Setelah berbulan rimas dengan rambut yang sudah tidak terurus, akhirnya kaum lelaki di Malaysia boleh menarik nafas lega apabila kerajaan akan membenarkan operasi kedai gunting rambut dan dandan rambut semula.
Dalam ucapan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, operasi semula akan dibenarkan mulai 10 Jun ini di seluruh negara.
Antara servis yang dibenarkan termasuk gunting rambut asas, cuci rambut asas, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut, manicure dan pedicure serta cuci dan rawatan muka.
Namun, ada syarat-syarat SOP yang perlu dipatuhi oleh pengusaha kedai dan juga pengunjung.
Ads
“Bagi golongan berisiko iaitu individu berusia 60 tahun ke atas, proses guntingan wajib dilakukan secara temu janji, tanpa kehadiran pengunjung daripada kumpulan usia lain.
“Bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun pula, ibu bapa dibenarkan hadir bersama tetapi perlu memakian pelitup muka dan apron pakai buang,” jelas beliau.
Ads
Jangan risau, kami juga tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan apron pakai buang tersebut?
Ads
Pengusaha kedai perlu menyediakan apron pakai buang yang selalu diikat pada leher semasa menggunting rambut berbeza bagi setiap pelanggan. Ia tidak boleh dikongsi beramai-ramai seperti biasa.
Bagi para pekerja pula, mereka wajib memakai pelindung muka, apron pakai buang dan sarung tangan pakai buang.
Selain daripada itu, korang juga perlu melihat tata cara pengusaha sekiranya mereka menjarakkan kerusi di kedai sekurang-kurangnya 2 meter bagi setiap pelanggan atau tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas 12 tahun program realiti We Got Married berjaya mendapat tempat di hati penonton, kini muncul program kedengaran seakan sama, namun ternyata berbeza.
Khabarnya program berjudul We Got Divorced akan ditayangkan di TV Chosun.
We Got Married
Menurut laporan YTN, We Got Divorced akan menjadi variety show terbaru di TV Chosun dan akan diketuai oleh Lee Kook Yong penerbit sama bagi siri Taste Of Love. Program ini mendapat kerjasama penulis Jung Sun Young yang terlibat dalam rancangan realiti 2 Days 1 Night.
We Got Divorced menampilkan selebriti yang berkongsi kisah penceraian mereka dengan cara baru dan ‘fresh’. Tarikh tayangan episod pertamanya dan barisan selebriti yang terlibat masih dalam perbincangan dan sedang dalam rundingan.
*
Asalnya, program ini diberi judul Taste of X, sekali gus menjadi siri ketiga bagi program ‘Taste of’, selepas Taste of Love dan Taste of Wife.
Namun, di peringkat perbincangan produksi, mereka sepakat menukarnya menjadi We Got Divorced. Beritu itu telah disahkan oleh TV Chosun dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan.
Dengar cerita, dua selebriti yang telah disenaraikan untuk menyertai program ini ialah Lee Young Ha dan Sunwoo Eun Sook.
Lee Young Ha & Sunwoo Eun Sook
Kedua-dua pelakon ini berkahwin pada tahun 1981 dan malangnya bercerai pada tahun 2007 setelah 26 tahun berkahwin. Walaupun bercerai, baru-baru ini mereka muncul dalam sebuah program bersama anak lelaki dan menantu mereka.
Wah, tak sabar rasanya nak tengok selebriti Korea yang selalunya private ini berkongsi kisah hidup mereka. Sporting betul kan mereka.
Filem yang dinanti-nanti, sekuel kepada Train To Busan sudah pun mengumumkan tarikh tayangan perdana di Korea Selatan pada 15 Julai 2020.
Dibintangi oleh Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, Goo Kyo Hwan, Kim Do Yoon, Lee Re, dan Lee Ye Won, pengarah Yeon Sang-Ho sebelum ini telah menggambarkan bahawa sekuel ini lebih berskala besar dan lebih mendebarkan.
Filem ni menceritakan tentang seorang tentera dan beberapa orang yang terselamat yang berhasil melarikan diri daripada wabak zombie di Korea Selatan atau lebih dikenali sebagai Peninsula. Mereka berusaha untuk menyelamatkan individu yang tidak dijangkiti wabak tersebut namun perlu berhadapan dengan serangan zombie.
Tak sabar nak tahu tarikh tayangan Peninsula di Malaysia pula!
Apa-apa pun teruskan mengikuti SOP yang diarahkan oleh pihak pawagam yang dijadualkan akan beroperasi bermula 1 Julai nanti.
Siapa kat sini yang memang suka sangat dengar lagu rap & hiphop? Mesti ramai kan!
Seiring berjalannya waktu, semakin banyak bakat baru dan pemuzik muda yang mencuri perhatian. Ada juga di antara mereka yang bijak berinovasi menggabungkan pengaruh tradisional dan bunyi moden, sehingga mampu mencipta identiti unik masing-masing agar dekat dengan jiwa pendengar yang dahagakan karya terbaru.
Gelombang muzik pemuzik rap dan hiphop pada masa kini juga berjaya menolak sempadan muzik dan memberi suara kepada generasi masa depan. Dan menurut penyanyi dan komposer Alyph, beliau menyifatkan kebangkitan muzik rap dan hiphop sebagai fenomena positif, tetapi menekankan perlunya sokongan komuniti yang lebih luas untuk memastikan genre ini terus berkembang.
Jadi tanpa buang masa korang lagi, meh REMAJA kongsikan beberapa nama baru dalam industri hiphop lokal yang korang wajib layan!
53 UNIVERSE
Banyak lagu yang dihasilkan oleh 53 Universe mula menjadi siulan anak muda pada masa kini. Bahkan sebelum lagu mereka ‘PP at Bukit Tabur’ yang dilancarkan pada tahun lalu seperti Gard O Gard, Homerun, M 2 Tha Sky, Step On! dan HA$BULLA ALT juga sudah pun lekat di hati para peminat. Fakta unik mengenai kumpulan ini adalah mereka terdiri daripada senior dan junior dari sekolah yang sama yang terletak di Melawati, Kuala Lumpur. Nama kumpulan ini turut diinspirasikan dari poskod kawasan Melawati iaitu 53100. Sembilan artis yang bernaung di bawah label 53 termasuklah Pele L., Fuego, Ryb3na, YBJ, Mad Muz, A2M, IMRN, AMK dan Faiz Ruzayn.
53 Universe
FORCEPARKBOIS
Nama mereka menjadi hangat dan bualan peminat muzik selepas melancarkan track berbahasa Melayu berjudul Lotus. Bukan setakat itu sahaja, FORCEPARKBOIS yang dianggotai oleh anak-anak muda berasal dari Johor Bahru ini mula meraih populariti lebih luas apabila rapper terkenal Korea Selatan, Jay Park melancarkan remix Lotus bersama labelnya, HIGHR Music. Kalau korang nak tahu, baru-baru ini FORCEPARKBOIS turut berkolaborasi bersama penyanyi rap tempatan hebat yang lain seperti ChronicalZ, Fuego & MK menerusi lagu berjudul ‘Money Talk’.
FORCEPARKBOIS
SLATAN
Menurut penyanyi dan juga anggota kepada kumpulan ini, GARD, SLATAN terkenal dengan konsep muzik menggunakan lingua bahasa, meme, visual unik dan dekat dengan budaya Malaysia. SLATAN terkenal sebagai sebuah kumpulan muzik yang dijalankan bersama rakan-rakan dan keluarga. Mereka terdiri daripada Ap Offgrid, Wuzgut, Gard, Quai, Shilky, Bg Rabbit, Nobi, John Nasa, Akkimwaru, Maatjet, dan Jay Station.
SLATAN0108
LAWALAH FAMILIA
Mungkin ramai yang sudah mengenali kumpulan LAWALAH FAMILIA, betul tak? Sebab terdapat beberapa nama terkenal seperti Sabbala, Rahhh 5 Kaki, Halim Redwood, Benzooloo, dan ramai lagi yang sudah mengangkat nama LAWALAH FAMILIA dalam industri muzik hiphop di Malaysia. Kumpulan ini juga siap ada sub-group seperti Lawa Nie Geng (Alabbas dan Muarrifah) yang kini bernaung di bawah Mixology Music dan juga Lawalah Borneo yang diketuai oleh Benzooloo dan MCs seperti Highrule, Syamel Izwan, dan NA$, berjaya memperkenalkan pengkarya hebat dari Sabah dan Sarawak.
LAWALAH FAMILIA
Intihanya, industri muzik rap dan hiphop Malaysia kini semakin berkembang dengan kemunculan bakat-bakat baru yang penuh dengan kreativiti dan semangat. Kumpulan seperti 53 UNIVERSE, FORCEPARKBOIS, SLATAN, dan LAWALAH FAMILIA telah membuktikan bahawa genre ini bukan sahaja relevan di kalangan anak muda, tetapi juga mampu merentasi batas budaya dan memberi impak yang besar kepada masyarakat.
Dengan sokongan yang berterusan dari komuniti muzik dan pendengar setia, tidak mustahil satu hari nanti kita akan menyaksikan lebih banyak lagi penciptaan karya-karya hebat yang mampu mengangkat nama Malaysia di persada muzik global.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!