
Tiada apa yang memilukan, di saat keluar mencari rezeki buat keluarga namun yang pulang hanyalah sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa.
Hasrat seorang pemandu pembersihan jalan raya yang sedang menjalankan kerja pembersihan jalan berakhir dengan tragedi apabila maut selepas dirempuh sebuah kereta Honda di Bandar Utama Damansara berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini, pagi ini.
Mangsa, Mohamed Zaini Zakaria, 32, yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya semalam disahkan meninggal dunia di lokasi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 5.54 pagi.
Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah Honda Accord dipandu mangsa melanggar bahagian belakang lori yang dipandu seorang lelaki dengan lapan pekerja kontrak sedang melakukan kerja pembersihan jalan raya.




"Akibat rempuhan itu, pemandu kereta tersepit dan anggota berjaya dikeluarkan anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi.
"Lapan pekerja pembersihan berusia antara 20-an hingga 40-an cedera ringan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menggunakan lima ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kota A’Famosa Dibina Di Atas Runtuhan Masjid Agung Melaka?

Seperti yang kita tahu beratus tahun dahulu Melaka merupakan sebuah kota dagangan dunia yang menjadi tumpuan kuasa-kuasa besar untuk menguasainya. Kedudukannya yang strategik menjadikan Melaka sebagi pusat dagangan ulung ketika itu.
Mula dijajah oleh Portugis pada 1511 dan kemudiannya Belanda pula menjajah Melaka pada tahun 1641. Penjajahan Belanda ke atas Melaka merupakan penjajahan paling lama yang mana ia memakan masa selama 183 tahun. Ketika itu pengaruh Melaka sebagai kota dagangan semakin merosot kerana Belanda lebih mengutamakan Batavia ataupun sekarang dikenali sebagai Jakarta, Indonesia.
Sebelum kedatangan Portugis, Melaka sangat maju dan menjadi pusat perkembangan agama Islam yang unggul di Nusantara. Namun ada satu perkara yang menjadi persoalan, dimanakah sebenarnya lokasi Istana Melaka dan juga masjid yang menjadi pusat penyebaran Islam.
Dalam perkongsian rancangan Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul episode 13 yang disiarkan TV3 ada berkongsi tentang perkara ini. Ketika zaman gemilang Kesultanan Melayu Melaka Istana pasti hadir dengan masjid dan dikelilingi rumah para pembesar.
Sehingga kini kedudukan masjid masih menjadi tanda tanya dan ada yang mengatakan tinggalan gereja St Paul yang terletak di atas bukit Melaka sebenarnya merupakan sebuah Masjid Agung.

Ujar Nurman Baroldin yang merupakan pengurus besar Institut warisan Melaka, “Islam diangkat sebagai sesuatu yang paling utama, adakah wajar Masjid berada di kaki bukit sedangkan Istana berada di puncak bukit?
“Jadi kemungkinan, apakah masjid agung melaka terletak di puncak bukit. Kalau pergi ke tapak memang runtuhan gereja st paul mengadap ke arah kiblat. Mungkin kalau kitab oleh buat perbandingan sekarang semua masjid-masjid lama yang terdapat di Melaka kedudukannya sama selari dengan runtuhan gereja St Paul.”
Sebenarnya tindakan Portugis menukar masjid menjadi gereja bukanlah satu perkara asing. Merujuk kepada sejarah perang salib apabila terjadinya Reconquista ataupun dalam bahasa Inggeris, Reconquest yang bermaksud penaklukan semula. Masjid-masjid diubah menjadi gereja dan kesan peninggalan tersebut masih boleh dilihat sehingga kini.

Ketika Portugis membina kota A’famosa bukan sahaja batu-batuan semulajadi digunakan bahkan mereka menggunakan semula batu batu dari sisa runtuhan asal serta batu nisan untuk membina kota tersebut.
Mengikut fakta sejarah. Bukit Melaka dikenali sebagai Bukit St Paul kini. Dipercayai bukit tersebut sebenarnya dinamakan bukit Melaka sejak dari zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah lagi. Namun apabila Portugis menjajah Melaka, mereka menukar nama bukit tersebut kepada nama paderi terkenal di Nusantara ketika itu.
***P/S- Sebagai anak Malaysia, kita harus menghargai sejarah yang panjang negara kita miliki. Jangan biarkan ia ditelah waktu arus kemodenan kerana dengan sejarah kita mengenali jati diri bagaimana susahnya nenek moyang mempertahankan negara ketitisan darah terakhir.
Sumber: Youtube TV3 Malaysia, Britannica
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lepas KFC dan McD, Hari Ni Petugas Media Dapat Aiskrim Malaysia Untuk Basahkan Tekak!

Kalau dua hari berturut-turut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan untuk ‘belanja’ KFC dan McD kepada petugas media yang menunggu di luar Istana Negara.

Hari ni petugas media dapat Aiskrim Malaysia pula, memang murah rezeki mereka ini!
Syarikat telekomunikasi TuneTalk turut turun padang mengagihkan aiskrim Malaysia untuk petugas yang sentiasa menunggu di bawah terik matahari bagi melaporkan keadaan terkini.
Perkara itu dikongsi seorang pengguna Twitter dengan memuat naik beberapa keping gambar yang kelihatan terpancar wajah-wajah gembira mereka setelah dapat menikmati aiskrim berkenaan.
Semalam KFC. Harini tunetalk pula bagi free ice cream dan makanan kat Istana. Nampak lapar betul depa. 😂 pic.twitter.com/i3WUV04EBv
— 👨🏫 (@SyafaatNasir) February 25, 2020
“Semalam KFC. Hari ni (semalam) tunetalk pula bagi aiskrim percuma dan makanan kat Istana. Nampak lapar betul depa,” tulis Syafaat Nasir.
Posting tersebut diulang kicau sebanyak 3,100 kali dan mendapat 7,100 tanda suka serta komen warganet yang rata-rata meluahkan rasa keinginan untuk turut serta menerima makanan percuma.
Esok Nak Lepak Istana!



Murah rezeki petugas media, lepas ni lebih semangat nak melaporkan berita dengan cepat & pantas!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
8 Kesilapan Kerap Kita Lakukan Ketika Hari Raya, Akhirnya Undang Dosa

Jika Ramadan bulan rahmat, Syawal adalah bulan kegembiraan bagi semua.
Namun dalam ramai yang ghairah memikirkan Syawal yang bakal menjelang, perkongsian dari Dr Zaharuddin Abd Rahman perlu kita fikirkan dengan mendalam.
Ini 8 kesilapan kerap dilakukan ketika Syawal seperti perkongsian Dr Zaharuddin. Tidak tahu sama-sama kita belajar. Moga kita semua menjadi insan yang bahagia dunia dan akhirat.

1) Sentuhan : Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi. Larangan ini disebut di dalam al-Quran dan kefahaman dari Hadis Nabawi.

2) Aurat & Ipar : Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah. Inti larangan ini ada disebut di dalam al-Quran dan kefahaman dari Hadis Nabawi.
3) Wangian Wanita : Kaum wanita memakai wangian semerbak dengan sangat kuat (sepatutnya cukup hanya sekadar tidak berbau busuk sahaja) dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram. Larangan ini dengan jelas disebut di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Nabawi.
4) Pakaian Wanita : Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai. Larangan ini dengan jelas disebut di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Nabawi.

5) Adab di Kubur : Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga DUDUK di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin). Larangan ini berdasarkan kefahaman dari Hadis Nabawi.
6) Meninggalkan solat : Kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.
7) Dosa Bertempoh : Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating lelaki perempuan, bersyahwat melalui telefon dan ‘chat’, berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.
? Mata Lelaki : Tidak menjaga pandangan mata sama ada terhadap wanita yang yang sedang bergaya dan menayangkan aurat mereka. Atau juga sewaktu berada di dalam rumah sudara mara, iaitu mengintai ke dalam bilik dan sebagainya.
Sebenarnya kesilapan-kesilapan ini turut berlaku secara kerap di bukan musim perayaan, tetapi sengaja di highlight akibat raya aidil fitri sepatutnya menjadikan kita extra sensitif dengan ruang dan peluang dosa, hasil tarbiah Ramadaniah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

