Tahun baharu 2022 dibuka meriah dalam kalangan penggiat seni muzik tempatan setelah 12 buah lagu telah menempah tiket ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-36.
Sepanjang hujung minggu ini, sebanyak 30 buah lagu telah bertarung di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-36. 18 buah lagu telah diperdengarkan dan dipersembahkan pada malam tahun baharu, Jumaat lalu manakala 12 lagi buah lagu pada malam Sabtu.
Penonton dan para juri daripada Datuk Mokhzani Ismail (ketua juri), Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Helen Yap, LY, Chaan dan Altimet mempunyai tugas sukar untuk memilih hanya 12 buah lagu daripada genre yang pelbagai pada edisi kali ini. Akhirnya, keputusan yang dibuat oleh mereka diumumkan oleh pengacara, Aliff Satar dan Sissy Imann.
Seperti dijangka, beberapa ‘nama kuat’ yang pernah bertanding di AJL sebelum ini telah menepati ramalan peminat dan kembali menguasai senarai finalis pada kali ini; dan mereka terdiri daripada Haqiem Rusli (Pemenang Tempat Ketiga AJL-32, Tergantung Sepi), Aina Abdul (Pemenang Tempat Kedua AJL-35, Semalam) dan Naim Daniel (Juara AJL-34, Sumpah).
Jom lihat senarai penuh lagu, pencipta dan penyanyi yang berjaya mara ke pentas AJL ke-36.
Adakah korang bersetuju dengan pemilihan ini? Atau korang rasakan ada lagu lain yang seharusnya turut disenaraikan ke pentas AJL ke-36? Jika ya, lagu apakah yang terlepas peluang keemasan itu?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, bintang K-Pop terkenal, Suga BTS atau nama sebenarnya Min Yoongi meraih perhatian apabila beliau terlibat sebagai penulis bersama dalam penerbitan sebuah manual terapi berasaskan muzik yang dikenali sebagai “MIND Program”. Inisiatif ini dilihat sebagai satu langkah signifikan dalam menggabungkan elemen seni dan kesihatan mental, khususnya dalam membantu individu dengan gangguan spektrum autisme.
Menurut Severance Hospital di Seoul, program MIND yang membawa maksud Music, Interaction, Network and Diversity dibangunkan sebagai pendekatan alternatif untuk menyokong kanak-kanak dan remaja yang berdepan cabaran autisme melalui aktiviti muzik yang lebih tersusun dan interaktif.
Berbeza dengan pendekatan konvensional yang banyak bergantung kepada kefahaman bahasa serta keupayaan kognitif, program ini memberi fokus kepada pembangunan kemahiran sosial melalui pengalaman praktikal. Peserta didedahkan kepada aktiviti seperti memilih instrumen muzik serta terlibat dalam persembahan secara berkumpulan.
Dalam pada itu, pendekatan ini difahamkan bukan sahaja membantu meningkatkan keyakinan diri, malah membuka ruang kepada peserta untuk berinteraksi secara lebih natural tanpa tekanan komunikasi secara verbal yang kompleks.
Selain itu, program ini disusun dalam 12 sesi yang dirangka secara progresif, bermula daripada interaksi asas sebelum berkembang kepada aspek kesedaran emosi, komunikasi dan seterusnya penghasilan muzik secara kolaboratif antara peserta.
Penglibatan penyanyi rap yang kini berusia 33 tahun dalam projek ini juga diketahui oleh ramai pihak bermula sejak tahun 2024 selepas Suga bekerjasama dengan pakar psikiatri, Cheon Keun-ah. Selain menyumbang idea pada peringkat awal pembangunan, beliau juga turut terlibat secara langsung sebagai tenaga pengajar sukarelawan dalam fasa percubaan program tersebut.
Malah, sumbangan besar beliau sebanyak 5 bilion Korea Won (sekitar RM17 juta) turut memainkan peranan penting dalam penubuhan Pusat Rawatan Min Yoongi di Severance Hospital pada September lalu, yang kini menjadi lokasi utama pelaksanaan program berkenaan.
Dalam perkembangan sama, Cheon Keun-ah menyifatkan sumbangan Suga BTS sebagai antara faktor utama yang merealisasikan MIND Program dan berharap manual ini dapat dimanfaatkan oleh pengamal klinikal serta pakar di seluruh dunia dalam usaha memperluaskan pendekatan terapi berasaskan muzik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai di antara kita tertanya bagaimana seorang individu berumur 40-an boleh kelihatan seperti mereka di usia 20-an?
Ramai menyatakan memilih cara hidup sihat, mengamalkan senaman, mengambil pemakanan sihat dan tidak membiarkan masalah menghantui kehidupan mereka akan membuatkan individu tampak muda berbanding usia.
Dalam pada itu, ramai antara kita pasti mahu tahu apakah makanan atau buah-buahan yang sesuai diamalkan untuk mereka yang ingin kurus dan tampak muda dari usia. Tahukah korang, buah Tin sangat sesuai diamalkan kalau mahu cantik. Walau harganya sedikit mahal tapi apa salahnya, janji nampak muda. Betul tak?
Buah Tin atau kita lebih biasa dengan nama Fig menjadi salah satu buah istimewa yang disebutkan dalam Al-Quran, iaitu di dalam surah Surah At-Tin.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan pendapat tentang makna sebenar ayat tersebut. Sesetengah ulamak menyifatkan ayat tersebut merujuk kepada Bukit Tin dan Bukit Zaitun, tempat di mana Nabi Ibrahim dan Nabi Isa menerima wahyu daripada Allah S.W.T.
Menurut kajian, Fig dianggap sebagai buah semula jadi yang paling sempurna berdasarkan kandungan khasiatnya. Selain mempunyai kandungan vitamin, mineral dan serat yang biasa dijumpai di dalam buah, kandungan vitamin yang terdapat dalam Fig ternyata lebih unik dan istimewa. Fig mempunyai khasiat nutrien seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potassium dan korin.
So, ini khasiat yang korang kena tahu dari buah buah Fig yang luar biasa ini.
1. Menurunkan berat badan
Buah Fig adalah sumber serat yang baik dan mampu membantu penghadaman selain memberi rasa kenyang berpanjangan, seterusnya mengawal berat badan.
2. Menurunkan tekanan darah tinggi
Buah Fig kering mengandungi 1129 mg potasium dan 2 mg sodium. Dan jika anda mengambil lebih banyak garam dalam makanan maka ia akan meningkatkan kadar sodium dalam badan, Oleh itu, makanan yang kaya potasium seperti Fig mampu membantu mengatur kesimbangan pada kesihatan diri jika diamalkan secara konsisten.
Potasium – Sejenis mineral yang membantu mengawal tekanan darah.
3. Jadikan kulit lebih cantik
Fig kaya dengan sumber antioksidan. Ia mengandungi sejumlah antioksidan yang tinggi nak dibandingkan dengan makanan lain. Buah Fig sangat bermanfaat bagi siapa yang menghadapi masalah seperti kulit tidak bermaya, rambut gugur, lingkaran hitam bawah mata, bintik-bintik hitam di wajah dan lain-lain.
4. Sembuhkan Luka Dengan Cepat
Buah Fig sangat berguna untuk menyembuhkan luka, boleh digunakan sebagai ubat pada kawasan luka. Caranya dengan kisar buah Fig sebaiknya yang kering dengan susu. Kisar sehingga pekat dan sapukan pada bahagian luka. Nescaya luka akan sembuh. Guna buah Fig segar akan menyembuhkan luka dengan lebih cepat.
5. Menguatkan tulang
Buah Fig kaya dengan kalsium dan fosforus. Bukan saja menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis, ia juga menggalakkan pertumbuhan tulang dan memperbaiki bahagian tulang yang rosak.
6. Untuk kesuburan
Nutrien seperti zink, mangan, dan mangnesium dalam Fig membantu meningkatkan kesihatan pembiakan. Oleh itu, Fig sudah diamalkan sejak zaman dahulu lagi untuk membangkitkan nafsu. Fig membantu dalam kesuburan, dan dapat meningkatkan sperma dan melindunginya dari kerosakan kerana mengandungi antioksidan yang sangat tinggi.
7. Menghindari risiko kanser
Penuh dengan sifat antioksidan, Fig membantu mencegah kerosakan DNA yang disebabkan oleh radikal bebas. Oleh itu, berkemungkinan mengurangkan risiko kanser.
So korang yang nak tubuh sihat sampai ke tua kena la amalkan Buah Fig ini. Kalau korang nak tahu, buah ini juga selalu dijadikan simbolik kepada bahagian intim wanita, ada maksud rupanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau nak diikutkan, SEMUA orang di dunia ini pasti memiliki sekurang-kurang sepasang seluar jeans.
Jeans adalah antara item fesyen paling asas dan tidak memerlukan seseorang untuk menjadi fesyenista untuk menggayakannya. Jeans juga adalah antara pakaian yang mudah untuk ‘masuk’ dengan apa-apa jenis pakaian lain seperti baju-T, blaus, sneakers, kasut tumit tinggi dan pelbagai lagi.
Kempen terbaru MONKI Spring Summer 2019
Tapi korang tau tak, walaupun jeans itu basic namun ia tetap terbahagi kepada beberapa jenis stail. Dan setiap stail itu pula mempunyai maksud berkaitan dengan personaliti masing-masing.
Cer tengok, sama ada personaliti korang sama tak dengan lifestyle harian?
Foto: MONKI Spring Summer 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!