Begitulah kenyataan pertama daripada penyanyi, pelakon dan pengasas jenama kecantikan Rare Beauty, Selena Gomez setelah mengesahkan dirinya kini sudah menjadi tunangan penerbit rakaman atau muzik, Benny Blanco.
Episod bahagia Selena Gomez ini akhirnya menjadi satu realiti setelah jelitawan itu berkongsi foto terbarunya di dalam ruang walk-in-wardrobe bersama cincin berlian jenis marquise sambil dipeluk oleh Benny.
Di ruangan komen hantaran yang sama, Benny mencuri tumpuan apabila meninggalkan komen romantis berbunyi, “Hey, itu adalah isteri saya.”
Ads
Mengimbas semula detik awal pengenalan mereka berdua, pasangan ini mula menjalin hubungan cinta pada Jun 2023 dan secara rasminya menjadi pasangan kekasih pada Disember tahun lalu.
Sejak itu, Selena bersikap lebih terbuka mengenai hubungan mereka dengan pihak media dan berkata dirinya amat gembira di sisi Benny.
Sebagai contoh sewaktu sambutan hari lahir Benny Mac lalu, Selena memuat naik ucapan berbunyi, “Kekuatan emosi kamu, sikap positif kamu, bakat luar biasa kamu (yang selalu membuat saya terpesona, humor kamu yang tidak dapat saya nafikan dan hati kamu yang ikhlas benar-benar mencuri hati saya. Saya cintakanmu Benny Blanco.”
Ads
Manakala pada bulan Mei menerusi temubual bersama Howard Stern pula, Benny berkata dia dapat menggambarkan dirinya bakal membina mahligai keluarga bersama Selena.
Pada waktu itu, Benny berkata dia masih belum memiliki sebentuk cincin untuk merisik Selena biarpun hubungan mereka sudah memasuki fasa serius. Fast forward ke tujuh bulan kemucdian, kini cincin keramat itu sudah pun tersarung pada jari tunangnya.
Ads
Rata-rata peminat ‘SelGo’ tumpang gembira dengan berita baik ini.
Kata mereka, akhirnya Selena menemui juga kebahagian setelah beberapa kali kecundang dalam episod percintaan bersama bekas kekasih popular seperti Justin Bieber, Nick Jonas, Zedd, Jonas dan Abel (The Weeknd).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tarikh 15 Jun 2023 menjadi detik bersejarah buat pelakon K-drama dan K-movie kacak, Song Joong-ki setelah isterinya, Katy Louise Saunders dilaporkan selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam.
Memetik laporan Koreaboo, Joong-ki dan Katy yang juga merupakan seorang bekas pelakon berdarah Inggeris telah menimang cahaya mata sulung mereka itu di bumi kelahiran Katy sendiri di Rome, Itali.
Song Joong-ki.
Pelakon itu sendiri telah mengumumkan perkhabaran gembira itu di Instagram dan ia berbunyi sedemikian.
“Hello, ini ialah Joong Ki. Saya tertanya-tanya bagaimanakah keadaan anda semua.
“Hari ini, saya ingin berkongsi satu lagi perkhabaran gembira ibarat mimpi kepada anda semua dan saya ingin menjadi insan pertama yang memberitahu kepada anda. Kini saya berada di Itali. Di pekan kelahiran isteri saya di Rome dan kami telah menimang cahaya mata kami.
“Dia merupakan seorang bayi lelaki yang sihat… dan kedua-duanya; bayi dan ibunya… berada dalam keadaan sihat sejahtera,” catat pelakon Reborn Rich yang bersyukur dengan nikmat yang diterima oleh keluarganya ini sebelum berterima kasih kepada semua peminat yang menghulurkan sokongan mereka.
Sejak itu, khabar angin mengenai mereka berdua telah bertiup kencang sehingga ke foto yang menampakkan Katu dengan ‘baby bump’ beliau sewaktu di sebuah lapangan terbang.
Lantas, pasangan sama cantik sama padan itu mengumumkan perkahwwinan mereka pada bulan Februari tahun ini setelah Katy disahkan sudah berbadan dua.
Terdahulu, Joong-ki pernah mengahwinin bintang K-drama, Song Hye-kyo yang merupakan gandingannya dalam drama popular, Descendants of the Sun.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa di sekitar Lembah Klang baru-baru ini, kami pasti pasangan yang ingin berkahwin mula berasa panik kerana takut majlis mereka terpaksa ditunda lagi. Tambahan pula, kini hampir seluruh negara dikenakan arahan PKPB di daerah mereka.
Ramai juga dikalangan teman rapat kami terpaksa menunda majlis dari awal tahun lalu dan lebih menyedihkan apabila duit deposit yang dibayar untuk dewan majlis ‘hangus’ begitu sahaja.
Gambar hiasan
Menurut Harian Metro, masih ada 150,000 majlis perkahwinan yang dirancang dalam tempoh pandemik COVID-19 di seluruh negara tertunda. Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM) Arabath Ali Arul Alavudeen berkata, data itu direkodkan pihaknya yang menunjukkan penangguhan majlis sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), April lalu.
Gambar hiasan
Mengikut rekod, hanya lima peratus sahaja yang melansungkan perkahwinan atau pernikahan secara online dan bakinya masih menunggu untuk melangsungkan perkahwinan sebaik keadaan pulih.
Hal ini bukan sahaja menjejaskan bakal pengantin, malah pemain industri perkahwinan juga terkesan kerana ramai pasangan yang ingin menangguh atau membatalkan majlis.
Ada yang meninggalkan komen berkongsi pengalaman kerana bisnes mereka turut terjejas dek kerana situasi ini.
Malah, ada juga netizen yang menasihatkan agar meneruskan perkahwinan tetapi buat secara bersederhana.
Apa-apa pun, pilihan tetap ditangan bakal pengantin. Kami pasti mereka mempunyai alasan tersendiri kerana menangguhkan majlis perkahwinan. Sama-sama kita doakan agar urusan semua bakal pengantin dipermudahkan.
Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI) telah melaksanakan sebuah majlis akad nikah secara online yang pertama kalinya dilakukan di Malaysia.
Menurut Malaysiakini, nikah secara online adalah sah jika syarat pelaksanaan akadnya dipenuhi. Hal ini boleh dirujuk pada kitab Syarh Qanun Ahwal Sakhsiyyah, 1997 oleh Dr Mahmud Al-Syarthawi, halaman 67.
Gambar hiasan
Walau bagaimanapun, untuk melakukan pernikahan seperti ini, ada syarat yang korang perlu patuh dan bukannya boleh dilakukan sesuka hati.
Berikut adalah syarat-syarat nikah online yang telah dikongsi oleh PU Azman untuk dijadikan panduan masyarakat mengenai isu ini.
1. Mesti dilakukan secara video conference dimana wali dan pengantin lelaki saling melihat.
2. Dilakukan dalam satu majlis. Mazhab yang mensyaratkan kesatuan tempat melihat nikah online tidak sah. Imam Hambali mendefinisikan satu majlis ialah kesatuan waktu, bukan kesatuan tempat dan fizik. Pandangan ini dipersetujui oleh Imam Hanafi.
3. Dihadiri dua saksi dan rukun nikah yang lain. Dua saksi mendengar dan memahami urusan ijab qobul.
Gambar hiasan
4. Diyakini semua individu yang terlibat dalam nikah online adalah individu yang sebenar.
5. Ijab dan qobul dilakukan bersambung dan tidak diselangi dengan sesuatu yang merosakkan kesatuan majlis seperti wali main FIFA20 selepas ijab dan sebelum qobul.
Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan, tetapi terhalang kerana situasi pandemik COVID-19 yang berlaku sekarang. Jika ada sebarang kemusykilan, adalah lebih baik sekiranya korang mendapatkan nasihat daripada para ulamak.
Wallahualam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.