Setelah dua tahun menantikan kehadiran zuriat, pelakon Ainul Aishah yang kini sedang sarat hamil anak sulung, mengumumkan bakal menimang bayi perempuan tidak lama lagi.
Pendedahan tersebut dibuat pelakon filem popular Nana Tanjung itu menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya.
Perkongsian tersebut memaparkan Ainul dan rakan-rakannya sedang menyambut majlis ‘gender reveal’ .
Ads
“Kawan-kawan zaman kecil saya adakan makan tengah hari ‘baby shower’ dengan saya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur miliki mereka dalam hidup saya.
“Terima kasih semua untuk majlis ‘baby shower’ terindah dan hadiah comel. Sayang semua,” tulisnya sambil mendedahkan jantina bayi yang bakal dilahirkan itu.
Ads
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji pelakon itu kerana ada seri ibu mengandung selain mendoakan buatnya agar dipermudahkan segala urusan bersalin kelak.
Sebelum ini, Ainul mengumumkan bakal menimang zuriat pertama pada Februari lalu, namun tidak mendedahkan jantina anaknya.
Ads
Sekadar informasi, Ainul dan suami tercinta, Khalid Redzuan telah mendirikan rumah tangga 18 September 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sebut sahaja tentang Comic Con pasti ramai yang terus terbayang dengan pelbagai konvensyen penggemar komik, aksi figura, anime dan bermacam lagi pop culture terkini yang tengah IN!
Dan tidak lengkap juga bila membicarakan tentang Comic Con tanpa kemunculan cosplayer yang tampil menjadi watak-watak kegemaran masing-masing.
Jika di Amerika Syarikat dan di Eropah ia sudah menjadi event yang dinantikan, kini tiba masa negara kita Malaysia menyaksikan Asia Comic Con 2018 diadakan buat pertama kalinya di sini.
Buat para peminat filem dan komik, jangan lepaskan peluang untuk bertemu watak-watak kegemaran anda di Asia Comic Con (ACC) 2018! ACC 2018 yang julung kali diadakan di Malaysia ini akan diadakan selama tiga hari betturut-turut iaitu bermula 13 hingga 15 Julai 2018.
Di manakah acara bersejarah ini bakal diadakan?
ACC 2018 telah memilih Sunway Pyramid Convention Centre di mana ia terbahagi kepada 6 zon unik yang terdiri daripada komik, filem, rancangan bersiri, manga, anime, permainan, permainan digital dan cosplay. Pelbagai jenis aktiviti juga dapat korang sertai dan saksikan sepanjang acara tiga hari ini berlangsung seperti pameran, koleksi barangan terkumpul.
Antara acara utama yang bakal berlangsung:
1. Khas untuk peminat bola sepak, Pertandingan Moh Skor E-Sports menampilkan FIFA Online 3 dan FIFA 18 yang memberikan pengalaman seperti di padang bola sepak sebenar! Penonton akan dapat menyaksikan perlawanan menarik di antara pasukan-pasukan hebat yang terdiri daripada pemain-pemain bola profesional seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan ramai lagi.
2. Koleksi unik daripada XM Studios. Pameran patung-patung berharga yang dihasilkan dengan penuh teliti. Peminat boleh menyaksikan sendiri koleksi yang diinspirasikan daripada filem Marvel seperti Avengers, X-Men dan Antman; Star Wars; filem DC seperti Batman dan banyak lagi.
3. Sesi bergambar bersama prop bersaiz besar dan model daripada filem The Dark Knight! Jika sebelum ini peminat hanya boleh melihat Tumbler dan Batpod di Gotham, kali ini mereka boleh berjumpa dan beramah mesra dengan watak-watak kegemaran mereka di ACC 2018! Karakter lain yang akan turut membuat kemunculan termasuklah Predator, Batman Ninja dan turut tidak ketinggalan kerusi legenda daripada X-Men, Magneto Chair!
4. Diorama Eksklusif Dragon Quest! Setelah 30 tahun, permainan “role-playing” ini masih diminati ramai. Tahun ini menyaksikan penganjurannya yang ke-11 yang lengkap dengan lanskap mini, pertarungan sengit, watak-watak ikonik dan set-set berskala besar yang mengagumkan.
5. Penampilan istimewa oleh artis animasi legenda, Nobuo Yamada atau NoB (Super Sentai dan Saint Seya) dan Chie Nakamaru atau mao (Doraemon).
6. Korang juga berpeluang untuk sertai pertandingan Asia Comic Con Cosplay Championship Malaysia 2018 yang menawarkan hadiah wang tunai tempat pertama RM5,000!
Bermula dari sekarang hingga 3 Julai, dapatkan tiket awal dengan harga istimewa – pas 3 hari bernilai RM39 di sini dan untuk berita terkini ACC 2018, layari www.facebook.com/asiacomicconmalaysia/.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kami tak letakkan sebarang harapan, tetapi kami inginkannya..”
Bakat dari Malaysia nyata bukan calang-calang tau!
Grup penyanyi 4 gadis berhijab iaitu NAMA semalam mengesahkan slot di pentas finale Asia’s Got Talent (AGT) musim ketiga selepas mereka menyanyikan lagu ‘Sax’ nyanyian Fleur East.
Kejayaan itu bertambah manis selepas NAMA juga dinamakan (pun intended) sebagai peserta pilihan juri setelah David Foster, Anggun dan Jay Park sebulat suara memilih persembahan mereka sebagai yang terbaik semalam.
Grup yang disertai oleh Nur Fazrina, Noor Syamimi Makhetar, Norfazira Malik dan Nur Farahida (kesemuanya 24 tahun) itu menganggap peluang ini sebagai sesuatu yang exciting tetapi pada masa yang sama mencabar.
“Kami sekarang bukan saja perlu bertanding dengan penyanyi tetapi juga dengan persembahan bakat lain yang unik,” kata Syamimi.
“Latihan 4 ke 5 kali seminggu, 2 ke 3 jam setiap kali telah membawa kami ke pentas final. Apa yang kami boleh janjikan adalah kami akan tampil berbeza dari segi pemilihan lagu, pakaian dan vibe di atas pentas,” kongsi Fazrina pula.
Sekiranya NAMA memenangi AGT, apa agaknya yang mereka berempat akan lakukan dengan hadiah wang tunai USD100,000 (RM407,500) itu?
Terliur kejap..
“Kami akan gunakannya untuk menghasilkan single dan bila tiba masa yang sesuai, mungkin untuk memiliki album sendiri.”
Ahli grup ini pertama kami berjumpa di festival seni Universiti Malaya dan kini mereka di pentas finale AGT bersama 8 lagi peserta lain. Korang rasa mereka layak untuk memenangi hadiah tersebut?
Menepati ramalan, penyanyi Liza Aziz berjaya dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza (GV11) musim ke-11, memandangkan bakatnya yang luar biasa dalam menyampaikan pelbagai jenis lagu.
Penyanyi berusia 62 tahun itu dianggap mempunyai kelebihan yang besar dalam pertandingan ini. Namun, Liza mengakui perjalanannya dalam GV11 tidaklah semudah yang disangka.
Menurut Liza, walaupun pengalaman menyanyi menjadi kelebihannya, setiap tugasan yang diberikan tetap mencabar.
“Setiap kali mendapat tugasan, orang kata itu lagu ‘makanan’ saya, tapi sebenarnya saya perlu belajar lagu itu dalam masa kurang seminggu.
“Saya perlu dengar berulang kali sampai saya hafal. Kalau buat sambil lewa, memang tak akan menang! Menghafal lirik lagu juga bukanlah perkara mudah,” katanya.
Selain itu, Liza turut memaklumkan dia tidak menyangka akan memenangi pertandingan ini, malah dia menjangkakan Ning Baizura yang bakal dinobatkan sebagai juara.
“Saya tak sangka dipilih sebagai pemenang. Saya ingatkan Ning yang menang.
“Apa yang penting bagi saya adalah memberi persembahan yang terbaik, dan dapat jadi juara adalah satu bonus yang sangat bermakna,” ujarnya.
Ning Baizura yang memperoleh kedudukan Naib Juara, membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi. Tempat ketiga dimenangi oleh Sheila Abdul, sementara Dadali Dyrga berada di tempat keempat. Zehra Zambri dan The Lima masing-masing menduduki tempat kelima dan keenam.
Malam kemuncak GV11 yang berlangsung secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut dimeriahkan dengan persembahan dari artis-artis terkenal seperti Datuk Jamal Abdillah, Krisdayanti, Pasha Ungu, Jaclyn Victor, Taufik Batisah, dan kumpulan Dolla.
GV11 dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad, dan diadili oleh tiga juri tetap, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, dan Datuk Syafinaz Selamat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi hubungan mereka mungkin sering menjadi perhatian, namun kali ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil dengan momen yang lebih santai dan mencuit hati...