Tular satu klip menunjukkan seorang lelaki berbaju Melayu dan bersongkok di Hospital Pakar KPJ Klang yang bertindak memijak hiasan Deepavali, kolam sambil berkasut baru-baru ini hingga mencetuskan kurang senang dalam kalangan warganet.
Tindakan lelaki yang dipercayai merupakan kakitangan hospital tersebut dianggap satu bentuk vandalisme yang dilakukan secara terbuka. Ia dikhuatiri memudaratkan atau cuba memudaratkan keadaan harmoni serta perpaduan dalam kalangan kaum majmuk di Malaysia.
Tangkap layar yang memaparkan ketidak puashatian warganet terhadap tindakan biadap lelaki dalam video tular di TikTok berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu dalam satu kenyataan, lelaki tersebut dan rakannya yang bertindak sebagai perakam akan dipanggil ke IPD Klang Utara pada hari ini. Ini susulan satu laporan yang dilakukan oleh Ketua Balai Polis Bandar Baru Klang sendiri terhadap video berdurasi 37 saat di TikTok itu.
Tambahnya lagi, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Ads
Dalam pada itu, Hospital Pakar KPJ Klang memaklumkan bahawa siasatan dalaman sudahpun dimulakan ke atas video tular tersebut yang didakwa menampilkan salah seorang kakitangannya dalam kelakuan tidak profesional.
Dalam kenyataan berasingan pula, KPJ Klang berjanji akan mengambil tindakan tegas terhadap kakitangannya jika mereka didapati melakukan perbuatan sedemikian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dahulunya ia dikenali sebagai Kampung Kerinchi. Kawasan yang terletak di bawah penguat kuasaan Parlimen Lembah Pantai ini sememangnya merupakan antara kawasan bersejarah buat Kuala lumpur. Ia telah lama wujuh sebelum kita kenali Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) lagi.
Malah, panggilan Kampung Kerinchi juga wujud sebelum Malaysia memperolehi kemerdekaan lagi.
Lantas, setelah kawasan ini mulai dipimpin oleh YB Fahmi Fadzil, salah satu langkah yang dijanjikan oleh beliau adalah untuk mengembalikan nama Bangsar South kepada Kampung Kerinchi seperti sebelumnya.
Ia bukanlah semudah menukar begitu saja. Beliau telahpun berjumpa dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), syarikat pemaju UOA Development, Persatuan Waris Kerinchi Kuala Lumpur dan Dewan Bahasa & Pustaka demi tujuan tersebut.
Selepas ini, Kampung Kerinchi dijanka akan menjadi salah satu laluan perkhidmatan bas percuma GoKL, pembinaan klinik kesihatan dan lebih banyak perumahan PPR.
Bangsar South / Kampung Kerinchi bukanlah satu-satunya kawasan di Lembah Klang yang ditukar nama kepada nama yang lebih – hhm – ‘urban’ ataupun ‘glamor’.
Cer tengok 8 lagi contoh ini.
Solaris Dutamas / Mont Kiara = Segambut
Country Heights Damansara = Kepong
Kota Damansara = Sungai Buloh
Kuala Lumpur Sentral = Brickfields
KL Eco City = Kampung Abdullah Hukum
Bestari Jaya = Batang Berjuntai
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memang wow! Itulah yang dapat REMAJA ungkapkan dalam satu perkataan. Ternyata aura yang dibawa pengarah Mamat Khalid menerusi ‘Hantu Kak Limah’ (HKL) mempunyai bisanya tersendiri.
Ini merupakan satu pencapaian yang sangat hebat buat Mamat Khalid dan juga para pelakon yang membintangi filem ini.
HKL merupakan filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold mencetuskan fenomena mereka tersenduru apabila mencipta rekod ke-4 dengan memungut RM20.5 juta dalam tempoh hanya 11 hari tayangan.
Ia sekali gus menjadikan HKL melonjak ke tempat pertama filem tempatan mendapat kutipan tertinggi bagi sesebuah filem tempatan.
Rekod ini sebelum ini pernah dipegang oleh filem ‘Abang Long Fadil 2 ‘(terbitan Astro Shaw & Skop Productions) yang telah berjaya mengutip RM19.04 juta selama 28 hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Menurut Penerbit Eksekutif, Dato’ Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim serta Mamat Khalid, barisan pelakon dan krew melahirkan sara syukur dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura serta rakan media dan rakan komersial yang sentiasa menyokong dan meletakkan filem HKL di kedudukan rating tertinggi menerusi kutipan pecah panggung terbesar sepanjang zaman.
HKL masih rancak ditayangan di 146 pawagam membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Dato’ Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Dato’ Seri Vida.
Lain macam aura dibawa Kak Limah kali ini. Hiks!
Berikut merupakan TOP 10 Filem Tempatan yang mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia.
1. Hantu Kak Limah – *RM20.5 juta (masih ditayangkan di pawagam)
2. Abang Long Fadil 2 – RM18.15 juta
3. Polis EVO – RM17.8 juta
4. Munafik – RM17.4 juta
5. The Journey – RM16.87 juta
6. BoBoiBoy: The Movie – RM16.77 juta
7. Ola Bola – RM16.67 juta
8. KL Special Force – RM12.2 juta
9. KL Gangster – RM11.74 juta
10. Ombak Rindu – RM10.09 juta
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kita selalu dengar pelajar universiti terpaksa buat dua kerja demi tampung hidup semasa pengajian. Ada yang terpaksa ikat perut makan sekali sahaja, makan mi segera semata-mata mahu mencukupkan duit PTPTN.
Perkongsian dari seorang doktor ini iaitu Dr Syahr Musafir yang dia disapa oleh seorang tua yang mahu menjual telefon bimbit untuk belanja makan anaknya di universiti cukup meruntun hati. Namun satu persoalan timbul, adakah benar kos makan mencecah RM30 sehari bagi pelajar universiti?
Baca perkongsian ditulisnya di laman facebooknya.
Selesai urusan membeli, saya keluar ke depan kedai. Seorang pak cik, saya agak usianya hampir 60 tahun, berbaju biasa berseluar trek lusuh menyapa saya, “Assalamu’alaikum, maaf ganggu. Nak beli telefon tak?”
Aduhhh, biasanya orang muda yang approach sebegini nak jual telefon. Memang tak belilah. Ini pak cik tua begini, serba salah jadinya bagaimana nak cakap tak nak.
“Wa’alaikumsalam wbt. Maaf, pak cik. Kita tak nak,” saya memberi respon, kelam-kabut, sebab gabra. Saya memang guna ‘kita’ kalau bercakap dengan orang tua.
“Allah… Pak cik sebenarnya dah tahu tak ada orang nak beli telefon pak cik yang tak seberapa ni. Tetapi pak cik nak cuba jual juga, nak hantar duit untuk anak pak cik, dia belajar di universiti…” balas pak cik ini.
Saya terpaku di situ, tak tahu nak respon apa.
“Anak ni, mesti kerja pejabat, ada gaji tetap… Dulu belajar di universiti?” tanyanya.
Saya mengangguk, senyum.
“Mesti susah kan belajar di universiti dulu, banyak pakai duit,” pak cik ini seakan ajak sembang.
Saya menjawab, “Ada jugalah. Zaman sekarang kan pak cik, semua guna duit…”
“Anak pak cik belajar di Universiti XYZ (bukan nama sebenar) di Kedah. Banyak nak guna duit masa belajar. Sabtu lepas hantar RM200 kepada dia, untuk duit makan. Semalam dia telefon, nak duit sebab barang makan bertambah mahal sekarang, tak cukup.”
Otak saya ligat berkira-kira, bagi RM200 pada hari Sabtu, hari ini Khamis, maksudnya lebih kurang 6 hari, duit dah nak habis. Kalau ada baki RM20 hari ini, maknanya 6 hari sudah habiskan RM180 untuk makan – jadi, anaknya guna RM30 untuk makan dalam 1 hari.
Saya terdetik nak bertanya, “Mungkin di sana makanan mahal ke camne… Anak pak cik tak ada PTPTN ke, biasiswa ke, apa ke, yang boleh ada duit lebih.. Kerja part-time ke?”
Jawabnya, “Ada PTPTN, tapi anak pak cik kata tak cukup pun. Sikit je PTPTN tu…”
Ada banyak pihak bermurah hati memberikan makanan percuma untuk pelajar universiti
Saya mengurut dada.
“Saya tak dapat nak beli telefon pak cik ni. Maaf ye, pak cik..” saya minta diri, jangan tanya saya ada bagi duit ke apa ke kepada pak cik ni ye.
Terfikir, RM30 untuk seorang lelaki bujang makan untuk 1 hari, bagi saya mahal sangat. Ibaratnya RM10 untuk breakfast, RM10 lunch dan RM10 untuk dinner.
Flashback dulu, semasa zaman belajar di universiti, saya makan roti waktu pagi, tengah hari kebanyakannya bawa bekal roti juga, malam baru jumpa nasi. Makan malam nasi pun, saya ambil sayur dua atau tiga jenis, yang ada ikan bilis goreng gitu, supaya ada rasa. Nak protein, saya makan sayur yang ada sumber protein (contohnya tempe, tauhu, bayam) atau makan telur. Air teh O ais yang RM1 segelas. Bukan kedekut, tetapi jimat. Ini kisah saya di INTEC (Shah Alam) dulu, sahabat baik saya Dr Qamarus Salikin memang tahulah saya berjimat macam mana. Jadinya, nasi makan malam tu RM2 atau RM3 je (sebab nasi putih lauk sayur dua atau tiga jenis). Roti tu pun RM3.55 (Gardenia, sandwich bread) tu sebungkus panjang boleh tahan 3 hingga 4 hari satu bungkus roti. Tak sampai RM10, confirm. Jimat, sebab saya tahu saya bukan orang senang. Sekali-sekala masa hari duit biasiswa/elaun JPA masuk, ada juga beli makan sedap-sedap. Tetapi sekali-sekala je la.
Zaman sekarang, harga barang makin meningkat, tak sepatutnya jadi sebab untuk kita sebagai mahasiswa nak ‘menyusahkan’ ibu bapa secara berlebihan. RM30 untuk makan 1 hari, bagi saya, ini tak logik. Si anak habiskan RM200 dalam masa 6 hari, sedangkan si ayah bergolok-gadai nak cari duit untuk tanggung perbelanjaan anak. Sampai kena jual telefon, sedangkan telefon itu keperluannya.
Sebagai mahasiswa, sudah menjadi TANGGUNGJAWAB kita berjimat, uruskan kewangan dengan bijak dan seterusnya berikhtiar cari duit jika tak cukup. Beli keperluan sahaja, jangan beli gajet yang tak perlu. Beli makanan berpatutan, bukan guna duit yang ibu bapa bagi untuk belanja pakwe/makwe. Beli pakaian yang perlu, bukan beli pakaian branded atau stylo sedangkan kita tak mampu.
Sanggup tak makan dan ikat perut sebab simpan duit sendiri nak beli iPhone saya tak kisah, tetapi sanggup minta duit berkali-kali daripada ibu bapa yang susah di kampung sebab nak enjoy di bandar besar adalah tidak wajar.
Saya bukan menuduh, tetapi saya kenal mahasiswa-mahasiswi universiti yang hanya guna PTPTN boleh survive di KL, Johor, Terengganu. Ada antara mereka yang kerja part-time, ada yang jadi dropshipper, ada buat bisnes online dan sebagainya. Sebab nak tampung kos pengajian, kehidupan, tanpa meminta duit daripada ibu bapa. Si anak pak cik ini yang habiskan RM200 dalam masa 6 hari ni, guna duit buat apa? Kalau beli buku, cakaplah beli buku, bukan cakap tak cukup duit nak makan.
Apa kata anda? Jika anda mahasiswa/i, berapa kos makan minum setiap hari?
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...