Menurut penduduk di daerah Kham Sakesaeng memberitahu media bahawa lebih 20 ekor kucing mati dan banyak lagi mengalami selesama dan sedang sakit.
Selesema kucing ini merupakan penyakit penafasan yang sering menyerang kucing dewasa dan anak kucing. Ianya disebabkan virus iaitu Feline Herpes Virus 1 dan Feline Calicivirus.
Takut akan penyebaran berlaku di kalangan manusia, pakar haiwan telah mengesahkan ia tidak akan menular dalam kalangan manusia. Walaupun berita itu melegakan para penduduk, tetapi ia tetap merisaukan mereka.
Ads
Walaupun penyakit selesema kucing ini tidak menular dalam kalangan manusia, tetapi ia boleh merebak kepada anjing.
Sumber Gambar : Thai PBS World
Jadi sebenarnya apa selesema kucing ini dan apa yang kamu patut tahu?
Feline Upper Respiratory Infection (URI) merupakan selsema kucing dan ada persamaan diantara selesema kucing dan manusia. Simptomnya adalah kucing suka bersin, hidung dan mata berair, mata kemerahan, demam, tiada selera makan, bengkak di hidung, bibir, lidah atau gusi.. Selsema yg kronik tidak boleh dibiarkan sebab boleh membawa maut..cara jangkitan pula melalui sentuhan, tempat tinggal dan udara yg kotor termasuk juga kurang zat makanan.
Ads
Cara Merawat
Antibiotik
Pada kebiasaannya, jika korang membawa kucing berjumpa dengan pakar haiwan, mereka hanya memberikan antibiotik. Antibiotik ini berfungsi dalam membantu beberapa komplikasi yang terjadi pada kucing.
Ads
Sekiranya si bulus korang mengalami simptom seperti diastas cepat-cepat la bawa ke klinik okay sebelum melarat.
Jaguh skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow menampilkan persembahan sensasi apabila mengungguli gelaran juara kategori lelaki Piala Skuasy Malaysia 2024 pada Ahad.
Aksi final berlangsung di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara, pemain berusia 26 tahun yang berada di ranking ke-14 dunia itu hanya mengambil masa 50 minit untuk menewaskan pemain ranking ke-11 dunia dari Mesir Youssef Soliman 3-0 (11-7,11-7,11-7), sekaligus dinobatkan selaku juara.
“Sangat baik untuk memenangi pertandingan ini dan secara peribadi ini mungkin salah satu persembahan terbaik, lebih baik daripada perlawanan akhir Sukan Asia”
“Jika anda melihat saya bermain di gelanggang, saya hanya cuba untuk mengawal segala-galanya di dalam diri, saya tidak membiarkan apa-apa pun menjejaskan saya, jadi hanya fokus pada apa yang perlu saya lakukan,” katanya.
“Satu mata pada satu masa dan jika saya mahu menjadi pemain yang baik, saya tidak boleh memikirkan mengenai orang yang pernah menewaskan saya sebelum ini,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut gembira menambah koleksi kemenangan peribadi keduanya di laman sendiri selepas kali terakhir dilakukan pada Terbuka Malaysia 2019.
Sementara itu, pemain nombor 10 dunia dari Mesir, Amina Orfi muncul juara kategori wanita selepas menewaskan pemain negara S.Sivasangari dengan keputusan 3-2.
Amina memaksa Sivasangari yang menghuni ranking kesembilan dunia mengerah sepenuh tenaga dalam pertarungan lima set (8-11,11-9, 11-10, 8-11, 11-6) selama 88 minit.
“Saya telah memberitahu diri saya bahawa ini telah berlaku beberapa kali kepada saya. Saya telah bermain tahun lepas, jadi kurangkan tekanan pada tahun ini dengan bermain mata demi mata,” jelasnya.
“Ia sukar (cabaran dari Sivasangari). Beliau telah kalahkan pemain nombor satu dunia dalam acara emas tahun lepas, jadi saya tahu dia pemain yang berbahaya,” katanya.
Kemenangan itu menyaksikan Eain Yow dan Amina masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah AS$9,025 (RM40,378).
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usai dimasyurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari 2024, nama Sultan Johor Sultan Ibrahim terus menjadi di antara nama paling dicari-cari di platform digital demi mengetahui dengan lebih dekat mengenai profil Seri Paduka Baginda.
Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pajabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor atau Royal Press Office, berikut merupakan 5 fakta menarik yang mungkin sesetengah daripada korang tidak tahu mengenai Sultan Ibrahim terutamanya dalam bidang pendidikan serta latihan ketenteraan yang pernah diharungi.
01
Sultan Ibrahim merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail dan Almarhumah Enche’ Besar Khalsom Abdullah setelah diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor.
02
Di antara sekolah di mana Seri Paduka Baginda mendapatkan pendidikan awal termasuklah di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1) Johor Bahru sebelum ke Trinity Grammar School yang terletak di Sydney, Australia.
Seri Padukan Baginda kemudiannya melanjutkan pengajian ke Maktab Sultan Abu Bakar dan mendapat pendidikan agama di Sekolah Agama Ayer Molek, Johor Bahru.
03
Ternyata, Seri Paduka Baginda tidak sesekali mengenepikan pelajaran, malah begitu memandang tinggi nilai ilmu di dada apabila meneruskan pengajian di Fletcher School of Law and Diplomacy di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat demi melengkapkan dua kursus – Southeast Asian Strategic Studies dan International Law of the Seas.
04
Sebaik menamatkan kursus tersebut, Seri Paduka Baginda mula terlibat dalam latihan ketenteraan seperti yang sinonim dengan ahli-ahli keluarga diraja Johor.
Bermula di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) di Kota Tinggi, Seri Paduka Baginda kemudiannya mengikuti latihan ketenteraan pegawai muda di Fort Benning Georgia dekat Amerika Syarikat serta latihan airborne dan ranger untuk melayakkan diri sebagai pegawai infranti.
Tidak cukup dengan itu, Seri Paduka Baginda meneruskan pula latihan American Special Forces dan Pathfinder di mana 19 terjunan payung terjun termasuklah lapan daripadanya pada waktu malam berjaya disempurnakan.
Hasil semangat ketenteraan yang tinggi ini, Sultan Ibrahim ditauliahkan sayap dan mendapat pengiktirafan sebgai seorang komando. Seri Paduka Baginda turut ditauliahkan sebagai anggota pasukan SEAL iaitu bagi ketenteraan darat, laut dan udara.
05
Ini bermakna Sultan Ibrahim berjaya menguasai ketiga-tiga aspek utama dunia ketenteraan tersebut.
Bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sultan Ibrahim menjalani latihan juruterbang helikopter dan dikurniakan serta menerima sayap pada tahun 1982 daripada Almarhum Sultan Iskandar.
Seri Paduka Baginda juga menjalani latihan tentera laut di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak. Pengalaman tersebut sekali gus melengkapkan Seri Paduka Baginda sebagai pegawai tentera darat, laut dan udara berkemahiran.
***
Dari situ, barulah bermulanya fasa kehidupan Sultan Ibrahim sebagai Tunku Mahkota Johor apabila dimasyhurkan pada tahun 1981 dan seterusnya sebagai Sultan Johor pada tahun 2020 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar.
Selari dengan perlantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 berkuat kuasa 31 Januari 2024, Seri Paduka Baginda akan mula bersemayam selama lima tahun di Istana Negara bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) telah mengumumkan bahawa penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG di plaza tol akan dihentikan secara berperingkat bermula tahun hadapan.
Ini selari dengan perancangan KKR untuk mengaktifkan sistem RFID di rangkaan Lebuhraya Utara-Selatan dari Skudai di Johor hingga ke Juru di Pulau Pinang bermula 15 Januari 2022. Sekaligus, KKR bersedia untuk menggunakan hanya sistem RFID dalam tempoh terdekat ini di semua lebuhraya di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Jangan risau sekiranya korang masih bergantung kepada kad Touch ‘n Go dan SmartTAG. Kutipan tol menggunakan dua cara tersebut masih lagi disediakan BUAT MASA INI.
Namun, korang akan perasaan jumlah lorong bagi dua kaedah itu akan semakin berkurangan dari semasa ke semasa bagi memberi ruang kepada lorong RFID sebelum perlaksanaan Sistem Tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong atau Multi Lane Free Flow (MLFF).
Contoh kenderaan yang telah dipasang RFID
Terdahulu, REMAJA pernah kongsikan mengenai kelebihan penggunaan sistem RFID.
Mekanisma mirip SmartTAG di mana pengguna lebuhraya boleh memandu pada kelajuan 30km/j tanpa perlu berhenti di tol plaza.
Tanpa perlu menurunkan tingkap kenderaan selepas ini, ia sekaligus mengurangkan interaksi fizikal dan bermanfaat untuk membendung penyebaran wabak COVID-19.
RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan Touch ‘n Go eWallet tanpa perlu ke kaunter tambah nilai lagi selepas ini.
*
Sebagai langkah bersiap-sedia dengan penggunaan RFID selepas ini, korang boleh mula memasangnya pada kenderaan semudah membeli kit pemasangan kendiri yang ada dijual di laman web atas talian seperti Shopee dan Lazada pada harga RM35 sahaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.