Jika korang merupakan peminat tegar pelakon dan penyanyi, Lee Seung-Gi, tentunya korang sudah mengetahui mengenai pendedahan kisah cinta terbarunya bersama pelakon berbakat, Lee Da In.
Agensi Lee Da In iaitu 9ota Entertainment mengesahkan bahawa pasangan sama cantik sama pada itu kini sedang saling mengenali diri masing-masing pada Isnin lalu. Dua hari kemudian, agensi Lee Seung-Gi iaitu Human Made pula mengeluarkan kenyataan berikut mengenai pendedahan ini.
“Hello, ini adalah agensi baharu penyanyi dan pelakon, Lee Seung Gi iaitu Human Made. Pertama sekali, kami ingin memohon maaf kerana kenyataan ini hadir lewat kerana kami sedang dalam proses memulakan syarikat kami.
“Buat masa ini, Lee Seung Gi sedang dalam peringkat di mana dia dan Lee Da In mempunyai perasaan suka sama suka antara satu sama lain dan sedang saling mengenali seperti yang dilaporkan oleh media.
Ads
“Bagaimanapun, kami meminta anda untuk tidak menyebarkan sebarang spekulasi mengenai perihal ini dan berharap anda akan menyokong kami.”
Nampaknya seperti hubungan Seung Gi dan Da In seperti direstui ramai setelah tidak banyak protes ataupun kata-kata cercaan dilontarkan kepada mereka berdua di media sosial sepanjang minggu ini – tidak seperti beberapa pasangan selebriti di Korea lain yang terpaksa berdepan dugaan yang cukup mencabar. *ahem*
BEGITUPUN, we think we may have spoken a little too soon.
Hari ini, kelab peminat terbesar Lee Seung Gi telah menidakkan sebarang sokongan terhadap hubungannya bersama Lee Da in!
Kelab peminat yang dikenali sebagai Lee Seung Gi Gallery telah mengeluarkan kenyataan rasmi pihak mereka untuk memperbetulkan laporan media bahawa hubungan itu direstui oleh majoriti peminat Seung Gi. Aigoo..
Ads
Walaupun mereka menghormati kehidupan peribadi Seung Gi, mereka tidak menyokong hubungan ini kerana khuatir jika ia akan mengganggu kelangsungan karier selebriti kacak itu.
Memang benar, nama Seung Gi semakin meningkat naik sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila drama, program variety yang melibatkannya serta lagu-lagu nyanyiannya mendapat sambutan menggalakkan.
Tambah kelab peminat itu, ibu bapa Lee Da In dan keluarganya sebelum ini pernah dituduh terlibat dalam kontroversi memanipulasi stok dan pemberian maklumat dalaman. Implikasi daripada perbuatan tersebut termasuklah kerugian teruk dan isu bunuh diri di kalangan mangsa yang terlibat.
Lalu, peminat Seung Gi risau sekiranya reputasi keluarga pelakon itu boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap kariernya walaupun kontroversi yang penah berlaku itu tidak melibatkan Seung Gi.
Hhm, susah juga ya jika perasaan sayang dari peminat adalah seperti yang berlaku di industri hiburan Korea Selatan. Sampai ke sudah lah sukar untuk selebriti di sana mendirikan rumah tangga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wah, wah! Tarikh 21 Ogos 2021 telah menjadi saksi kepada beberapa ikatan jodoh di antara selebriti tempatan bersama pasangan masing-masing. Mungkin ia disebabkan oleh ‘angka cantik’ iaitu 21.08.21 yang menjadi angka keramat bagi tiga pasangan ini.
Pada sebelah tengah hari tadi selepas solat Zohor, hero Malaya Mohammad Zalimei bin Ishak atau lebih popular dikenali sebagai Remy Ishak selamat melangsungkan akad nikah di Masjid Negara, Kuala Lumpur bersama kekasih yang dikenalinya selama lapan tahun, Ezza Yusof.
Menganggap tempoh pandemik sejak tahun lalu sebagai satu tempoh yang membuatkan dirinya lebih terbuka dalam memahami maksud sebenar perhubungan yang terjalin antara mereka berdua, Remy bersyukur mereka semakin matang seiring usia.
Tentunya, Remy ingin mengadakan majlis resepsi terbuka untuk meraikan hari bahagia bersama kenalan rapat mereka. Namun ia haruslah diadakan pada waktu yang lebih mengizinkan.
*
Beberapa jam selepas itu, tiba giliran anak teruna Jinggo dan Sheila Rusly, Uzair Haqimy pula memperisterikan pelakon jelita, Elisya Sandha. Adik kepada Fasha Sandha itu sebenarnya telah bersedia untuk bergelar isteri sejak beberapa bulan lalu lagi. Namun hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan kerana musim pandemik yang tidak menentu.
Lalu, kelonggaran yang akhirnya diperolehi bagi melangsungkan acara akad nikah telah digunakan Uzair dan Elisya untuk mengikat tali perkahwinan di kediaman keluarganya.
Untuk pengetahuan, pasangan romantik ini terlebih dahulu selamat bertunang dalam sebuah majlis ringkas pada awal Januari tahun ini.
*
Pelakon dan pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019, Nynaa Harizal dalam pada itu turut berkongsi bahawa dirinya kini sudah bergelar tunang orang.
Nynaa, 25 memaklumkan kepada REMAJA bahawa majlis kecil-kecilan telah diadakan di antara ibu bapa mereka berdua dan tidak melibatkan orang luar. Hanya persetujuan di antara dua pihak dan acara makan semeja dengan keluarga saja yang dilangsungkan.
Nynaa dan tunangnya yang dikenali sebagai Fahmi Ilyas sebenarnya telah merancang sejak akhir bulan lima lagi. Namun mereka tidak menyangka Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Lembah Klang akan berlarutan hingga ke hari ini disebabkan pandemik COVID-19.
Sebelum ini, Nynaa pernah berkongsi dalam sebuah sesi Instagram Live mengenai kesediaannya untuk bergelar isteri tidak lama lagi.
Kelibat dua beradik ini berjaya mencuri perhatian warganet saban harian ketika wajah mereka terpampang pada paparan skrin sesi siaran langsung. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Meski pasangan anak kepada Dato’ Sri Aliff Syukri dan Datin Sri Nur Shahida ini baru meniti usia belasan tahun; persona yang ada pada Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra sukar untuk dibendung lagi.
konsep & penataan gayaFZ AIMMAN teksFATH ABU BAKAR arahan seni & grafik AZNIZA AZIZ fotografi JAZLAN NANGAR pembantu foto NIZA SUHAIMI suntingan fotoHEZRY ROKMAN penerbit video & suntinganSURIA NUR AMIRA videografiEZZAT SHUKRI & IKRAM MASDY solekan Ammar Ahyan &tatarias hijab Qadejah El ZahraVEE MUHAMAD solekan Qadejah El ZahraALBIN HASSAN persalinan PUMA MALAYSIA & SAFIRO MALAYSIA lokasiKEDIAMAN DATO’ SRI ALIFF SYUKRI
Di sebalik figura popular ibu bapanya, siapa sangka remaja berusia 17 tahun ini memiliki wawasan jauh ke hadapan. Bertutur dengan penuh tertib dan yakin, Ammar Ahyan Dato’ Sri Aliff Syukri yang merupakan anak sulung kepada pasangan usahawan terkenal membuka sisi peribadinya yang jarang sekali dipersembahkan kepada orang ramai; sekaligus membuatkan paparan Remaja edisi digital kali ini lebih eksklusif.
Ammar Ahyan Pewaris Muda ‘Terlajak Laris’
“Saya sekarang berusia 17 tahun dan masih bersekolah. Di sekolah, saya mengambil jurusan perniagaan. Selepas tamat persekolahan, saya mempunyai niat untuk menyambung pelajaran dalam bidang kewangan sama ada di Australia atau United Kingdom (UK),” katanya membuka bicara ketika ditemui Remaja di kediamannya.
Di balik wajah ‘baby face’ yang dimilikinya, remaja berketinggian 182cm ini cukup matang dalam merancang hala tujunya. Malah, keputusannya untuk menyambung pengajian bukan dibuat secara sembarangan.
“Saya memilih untuk menyambung pengajian di UK kerana ramai kawan-kawan dari sekolah saya sekarang juga bakal menyambung pelajaran ke sana. Mengenai pemilihan Australia pula, sudah tentu ia lebih dekat dengan Malaysia tetapi masih mempunyai vibe seperti berada di negara Eropah,” jelasnya.
Katanya lagi, kecenderungan terhadap dunia kewangan hadir selepas dia puas mencuba pelbagai bidang lain.
“Apa yang membuatkan saya ingin menyambung pengajian dalam bidang kewangan adalah kerana saya pernah cuba ambil jurusan sains dan seni sebelum ini; namun minat saya bukan ke arah dua bidang itu. Jadi, saya ingin perform as well as I could dalam bidang kewangan,” kata Ammar.
Pada hemat REMAJA, pemilihan bidang kewangan ini bertepatan dengan lunjuran legasi yang sudahpun dipateri oleh keluarga Ammar dalam bidang perniagaan.
Sinonim dengan cogan kata ‘Terlajak Laris’ yang dipopularkan oleh kedua-dua ibu bapanya, kepakaran kewangan yang bakal diterapkan dalam jiwa Ammar selepas ini membuatkannya sebagai pewaris perniagaan yang berkredibiliti.
Biarpun selesa dengan dunia perniagaan, Ammar tidak menolak kemungkinan untuk menceburi dunia politik satu hari nanti.
“Matlamat saya lima tahun dari sekarang? Saya nampak diri saya masih bergelar pelajar… mungkin di luar negara. Oh! Dan saya mempunyai harapan untuk menceburi bidang politik jika diberikan rezeki.
“Saya memasang angan-angan itu setelah saya berpeluang menjelajah ke sebuah kampung dan mendapati penduduk di sana terpaksa meneruskan kehidupan dalam keadaan yang sangat daif.
“Jadi saya ingin membantu rakyat seperti mereka. Kalau bukan dari segi kewangan pun, satu hari nanti saya ingin give back dari segi kepimpinan agar mereka boleh menguruskan wang dengan bijak. Secara tidak langsung, ia membantu lebih ramai orang untuk meneruskan kehidupan yang selesa,” katanya sambil berharap agar ramai mendoakan cita-citanya itu tercapai.
Didikan Ibu Bapa Jadi Aset Utama
Sebagai putera sulung dalam keluarga yang menjadi perhatian masyarakat, tekanan dan tanggungjawab berat telahpun digalas oleh Ammar sejak usia kecil lagi. Siapa sahaja boleh lupakan telatah Ammar yang ‘dipaksa’ oleh Dato’ Sri Aliff untuk beraksi di hadapan kamera meskipun keperibadian introvert yang dimilikinya cukup menebal.
Menurut Ammar, semua pengalaman hasil didikan ibu bapanya itu kini dijadikan panduan utama untuknya bergerak ke hadapan mencari haluan sendiri.
“Pesanan mama dan babah yang saya sentiasa semat dalam diri adalah jika kita belajar pandai sekali pun tetapi tidak bekerja keras, kita tidak akan ke mana-mana kerana untuk ke hadapan, ia memerlukan usaha. Mama pula pada saya selalu lebih mengingatkan kami adik-beradik mengenai bab agama,” katanya sambil mendapatkan sentuhan solekan Vee Muhamad.
Sama seperti kebanyakan remaja yang masih dalam fasa belajar, Ammar tidak terlepas daripada kelemahan. Salah satunya, cara komunikasi terutama apabila terlibat dalam perniagaan keluarga.
“Saya rasa ramai saja yang perasan tentang kelemahan ini. Saya kurang mahir dalam memastikan percakapan saya mempunyai intonasi yang baik dan apabila saya mencuba, ia sedikit mencabar. Bapa saya selalu tegur intonasi saya ketika berhadapan penonton siaran langsung di TikTok apabila menjual produk Terlajak Laris.
“Bagaimanapun, saya sedaya-upaya sedang menambah baik dari segi percakapan. Janganlah gelakkan saya kalau saya tersilap. (Ketawa) Saya sedang mencuba memperbaikinya,” seloroh Ammar.
Jiwa Retro Ammar
Menariknya, meskipun Ammar membesar dalam dunia moden dan serba canggih dengan teknologi, selera muziknya pula lebih terarah kepada aduan lagu-lagu klasik; jauh berbeza daripada remaja kebanyakan.
“Selera lagu saya lain sedikit berbeza dengan mereka yang seusia saya. Saya minat lagu-lagu lama seperti Cek Mek Molek yang dipopularkan oleh Datuk M. Daud Kilau dan Bibir Mesra Jiwa Parah nyanyian A. Ramlie.
“Lagu-lagu lama adalah jiwa saya. Adik saya (Qadejah) pun tahu, sebab itulah dia selalu sakat saya. Saya tidak berapa gemar mendengar lagu-lagu moden yang sering dimainkan oleh rakan-rakan saya. Tetapi kalau mainkan lagu-lagu 70-an, now we’re talking,” singkapnya dengan senyuman.
Qadejah El Zahra Cerminan Abah Tersayang
Di sebalik wajah manis dan personaliti yang tampak lembut, siapa sangka Qadejah El Zahra Dato’ Sri Aliff Syukri sebenarnya seorang remaja yang – in her own words – chaotic tapi tersusun.
Membesar di bawah mikroskop masyarakat seluruh negara tidak dijadikan alasan oleh Qadejah yang mesra dengan panggilan Cess ini, untuk leka. Sebaliknya, anak gadis berusia 15 tahun ini menjadikan kedudukannya sebagai anak kedua dalam keluarganya sebagai satu tanggungjawab besar bagi memastikan empat orang adik di bawahnya tidak sesekali hanyut terutamanya dalam dunia digital.
“Cess ini seorang yang chaotic sebenarnya. Tapi saya kena pastikan semua benda tersusun. Senang cerita, saya betul-betul copy paste abah.
“Sebagai kakak dalam keluarga ini, saya sangat strict dengan adik-adik kerana saya yang akan mengatur masa mereka menggunakan telefon pintar seperti mana yang abah pernah terapkan terhadap saya dan abang (Ammar),” ujarnya dari sudut kamar lokasi jurusolek, Albin Hassan mendandannya.
Walaupun masih berada di bangku sekolah, Qadejah sudah jelas dalam menentukan hala tuju masa depannya. Dunia perniagaan tentu sekali berada dekat di hati. Namun tahukah korang, dalam diam Qadejah juga mempunyai minat untuk menyelami dunia perundangan.
“Kalau bukan bidang perniagaan, saya akan mengambil jurusan law kerana saya minat mempelajari sistem perundangan. Lima tahun akan datang? Saya yakin saya akan terus menguruskan bisnes keluarga namun pada masa sama jika dikurniakan rezeki, saya ingin sekali menyambung pengajian dalam bidang perundangan. Yes!” ujarnya penuh yakin.
Pesanan Abah & Mama Jadi ‘Kompas’ Hidup
Status keluarganya tidak sesekali menjadi alasan bagi Qadejah mendongak ke langit. Biar apa juga yang diperkatakan orang ramai mengenai mereka berlapan, hanya isi rumahnya sahaja serba mengetahui perihal mereka anak-beranak.
“Pesanan mama yang sering saya pegang adalah letakkan Allah dalam diri kita. Pesanan abah pula adalah untuk sentiasa melakukan yang terbaik meskipun pernah empat atau lima kali gagal, InsyaAllah, gerakan kali kelapan akan timbul sinarnya,” kongsi Qadejah mengenai pegangan yang memandu langkahnya selama ini. Tidak hairanlah keperibadiannya lebih matang berbanding usia.
Apabila ditebak mengenai cabaran sebagai seorang anak kepada pasangan usahawan popular pula, gadis yang mempunyai paras wajah iras ibunya ini mempunyai jawapan tersendiri yang mencuit hati.
“Saya sayangkan mama dan abah, tetapi kadang kala mereka boleh jadi terlebih chaotic! (Ketawa). At the end of the day, kami tetap sekeluarga walaupun kadangkala ada juga terasa seperti, ‘Ah, stres! Tak nak buat dah…!’, Mereka banyak mengajar saya untuk selalu bersama tidak kira ketika susah atau senang. They thought me to be grateful whichever way life leads us,” titipnya.
“Beruntung menjadi seorang perempuan kerana…”
Bercakap mengenai legasi perniagaan, pastinya follower Qadejah sudah sinonim dengan kemunculannya di siaran langsung pada aplikasi TikTok. Antara barangan yang selalu direviu olehnya sendiri adalah rangkaian produk kosmetik keluaran keluarga dan ternyata, Qadejah cukup natural apabila berbual mengenai dunia solekan.
Masakan tidak, kongsi Qadejah minatnya terhadap seni solekan sudah bermula seawal usia tujuh tahun lagi. Daripada sekadar bermain dengan alat solek Datin Sri Shahida, Qadejah mula membina kefahaman bahawa solekan adalah satu bentuk seni yang bermula dari minat dan kreativiti individu.
“Jika korang hendak tahu, saya betul-betul sukakan dunia solekan ketika berusia 11 tahun. Ketika saya berusia tujuh tahun, bilik saya penuh dengan alat solek mama sampai kena marah dengan dia. Saya rasa minta ini timbul kerana genetik turun-temurun yang saya dapat daripada nenek saya. Beliau sangat suka berhias.
“Ia membuatkan saya lebih seronok untuk meniti fasa seterusnya sebagai young lady dan seterusny menjadi seorang wanita. Nampak seperti superficial tetapi seorang wanita beruntung kerana dapat berdandan dan bersolek. It is fun to be artistic apabila wajah kita sendiri merupakan kanvasnya,” tuturnya .
Qadejah yang aktif mencari inspirasi solekan daripada paparan media sosial di samping mengikuti perkembangan jurusolek kegemarannya melalui Pinterest turut berkongsi minat sama dalam aliran fesyen. Lebih gemar memilih sesuatu yang tidak terlalu serabut kerana enggan merasa rimas, Qadejah mementingkan praktikaliti dalam berfesyen; sama seperti yang diterapkannya dalam berniaga.
Jika diamati dengan lebih dekat, Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra merupakan simbol kepada perhubungan keluarga yang erat. Meski dibentuk daripada satu acuan institusi keluarga yang sama, masing-masing tetap mempunyai ruang untuk membesar mengikut cara tersendiri.
Mereka kian meniti haluan berbeza dari segi minat, pendidikan dan cita-cita. Namun di hujung garisan kelak, mereka tetap memahami bahawa hubungan kekeluargaan adalah segalanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketika dunia bergelut dengan penularan pandemik Covid-19, mungkin terdapat hikmah tersembunyi untuk alam sekitar.
Sejak kegiatan manusia banyak terhenti, terdapat pelbagai berita yang menunjukkan peningkatan kualiti alam sekitar.Kebanyakan negara di seluruh dunia melaporkan perairan atau sungai mulai kelihatan bersih manakala hidupan di dalamnya mula kelihatan.
Malaysia tidak terkecuali apabila viral di media sosial apabila ramai pengguna Twitter yang berkongsi gambar Sungai Melaka yang semakin jernih hingga jelas kelihatan ikan berenang-renangan dari dasarnya setelah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama lebih sebulan sejak 18 Mac lepas.
Sungai Melaka yang sememangnya terkenal dengan aktiviti pelancongan seperti Melaka River Cruise sebelum ini pernah berdepan dengan tahap pencemaran yang teruk hingga menyebabkan air sungai berwarna gelap, busuk dan terdapat banyak bangkai ikan ditemui terapung.
Sungai Melaka dah kembali jernih. Tahniah orang Melaka. Teruskan duduk rumah sampai bila-bila. pic.twitter.com/YXk8pzoxqN
Namun kini sejak penularan pandemik COVID-19 hingga memaksa aktiviti pelancongan dihentikan dan rakyat duduk di rumah — nampaknya memberikan satu perubahan positif terhadap Sungai Melaka yang dilihat semakin ‘sihat’, meskipun ada juga yang mendakwa situasi air jernih itu sudah bermula sejak sebelum PKP lagi.
Diharap semoga kejernihan Sungai Melaka ini akan berkekalan meskipun selepas tamatnya tempoh PKP nanti. Jangan buang sampah merata-rata dan marilah kita jaga kebersihan sungai bersama-sama!
Ya, mungkin bumi memerlukan masa ‘rehat’ dan sekurang-kurangnya ini adalah berita positif yang kita terima.
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...