Setiap kali pelancong asing termasuklah dari Malaysia berkunjung ke Seoul Korea Selatan, pastinya mereka tidak akan lepaskan peluang untuk mencuba aiskrim dari vendor jalanan bernama 32 Parfait.
Terletak di sekitar kawasan membeli-belah terkenal Myeongdong, 32 Parfait popular dengan rupa bentuk aiskrim ‘mencanak ke langit’ . Bukan mudah tau untuk menikmati aiskim setinggi 32 cm ini!
Namun disebabkan oleh rasanya yang sedap dan keunikan bentuk aiskrim, ramai tidak melepaskan peluang untuk mencuba aiskrim yang dijual pada harga 2,000 won atau kira-kira RM7.50 ini.
Antara perisa yang ditawarkan pula termasuklah teh hijau, yogurt strawberi, campuran buah-buahan (seperti strawberi & mangga), vanila coklat, blueberry dan banyak lagi.
Disebabkan sekatan perjalanan di antara negara, kita tidak lagi boleh ke Seoul buat sementara waktu ini untuk mencuba Parfait 32. Namun dalam diam, rupa-rupanya aiskrim tersebut bakal ‘datang’ kepada kita!
Ads
Menurut satu muat naik di akaun Facebook I Love Malaysian Food, Parfait 32 sedang bersiap sedia untuk membuka vendor pertamanya di Lot 10, Bukit Bintang. Ia betul-betul terletak di hadapan kafe Don Don Donki.
Majoriti golongan lelaki di Malaysia menolak untuk membincangkan isu kesihatan mental dan melarikan diri daripada realiti tersebut.
Ahli psikologi klinikal dan pensyarah kanan di Universiti IMU, Dr. Serena In berkata, tahap kesihatan mental rakyat Malaysia pada tahun ini berada pada paras yang merisaukan.
Situasi ini katanya lebih ketara dalam golongan Adam kerana mereka seringkali dipengaruhi pemikiran ‘konvensional’ mengenai peranan lelaki dalam masyarakat dan tingkah laku lelaki yang dikaitkan dengan sifat ‘alfa’ atau ‘macho’ tanpa memerlukan bantuan pakar.
“Perempuan cenderung untuk lebih terbuka (apabila bercakap mengenai isu kemurungan dan kesihatan mental mereka). Mereka lebih mudah mengakui dan berkongsi perasaan dengan rakan-rakan.
“Namun bagi orang lelaki, mereka sering diharap untuk kekal tabah, kuat dan tidak beremosi.
“Sejak kecil lagi, anak lelaki dibesarkan dengan tanggapan bahawa menunjukkan emosi dan meminta pertolongan itu tanda mereka lemah. Adakala, mereka turut diejek atau dikritik apabila (menunjukkan emosi atau meminta bantuan).
“Akibatnya, ramai lelaki berasa malu apabila mereka gagal memenuhi harapan diri sendiri atau orang lain,” ulas Dr. Serena.
Ahli psikologi klinikal dan pensyarah kanan di Universiti IMU, Dr. Serena In
Impak kepada tabiat golongan lelaki di Malaysia yang enggan bersifat terbuka dengan simptom kemurungan ini dikenali sebagai Masculine Discrepancy Stress, atau tekanan akibat ketidaksesuaian dengan jangkaan maskuliniti. Ia secara tidak langsung menambah beban mental dan emosi yang ditanggung oleh orang lelaki.
Simptom Seseorang Berdepan Masalah Kesihatan Mental
Tanda-tanda awal amaran masalah kesihatan mental sememangnya boleh dilihat secara jelas pada tingkah laku seseorang tidak kira lelaki atau perempuan.
Bagaimanapun menurut Dr. Serena, sesetengah simptom lebih kerap dilihat dalam kalangan lelaki.
Tingkah laku mengawal atau bersifat kasar, sama ada secara lisan atau fizikal.
Kelakuan berisiko seperti memandu secara melulu, terlibat dalam aktiviti ekstrem atau tingkah laku seksual yang berlebihan.
Tingkah laku obsesif seperti terlalu menumpukan perhatian kepada sesuatu aktiviti, permainan video atau bersenam secara berlebihan. Walaupun aktiviti tersebut bermanfaat, sekiranya ia dilakukan secara berlebihan hingga mengabaikan aspek lain dalam kehidupan seharian; ia boleh mendapatkan kesan negatif.
Mudah rasa marah, gelisah dan cepat naik angin.
Salah guna alkohol atau dadah sama ada lebih kerap atau dalam jumlah yang berlebihan.
Tingkah laku ketagihan atau didorong oleh nafsu yang kuat seperti penyalahgunaan bahan.
Bagaimana Untuk Beri Sokongan & Bantuan Kepada Golongan Murung?
Sekiranya korang mengenai ahli keluarga, rakan-rakan atau rakan sekerja yang berubah tingkah laku, korang sewajarnya menawarkan sokongan kepada mereka sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Ini merupakan beberapa cadangan yang dikongsikan oleh Dr. Serena.
Dengarkan luahan mereka dengan penuh perhatian terutamanya jika mereka adalah lelaki. Ini memandangkan lelaki sukan untuk membuka hati mereka dan meluahhkan perasaan. Selalunya, lelaki akan menggunakan ungkapan seperti, “Aku rasa kosong”, “Aku tak ada semangat” atau “Aku letih sepanjang masa” untuk menggambarkan keresahan dan kemurungan.
Cukup sekadar korang muncul di hadapan mereka. Adakalanya, lelaki lebih selesa melakukan aktiviti sambil mereka luahkan perasaan. Ajaklah mereka untuk minum bersama atau bermain sukan.
Korang akan terkejut jika mengetahui betapa ramai dalam kalangan kita yang memerlukan pertolongan profesional. Korang boleh membantu mereka dengan menyokong mereka membuat janji temu dan menemani mereka ke sesi rawatan. Jika korang rasakan mereka ‘berat’ untuk bersemuka dengan pakar, cadangkan pilihan sesi dalam talian kepada mereka.
Seseorang yang murung atau mengalami isu kesihatan mental tidak semestinya memerlukan rawatan pantas.
Yang penting, emosinya diuruskan secara sihat. Paling penting, seseorang itu perlu mengakui dirinya berdepan gangguan emosi. Do not be in denial.
Hanya selepas itu, orang di sekeliling boleh menghulurkan bantuan seperti berbual dengan rakan, mengajak mereka bersenam secara teratur dan mendapatkan rehat yang cukup.
Ketahuilah, kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal. Bak kata Dr. Serena, kita semua perlu menjaga minda untuk memiliki tubuh badan yang sihat.
Sebagaimana kita berjumpa doktor apabila badan fizikal tidak sihat, maka wajarlah kita berjumpa kaunselor atau ahli terapi pakar sekiranya korang merasa terganggu dari segi mental sekiranya korang menemui jalan buntu
Perkongsian info ini adalah perspektif yang dilontarkan oleh ahli psikologi klinikal dan pensyarah kanan di Universiti IMU, Dr. Serena In sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang berlangsung baru-baru ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat dunia astronomi, kejadian-kejadian alam yang jarang muncul sudah pasti akan menarik minat mereka untuk menyaksikannya. Jika dahulu rata-rata rakyat Malaysia dapat menyaksikan berbagai jenis gerhana.
Kali ini sekali lagi rakyat Malaysia dan seluruh dunia bakal merasai satu lagi fenomena luar biasa pada hari ini.
Sumber Gambar : Johannes Plenio from Pexels
Sebelum ini, Planetarium Negara dalam satu kenyataan medianya memetik, pada hari Sabtu, bersamaan 20 Mac 2021, rakyat Malaysia dan seluruh dunia bakal mengalami fenomena yang serupa dengan 12 jam masa siang dan malam.
Fenomena itu akan berlaku bermula 5.37 petang waktu tempatan di mana matahari akan betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa selama 24 jam.
Pada ketika itu Matahari berada pada kedudukan tepat di atas garisan Khatulistiwa dan kesemua bayang objek-objek tegak di atas permukaan Bumi, fenomena tengah hari tanpa bayang kerana matahari berada tegak di atas kepala ketika itu.
Sumber : Planetarium Negara
Pada Sabtu, 20 Mac 2021 mulai jam 05:37 ptg, Matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa untuk tempoh selama satu hari. Sepanjang tempoh tersebut, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu, 12 jam siang dan 12 jam malam.
Bagi kawasan-kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador, akan berlaku waktu tengahari “tanpa bayang” kerana Matahari akan berada betul-betul tegak di atas kepala pada waktu tengahari di kawasan-kawasan tersebut semasa berlakunya ekuinoks.
Bulan-bulan puasa ni rasanya tak lengkap kalau tidak ada juadah pemanis mulut ketika berbuka. Kalau dulu, bolehlah beli di bazar Ramadan, tapi dalam situasi sekarang rasanya lebih baik jika kita berjimat dan buat sendiri saja.
Kali ini, Remaja nak kongsikan resipi churros yang sememangnya menjadi favorite anak muda setiap kali berkunjung ke restoran.
Resipinya pun mudah sahaja. Buat sendiri lebih jimat. Jom try!
1. Satukan bahan-bahan bertanda * di dalam kuali (guna kuali non-stick). Buka api dan kacau sehingga gula menjadi larut dan mentega cair.
2. Tutup api, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau dengan senduk. Terus saja balik-balikkan tepung tersebut sampai menjadi doh yang lembut. Kalau doh tu berketul-ketul, biarkan sahaja.
3. Pukul telur dan tuang ke dalam doh. Doh masih panas, jadi terus saja uli dengan senduk. Bila doh dah sejuk sedikit dan boleh dipegang, uli la dengan tangan sampai betul-betul sebati dan tidak ada lagi tepung yang berketul-ketul.
Tip: Doh yang cantik adalah doh yang licin dan agak kenyal, serta tidak melekat pada tangan.
4. Masukkan doh dalam piping bag, guna star nozle dan paipkan atas dulang yang dialas dengan baking paper untuk mengelakkan daripada melekat.
5. Goremg sehingga menjadi warna keemasan dan diangkat.
6. Sira dengan gula icing dan sedikit serbuk cinnamon.
Sos coklat
– 100g coklat masakan
– 1 sudu mentega (atau guna 2 sudu minyak jagung saja)
*Cairkan secara double boile
Tip:
1. Kalau agak-agak doh panas lagi, tak boleh uli dengan tangan. Boleh saja tunggu sekejap tidak ada masalah. Tak perlu tergesa-gesa kerana kuih ini tiada istilah bantat.
2. Sebaiknya guna piping bag yang tebal kalau tidak mahu kerap menukar. Kalau nipis, confirm pecah.
3. Guna star nozle untuk corak belimbing yang cantik. Kalau guna acuan semprit pun boleh. Pada yang tak pentingkan rupa boleh saja gentel dengan tangan. Saiz churros ni agak-agak dalam 2 inci setiap satu.
4. Pada yang dah expert, boleh je paip terus dalam minyak yang panas. Cuma untuk amatur, korang boleh paip dalam dulang terlebih dahulu sebab nak samakan ukuran saiz.
Okay bolehlah cuba untuk juadah berbuka nanti. Good luck gais!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.