Penyanyi meningkat naik, Nadeera Zaini telah menimbulkan rasa kurang senang warganet gara-gara pakaian dan aksesori yang digayakan dilihat tidak sesuai dengan persembahan dan nyanyian yang bertemakan ketuhanan pada minggu ketiga pentas Big Stage Musim ke-5.
Pada malam tersebut, Nadeera mendendangkan lagu berjudul Rahmatun Lil’ Alameen yang dipopularkan oleh penyanyi Maher Zain dengan mengenakan pakaian dress labuh berwarna merah hati dan selendang.
Penampilan yang digayakannya itu bagaimanapun menerima kritikan yang hebat oleh warganet kerana selendang yang dipakai menampakkan sebahagian rambutnya.
Susulan itu, menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG), penyanyi berusia 30 tahun itu tampil menjelaskan mengenai pemilihan konsep persembahannya, pada malam itu.
“Alhamdulillah. Selesai sudah persembahan minggu ketiga Big Stage. Pada awalnya Nad keliru memikirkan konsep yang sesuai untuk lagu Rahmatun Lil’ Alameen, baik dari susunan lagu, pakaian serta konsep persembahan.
Ads
“Susunan lagu asal nyanyian Maher Zain kurang sesuai dengan pertandingan, jadi Nad bersama team management harus menyusun semula agar ia kena dengan mood pertandingan & sesuai dengan nada suara Nad.
“Selepas berhempas pulas, akhirnya muncul dengan konsep akhir yang Nad tampilkan sebentar tadi (pada malam persembahan),” coretnya.
Lantaran itu, Nadeera tamoil memohon maaf atas isu pemakaiannya itu dengan menerima setiap kritikan yang dilemparkan terhadapnya. Dalam pada itu, dia turut menzahirkan penghargaan buat pihak produksi yang membantunya menjayakan persembahan tersebut.
Ads
“Terima kasih kepada team production, musician, arranger, glam team dan management team yang memberikan Nad kerjasama yang baik.
“Namun, ada yang memberi komen pakaian yang Nad gayakan kurang sesuai dengan persembahan malam ini. Nad menyusun 10 jari memohon maaf atas kekhilafan yang terjadi.
“Nad terima segala komen serta saranan dengan hati yang terbuka & berlapang dada. Nad akan memperbaiki kesilapan dan terus berusaha memberikan yang terbaik, Insya-Allah,” katanya lagi.
Ads
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata warganet menitipkan nasihat agar lebih sensitif terutama jika menyanyikan lagu ketuhanan selain berharap perkara seperti itu tidak berulang lagi selepas ini.
Sekadar informasi, Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Korang pernah dengar tak inisiatif ‘Girls Takeover’ yang mana ini adalah sebahagian daripada program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)sempena Hari Kanak-Kanak yang disambut pada 11 Oktober setiap tahun.
Menerusi inisiatif ini, kerajaan Finland telah turut serta dalam menyebarkan mesej kesaksamaan gender dengan membenarkan gadis 16 tahun, Aava Murto untuk duduk di kerusi Perdana Menteri selama sehari.
Kalau nak tahu, selama sehari dia mengambil alih kerusi Perdana Menteri, Aava telah berbincang bersama kabinet Menteri Finland dan penggubal undang-undang mengenai banyak hal.
Aava bersama Sanna Marin, Perdana Menteri Finland. Sumber gambar: BBCnews
Ini termasuklah perihal ramai remaja perempuan di negara membangun tidak diutamakan dalam perkembangan skil digital dan perkara tersebut boleh membantutkan mereka untuk mencapai masa depan yang lebih baik dan selamat.
Bestkan peluang yang diberikan kepada Aava ni? Kalau korang diberi peluang untuk duduk di kerusi Perdana Menteri Malaysia selama sehari agaknya apa yang korang nak utarakan kepada ahli-ahli cabinet kita?
***P/S – Perdana Menteri Finland yang sekarang, Sanna Marin merupakan Perdana Menteri wanita termuda dalam sejarah dunia dalam mengepalai sesebuah negara. Dia mengangkat sumpah sebagai perdana Menteri ketika berusia 34 tahun!
Sumber: ABCnews & dw.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malah, Billie Eilish ketika ditemu ramah oleh David Letterman dalam realiti TV Netflix, David Letterman’s My Next Guest menyatakan penyakit sindrom tourette yang dihadapi sepanjang hidupnya itu sememangnya memenatkan.
“Jika awak rakam saya dengan lama, awak akan dapat melihat tik yang banyak,” katanya dalam realiti TV tersebut.
Sindrom ini selalunya bermula dari kecil tetapi apabila umur meningkat, tiknya akan semakin berkurangan. Dengan itu, Billie menerangkan bahawa tiknya tidak muncul apabila dia membuat persembahan. Dalam banyak-banyak tik yang dia hadapi, ada yang telah pergi dan selebihnya masih ada seperti biasa.
Terangnya lagi, orang tidak akan perasan perkara ini ketika berbual dengannya tetapi dari pihaknya sendiri, sindrom ini amat memenatkan.
Billie suka berkongsi pengalamannya dengan sindrom tourette tetapi dia sendiri juga agak keliru dengan penyakit ini.
Reaksi orang lain pada tiknya pula kebanyakkan tidak begitu baik.
Sumber: billboard
“Reaksi yang sering berlaku ialah mereka ketawa seperti saya sedang cuba untuk berjenaka. Saya memang kecil hati apabila kejadian sebegitu berlaku.” ngadu selebriti antarabangsa itu.
Kenali Penyakit Sindrom Tourette
Diambil dari laman National Institute of Neurological Disorders and Stroke, sindrom Tourette adalah suatu kondisi yang menyebabkan seseorang mengeluarkan suara dan gerakan yang tidak disengaja yang disebut tics. Biasanya, sindrom ini dimulai selama masa kanak-kanak.
Malah, Sindrom Tourette juga adalah gangguan neurologis yang ditandai dengan gerakan atau suara vokal yang tiba-tiba, berulang, cepat, dan tidak diinginkan. Sindrom Tourette adalah salah satu dari sekelompok gangguan sistem saraf yang sedang berkembang yang disebut gangguan tic.
Misalnya, korang mungkin berulang kali mengedipkan mata, mengangkat bahu, atau mengeluarkan suara yang tidak biasa atau kata-kata yang menyinggung. Tics biasanya muncul antara usia 2 dan 15, dengan rata-rata usia sekitar usia 6 tahun. Laki-laki sekitar tiga sampai empat kali lebih mungkin dibandingkan perempuan untuk mengembangkan sindrom Tourette.
Moga Billie Eilish terus tabah dan cekal melawan sindrom ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Situasi banjir yang berlaku di Lembah Klang menyebabkan ramai yang terkesan dek kerana rumah mereka dinaiki air atau kawasan perumahan terjejas teruk akibat bencana alam ini.
Disebabkan oleh itu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengumumkan cuti bencana mulai hari ini sehingga 25 Disember depan.
Menurut Naib Canselor UiTM, Prof Dr Roziah Mohd Janor, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dilakukan bersama Majlis Eksekutif Universiti susulan banjir luar biasa yang melanda negara ketika ini.
Semua kuliah dibatalkan mulai hari ini hingga Sabtu sebagai inisiatif bagi meringankan dan membantu mereka yang terkesan. Sepanjang tempoh ini, tiada sebarang aktiviti kuliah, pentaksiran dan penghantaran tugas dilaksanakan.
Cuti bencana ini akan dilanjutkan dengan cuti khas perayaan pada 25 Disember hingga 2 Januari 2022 seperti yang ditetapkan dalam kalendar akademik sesi I 2021/2022.
Jelasnya lagi, pensyarah boleh menggunakan minggu ulang kaji (31 Januari hingga 5 Februari) bagi tujuan penggantian kuliah.
Inisiatif ini dilakukan kerana UiTM amat mengambil berat dan prihatin terhadap situasi yang dihadapi oleh pelajar dan kakitangan sokongan dan akademik yang terkesan dengan bencana banjir ini.
Kami di Remaja juga turut mengucapkan takziah kepada seluruh warga Lembah Klang dan semoga keadaan air banjir semakin surut dan diberikan bantuan keperluan secukupnya.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kenapa bateri telefon cepat habis masa travel walaupun tak guna aplikasi? Ketahui penjelasan sebenar tentang proses cellular handover dan tip jimat bateri semasa perjalanan jauh.