Musim pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia sejak tahun lalu telah memberi kesan mendalam buat sektor pendidikan negara.
Selain daripada jadual pelajar dan cara pembelajaran yang bertukar 180 darjah, satu lagi perkara yang menerima impak daripada kehadiran wabak tersebut adalah tradisi majlis konvokesyen yang terpaksa ditangguh ke satu tarikh baharu. Lebih malang sekiranya pihak universiti memutuskan untuk mengadakan majlis konvokesyen secara maya sahaja.
Disebabkan itulah, penyanyi Nurul Aina Abdul Ghani atau Aina Abdul begitu gembira dan bersyukur setelah dia berpeluang juga untuk menyertai majlis konvokesyennya yang berlangsung pada hujung minggu ini.
Aina, 28 telah menamatkan pengajian dalam jurusan Muzik Kontemporari di Universiti UCSI, Kuala Lumpur. Biarpun kadangkala bergelut dengan soal masa kerana perlu membahagikan masa di antara belajar dan bekerja, pengorbanan tersebut nyata berbaloi.
Katanya kepada rakan media, ada masanya dia terasa letih kerana perlu menggerakkan dua cabang tersebut pada waktu yang sama. Malah pada penghujung 2014, Aina perlu melakukan pengorbanan terbesar iaitu untuk menangguhkan pengajian kerana sedang menyertai program realiti, Mentor Legend pada waktu itu.
Ads
Majlis yang sepatutnya diadakan pada tahun lalu setelah Aina menamatkan semester terakhirnya terpaksa ditangguhkan disebabkan pandemik, seperti yang menimpa hampir kesemua pelajar di Malaysia. Apapun, Aina tetap bersyukur kerana dapat melibatkan diri dalam sebuah majlis konvokesyen semalam dan secara rasminya, menggenggam segulung ijazah sarjana muda.
“Saya sedar menyanyi saja tidak mencukupi. Saya harus melengkapkannya dengan ilmu.”
“Lagipun, saya belajar dalam bidang muzik juga, jadi banyak yang saya aplikasikan dari apa yang saya pelajari ke dalam kerjaya harian saya,” jelasnya yang cantiik mengenakan busana ‘wrapped dress’ berwarna hitam putih bersama sepasang but kulit putih.
Kejayaan Aina ini turut disambut meriah dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti seperti Neeta Manisha, Khai Bahar, Idayu, Ramona Zam Zam, Sherry Ibrahim, Syamel, Aisha Retno, Bella Astillah dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kasih ibu sampai ke syurga, mungkin inilah pepatah yang sesuai jika nak digambarkan dengan kesanggupan selebriti popular ini dalam memastikan kesihatan anaknya berada pada tahap yang optimum.
Selebriti yang popular dengan kumpulan Destiny’s Child ini memiliki lebih kurang 80’000 lebah untuk dua sarang yang dimiliki di belakang rumahnya. Dan ia mampu menghasilkan beratus botol madu dalam setahun.
Sumber gambar: Beyonce & Blue Ivy di karpet merah via Instagram @beyoncé
Dalam wawancara bersama British Vogue itu, isteri kepada Jay-Z ini menceritakan perkara yang tidak ramai orang tahu tentang anak perempuannya iaitu Blue Ivy dan Rumi.
Sumber gambar: Beyonce & anak kembar, Rumi dan Sir via Instagram @blueivy.carter
Menurutnya, “Kedua-dua mereka memiliki alahan yang teruk dan seperti yang kita sedia maklum, madu mempunyai khasiat penyembuhan yang luar biasa.” Nampaknya gelaran Queen B yang lekat dengan dirinia sudah boleh disamakan maknanya dengan Ratu Lebah secara realiti.
Sumber: British Vogue
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah lagi filem cinta dari Indonesia, Dilan 1991 bakal menemui penonton di Malaysia tidak lama lagi. Filem ini menjadi fenomena apabila berjaya menumpaskan kutipan filem Avengers: Endgame di Indonesia.
Hebat bukan penangan Dilan 1991?
Filem ada sekuel kepada Dilan 1990 dan kali ini ia mengisahkan tentang teman wanita Dilan, Milea yang risau akan masa depan mereka, lebih-lebih lagi selepas Dilan bergaduh dengan Anhar dan berkemungkinan akan dibuang sekolah.
Akhirnya dia menyuruh Dilan memilih antara kumpulan motosikalnya dan hubungan mereka. Pada masa yang sama, Milea berkenalan dengan Yugo, anak kepada sepupu jauh ayahnya. Yugo baru sahaja pulang dari Belgium dan mereka banyak menghabiskan masa bersama. Walaupun Yugo menaruh hati pada dia, Milea masih mencintai Dilan.
Filem yang dibintangi oleh Iqbaal Ramadhan, Vanesha Prescilla, Jerome Kurnia, Adhisty Zara bakal menemui penonton di Malaysia bermula pada 11 Julai 2019.
Sesuai untuk korang yang gemar menonton filem cinta, kami memang nak sarankan korang untuk menonton filem. Berdasarkan kutipan yang diterima, confirm korang takkan menyesal kan?
Macam biasa, Remaja nak jadikan korang antara yang pertama menonton Dilan 1991 bersama kami dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah dibawah.
Menangi tiket tayangan perdana Remaja x Dilan 1991
Tarikh: 9 Julai 2019
Masa: 8.30 malam
Lokasi: TGV Cinemas 1 Utama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lagi pendatang baru bakal mewarnai industri hiburan tanah air, Sophia Zuhri yang baru sahaja melancarkan single perdananya bertajuk ‘Game of Charades’.
Nampaknya tuah menyebelahi gadis berusia 17 tahun ini kerana dapat bekerjasama dengan komposer, penulis lirik dan penyanyi popular negara, Ajai.
Remaja ini melakukan kelainan daripada genre kebiasaan kepada gaya muzik fusion Britpop yang pastinya bakal menarik perhatian peminat muzik di Malaysia. Dengan kemahirannya bermain Ukulele, Sophia menterjemahkan kehidupan sebenar melalui muzik.
“Selalunya saya akan menulis mengenai sesuatu situasi atau keadaan yang menyentuh perasaan saya, sama ada apa yang saya alami sendiri atau pun melalui pemerhatian di sekeliling. Secara tidak langsung, saya akan memetic ukulele dan mula menulis melodi atau menyanyikan lagu menerusi telefon bimbit,” jelas Sophia.
Ia nyata tidak mengambil masa yang sama untuk Ajai menerokai bakat yang dimiliki Sophia dan komposer terkenal itu juga mengakui bahawa penyanyi remaja ini mampu mencipta nama dalam industri muzik tanah air.
“Saya dapat melihat diri saya dalam bakat Sophia. Sejujurnya, saya tidak menerbitkan lagu kepada semua orang, tetapi Sophia berbeza,”
“Dia memiliki kelasnya yang tersendiri dan membuatkan saya bersetuju untuk berkolaborasi,” jawab Ajai.
Memulakan karier nyanyian dan penulisan lagu seawal usia 14 tahun, Sophia yang merupakan seorang gadis pemalu dibesarkan di kota London dan kini menyambung pelajarannya di peringkat A-Levels di United Kingdom.
Sophia juga mengakui bahawa dirinya kini lebih selesa untuk menyanyikan lagu dalam bahasa Inggeris dan tidak menolak sekiranya berpeluang merakamkan single bahasa Melayu.
“Sebab utama saya memilih untuk melancarkan single bahasa Inggeris adalah kerana saya dibesarkan dan belajar di luar negara. Saya sudah terbiasa berbahasa Inggeris, namun saya berharap suatu hari nanti saya berpeluang untuk menyanyikan lagu bahasa Inggeris,” tambahnya lagi.
Game of Charades kini sudah boleh didengari di aplikasi penstriman Spotify dan laman YouTube rasmi Universal Music Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...