Tidak mengenal usia, kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan mereka merasa sedih berpanjangan, keletihan dan tiada tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam melakukan aktiviti-aktiviti harian.
Sebentar tadi, seorang pelajar lelaki tingkatan tiga cedera parah selepas dikatakan terjun dari tingkat tiga bangunan sekolahnya di Sepang.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak sekolah selepas pelajar berkenaan ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di bahagian kepala oleh guru di sekolahnya pada kira-kira 10 pagi.
Menurutnya remaja berusia 15 tahun itu kini dirawat di Hospital Putrajaya dan berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.
Ads
“Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah ditemui,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata ada saksi mendakwa melihat pelajar terbabit berada di kaki lima tingkat tiga bangunan berkenaan sebelum terjun.
Wan Kamarul Azran berkata pihaknya dimaklumkan pelajar itu telah beberapa kali menjalani sesi bimbingan dan kaunseling daripada pihak sekolah kerana mengalami kemurungan ketika di sekolah.*
Ads
**
Antara isu kesihatan mental yang dikesan merangkumi masalah emosi dan tingkah laku termasuk tekanan perasaan (acute stress disorders), kemurungan (depression), keresahan (anxiety), letih upaya (burnout) serta tingkah laku bunuh diri (suicide).
Jika korang mengalami simptom-simptom kemurungan, segera dapatkan bantuan atau kongsi masalah korang bersama dengan individu yang dipercayai.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mendapat tahu keputusan berjaya memasuki university mana adalah debaran paling hevoq. Ini kerana dengan penerimaan ke universiti yang dipohon, ia adalah satu tiket melangkah ke alam remaja yang menyeronokkan.
Bagi lepasan SPM, sekejap lagi akan keluar result ya permohonan yang dibuat melalui UPU.
Di fb Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan, result akan mula diketahui pada jam 12.00 tengahari ini.
Semakan keputusan untuk menyambung pengajian ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi (KM), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi lepasan SPM dan setaraf boleh disemak pada hari ini mulai jam 12.00 tengahari.
Semak keputusan adik-adik melalui aplikasi UPUPocket 2.0. Selamat maju jaya semua!!
Sejak dari tahun lepas kita diuji dengan ujian yang begitu getir buat seluruh masyarakat dunia disebabkan wabak pandemik yang memberi kesan pada kehidupan harian kita.
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sangat perlu dilaksanakan dikala kes baru Covid-19 yang kian meningkat hari demi hari. Namun, bukan semua bernasib baik dapat berkerja dari rumah malah ada juga yang terpaksa berhenti berniaga di kala PKP disebabkan kebanyakan sektor ekonomi ditutup.
Baru sebentar tadi, Mufti Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui laman Facebook rasmi membuat hebahan Permohonan Bantuan Kecemasan 3.0 telah dibuka. Permohonan boleh dibuat bermula hari ini sehingga 30 Jun 2021.
Sebelum membuat permohonan, anda perlu semak terlebih dahulu sekiranya anda tersenarai dalam penerima automatik inisiatif MAIWP Prihatin – Kasih Asnaf 3.0 di sini. Jika tidak tersenarai, anda boleh membuat permohonan di laman web rasmi Baitulmal MAIWP.
Bantuan kepada penerima Bantuan Kecemasan 2.0 akan disalurkan secara automatik dan tidak perlu membuat permohonan baharu. Permohonan dibuka kepada golongan B40 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang terjejas pendapatan.
Rata-rata wargenet juga meluahkan rasa syukur dengan bantuan yang diberikan oleh MAIWP ini.
Seorang lelaki warga asing telah dipukul oleh sekumpulan lelaki tempatan gara-gara beliau menjual baju cetak rompak dan sekumpulan lelaki tersebut naik berang dan bertindak untuk memukulnya. Selepas satu rakaman video yang tular malam tadi, polis telah giat menjalankan siasatan ke atas sekumpulan lelaki ini.
Dikatakan sekumpulan lelaki ini berang kerana baju mereka telah dicetak rompak oleh warga asing ini dan telah menyebabkan kerugian kepada mereka kerana didapati ramai pelanggan mereka tertipu lalu ada yang telah bertindak untuk ‘boikot’ jenama mereka. Akibat rasa marah, mereka telah bertindak untuk mencari dan berjumpa dengan lelaki warga asing ini yang telah dituduh atas kesalahan mencetak rompak baju mereka dan mengambil kesempatan ke atas jenama mereka.
Sumber: Harian Metro Tangkap layar video tular di media sosial
Kejadian ini dilaporkan telah berlaku di sebuah kawasan kaki lima berdekatan sebuah premis kedai terletak di Cheras, Kajang. Menurut sumber Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan dimulakan sebaik sahaja video ini tular di media sosial.
Tambahnya lagi, terdapat beberapa kesalahan yang telah dilakukan dan antaranya ialah melanggar beberapa prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana berkumpul secara beramai-ramai dan tiada penjarakan fizikal diantara mereka.
Terdahulu, kejadian yang sama pernah terjadi dan tular di media sosial dimana rakaman video berdurasi 54 saat yang menunjukkan seorang suspek telah kelihatan memukul seorang lelaki warga asing berkenaan dan diikuti oleh beberapa rakan suspek yang lain melakukan tindakan yang sama. Menurut sumber, mereka mendakwa kejadian itu didalangi oleh sekumpulan suspek terdiri daripada pengikut dan juga pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang marah kepada suspek yang didakwa telah menjual baju cetak rompak NGO tersebut.
Namun, beberapa warganet telah menyuarakan pendapat mereka dan ada yang berpendapat bahawa tindakan sekumpulan lelaki ini tidak wajar dan ianya seolah-olah tidak masuk akal kerana mereka bertindak tanpa berfikir panjang dan juga tidak menyelesaikan masalah dengan cara yang baik..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!