Segelintir yang mungkin melihat Ainul Syeefa Zamrol sebagai remaja dengan kekurangan, tetapi bagi mereka yang mengenali bakatnya, Ainul Syeefa ternyata seorang insan istimewa.

Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Model Khas Bukit Jenun (SMoKBJ) ini dianugerahkan kebolehan melukis yang luar biasa, sehingga karyanya kini mendapat perhatian pelbagai pihak, termasuk sebuah syarikat perbankan yang ingin mengabadikan lukisannya dalam kalendar dan poskad korporat.

Minat Melukis Sejak Umur Tujuh Tahun

Menurut ibu Ainul Syeefa, Suraya Abdul Rahman, anak bongsu daripada empat beradik itu mula menunjukkan minat melukis sejak berusia tujuh tahun. Lukisan menjadi medium untuk mengekspresikan imaginasi dan perasaannya.

“Biasanya dia akan melukis pada waktu malam berdasarkan imaginasi yang tercetus daripada bahan bacaan serta tontonannya di YouTube. Sebagai contoh, sekiranya dia membaca kisah Puteri Lindungan Bulan, dia akan menghasilkan lukisan puteri dalam karakter kartun.

“Ketika melukis dia tidak boleh diganggu dan jika ingin menegur perlu dengan cara yang lembut. Setiap lukisan mengambil masa antara dua minggu hingga dua bulan untuk disiapkan, bergantung kepada saiz kanvas,” ujar Suraya.

Ainul Syeefa gemar melukis pelbagai subjek, termasuk watak puteri, cerita rakyat, bunga, hidupan liar, kupu-kupu, serta elemen seni dan kebudayaan.

Ads

Ainul Syeefa, Remaja Autistik 15 Tahun Dengan Bakat Melukis Luar Biasa

Lukisan Sebagai Terapi dan Pembangun Keyakinan

Suraya yang juga seorang guru Matematik di sekolah itu berkongsi, lukisan anaknya bukan sahaja membina keyakinan diri, tetapi juga berfungsi sebagai terapi emosi bagi golongan istimewa seperti Ainul Syeefa.

“Sejak usia 12 tahun, dia aktif menyertai pelbagai program dan pameran seni membabitkan pelajar autistik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kami sekeluarga banyak berkorban dari segi masa, tenaga dan kewangan untuk memastikan bakat istimewanya tidak disia-siakan,” katanya.

Ads

Bakat Ainul Syeefa mula disedari selepas lawatan keluarga ke sebuah galeri seni di Alor Setar ketika dia berusia tujuh tahun. Sehingga kini, hampir 300 lukisan telah dihasilkan, termasuk karya terbaharu Puteri Lindungan Bulan, dan pelajar itu merancang menghasilkan lukisan Dang Anum memakan buah nangka, terinspirasi daripada cerita rakyat tempatan.

Galeri Khusus Untuk Karya Ainul Syeefa

Pengetua SMoKBJ, Jamkhuriyati Hussain, berkata pihak sekolah merancang menubuhkan Galeri Ainul Syeefa bagi menempatkan ratusan lukisan pelajar itu sebagai tanda sokongan dan penghargaan.

“Galeri itu bakal menjadi simbol perjalanan bakat seorang pelajar autistik serta sumber inspirasi kepada pelajar lain untuk berkarya.

Ads

“Insya-Allah sebelum Mac ini galeri berkenaan akan direalisasikan dan sebuah blok bangunan kosong akan dihiasi mural menggunakan hasil lukisan Ainul Syeefa,” katanya.

Ainul Syeefa, Remaja Autistik 15 Tahun Dengan Bakat Melukis Luar Biasa

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Bernama

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads