Alami Kemurungan, Pelajar Tingkatan Tiga Kritikal Selepas Terjun Bangunan Sekolah

Share

Tidak mengenal usia, kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan mereka merasa sedih berpanjangan, keletihan dan tiada tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam melakukan aktiviti-aktiviti harian.

ARTIKEL BERKAITAN : Keliru Antara Kemurungan Dan Kebimbangan, Ini Perbezaan Penting Kena Tahu!

Foto: Harvard Health

Sebentar tadi, seorang pelajar lelaki tingkatan tiga cedera parah selepas dikatakan terjun dari tingkat tiga bangunan sekolahnya di Sepang.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak sekolah selepas pelajar berkenaan ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di bahagian kepala oleh guru di sekolahnya pada kira-kira 10 pagi.

Menurutnya remaja berusia 15 tahun itu kini dirawat di Hospital Putrajaya dan berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.

“Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah ditemui,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata ada saksi mendakwa melihat pelajar terbabit berada di kaki lima tingkat tiga bangunan berkenaan sebelum terjun.

Wan Kamarul Azran berkata pihaknya dimaklumkan pelajar itu telah beberapa kali menjalani sesi bimbingan dan kaunseling daripada pihak sekolah kerana mengalami kemurungan ketika di sekolah.*

**

Antara isu kesihatan mental yang dikesan merangkumi masalah emosi dan tingkah laku termasuk tekanan perasaan (acute stress disorders), kemurungan (depression), keresahan (anxiety), letih upaya (burnout) serta tingkah laku bunuh diri (suicide).

Jika korang mengalami simptom-simptom kemurungan, segera dapatkan bantuan atau kongsi masalah korang bersama dengan individu yang dipercayai.

BACA: Depresi Bukan Gila, Ini Simptom-Simptom Yang Perlu Korang TahuKemurun

Sumber : BERNAMA

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN