Sejak awal pagi tadi, situasi jerebu melampau di seluruh negara jelas dapat disaksikan (dan dihidu) oleh rakyat Malaysia.
Selang sehari, keadaannya telah bertambah teruk terutamanya di bahagian barat negeri Sarawak dan barat Semenanjung. Malah hingga kini, bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) telah mengenal pasti lebih 15 kawasan tidak sihat di seluruh negara.
Ia termasuklah Putrajaya, Kuala Lumpur, Shah Alam, Klang, beberapa bahagian di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Sarawak. Pergh, macam nak dekat satu Malaysia yang jadi mangsa.
Di Sarawak saja, penduduk di Sri Aman, Samarahan, Kuching, Sarikei, Sibu dan Miri sudah merasai kepayahan jarak pandang jauh.
Diharap jerebu ini dapat beransur pergi sepantas mungkin. Namun apa yang menjadi persoalan adalah dari mana punca jerebut tersebut?
Dakwaan popular di media sosial adalah ia berpunca daripada krisis hutan terbuka yang sedang berlaku di negeri Indonesia. Ini bukanlah kali pertama Malaysia terjebak dengan isu jerebu disebabkan kes hutan Indonesia terbakar.
*
Menariknya, Jabatan Metereologi, Kajian Iklim dan Geofizik Indonesia (BMKG) telah MENOLAK segala pendakwaan yang mengaitkan isu jerebu di Malaysia dan Singapura.
Ads
Dalam satu kenyataan daripada portal akhbar Tempo, Naib Ketua Jabatan iaitu Mulyono R Prabowo mendakwa,
“Tiada lintas batas jerebu seperti yang didakwa oleh media antarabangsa. Malah, bacaan BMKG mendapati 2,510 hot spot berada di rantau Asia Tenggara seperti di Papua New Guinea, Timor Leste, Thailand, Malaysia dan Vietnam dari 4 September hingga 8 September 2019.”
Eh nak tunding jari pula..
Menteri Alam Sekitar & Perhutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar turut sama menidakkan. “Hot spot pada hari ini adalah 1 per 3 daripada jumlah hot spot pada 4 dan 5 September. Tiada isu lintas bantas jerebu dari Indonesia ke negeri jiran,” catat beliau di akaun Facebook kelmarin.
Ads
Sumber: Facebook
Hhm, interesting.
Dakwaan Indonesia itu bagaimanapun disangkal Pusat Metereologi ASEAN di Singapura yang mendapati jerebu telah berubah kawasan DARI Sumatra ke Semenanjung Malaysia, Singapura dan Sarawak.
Malah, Menteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia, Yeo Bee Yin juga menyokong dengan berkata punca jerebu ini bermula dari Indonesia. Pihak beliau juga telah menyatakan hasrat membantu Indonesia untuk menyelesaikan isu hutan terbakar ini secepat mungkin.
Indonesia terutamanya di Sumatra dan Kalimantan telah lama menyumbang kepada isu jerebu seperti yang dilaporkan media pada setiap tahun. Petani di sana menggunakan teknik slash-and-burn untuk membersihkan kawasan hutan bagi penanaman kelapa sawit dan pulpa.
Namun, disebabkan keadaan cuaca kering sekarang, api lebih mudah marak ke kawasan yang tidak sepatutnya dan sukar untuknya dipadamkan.
Apapun, REMAJA harapkan agar isu jerebu ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
Kucing pun boleh naik sakit tau!
Bukan saja ia menyekat aktiviti luar bangunan, malah kesian pula kami lihat adik-adik yang sedang menduduki peperiksaan UPSR di Sarawak. Terpaksa mereka gigihkan diri juga untuk menjawab soalan walaupun keadaan cuaca di sana amat teruk.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, Penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice, memuat naik video ke laman sosial Instagramnya. Caprice berkongsi sebuah video yang ternyata menunjukkan kemulian hati dan simpati pemuda berusia 33 tahun itu terhadap seorang penjual burger yang dikompaun sebanyak 50k.
Bukan hanya Caprice, rata-rata netizen juga simpati dan terkejut melihat nilai kompaun yang dikenakan terhadap lelaki tersebut. Untuk info, abang burger tersebut ialah Faisal didatangi oleh beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan pada jam 11.10 malam.
Sehubungan itu, pihak polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Rentetan dari itu, Caprice terpanggil membantu nasib peniaga burger yang malang itu, penyanyi rap terkenal Caprice bercadang melancarkan tabung bantuan bagi membantu mengurangkan beban membayar kompaun.
Caprice berkongsi hasratnya itu melalui ‘posting’ di laman Instagram miliknya @capriceofficial.
Kita dapat contact abe Faisal, kalau abe kata ons, Caprice akan buka tabung kitafund untuk bantu settle kompaun RM50K yang dia kena bayar sebelum 5 Mei,” tulisnya.
Rata-rata warganet meninggalkan komen memuji tindakan caprice dan kagum terhadap usaha murni yang dilakukan oleh Caprice.
Malah ada juga segelintir meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kompaun dikenakan dan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal. Hmm…korang rasa macam mana?
Bila Larut Malam, Joget Malaysia, Apa Guna Berjanji antara lagu yang biasa kita dengar sehingga kini.
Sumber Gambar : Juice
Walaupun kita tidak sempat bertemu namun Saloma yang dilahirkan pada tahun 1932, merupakan salah seorang penentu trend dunia hiburan di Malaysia sekitar tahun 50-an hingga awal 80-an.
Untuk info, beliau telah merakamkan sekitar lebih 500 buah lagu, selain turut berlakon. Wow, memang layak dapat gelaran biduanita.
Malah pada 26 November 1978, beliau turut dianugerahkan Anugerah Biduanita Negara.
Selari dengannya, kini Google Malaysia turut meraikan Saloma dengan sebuah doodle khusus, selain turut menyediakan senarai main lagu beliau di YouTube.
Tanggal 26 November 2020, Google Doodle telah memaparkan doodle khas buat Saloma sebagai penghargaan dalam bidang seni. Pemilihan tarikh ini bersempena penganugerahan Biduanita Negara pertama kepada Allahyarhamah oleh kerajaan Malaysia ketika itu.
Lihatlah, jasa pengiat seni Tanah Air ini diangkat ke mata dunia.
Namun, selalu kita salah guna panggilan biduan dan biduanita negara bagi menggelarkan sesetengah artis kesayangan. Untuk korang yang tidak tahu, panggilan ini hanya diberikan kepada artis yang banyak menyumbangkan jasa dan lebih merujuk kepada diva berbanding penyanyi. Anugerah ini diberikan oleh Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan dalam sejarah industri hiburan negara hanya 3 artis ini yang telah menerima pengiktirafan tersebut iaitu Tan Sri S.M Salim, Saloma dan Dato’ Sharifah Aini.
So tak senang ye nak dapat jolokan biduan/biduanita. Mari la kita sedekahkan Al-fatihah buat biduan/biduanita negara kita ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jurusolek terkenal tanah air, Syedewa, yang bertanggungjawab menata rias wajah pempengaruh Dewi pada majlis pernikahannya dengan suami, Jofliam, yang berlangsung Sabtu lalu, baru-baru ini mendedahkan dia menerima mesej sensitif daripada pengguna media sosial.
Menurut Syedewa, dia menerima pesanan daripada seseorang yang meminta agar tidak berkongsi gambar hasil solekan Dewi dengan alasan supaya tidak dilihat menyokong mana-mana pihak.
“Pertama kali selama 15 tahun aku jadi makeup artis, ada orang DM aku cakap jangan post result makeup yang aku buat sebab kalau aku post maksudnya aku sokong mana-mana pihak,” katanya dalam hantaran di Instagram Story miliknya.
Tambahnya lagi, dia tidak terlalu mengambil pusing mengenai isu tersebut, walaupun menyedari bahawa tidak semua perkara yang tular di media sosial akan sampai ke perhatiannya.
Namun, Syedewa menghormati pihak yang sensitif dengan isu tersebut, tetapi tetap berkongsi foto hasil kerjanya kerana sudah lama berkecimpung dalam dunia solekan.
“FYP aku main game santai-santai dan content makeup mostly. Mungkin juga sebab circle aku pun tak update sangat fasal benda-benda peribadi.
“Aku hormat orang yang sensitif dengan isu ini. Tapi aku kena menghormati juga kerjaya aku sebagai seorang pak cik yang dah lama ‘passionate’ dengan makeup,” ujarnya lagi.
Syedewa turut berkongsi foto hasil solekan Dewi yang kelihatan anggun dalam persalinan busana serba putih.
Sebelum ini, Dewi dilaporkan menjadi individu yang didakwa sebagai punca perpisahan antara Jofliam dan bekas isterinya, usahawan dan pempengaruh Cik Epal. Jofliam kemudiannya mengesahkan hubungan cintanya dengan Dewi dan memaklumkan bahawa mereka bakal berkahwin dalam masa terdekat.
Jofliam dan Cik Epal, yang berkahwin pada 1 Jun 2014, dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki. Namun, selepas 10 tahun bersama, mereka disahkan bercerai pada tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Syedewa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!