Baru beberapa minggu selepas pelancaran model telefon pintar yang dinantikan orang ramai, iPhone 14 Plus; syarikat Apple kini dilaporkan akan menghentikan penghasilan model tersebut disebabkan sambutan kurang memberangsangkan oleh pembelinya.
Menurut laporan yang diterima oleh The Cupertino yang diasaskan di California, sekurang-kurangnya satu pengilang di China sedang bersiap sedia untuk menghentikan penghasilan komponen iPhone 14 Plus.
Ia sekaligus bercanggah dengan pelan asal Apple untuk meningkatkan penghasilan model-model iPhone terbarunya disebabkan gagal mendapatkan kadar permintaan di kalangan pembeli.
iPhone 14 Plus merupakan salah satu model daripada barisan produk baharu yang diumumkan Apple pada 7 September. iPhone 14 Plus ini ditawarkan sebagai alternatif telefon pintar yang lebih murah berbanding model iPhone Pro dan mula dipasarkan kepada pengguna sejak 7 Oktober lalu.
Untuk pengetahuan, keputusan drastik yang diambol oleh Apple ini juga hadir sewaktu pasaran telefon pintar global diakui telah mengecil sebanyak 9 peratus berbanding suku ketiga sama tahun lalu.
Pasaran lemah ini sekaligus memaksa Apple untuk mengurangkan pengeluaran iPhone 14 sehingga enam juta unit.
Ads
Hhm, agak-agak mengapa iPhone 14 Plus ini tidak laku? Adakah ia disebabkan skrinnya yang bersaiz terlalu besar atau kerana perbezaan harganya yang ketara jika dibandingkan dengan model iPhone 14?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau hendak diikutkan, lambakan jenama antarabangsa sebenarnya telahpun bertapak di Malaysia dengan pembukaan butik dan stor rasmi di lokasi strategik.
Malaysia dikatakan menjadi lokasi pilihan mereka memandangkan kuasa pembeli di negara kita cukup kuat. Malah, rantau Asia Pasifik juga merupakan salah satu rantau terpenting dan terbesar untuk jenama antarabangsa kukuhkan penjenamaan dan keuntungan masing-masing.
Cuma sehingga kini, jenama elektronik terkenal, Apple masih belum bertapak di Kuala Lumpur menerusi Apple Store mereka biarpun sudah memiliki tiga buah Apple Store di Singapura dan dua lagi di Thailand.
Apple Store di Marina Bay Sand, Singapure.
Apple Store di Bangkok, Thailand.
REMAJA sebelum ini pernah melaporkan mengenai ura-ura pembukaan Apple Store pertama Malaysia di hub perniagaan, The Exhange TRX (TRX) Kuala Lumpur susulan penawaran beberapa jawatan peruncitan (retail) bersama Apple Malaysia menerusi laman sesawang rasminya, tidak lama dahulu.
Namun sejak 2021 lagi, tidak pula kedengaran apa-apa berita baharu mengenai tarikh pelancaran Apple Store ..
.. sehinggalah sekarang!
Baru-baru ini, penganalisa Apple di Bloomberg iaitu Mark Gurman telahpun berkongsi jangkaannya mengenai pembukaan Apple Store di TRX itu seawal bulan Februari 2024.
Menerusi laporan Bloomberg itu, Apple kini sedang bersiap sedia untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Asia apabila benua ini menguasai jumlah Apple Store baharu yang bakal dibuka mereka iaitu sebanyak 15 buah stor; diikuti 5 stor di Eropah dan Timur Tengah serta empat lagi di Amerika Utara.
Kesemua ini merupakan sebahagian daripada perancangan Apple sehingga tahun 2027 dan menariknya, Malaysia khabarnya tidak perlu menunggu terlalu lama.
Pada April 2023, Apple Store pertama di India telah dibuka dan pada bulan Disember kelak pula, dua buah stor baru akan dibuka di Korea Selatan.
Hanya selepas itu, cawangan pertama di Malaysia akan menyusul.
Setakat ini, masih belum ada gambaran jelas mengenai rupa stor berkenaan, berapa keluasannya dan apakah kelainan yang akan ditawarkan oleh Apple Malaysia.
Cuma REMAJA pasti, ia akan tampil unik dan truly Malaysian berdasarkan kepada corak penjenamaan beberapa jenama antarabangsa lain yang telah bertapak di Malaysia sebelum ini. Tak sabarnya!
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Senheng dan Samsung merupakan dua nama besar dalam pasaran barangan elektrikal dan gajet di Malaysia. Asalkan ada keperluan untuk mendapatkan barangan elektrikal baharu, pasti Senheng dan Samsung ialah di antara yang berada dalam senarai pembeli seperti korang.
Bagaimana jika REMAJA katakan korang tidak lagi perlu ke dua lokasi berbeza untuk mendapatkan barangan elektrik. Ya! Senheng dan Samsung secara rasminya telahpun bergabung untuk menghasilkan sebuah stor ‘Premium Experience’ pertama sepertinya di Malaysia.
Terletak di Shoppes at Four Seasons Place, Kuala Lumpur; stor Senheng ini hanya menawarkan barangan jenama Samsung saja tau. Biarpun hanya satu jenama saja yang ada di sini, pengalaman membeli-belahnya memang berbeza dan istimewa hinggakan dua selebriti yang sempat ditemui REMAJA sewaktu acara pembukaannya juga teruja untuk berada di sini.
Sudut khas untuk gajet ‘mobile’ sahaja seperti telefon pintar, tab, earbud dan aksesori.
Peminat Remy Ishak dan Yaya Zahir tentu mengetahui tentang komitmen mereka selaku ‘wajah’ jenama Samsung di Malaysia. Tidak hairanlah jika mereka meminati produk-produk Samsung. Begitupun sewaktu ditemui REMAJA, mereka sendiri sememangnya tidak sabar untuk ‘pusing’ satu stor disebabkan ‘Premium Experience’ yang ditawarkan di sini.
Remy Idamkan Televisyen Lebih Besar
Jenama Samsung sudah sebati dengan pelakon filem Sangkar ini. Sejak memiliki televisyen, peti sejuk dan gajet Samsung lain, dia setia dengan jenama ini disebabkan perkembangan teknologi produknya yang pantas dan up to date berbanding jenama pesaing lain.
Remy Ishak
“Banyak stor perkakas dan gajet yang telah saya masuki sebelum ini. Apa yang menjadikan Senheng x Samsung Premium Experience ini berlainan adalah ia nampak lebih moden, lebih futuristik.
“Hari ini, saya tertarik dengan almari Samsung BESPROKE AirDresse yang menyenangkan ini. Saya ada banyak sut dan jaket yang memerlukan cucian dry clean. Dengan adanya almari ini, saya rasa tak perlu nak hantar ke dobi selepas ini.
“Dan kini bila saya telah berumah tangga dan kami sedang merancang memiliki kediaman yang lebih besar mungkin saya perlukan televisyen lebih besar untuk ruang tamu,” kata Remy yang memasang impian untuk menerapkan idea smart home bagi kediamannya barunya satu hari nanti.
Sudut televisyen di stor ini menyediakan pelbagai pilihan menarik mengikut saiz ruang dan model idaman korang.Remy Ishak sewaktu ditemui rakan media pada majlis pelancaran stor Senheng x Samsung.
Warna Boleh ‘Matching Matching’ – Yaya Zahir
Bagi pengacara Hlive, Yaya Zahir pula; dia yang memiliki ‘design eye’ dalam bab reka bentuk dalaman merasakan rutin hariannya tidak lengkap tanpa barangan Samsung.
Menyifatkan barangan jenama dari Korea Selatan itu sebagai, “sistematik, tersusun dan mudah digunakan” bagi dirinya yang sibuk, Yaya berhasrat untuk mendapatkan peti sejuk Samsung BESPOKE Refrigerator tidak lama lagi.
Yaya Zahir bersama almari Samsung BESPOKE AirDresser yang baru memasuki pasaran Malaysia.
“Sebenarnya Yaya ingin sangat peti ais BESPOKE terbaru ini. Bukan saja ia cantik dengan warna retro, elegan dan minimal. Malah, seperti yang kita tahu, Samsung sentiasa memberikan kualiti hebat. InsyaAllah kalau ada rezeki, Yaya ingin membeli peti ais itu dengan ketuhar disebabkan warnanya yang boleh kita ‘matching matching’.
“Lagipun Yaya baru saja pindah rumah dan memang tercari-cari barangan elektik. Bila Yaya datang hari ini, memang dapat macam-macam idea barangan yang sesuai untuk rumah itu,” katanya.
Sudut ‘dapur’ di dalam stor Senheng x Samsung ini yang menyediakan pilihan peti sejuk dan ketuhar yang diminati Yaya Zahir.
*
Haa, kalau korang pun nak bilik atau kediaman korang persis kediaman Remy Ishak dan Yaya Zahir, jom singgah ke stor Senheng x Samsung di hotel Four Seasons, Kuala Lumpur.
P.S : Siap ada ‘pelakon’ lagi di stor ini yang menunjukkan demonstrasi penggunaan barangan Samsung bagi memudahkan korang memahami produk bersesuaian dengan keperluan masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aplikasi YouTube antara yang menjadi pilihan ramai di antara kita kerana dengan adanya platform seperti ini, banyak video-video menarik yang boleh ditonton secara percuma.
Namun begitu, bila dah diberikan secara percuma pastinya ada kekurangan yang penonton alami. Antaranya adalah kekerapan paparan iklan yang keluar disetiap video yang ditonton. Kebiasaannya, iklan berdurasi 5 saat sehingga 30 saat kelihatan agak mengganggu ketika kita sedang asyik menonton.
Korang boleh menggunakan plug in atau pun perisian penghalang iklan seperti AdBlock, atau melanggan sahaja pelan YouTube Premium untuk nikmati pengalaman menonton tanpa iklan.
Namun begitu, sekiranya korang tidak gemar menggunakan AdBlock atau tidak mampu melanggan YouTube Premium, ada cara mudah lain yang membolehkan korang membuang iklan dari YouTube tanpa sebarang modifikasi haram seperti YouTube Vanced, root peranti atau muat turun cetak rompak.
Cara ini adalah dengan hanya menambah noktah “.” Pada URL video yang ingin ditonton.
URL yang ditambah noktah: https://www.youtube.com./MRemajaOfficial
Mudah saja kan? Dengan menambah “,” laman web YouTube tidak akan menormalkan hostname dan menyebabkan kandungan di laman web masih memaparkan dalam keadaan biasa, sambil beberapa perkara lain tidak berfungsi dengan jayanya.
Kebanyakan laman web memaparkan iklan dengan URL tanpa “.” Tambahan. So, kalau korang tambah noktah seperti URL yang ditunjukkan diatas, ia akan menapis semua iklan.