Di saat arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung untuk tempoh 2 minggu lagi sehingga 12 Mei 2020, kerajaan membuat keputusan mengejutkan dengan memberi sedikit kelonggaran kepada 2 golongan.
Menerusi perutusan rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, beliau mengumumkan bahawa pelajar di kampus akhirnya akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing YANG TERLETAK DALAM ZON HIJAU tidak lama lagi.
Golongan pertama ini diwakili oleh bilangan yang cukup besar iaitu lebih daripada 53,000 orang pelajar di seluruh negara.
Ads
Bagaimanapun, kerajaan menetapkan syarat agar para pelajar terlebih dahulu disahkan benar-benar sihat dan tidak mempunyai gejala Covid-19. Mereka perlu menjalani proses saringan kesihatan secara teratur agar ia tidak menyebabkan sebarang penularan wabak.
Proses membawa pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing akan dimulakan pada Isnin hadapan (27 April). Masa perjalanan ditetapkan pada jam 9 malam hingga 9 pagi dari kampus ke destinasi. Pelajar akan disaring terlebih dahulu dan kemudian diberikan topeng muka serta makanan untuk mengalas perut.
Bagi pelajar yang ingin memandu pulang, mereka tidak dibenarkan merentas negeri dan perlu memiliki surat perlepasan daripada IPT dan balai polis. Jadi bagi korang yang menetap di negeri berlainan, kami nasihatkan agar menaiki saja pengangkutan yang disediakan oleh kerajaan.
Bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak pula, pihak kerajaan akan menanggung kos perjalanan pulang menaiki kapal terbang.
Ads
Menariknya, 15 peratus daripada 53,000 pelajar yang kini menetap di kampus mengambil keputusan untuk kekal di kampus. Ini berikutan musim peperiksaan yang semakin hampir ataupun disebabkan faktor ketiadaan jaringan internet di kampung halaman.
Oleh itu, bagi memudahkan proses pembelajaran mereka secara online, mereka lebih rela terus menetap di kampus.
*
Ads
Selain daripada pelajar, PM juga mengesahkan apa yang disampaikan oleh Dato Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa hari lalu.
Golongan kedua yang diberikan kelonggaran adalah mereka yang masih terperangkap di kampung atau di negeri lain sejak kerajaan melaksanakan perintah PKP pertama. Mereka akan dibenarkan untuk merentas negeri dalam waktu terdekat.
Syaratnya adalah SATU perjalanan sahaja dibenarkan. Kerajaan sedang mengumpul data untuk mengatur perjalanan pulang. Korang yang merupakan sebahagian daripada golongan ini boleh mendaftarkan diri bersama PDRM secara online ataupun membuat temu janji di balai polis terdekat.
Pengisian data ini adalah agar tiada kesesakan di jalan raya dan hentian lebuh raya akan berlaku. Ia juga bagi memastikan kesemua sihat dan bebas daripada simptom Covid-19.
Ini sahaja kelonggaran yang diberikan buat masa ini. Yang lain tu, teruskan duduk di rumah okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terus kejam dan tidak berperikemanusian. Jika ingin diceritakan kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin, kita tidak akan mampu menulisnya kerana terlalu banyak. Cara terbaik adalah kita berdoa kepada Allah taala agar terus lindungi rakyat Palestin selain membantu dari sudut kewangan untuk saudara seislam kita dibumi Gaza.
Hal ini juga membuka mata seluruh dunia termasuk selebriti popular Hollywood antaranya Gigi Hadid, Bella Hadid, Zayn Malik, DJ Khaled dan ramai lagi. Termasuklah ‘Hulk’ pelakon Mark Ruffalo yang popular dengan watak adiwira Hulk dalam filem The Avengers turut mengutuk serangan dilakukan rejim Zionis terhadap Palestin.
Pelakon berusia 53 tahun itu memuat naik beberapa ciapan di laman Twitter dengan menyeru orang ramai supaya melakukan sekatan atau memboikot Israel.
Over 30 children killed. Mothers dead. Hundreds injured. We are on the brink of a full-scale war. Sanctions on South Africa helped free its Black people – it’s time for sanctions on Israel to free Palestinians. Join the call. #GazaUnderAttackhttps://t.co/N72e0xLvX5
“Lebih 30 kanak-kanak terbunuh. Ibu-ibu terkorban. Ratusan orang tercedera. Kita berada di ambang perang berskala penuh.
“Sekatan ke atas Afrika Selatan membantu membebaskan rakyatnya (orang kulit hitam). Sudah tiba masanya sekatan ke atas Israel bagi membebaskan rakyat Palestin,” tulisnya awal pagi tadi.
Malah, pelakon siri adiwira popular ini juga berkongsi dan retweet semula beberapa ciapan yang mengutuk Zionis termasuk mempersoalan keganasan dan kemusnahan terhadap bangunan pejabat agensi berita?
An Israeli airstrike has destroyed a high-rise building that housed The Associated Press’ and Al Jazeera’s offices in the Gaza Strip. Why??https://t.co/Es30nylGcc via @HuffPost
Di saat satu dunia kisah dengan pandemic COVID-19 yang seakan tidak ada tanda akan surut dalam tempoh terdekat ini, Israel sebuah nama tidak bernegara ini terus menggunakan cengkaman mereka untuk menindas penduduk Palestin.
Moga Allah sentiasa bersama seluruh rakyat Palestin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buat pertama kalinya Indonesia mengadaptasi permainan video ke layar perak dengan dibintangi oleh barisan pelakon seperti Caitlin Halderman, Jefri Nichol, Marsha Aruan dan Ciccio Manassero.
DreadOut mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang mencari populariti dengan merakam pengembaraan mereka disebuah bangunan terbiar dan memuat naik video di media sosial. Kumpulan remaja ini telah memasuki kawasan terlarang dan tanpa sengaja, seorang daripada mereka telah membaca mantra bahasa sunda kuno yang boleh membuka portal ke alam lain.
Filem ini cuba menonjolkan unsur-unsur yang terdapat seperti dalam permainan video DreadOut, salah satunya adalah dengan kehadiran perempuan berkebaya merah yang dilakonkan oleh Rima Melati Adams. Banyak lagi elemen sama yang berkait dengan game tersebut dan antaranya adalah logo ular yang berbentuk segitiga dan kelibat hantu pocong yang muncul dalam filem ini.
Permulaan cerita sedikit perlahan mungkin kerana watak yang ada agak ramai dan pengarah mahu mengembangkan setiap karakter kumpulan remaja ini. Perlahan-lahan ia membawa penonton menyelusuri pengembaraan mereka ke alam maya.
Lakonan Linda (Caitlin Halderman), selaku watak utama juga boleh dianggap sebagai ‘hero’ dalam filem ini harus dipuji kerana peranannya dalam filem ini amat besar dan menjadi tunjang utama kepada setiap jalan cerita.
Bukan hanya kisah seram semata-mata, korang juga bakal melihat nilai setia kawan yang ada dalam kumpulan remaja ini. Buktinya, apabila ada kawan yang terperangkap di alam maya, seboleh-bolehnya mereka ingin menyelamatkan kawan-kawan yang lain tanpa ada timbul rasa pentingkan diri sendiri.
Watak Erik, Jessica, Beni, Dian dan Alex menguatkan lagi plot cerita dengan perbezaan karakter masing-masing. Selain daripada teman sekolah mereka, tak pasal-pasal pak guard bangunan tersebut pun menjadi mangsa.
Unsur humor yang diselitkan juga mampu membuatkan penonton tertawa dengan scene-scene yang agak menghiburkan. Jadi, korang tak hanya rasa takut malah turut terhibur dengan setiap aksi yang dipaparkan dalam filem DreadOut ini.
Nah, tak perlulah korang nak bercakap soal di mana logiknya filem ini kerana ia memang mengikut sepenuhnya konsep permainan vidieo yang popular di Indonesia.
Ada part yang akan buat korang tutup telinga, tutup mata. So, kalau nak tahu macam mana seramnya filem ini, apa kata korang saksikan sendiri DreadOut yang bakal ditayangkan pada 18 April ini di seluruh pawagam tanah air.
Pssttt, pssttt.. Jangan sampai korang termimpi-mimpi pulak makcik berkebaya merah tu. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biasa kita dengar kisah orang terkaya, tapi bagaimana jika kisah haiwan peliharaan pula yang terkaya? Pasti susah nak percaya jika seekor haiwan peliharaan boleh bergelar jutawan.
Dalam senarai Forbes yang dilaporkan oleh All About Cats, seekor kucing berjenis Scottish fold milik bintang pop berusia 33 tahun Taylor Swift disenaraikan sebagai haiwan peliharaan ketiga terkaya di dunia, dengan anggaran nilai bersih AS$97 juta.
Kedudukan itu sendiri adalah berdasarkan analitik Instagram, dengan membandingkan haiwan peliharaan melalui populariti di media sosial. Bukan itu sahaja, Influence Marketing Hub juga digunakan untuk menganggarkan jumlah pendapatan Instagram setiap haiwan, serta purata bilangan likes.
Kejayaan Di Luar Media Sosial
Tetapi sebenarnya, Olivia sendiri juga pernah meraih kejayaan di luar media sosial. “Olivia telah menemui kejayaan di luar bidang pengaruh Instagram,” membaca penyenaraian itu, menurut Billboard.
Olivia kerap muncul dalam beberapa video muzik bersama Taylor, seperti “Me!” dan “Blank Space”. Olivia juga diketahui telah beraksi cemerlang dalam banyak iklan jenama besar, iaitu DirectTV, Diet Coke, AT&T, dan Ned Sneakers, Young People.
Menariknya, menurut laporan Rolling Stone, walaupun Olivia anatara kucing terkaya namun dia tidak mempunyai akaun Instagram peribadi seperti kebanyakan haiwan peliharaan lain.
Ini juga bermakna Olivia telah menggantikan dua lagi kucing Taylor, Meredith Gray dan Benjamin Button. Malah, Olivia dan Meredith muncul dalam video rehat yang dimainkan semasa konsert Jelajah Dunia 1989 pada 2015 dan Benjamin mempunyai cameo dalam video muzik untuk “Me!”.
Lagipun, Meredith dan Benjamin tidak berjaya dalam ranking haiwan peliharaan terkaya All About Cats. Tapi, Olivia berjaya menewaskan haiwan peliharaan selebriti dunia.
Wah, hebatlah Olivia Benson ni. Untungnya jadi kucing kesayangan Taylor Swift kan…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!