Macam Pelakon Korea, Bekas Pengurus Bank

Singapura telah melantik Lawrence Wong sebagai perdana menteri baharu. Bukan sahaja Lawrence menjadi perhatian dunia, isterinya turut menjadi perhatian dan dipuji cantik macam pelakon Korea.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Lagi Isu Tertinggal, Lapangan Terbang Changi Singapura Bebas Pasport Mulai 2024!

Ramai yang memujinya malah membandingkan bekas pegawai bank itu dengan aktres Korea.
Isteri PM Baru Singapura Dipuji Cantik Macam Pelakon Korea, Bekas Pengurus Bank!
Loo Tze Zui ialah isteri Lawrence Wong daripada perkahwinan keduanya. Mereka belum dikurniakan anak dan jarang berkongsi detik-detik peribadi di media sosial. Tetapi selepas suaminya dilantik sebagai PM Singapura, penampilan Loo terus tular di media sosial. Netizen kagum dengan gaya dan latar belakang beliau.


Seperti suaminya, Loo Tzu Zui juga berasal dari kalangan elit. Lulusan University of Southern California, beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan dengan jurusan ekonomi.
Biarpun jarang tunjuk kemesraan, Loo Tzu Zui kerap menemani Lawrence Wong dalam pelbagai aktiviti, termasuk perasmian Presiden Tharman Shanmugaratnam, di mana kecantikannya mula menarik perhatian. Loo juga dilaporkan sering menggunting rambut suaminya di rumah.
@mustsharenews With PM Wong officially sworn in, hopefully we’ll get to see more of her at events. #mustsharenews #sgnews #sgfyp #sg #singapore #sgtiktok #tiktoksg #entertainmentnews #pm #primeminister #facts ♬ original sound – MustShareNews
Selain cantik dan bijak, isteri PM Singapura itu turut menjadi tumpuan kerana banyak menyertai acara amal. Wanita ini, yang pernah menjadi pelabur swasta individu, sering menyumbang kepada pelbagai organisasi, termasuk muzium. Tahun ini, Loo Tzu Zui dianugerahkan sebagai penyokong terbesar selepas menyumbang lebih daripada S$5,000.
Penampilannya menjadi viral, dengan segelintir netizen menggelarnya sebagai isteri perdana menteri Singapura yang tercantik. Tampil anggun dan elegan, ada yang memujinya kerana mempunyai penampilan seperti pelakon Korea. “Yang paling penting dari acara ini ialah isteri Lawrence itu cantik,” “Dia betul-betul dapat isteri yang cantik,” “Dia cantik macam aktres Korea,” tulis netizen.
Cantikkan betul macam selebriti Korea Selatan pula!
BACA LAGI: Nak Bela Kucing Di Singapura Kini Perlu Ada Lesen Dan Mikrocip!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Today/AQ/aq
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada Isu Mogok, Staf & Syarikat J&T Mohon Maaf Akui Kesilapan

Hati mana yang tidak terkesan apabila melihat nasib bungkusan barang yang dibeli oleh mereka secara atas talian dibaling begitu saja oleh para pekerja syarikat kurier.
ARTIKEL BERKAITAN : Parcel Tak Sampai-Sampai, Wanita Ini Dedah Keadaan Gudang Syarikat Kurier J&T Kucar Kacir – REMAJA
Jika tidak lama dahulu, tular isu lambakan barang dan pemotongan komisen pekerja sejak PKP 2.0, semalam kecoh media sosial tempatan setelah satu video TikTok berdurasi 15 saat.
Video yang dimuat naik oleh salah seorang pekerja syarikat J&T Express bahagian Perak itu menunjukkan para pekerja J&T dipercayai melakukan tunjuk perasaan tidak puas hati di gudang syarikat itu dan bertindak membaling bungkusan pelanggan mereka. Malah, terdapat juga barangan bertanda fragile yang menjadi ‘mangsa’.
Nak mengadu pergi lah pejabat buruh, jangan lah campak barang customers 😢😢 pic.twitter.com/rOEW1krG3H
— 𝒊𝒎 (@imrannazri__) February 6, 2021
Ia sekaligus menaikkan marah pelanggan J&T yang rata-rata tidak berpuas hati dengan nasib barangan mereka dan berpendapat ia sama sekali tidak profesional.
Bukan hanya pembeli yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Malah para penjual atas talian juga mengadu bahawa mereka terpaksa pula memberikan pampasan kepada pelanggan yang menjadi mangsa kejadian selama ini.
Permohonan Maaf Secara Terbuka
Setelah seharian berdiam diri selepas video tersebut tular, tujuh orang pekerja syarikat J&T Express bahagian Perak itu tampil ke hadapan dengan permohonan maaf di atas tindakan membaling barang pelanggan.
Menurut mereka, insiden itu tidak ada kena mengena dengan sebarang isu dalaman mahupun potongan gaji pekerja oleh syarikat seperti yang dispekulasi oleh warganet. Malah ia juga tidak tercetus daripada apa-apa tindakan mogok.
“Kami sekali lagi ingin memohon maaf kerana telah menjejaskan nama syarikat dan barang pelanggan rakyat Malaysia. Kami sedaya upaya akan proses dan hanyar barang pelanggan secepat mungkin,” jelas mereka. Pada akhir rakaman, mereka turut berjanji akan menghantar barang pesanan pelanggan secepat mungkin.
Biarpun penjelasan telah dibuat, ruangan komen menunjukkan rata-rata warganet tidak mempercayai dengan permohonan maaf yang dilakukan dan berpendapat ia seperti ‘terpaksa’.

Kenyataan Rasmi J&T
Biarpun para pekerja menidakkan kaitan insiden itu dengan masalah dalaman, syarikat J&T pula dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa ia berpunca daripada ketidak jelasan sistem pengagihan bonus di kalangan kakitangan jabatan.
Menurut mereka menerusi muat naik terbuka di Facebook, “Bonus penuh dibayar kepada pekerja yang bekerja selama satu tahun dan binus dibayar mengikut tempoh masa pekerja yang bekerja kurang dari satu tahun.
“Oleh kerana kurang jelas dengan sistem pengagihan bonus, ia menyebabkan pengagihan bungkusan secara ganas pada 4 Februari dan menghasut beberapa pekerja untuk membuat gangguan bersama dan menyebarkan video ke media sosial.
“”Kami meminta maaf atas kekurangan dalam pengurusan kami yang telah menyebabkan rasa tidak puas hati dari kerugian pelanggan kami. Kami akan memikul semua tanggungjawab yang harus kami pikul dengan cepat untuk meningkatkan standard pengurusan dan perkhidmatan kami,” catat mereka.
Berikut merupakan paparan penuh surat berkenaan:

Untuk pengetahuan korang, sebarang tindakan dengan niat jahat mahu melupuskan atau memusnahkan, membuka, menyimpan, menahan atau menyembunyikan, melengahkan, mengabaikan atau salah serahan, mengusik atau menghalang mana-mana barang pos dalam perjalanan penyalurannya boleh dikenakan denda dan hukuman penjara di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012.

Bagaimanapun, Remaja merasakan rakyat Malaysia buat masa ini lebih mementingkan barangan mereka untuk selamat tiba ke destinasi berbanding apa-apa kenyataan yang dikeluarkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“GENG PLASTIK HITAM”, Puasa Pun Tak Boleh Nak Buat, Bagaimana Nak Jadi Imam Keluarga?

Biasakan nampak lelaki sama ada datang menaiki kereta atau motor dan berhenti di tepi kedai mamak. Order macam-macam dan kemudian buat-buat duduk dalam kereta. 10 minit kemudian, datanglah mamak menghulur sesuatu yang kesemuanya diletakkan dalam plastik hitam.
Mungkin merasakan selamat, lepas bayar, pecut kereta dan motor menuju ke satu destinasi. Mungkin cari port nak makan. Mungkin makan curi-curi lebih nikmat. Kalau perempuan, bolehlah dimaafkan lagi tapi kalau lelaki, periodkah.
Kalau Ramadan pun tak mampu nak puasa, bagaimana nak jadi imam dalam keluarga bila berumahtangga dengan pasangan kelak? Mungkin kita boleh sorok-sorok beli makanan tapi Allah tetap nampakkan!
Baca perkongsian dari Saudara Yamin Ismail tentang geng-geng plastik hitam iaitu golongan yang membeli makanan di siang hari dan demi menyorokkannya makan makanan dibungkus dengan plastik hitam.

“Haa, komer ada jumpe geng plastik hitam ke? Jangan lambat, cepat kabo ke paklong.. bio paklong tangkap demer-demer ni.. tak malu sebab tak puasa…”
Demikian kata sahabat ana yang bekerja sebagai ketua penguatkuasa agama di sebuah negeri.
Puas saya berfikir, siapa geng plastik hitam ni?
Rupanya geng plastik hitam ialah orang Islam yang tidak berpuasa di bulan Ramadan. Mereka dapat dilihat apabila menjinjing keluar bungkusan plastik warna hitam keluar dari kedai makan.
Masyarakat secara sinis menggelarkan mereka ‘geng plastik hitam’, sempena warna plastik yang digunakan.

Isi bungkusan itu tidak perlu diperjelaskan lagi. Ada yang memilih roti canai, mee goreng dan ada menu nasi berlauk.
Memanglah kalau seseorang itu uzur dari sudut syarak dan tidak mampu berpuasa, dia dibolehkan tidak berpuasa. Tetapi dalam kes geng plastik hitam ini, saya berpandangan:
1) Orang Islam boleh membeli makanan pada waktu siang pada bulan Ramadan selagi ia tidak makan pada siang hari atau bersubahat dengan membeli bagi pihak orang lain yang tidak berpuasa.
2) Sekiranya seseorang pekedai pasti bahawa golongan tidak berpuasa menjadikan kedainya sebagai tempat mendapatkan makanan pada waktu siang, wajib dia menutup kedai, atau mencegah orang Islam daripada makan di situ.
3) Geng plastik hitam perlu muhasabah diri kerana kanak-kanak kecilpun mampu menjalani ibadah puasa dengan sempurna berbanding mereka yang sudah dewasa
Kata sahabat ana itu, sepanjang bulan yang mulia ini, fokus jabatan beliau lebih kepada memantau Geng Plastik Hitam ini.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada beliau dalam bertindak bagi memastikan umat Islam menghormati bulan Ramadan yang mulia ini.
Yamin Ismail
Kata kunci – plastik hitam
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

