Isu pencemaran udara yang melanda Malaysia bertukar serius apabila semakin banyak lokasi titik panas yang dilaporkan.

 

Malah penutupan sekolah di beberapa buah negeri juga merisaukan rakyat mememandangkan musim peperiksaan sedang berlangsung dan sesetengah daripadanya bakal menjelang.

Alamak! Kuching Kini Bandar Paling Tercemar Dunia Sebabkan Jerebu?
Wilayah Persekutuan Putrajaya antara kawasan paling teruk tercemar disebabkan jerebu.

Hari ini, satu lagi laporan mendukacitakan telah dikeluarkan oleh rakan media di New Straits Times.

Bandar yang menerima implikasi jerebu paling buruk buat masa ini iaitu Kuching Sarawak telahpun dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia disebabkan pencemaran udara yang sedang berlaku.

Ia berdasarkan kepada laporan Indeks Kualiti Udara Amerika Syarikat (AQI) – pada kadar 202. Ini bermakna Kuching kini lebih teruk dicemari berbanding beberapa bandaraya dunia yang sinonim dengan isu pencemaran udara seperti Beijing China dan New Delhi, India.

Alamak! Kuching Kini Bandar Paling Tercemar Dunia Sebabkan Jerebu?

IKLAN

Alamak! Kuching Kini Bandar Paling Tercemar Dunia Sebabkan Jerebu?

Ia bertambah serius berbanding catatan AQI pada hari Rabu lalu iaitu 165 yang mengakibatkan Kuching tersenarai dalam carta bandar paling tercemar di dunia. And now, Kuching is at the top of THAT list.

BACA: 7 Tip Hadapi Jerebu, Salah Satu Libatkan Mode Aircond Dalam Kereta..

IKLAN

Untuk pengetahuan, catatan AQI tidak sama dengan catatan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (API). Oleh itu, jelas figura yang ditunjukkan oleh kedua-dua catatan tersebut adalah berbeza.

Selain Kuching, antara bandar di Malaysia yang sedang bergelut dengan isu pencemaran jerubu ialah Putrajaya (199) dan Nilai (168).

Alamak! Kuching Kini Bandar Paling Tercemar Dunia Sebabkan Jerebu? Alamak! Kuching Kini Bandar Paling Tercemar Dunia Sebabkan Jerebu?

IKLAN

*

Lantas, Jabatan Meteorologi Malaysia dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pada tengah hari tadi.

Walaupun ia boleh membantu untuk mengurangkan bacaan API, itu tak bermaksud jerebu akan berkurangan serta-merta sekiranya kebakaran yang sedang melanda Indonesia gagal dipadamkan denga kadar segera.

BACA: Menteri Indonesia Ini Tolak Dakwaan Jerebu Malaysia Disebabkan Kebakaran Hutan Mereka #DoneClaim

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI